Rabu, 28 Ogos 2024

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

 

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Subeksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]:

22. Layanan terhadap permohonan.

(3) Selepas memberi pertimbangan kepada perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) itu, pihak berkuasa perancang tempatan boleh, tertakluk kepada subseksyen (4), memberi kebenaran merancang sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat yang difikirkannya patut dikenakan, atau enggan memberikan kebenaran merancang.

 

2. Subseksyen 116(4)(f), (g) dan (h) Kanun Tanah Negara (Akta 828) bagi kategori atau syarat bangunan dan perenggan (v) di bawah subseksyen 117(1)(a) dan perenggan (c)(ii) di bawah proviso kepada subsekyen 117(1) Akta 828 bagi kategori atau syarat industri:

116.             Implied conditions affecting land subject to the category "building".

(1) Where any alienated land is subject by virtue of any provision of this Act to the category "building", the following implied conditions shall, subject to subsection (3), apply thereto-

(a)   that, unless on the relevant date such a building already existed on the land, there shall within two years of that date be erected thereon a building suitable for use for one or more of the purposes specified or referred to in sub-section (4);

(2)..

(4) The purposes referred to in paragraph (a) of sub-section (1) are the following-

(c).

(f)       any purpose which the State Authority may prescribe for the purposes of this section by rules under section 14;

(g)      any purpose which the State Authority may think fit to authorise in the circumstances of any particular case;

(h)      any purpose incidental to a purpose falling within any of the preceding paragraphs.

117.             Implied conditions affecting land subject to the category "industry".

(1) Where any alienated land is subject by virtue of any provision of this Act to the category "industry"', the following implied conditions shall, subject to subsection (2), apply thereto-

(a)   that it shall be used only for industrial purposes, that is to say, for the purposes of the erection or maintenance of factories, workshops, foundries, warehouses, docks, jetties, railways or other buildings or installations for use for or in connection with one or more of the following purposes-

(v) such other purposes as the State Authority may prescribe for the purposes of this section by rules under section 14;

(b)  .

(c)

Provided that the condition specified in paragraph (a) shall not prevent the maintenance or erection on the land of any building used or to be used-

(ii) for any purpose which the State Authority may think fit to authorise in the particular circumstances of the case.

3. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 2/2023; ‘Tatacara Penggunaan Tanah Kategori Bangunan dan Industri Bagi Tujuan Selain Kategori Atau Syarat Bangunan dan Industri’ (lampiran).


Perkara Berkaitan Pentadbiran Tanah:

 

1. Merujuk Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 2/2023 di atas, ia dikeluarkan bagi menasihati semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar mengenai tatacara memproses permohonan untuk menggunakan tanah kategori bangunan dan industri bagi tujuan selain kategori atau syarat bangunan dan industri.

 

2. Tujuan pekeliling ini adalah untuk memberi panduan kepada Kerajaan Negeri dalam melaksanakan peruntukan di atas dan sebagai pilihan bagi mengelakkan tuan punya tanah daripada terpaksa menanggung kos yang tinggi sekiranya kaedah permohonan ubah kategori atau syarat di bawah seksyen 124 atau pecah sempadan dan ubah kategori atau syarat di bawah seksyen 124A atau serah balik dan beri milik semula di bawah seksyen 204AH Akta 828 digunakan. Dalam masa yang sama, diharapkan PBN dapat meningkatkan kutipan hasil dan mengelakkan tindakan penguatkuasaan yang terpaksa diambil kerana kemungkiran atau pelanggaran kategori atau syarat di bawah seksyen 127 hingga 129 Akta 828.

 

3. Justeru itu, bagi memperjelaskan tindakan yang perlu diambil, mengenai "Tatacara Penggunaan Tanah Kategori Bangunan dan Industri Bagi Tujuan Selain Kategori atau Syarat Bangunan dan Industri" adalah seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 pekeliling. Ianya bolehlah diguna pakai setelah perkara-perkara yang perlu ditetapkan di dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri dilaksanakan seperti di perenggan 12. Pekeliling

 

4. Sehubungan itu, Pentadbir Tanah juga adalah dinasihatkan untuk menyediakan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Pengarah Tanah dan Galian untuk pertimbangan dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri mengenai dasar-dasar umum yang dinyatakan di bawah perenggan 12 Pekeliling tersebut.

 

5. Selain itu, Pihak Berkuasa Negeri juga boleh membuat pertimbangan untuk mewakikan kuasanya kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri atau Pentadbir Tanah Daerah bagi mempertimbang dan memutuskan permohonan di bawah tatacara ini mengikut mana yang sesuai selaras dengan peruntukan seksyen 13 Akta 828.

