CADANGAN
UNTUK ELAUN ATAU BAYARAN PANGGILAN
TELEFON BIMBIT PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT27 DAN NT32
1.0 TUJUAN
1.1 Kertas kerja
ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan Kerajaan mengenai cadangan
untuk elaun telefon bimbit atau bayaran panggilan telefon bimbit untuk Penolong
Pegawai Tanah Gred NT27 & NT32 di Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat
Daya, Pulau Pinang.
2.0 LATARBELAKANG
2.1 Dalam zaman
ini yang penuh dengan kecanggihan teknologi; sistem komunikasi adalah amat
penting untuk memastikan, perhubungan di antara pihak pegawai / kakitangan
pentadbiran dan Penolong Pegawai Tanah adalah amat diperlukan. Kawasan seliaan
Penolong Pegawai Tanah adalah amat luas dan kerapkali bertugas luar dari
kawasan pejabat iaitu berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek-
aspek pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah
(pengambilan balik tanah, pesaka kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan
tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke
semasa).
2.2 Walaupun, penggunaan
telefon bimbit tidak dibekalkan kepada Penolong Pegawai Tanah, namun ia amat
diperlukan bila berada di luar kawasan pejabat untuk berhubung dengan pegawai /
kakitangan pentadbiran yang lain di pejabat dan orang awam/pegawai jabatan lain
yang berkepentingan di luar pejabat. Memandangkan kepada kekangan tugas luar Penolong
Pegawai Tanah perlu menggunakan telepon bimbit apabila menerima panggilan ‘mustahak’
dan ‘mesyuarat / lawatan tapak’. Adalah agak mustahil untuk balik ke pejabat
untuk menggunakan perkhidmatan telefon yang telah disediakan semasa berada di
luar kawasan pejabat.
2.3 Kos penggunaan
telefon bimbit semakin meningkat terutamanya untuk panggilan yang kerap
digunakan waktu berkerja. Kami peka kepada kesusahaan kerajaan untuk memberi
ganjaran kewangan yang tinggi kepada Penolong Pegawai Tanah sahaja. Permohonan
ini di harapkan dapat membantu ramai Penolong Pegawai Tanah dari segi kos
kehidupan harian.
3.0 ASAS
PERTIMBANGAN
3.1 Kemudahaan
elaun atau bayaran telefon bimbit sebanyak RM 30.00 kepada pegawai-pegawai ini
akan membantu meringgankan perbelanjaan harian.
3.2 Cadangan ini
akan memberi manfaat kepada kerajaan secara langsung kerana elaun atau
kemudahaan pembayaraan ini akan menjadi salah satu ganjaran dan menjadi salah
satu perangsang untuk terus berkhidmat.
4.0 IMPLIKASI
KEWANGAN
4.1 Jika kerajaan
bersetuju menimbangkan permohonan ini sudah pasti ianya akan melibatkan
pertambahan kewangan. Walaubagaimanapun, ini akan merupakan satu cara untuk
meringgankan beban kewangan Penolong Pegawai Tanah.
5.0 KESIMPULAN
5.1 Permohonan ini
adalah untuk menyeru kerajaan memberi lebih insentif untuk Penolong Pegawai
Tanah untuk berkhidmat sebagai pegawai di kerajaan.
6.0 SYOR
6.1 Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dipohon pentadbiran untuk menimbangkan syor untuk memberi elaun telefon bimbit sebanyak RM30.00 sebulan untuk Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 dan NT32 di Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya, Pulau
3 ulasan:
Tq info & perkongsian..😉
tq
Info bermaklumat... Terima kasih
Catat Ulasan