Persiapan Sekolah

PERSIAPAN SEKOLAH
 

Rasa dah lama nak bercuti.... Segelintir ibu bapa sudah kalut menyediakan persiapan persekolahan anak-anak sesi 2021. Tahun ni agak lain mood cuti sekolah memandangkan semua dalam keadaan norma baharu asbab pendemik Covid-19.


    Untuk sesi persekolahan tahun 2021 kemasukan anak ke sekolah adalah tidak sama seperti tahun sebelum ini. 

(Sumber KPM)


Kepada ibu bapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah (anak sulung tahun 1) mungkin teruja kerana anak dah besar. Iyalah kan anak kita dah nak sekolah rendah rupanya. Di sini saya senaraikan barangan alat tulis minimalis memandangkan pengalaman lama saya sangat membazir (tahun 2021 anak masuk tahun 3). Tapi terpulanglah ibu bapa untuk menyediakan keperluan untuk permata hati kita.

A) ALAT TULIS

✅Pensil Kayu 2B
-1 kotak  

✅Pemadam
- i bungkus pemadam stabilo (10 pcs) 

✅Pengasah (sharpener)
- 1 bungkus (10 pcs) 

✅Pembaris
-1 bungkus (10pcs) 

✅Gunting plastik
-1 pack 2 pcs 

✅Gam
- stick dan cecair

✅Pensil color
- 2

✅ Pencil box
- 2 pencil box

✅File color-color 
-1 pack ada 2

✅Pembalut buku 
-pembalut  2 saiz buku teks dan 2 buku latihan


yang di atas ni semua beli di kedai RM2 (RM 2.10 lah) sebab tu banyak.... (RM 31.50) berbaloi-baloi guna sampai hujung tahun hehehe PKP kot kurang hari persekolahan. (untuk sekolah rendah dan KAFA yer...)

B) PAKAIAN

✅ Set baju uniform 
- 3 set baju sekolah rendah dan 3 set baju KAFA

✅ kasut
2 pasang 1 elok 1 kurang sikit la (spare la kann)

✅Stoking 
-4 pasang.

✅ Telekung/ songkok
-pilihan kalau yang dah ada x perlu beli.

✅ Seluar Track suit warna hitam/ dark blue 
- 2

✅ Baju T shirt putih.
Beli lah 1 sebab baju rumah sukan tu agak lambat lah dapat. masalah stock kot.



C) TAMBAHAN LAIN

✅Bag sekolah 2
- Bag sekolah beli yang elok dan selesa dipakai oleh anak. kalau boleh elakkan lah yang beroda.(inilah pembaziran yang ketara saya buat. beg tu guna sekali sahaja sebab anak komplen susah nak naik van. malam tu juga saya beli beg baru dah tu kena beli 2 pula. sebenarnya beg tanpa roda lebih murah) beg sekolah rendah pilih yang kuat sebab buku agak berat, untuk KAFA saya beli beg just nice murah lah sebab buku tak berat hehe... tapi beg KAFA anak masih elok sampai sekarang syukur masuk tahun ke-3)

✅botol air
-( alhamdullah saya dapat tupperware melalui aplikasi maybank2u  reedem point)

Nak kata minimalis tak juga kan... Sebenarnya saya sangat bertuah kerana ada pembantu yang hebat memilih kedai RM2.10 dan longwan sebagai tempat pilihan membeli belah. Saya juga bersyukur dapat anak yang tidak memilih. Bila ingat kembali semasa nak hantar anak masuk tahun 1, semua nak branded (smiggle) rupanya anak kami tak perlukan semua tu... Kesilapan kami lah terikut-ikut dengan kehendak semasa kanak-kanak, takut anak kurang keyakinan dan lain-lain. Terima kasih anakku.

Semoga urusan tuan/puan dipermudahkan. 




15 ulasan:

Unknown berkata...

TQ INFO

Unknown berkata...

Alhamdulillah dapat anak Yang beseerhana... Semoga anak Tuan menjadi anak soleh Dan solehah

Unknown berkata...

Terima kasih tuan.... Kami pun sronok berbelanja Di kedai 2 ringgit tu... Cuma Di sini harganya 2.50

Unknown berkata...

Macamana nak redeem point Maybank tu? Saya pun biasa guna Maybank check point tu dlm 30k +++ kot boleh lah pilih 😊

izuafdie berkata...

👌👍😊

izuafdie berkata...

semoga bermanfaat..😊👍👍👍

izuafdie berkata...

👍😅

izuafdie berkata...

maklumat lanjut rujuk maybank2u.com.my

akqqdkqq berkata...

Tq

Aku berkata...

Tq so much

izuafdie berkata...

Welcome

Unknown berkata...

Tq..... Beli kedai eco pun ok.... Kadang nasib lah dapat Yang kureng.... Selalu dapat ok ok jer... Boleh guna lah..

izuafdie berkata...

betul.... terima kasih melawat ke blog ni...

aira berkata...

info bermanfaat.... terima kasih

izuafdie berkata...

sam-sama....

terima kasih kerana singgah ke blog ni...

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...