 

6. Oleh demikian, sebagai makluman pekeliling ini dikeluarkan dengan persetujuan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan telah mendapat persetujuan Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Perkara Untuk Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran tanah hendaklah mematuhi kehendak Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 2/2023.

Justeru itu, dengan adanya "Tatacara Penggunaan Tanah Kategori Bangunan dan Industri Bagi Tujuan Selain Kategori atau Syarat Bangunan dan Industri" dapat membantu Pentadbiran Tanah amnya dan Pentadbir Tanah khususnya dalam membuat tindakan yang tepat, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Baru Kerajaan Negeri serta Undang-undang Negara semasa.


Rabu, 12 Jun 2024

KEPERLUAN PENTADBIRAN TANAH UNTUK MEWUJUDKAN ‘JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK’ DI BAWAH AKTA HAKMILIK STRATA DAN AKTA PENGURUSAN STRATA

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 96A Kanun Tanah Negara, iaitu:

 

Rent of land with subdivided building

96A. (1) Upon the coming into operation of Part IVa of the Strata Titles Act 1985, the provisions of Part Six of this Act except section 101 (which relates to revision of rent), shall not be applicable in respect of land with subdivided building and any action taken for non-payment thereof shall be in accordance with the Strata Titles Act 1985.

(2) The application of section 101 in respect of land with subdivided building shall be in accordance with the provision of subsection 101(7).

(3) In the event of termination of the subdivided building in accordance with section 57 of the Strata Titles Act 1985, the rent in respect of the land shall become payable as from the beginning of the calendar year next following in accordance with this Act.”.

 

2. Seksyen 4C Akta Hakmilik Strata, iaitu:

 

Permulaan kuat kuasa cukai bagi petak atau blok sementara, dsb.

4C. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah Negara, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh bagi permulaan kuat kuasa cukai bagi petak atau blok sementara di mana-mana Negeri.

(2) Apabila mula berkuat kuasa pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara di mana-mana Negeri—

(a) peruntukan Bahagian IVA hendaklah terpakai;

(b) peruntukan bagi Akta ini hendaklah—

(i) setakat mana peruntukan itu berkait dengan tatacara bagi pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara dan untuk maksud yang berkaitan dengannya; dan

(ii) setakat mana peruntukan itu berkait dengan endorsan yang perlu dibuat atau perkara lain bersampingan dengannya untuk menguatkuasakan cukai bagi petak atau blok sementara, kepada dokumen hakmilik strata atau daftar strata,

dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVA.

 

3.  Seksyen 23C Akta Hakmilik Strata, iaitu:

 

Penentuan dan pengiraan cukai

23C. (1) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen 4C—

(a) Pentadbir Tanah hendaklah menentukan jumlah cukai; dan

(b) Pendaftar hendaklah—

(i) membuat memorial pada dokumen hakmilik daftar dan keluaran bagi lot itu, tarikh cukai bagi lot tersebut terhenti daripada berkuat kuasa dan cukai bagi petak atau blok sementara mula berkuat kuasa, walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam hakmilik bagi lot itu; dan

(ii) mengendorskan pada dokumen-dokumen hakmilik strata jumlah cukai itu.

 

4. Kanun Tanah Negara.

 

5. Akta Hakmilik Strata 1985.

 

6. Akta Pengurusan Strata & Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata).

 

7. Kaedah-kaedah Hakmilik Strata (Negeri).

 

8. Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), dan Arahan-arahan Pengarah Tanah dan Galian (PTG).

 

9. lain-lain Undang-undang dan Pekeliling yang berkenaan.

 

Perkara Berkaitan Dengan Pejabat:

 

1.   Apabila akaun Cukai Petak telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2019, pelaksanaan cukai petak akan menggantikan bayaran cukai tanah kepada semua pemilik hakmilik strata. Maka, kutipan bayaran cukai tanah daripada pemilik hakmilik strata bagi tahun 2019 dan seterusnya akan dihentikan, kecuali kutipan ke atas sebarang tunggakan cukai tanah dan denda lewat.

 

2.   Sehubungan itu, sebarang tunggakan cukai tanah dan denda lewat yang telah dikenakan sebelum tahun 2019 mesti dijelaskan oleh pemilik hakmilik strata bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan dan halangan ke atas sebarang urusniaga/transaksi berkaitan dengan petak strata tersebut. Jumlah tunggakan cukai tanah dan denda lewat akan dinyatakan di dalam bil cukai petak pada tahun 2020 dan tahun-tahun seterusnya sehingga ianya selesai dilunaskan.

