Rabu, 6 Januari 2021

PENYELARASAN DAN PEMATUHAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001, DENGAN KEPUTUSAN MMK – CADANGAN MEWUJUDKAN SATU GARIS PANDUAN PENETAPAN TANGGUNGJAWAB OLEH JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PENGUATKUASAAN BERKENAAN

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian: 

1. ‘PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001’ ialah untuk mewujudkan ‘GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DI PERINGKAT PENTADBIRAN DAERAH’ yang bertujuan menerangkan sistem pemantauan penguatkuasaan undang-undang (SPPU) dalam pentadbiran daerah dan kaedah pelaksanaannya di semua Pejabat Daerah (seperti lampiran). 

2.  Tujuan ‘KEPUTUSAN MMK – CADANGAN MEWUJUDKAN SATU GARIS PANDUAN PENETAPAN TANGGUNGJAWAB OLEH JABATAN DAN AGENSI PENGUATKUASAAN KERAJAAN’ adalah untuk meneliti dan menyelesaikan pertindihan penyelenggaraan di antara jabatan-jabatan kerajaan dan PBT, dimana wujudnya ‘grey area’ atau Kawasan yang tidak dapat di jelaskan oleh mana-mana jabatan yang bertanggungjawab untuk menjalankan penyelenggaraan (Pentadbiran tanah negeri perlu wujudkan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri PBN dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan MMK).

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah: 

1.   Pentadbiran Tanah hendaklah menyelaras dan mengarahkan Pentadbir Tanah Daerah (PTD) merangkap Pegawai Daerah untuk mematuhi pekeliling dan keputusan MMK di atas, serta menyelaraskan agensi-agensi penguatkuasaan seperti PBT, JKR, JPS, LLM dan lain-lain.

2.   Sehubungan itu, PTD hendaklah hanya membuat kawalan dan penguatkuasaan di atas Tanah Kerajaan sahaja, rujuk seksyen 5 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965; 

"State land" means all land in the State (including so much of the bed of any river, and of the foreshore and bed of the sea, as is within the territories of the State or the limits of territorial waters) other than-

(a) alienated land;

(b) reserved land;

(c) mining land;

(d) any land which, under the provisions of any law relating to forests (whether passed before or after the commencement of this Act) is for the time being reserved forest; 

3.   Manakala untuk Tanah Rizab yang diwartakan di bawah seksyen 62. KTN 1965 atau belum diwartakan hendaklah dikawalselia oleh agensi-agensi penguatkuasaan berkaitan seperti di para 1., Tanah Rizab rujuk seksyen 5. KTN 1965; 

"reserved land" means land for the time being reserved for a public purpose in accordance with the provisions of section 62 or of any previous land law; 

4.Berikut adalah peruntukkan undang-undang sediada agensi-agensi penguatkuasaan yang boleh membuat kawalselian di atas Tanah Rizab berkaitan; 

             i.        Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): 

a.   Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171).

b.   Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133).

c.    Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).

 

           ii.        Jabatan Kerja Raya (JKR) / Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM): 

a.   Akta Kontrak Kerajaan 1949 (semakan 1973) [Akta 120].

b.   Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376].

c.    Kanun Tanah Negara 1965.

d.   Akta Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 [Akta 306].

e.   Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].

f.     Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358] : Perwakilan Kuasa di bawah Seksyen 77, 84, 85 dan 85A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

g.   Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 [Akta 231].

h.   Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520].

i.     Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138].

j.     Akta Arkitek 1967 [Akta 117].

k.   Akta Juruukur Bahan 1967 [Akta 487].

 

          iii.        Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 

a.   Water Act 1920 (Disemak – 1989).

b.   Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

c.    Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

d.   Mining Enactment 1962 (F.M.S. Cap. 147).

e.   Drainage Works Act 1954 (Akta 354) (Disemak – 1989).

f.     Irrigation Areas Act 1953 (Akta 386) (Disemak – 1989).

g.   Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

h.   Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

i.  Perundangan dan peraturan lain yang berkuat kuasa dari masa ke semasa.

5.   Justeru itu, agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan hendaklah mengambil tindakkan undang-undang mengikut peruntukkan sediada. Sekiranya mereka tiada peruntukan undang-undang untuk menjalankan penguatkuasaan, seksyen 425 (1) KTN 1965 bolehlah digunakan oleh PTD; 

425. Unlawful occupation, etc., of State land, reserved land or mining land.

(1) Any person who, without lawful authority-

(a) occupies, or erects any building on, any State land, reserved land or mining land, or

(b) clears, ploughs, digs, encloses or cultivates any such land or part thereof; or

(c) cuts or removes any timber or produce on or from such land, 

shall be guilty of an offence, and liable on conviction to a fine not exceeding ten thousand ringgit, or imprisonment for a term not exceeding one year.