 

3.   Apa yang menjadi isu apabila tunggakan dan denda lewat cukai tanah tersebut dimasukkan ke bil cukai petak 2020, sekiranya pemilik tidak menjelaskan cukai petak pada 31 Mei 2020, denda lewat akan dikenakan 5% daripada kesemua tunggakan dan denda lewat cukai tanah terdahulu ditambah dengan cukai petak semasa akan menyebabkan bayaran cukai menjadi tinggi.

 

4.   Oleh demikian, sepatutnya tunggakan dan denda lewat cukai tanah terdahulu tidak dimasukkan di dalam perkara tunggakan cukai dan denda cukai petak, sebaliknya diubah kepada kutipan kurang bagi mengelakkan denda lewat dikenakan kepada pemilik petak. Ini adalah kerana tunggakan dan denda lewat cukai tanah bukan tunggakan dan denda lewat cukai petak itu merujuk kepada seksyen 96A Kanun Tanah Negara 1965 dan seksyen 4C Akta Hakmilik Strata.

 

5.   Justeru itu, tunggakan dan denda lewat cukai tanah itu hendaklah dikutip mengikut seksyen 23C (8)(b) Akta Hakmilik Strata, iaitu;

 

(8) Bagi maksud perenggan (1)(a), cukai bagi petak atau blok sementara—

(b) tunggakan cukai bagi lot itu bolehlah—

(i) dimasukkan berkadaran dengan unit syer dan unit syer sementara; atau

(ii) didapatkan kembali melalui apa-apa cara yang ditetapkan.

 

6.   Oleh demikian, tunggakan dan denda lewat cukai tanah juga boleh didapatkan kembali melalui seksyen 77, 78 dan 79 Akta Pengurusan Strata oleh perbadanan pengurusan, iaitu;

 

Mendapatkan jumlah wang sebagai hutang yang kena dibayar kepada perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari

77. (1) Pembayaran apa-apa jumlah yang ditanggung dengan sah oleh perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari dalam penjalanan mana-mana kuasanya atau fungsinya atau menjalankan kewajipan atau obligasinya hendaklah menurut kuasa seksyen ini dijamin oleh pemilik yang pada masa itu membentuk perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari itu.

(2) Setiap pemilik hendaklah bertanggungan di bawah jaminan yang disebut dalam subseksyen (1) hanya bagi apa-apa perkadaran wang yang ditanggung sebagai unit syer bagi petaknya atau unit syer sementara bagi blok sementaranya yang dibandingkan dengan unit syer agregat.

(3) Jika mana-mana pemilik belum melepaskan atau melepaskan dengan sepenuhnya liabilitinya bagi maksud subseksyen (1), perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiary adalah berhak untuk mendapatkan daripada pemilik itu dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya.

(4) Jika atas sebab ketidakcukupan dana untuk memenuhi jumlah wang yang dijamin di bawah subseksyen (1), perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari boleh pada mesyuarat agung tahunan atau pada mesyuarat agung luar biasa menentukan jumlah yang hendak dicarumkan oleh setiap pemilik dan memutuskan apa-apa isu atau perkara lain yang berhubungan dengan penyelesaian jumlah wang itu.

 

Tatacara mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar

78. (1) Jika suatu jumlah wang menjadi boleh didapatkan oleh perbadanan pengurusan menurut kuasa subseksyen 52(4), 60(4), 60(5), 61(4), 61(5) atau 77(3), atau oleh perbadanan pengurusan subsidiari menurut kuasa subseksyen 68(4), daripada seorang pemilik di bawah Akta ini, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyampaikan suatu notis bertulis kepada pemilik yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena dibayar itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak boleh kurang daripada dua minggu dari tarikh penyampaian notis itu.

(2) Jika mana-mana jumlah wang itu masih tidak dibayar oleh pemilik pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1), perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memfailkan suatu saman atau tuntutan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal untuk mendapatkan wang itu atau, sebagai alternative kepada mendapatkan wang di bawah seksyen ini, menggunakan cara mendapatkan wang di bawah seksyen 79.

(3) Mana-mana pemilik yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

 

Mendapatkan jumlah wang melalui penahanan harta alih

79. (1) Pesuruhjaya boleh, atas permohonan bersumpah secara bertulis yang dibuat oleh mana-mana anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan atau jawatankuasa pengurusan subsidiari perbadanan pengurusan subsidiari, mengeluarkan suatu waran penahanan dalam Borang A Jadual Ketiga yang memberi kuasa penahanan bagi apa-apa harta alih kepunyaan pemilik yang ingkar yang boleh dijumpai di dalam bangunan atau di tempat lain di dalam Negeri itu.

(2) Waran penahanan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan oleh seorang anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan atau jawatankuasa pengurusan subsidiary perbadanan pengurusan subsidiari atau oleh seseorang yang diambil bekerja secara khusus oleh jawatankuasa pengurusan atau jawatankuasa pengurusan subsidiari untuk melaksanakan waran sedemikian, di hadapan Pesuruhajaya atau seseorang pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya.

(3) Jika anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan atau jawatankuasa pengurusan subsidiari perbadanan pengurusan subsidiari atau orang yang disebut dalam subseksyen (2) menghadapi masalah dalam melaksanakan waran itu, dia boleh mendapatkan bantuan Pesuruhjaya, dan dalam memberikan bantuan itu, Pesuruhjaya boleh meminta bantuan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.

(4) Seseorang yang melaksanakan waran penahanan itu—

(a) boleh, pada waktu siang, masuk dengan cara kekerasan ke dalam mana-mana rumah atau bangunan atau manamana bahagian rumah atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan waran itu; dan

(b) hendaklah, sebaik selepas penahanan itu, membuat suatu inventori bagi harta yang ditahan di bawah waran itu dan menyampaikan suatu notis dalam Borang B Jadual Ketiga kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta itu.

(5) Mana-mana penyewa, penyewa kecil, atau penghuni yang, untuk mengelakkan penahanan atau penjualan harta alih kerana apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari tidak dibayar oleh pemilik, membayar jumlah wang itu boleh selepas itu, jika tiada apa-apa perjanjian bertulis yang berlawanan, menolak jumlah yang telah dibayar sedemikian olehnya daripada sewa yang kena dibayar atau menjadi kena dibayar olehnya kepada pemilik, dan boleh memegang milikan harta itu sehingga jumlah itu dibayar balik sepenuhnya kepadanya sama ada dengan penolakan daripada sewa atau selainnya.

(6) Resit yang dikeluarkan oleh perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari bagi apa-apa jumlah yang dibayar sedemikian oleh mana-mana penyewa, penyewa kecil atau penghuni itu di bawah subseksyen (5) hendaklah disifatkan sebagai pelepasan penuh bagi jumlah yang sama dengan sewa itu.

(7) Jika mana-mana orang yang hartanya ditahan mempertikaikan kesahan penahanan itu, dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan itu, memohon kepada Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat penahanan itu suatu perintah bagi pelepasan harta itu, dan Mahkamah Majistret, selepas membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu, hendaklah membenarkan atau enggan membenarkan perintah itu.

(8) Jika jumlah wang yang kena dibayar itu tidak dibayar dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan itu, harta yang ditahan itu atau mana-mana bahagian harta yang ditahan itu yang mencukupi untuk menghasilkan jumlah wang itu hendaklah dijual secara lelong yang dijalankan oleh perbadanan pengurusan di bawah penyeliaan Pesuruhjaya, melainkan jika dalam tempoh itu suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (7), yang dalam hal itu harta itu hendaklah dipegang sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret.

(9) Jika Mahkamah Majistret enggan membenarkan suatu perintah untuk pelepasan harta itu, dan keputusan Mahkamah Majistret itu dicapai dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan, harta itu tidak boleh dijual sebelum habisnya tempoh itu.

(10) Walau apa pun subseksyen (8) dan (9), jika harta itu adalah jenis mudah musnah, ia boleh dijual dengan segera, dan dalam hal itu, hasil jualan hendaklah dipegang sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret.

(11) Dalam mana-mana hal lain, hasil jualan hendaklah digunakan untuk menjelaskan jumlah wang yang kena dibayar bersama dengan kos penahanan dan penjualan itu, dan apa-apa lebihan dan apa-apa harta yang tidak dijual hendaklah dibayar atau dikembalikan kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta itu.

(12) Kos penahanan hendaklah termasuk perbelanjaan bagi penyenggaraan ternakan dan penjagaan harta alih. Pengurusan Strata 105

(13) Dalam seksyen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “pemilik”, berhubung dengan mendapatkan suatu jumlah wang yang boleh didapatkan menurut kuasa subseksyen (6) atau (8) daripada seseorang pemilik, termasuklah mana-mana pengganti dalam hakmilik kepada pemilik itu.