(1A) Any person who abets the commission of an offence under subsection (1) shall be guilty of an offence, and liable on conviction to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit, or imprisonment for a term not exceeding five year, or to both.

(2) For the purpose of this section, State land shall include all land held by or on behalf of Federal or State Government a local authority or a statutory authority exercising powers vested in it by Federal or State law. 

6.   Agensi-agensi penguatkuasaan juga tertakluk di bawah seksyen 12.(1)(b) dan (2), iaitu; 

12. State Director and other State Officers.

(1) The State Authority may appoint for the State-

 (b) so many Deputy Directors of Lands and Mines, Assistant Directors of Lands and Mines, Deputy Registrars of Titles, Deputy Directors of Survey and Mapping, District Land Administrators, Assistant District Land Administrators, Survey Officers, Settlement Officers and other officers as the State Authority may consider necessary for the purpose of this Act. 

(2) The State Authority may define the districts, sub-districts and other areas in which any of the officers referred to in paragraph (b) of sub-section (1) may exercise the powers and perform the duties conferred or imposed upon them by or under this Act. 

7.   Manakala Tanah Milik dan Rizab untuk maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), adalah dikawalselia oleh Jabatan Ketua Pengarah Persekutuan (JKPTG) dan mereka mempunyai kuasa di bawah KTN dan Perlembagaan Persekutuan serta peruntukan undang-undang lain yang berkenaan. 

8. Oleh demikian dengan terselarasnya kawalselian dan penguatkuasaan diperingkat agensi-agensi penguatkuasaan masing-masing dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang di negeri ini. Ini adalah kerana pelanggaran undang-undang yang tidak dikawal boleh mengakibatkan kehilangan hasil dan menjejaskan kredibiliti Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah digubal. Oleh itu langkah-langkah perlu dipergiatkan oleh semua agensi penguatkuasa supaya pelanggaran undang-undang dapat dikurangkan atau dibendung. 

9.   Penyelesaian masalah penguatkuasaan undang-undang adalah lebih berkesan jika boleh ditangani di peringkat akar umbi atau di peringkat bawah sebelum masalah ini merebak menjadi masalah besar. Bagi menjaga kesejahteraan daerah, usaha penguatkuasaan undang-undang ini juga memerlukan penglibatan daripada berbagai kumpulan iaitu dari orang awam, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Penghulu dan juga badan-badan bukan Kerajaan (NGO) di peringkat daerah untuk menyampaikan maklumat. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan sistem pemantauan penguatkuasaan undang-undang yang dicadangkan ini adalah wajar diterajui oleh Pentadbir Tanah merangkap Pegawai Daerah selaku Ketua Pentadbir bagi daerah berkenaan. 

10.Selain itu , dengan terselarasnya perkara ini jabatan-jabatan kerajaan dan PBT di negeri dapat menjalinkan kerjasama dan seterusnya menyelesaikan isu-isu yang berbangkit mengikut keperluan dan seterusnya menyelesaikan isu-isu yang berbangkit mengikut keperluan, bagi memastikan hala tuju dan pertindihan kerja yang berbangkit di antara PBT dan agensi kerajaan dapat diselesaikan dengan segera. 

11.Justeru itu, dengan adanya sistem tadbir urus yang sistematik dan tersusun dapat mengurangkan beban tugas Pentadbiran Tanah secara umumnya dan khususnya Penolong Pegawai Tanah, selaras mematuhi kehendak ‘Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013’ di para 3.(e) beban tugas Penolong Pegawai Tanah yang tinggi. 

 

Perkara Untuk Tindakan Pejabat: 

Pentadbiran ini dapat menyelaras dan mengeluarkan arahan kepada Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah untuk akur terhadap ‘PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001’ iaitu ‘GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN UNDANGUNDANG DI PERINGKAT PENTADBIRAN DAERAH’ dan KEPUTUSAN MMK – CADANGAN MEWUJUDKAN SATU GARIS PANDUAN PENETAPAN TANGGUNGJAWAB OLEH JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PENGUATKUASAAN BERKENAAN’ selaras kehendak Dasar Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu, saya mencadangkan pentadbiran tanah dapat mewujudkan dan menempatkan seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Unit Penguatkuasaan dan Teknikal PTG & PTD untuk membantu mereka dalam menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas unit berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan, yang sekarang dibuat oleh Penolong Pegawai Tanah Gred NT29. Dimana bukanlah fungsi bidang tugas mereka yang sebenar merujuk ‘PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2009’.

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...