(14) Jika apa-apa harta dijual menurut kuasa subseksyen (10) sebelum habis tempoh empat belas hari dari tarikh penahanan, sebutan dalam subseksyen (7) mengenai suatu “perintah bagi pelepasan harta itu” hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai suatu perintah bagi pelepasan hasil jualan harta itu.

 

7.   Sekiranya isu tunggakan dan denda lewat cukai tanah yang lapok ini dapat diselesaikan dengan cara baik oleh perbadanan pengurusan dan pemilik petak, ia akan dapat menyelesaikan masalah tunggakan cukai tanah yang merupakan hasil utama kepada pentadbiran Kerajaan Negeri umumnya dan pentadbiran tanah khususnya.

 

8.   Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN). Sekiranya perlu bolehlah merujuk juga kepada Jabatan Audit Negara kerana Cukai Tanah dan Cukai Petak adalah ‘wang awam’ merujuk seksyen 2(2) Akta Audit, iaitu:

 

Tafsiran

2. (2) Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen 1(2), dalam pemakaiannya bagi Akta ini, ungkapan “wang awam” termasuklah wang yang diterima oleh atau untuk mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri dan ungkapan “simpanan awam” meliputi catel yang menjadi harta atau berada dalam milik atau di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa sedemikian.

 

8. Oleh demikian, seiring dengan evolusi perundangan strata telah mewujudkan undang-undang, kaedah-kaedah, pekeliling dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semasa seperti dinyatakan di perkara di atas. Di mana terbahagi kepada 3 skop fungsi kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Oleh demikian, Pentadbiran Kerajaan Negeri hendaklah seiring dengan ajakan paradigma dan bersedia untuk mewujudkan ‘JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK’ bagi menyelaraskan serta mengurus Pentadbiran Tanah khususnya isu strata lebih teratur di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan secara bersama serta harmorni.

 

9. Oleh itu, sekiranya wujud jawatankuasa ini, Pentadbiran ini boleh membawa isu atau permasalah berbangkit tunggakkan cukai dan denda cukai tanah hakmilik induk strata lama yang telah dibawa kehadapan cukai petak, semasa dan akan datang seperti senario di bawah;

 

(Permasalahan Lama)

Bil.

Senario

Jawatankuasa Pengurusan (MC)/ Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC)

1.

 

Pindahmilik daripada pemaju kepada pembeli pertama; atau pembeli seterusnya secara direct transfer

Ada dan berfungsi

2.

 

Pemaju telah digulungkan. Borang pindahmilik ditandatangan oleh Pelikuidasi

Ada dan berfungsi

3.

 

Pindahmilik daripada pemilik berdaftar kepada pembeli (subsale)

Ada dan berfungsi

4.

 

Pindahmilik daripada pemaju kepada pembeli pertama; atau pembeli seterusnya secara direct transfer

Tiada/Tidak berfungsi

5.

 

Pemaju telah digulungkan. Borang pindahmilik ditandatangan oleh Pelikuidasi

Tiada/Tidak berfungsi

6.

 

Pindahmilik daripada pemilik berdaftar kepada pembeli (subsale)

Tiada/Tidak berfungsi

7.

 

Perakuan Jualan (Borang 16I/16F)

Ada dan berfungsi

8.

 

Perakuan Jualan (Borang 16I/16F)

Tiada/Tidak berfungsi

9.

 

Urusan Gadaian, Melepaskan Gadaian, Pajakan dan Ismen

Ada dan berfungsi

10.

 

Urusan Gadaian, Melepaskan Gadaian, Pajakan dan Ismen

Tiada/Tidak berfungsi

 

(Permasalahan semasa)

Bil.

Senario

Jawatankuasa Pengurusan (MC)/ Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC)

1.

 

Pemilik cukai petak telah menerima umpukan ikut syer cukai tanah terdahulu, walaupun telah menjelaskan bayaran bulanan kepada Perbadanan Pengurusan.

Ada dan berfungsi tetapi tidak menjelaskan bayaran cukai tanah terdahulu kerana tidak semua pemilik cukai petak menjelaskan bayaran bulanan kepada Perbadanan Pengurusan.

2.

Pemilik cukai petak telah menerima umpukan ikut syer cukai tanah terdahulu, walaupun telah menjelaskan sebahagian cukai tanah mengikut syer selepas membuat uruniaga pendaftaran tanah seperti pindah milik, gadaian, lepas gadaian dan lain-lain.

Ada dan berfungsi tetapi tidak menjelaskan bayaran cukai tanah terdahulu kerana tidak semua pemilik cukai petak menjelaskan bayaran bulanan kepada Perbadanan Pengurusan.

3.

 

Pemilik cukai petak telah menerima umpukan ikut syer cukai tanah terdahulu, walaupun telah menjelaskan bayaran bulanan kepada Perbadanan Pengurusan.

Tiada/Tidak berfungsi

4.

Pemilik cukai petak telah menerima umpukan ikut syer cukai tanah terdahulu, walaupun telah menjelaskan sebahagian cukai tanah mengikut syer selepas membuat uruniaga pendaftaran tanah seperti pindah milik, gadaian, lepas gadaian dan lain-lain.

Tiada/Tidak berfungsi

 

10. justeru itu, dengan adanya ‘JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK’ menyelaraskan fungsi kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan dalam menyelesaikan isu tunggakan dan denda lewat cukai tanah tersebut dimasukkan ke bil cukai petak mengikut peruntukan Undang-undang sediada selaras kehendak Dasar Kerajaan Negeri.

 

Perkara Untuk Tindakan Pejabat:

 

Pentadbiran ini dapat membuat Kertas Cadangan Khas/khusus kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk mewujudkan penubuhan jawatankuasa di atas.

Sehubungan itu, saya sertakan draf ‘Garis Panduan Penubuhan dan Peranan JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN) kerana cadangan jawatankuasa ini berkaitan dengan isu perundangan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan semasa.

Justeru itu, dengan tubuhnya jawatankuasa ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam menyelesaikan isu tunggakkan cukai petak dan denda cukai petak, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri .


 

 

 

 

 

 

 

 

 

GARIS PANDUAN

PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK






KANDUNGAN

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

6.0 PERTANYAAN






GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

Satu JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK hendaklah ditubuhkan untuk menyelaraskan fungsi kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan bagi menyelaraskan serta mengurus Pentadbiran Tanah khususnya isu strata lebih teratur di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan secara bersama serta harmorni.

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

2.1    Jawatankuasa ini, kecuali jawatan Setiausaha, hendaklah dianggotai oleh semua ketua/wakil jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan yang berkenaan. Jawatankuasa ini terdiri dari:

 

(i) Pengerusi (Dicadangkan Pengarah Tanah dan Galian)

(ii) Timbalan Pengerusi (Dicadangkan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian)

(iii) Setiausaha (Dicadangkan Pegawai PTG)

(iv) Ahli-Ahli (Dicadangkan):

- Wakil Pejabat PTG (Strata).

- Wakil Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS).

- Wakil Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MBPP.

- Wakil Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MBSP.

- Pentadbir-pentadbir Tanah.

- Lain-lain wakil ditentukan oleh Penegrusi.

 

2.2    Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah melantik dan memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa. Kehadiran ahli mesyuart khas hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

2.3    Pengerusi hendaklah melantik Setiausaha dari jabatan sendiri atau jabatan lain.

2.4    Jawatankuasa ini hendaklah dipilih mengikut keperluan semasa.

(i) Pengerusi

(ii) Timbalan Pengerusi

(iii) Setiausaha

(iv) Ahli-Ahli

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya setahun dua (4) kali dan kehadiran ahli mesyarat hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

Laporan mesyuarat hendaklah dikemukakan dalam tahun semasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

5.1    Memantau dan mengawasi prestasi isu/perkara berbangkit isu tunggakkan cukai petak dan denda cukai petak mengikut perundangan strata berhubung fungsi kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan:

5.2    Bertindak sebagai pengantara perhubungan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan dalam mencari penyelesaian bersama mengenai isu tunggakkan cukai petak dan denda cukai petak mengikut perundangan strata:

5.3    Menimbangkan dan menyelaras secara bersama isu tunggakkan cukai petak dan denda cukai petak mengikut perundangan strata.

5.4    Membantu agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan berhubung isu/perkara berbangkit isu tunggakkan cukai petak dan denda cukai petak mengikut perundangan strata.

5.5    Mengemukakan apa jua pandangan dan cadangan lain kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

5.6    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik serta mencapai hasrat Kerajaan Negeri.

5.7    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat dasar-dasar kerajaan selaras peruntukkan undang-undang semasa dan tadbir urus teratur di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan secara bersama serta harmorni.

 

 

 

6.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Jawatankuasa ini bolehlah menghubungi jabatan berikut:

 

(a)        Pengarah,

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,




PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...