Isnin, 4 Januari 2021

TATACARA PENERIMAAN DAN PENGURUSAN PERMOHONAN PENGAMBILAN BALIK TANAH TIDAK MENGIKUT PERUNDANGAN TETAPI MENGIKUT AMALAN PENTADBIRAN TANAH

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

1. Seksyen 3.(1). Akta Pengambilan Balik Tanah 1960:

3. (1) The State Authority may acquire any land which is needed—

(a) for any public purpose;

(b) by any person or corporation for any purpose which in the opinion of the State Authority is beneficial to theeconomic development of Malaysia or any part thereof or to the public generally or any class of the public; or

(c) for the purpose of mining or for residential, agricultural, commercial, industrial or recreational purposes or any combination of such purposes.

2. Buku ‘Manual Pengambilan Tanah’, lampiran 5 & 6; ‘Langkah-langkah Utama Proses Pengambilan Tanah bagi Maksud Awam Di Bawah Perenggan 3(1)(a)’, dan ‘Langkah-langkah Utama Proses Pengambilan Tanah bagi Maksud Awam Di Bawah Perenggan 3(1)(b) dan (c).

3. Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2003; ‘Garis Panduan Permohonan Pengambilan Tanah Bagi Maksud Awam Oleh Kementerian Dan Jabatan Persekutuan Di Semenanjung Malaysia’, dan Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2005; ‘Garis Panduan Permohonan Pengambilan Tanah Di Bawah Perenggan 3(1)(a) APT 1960 (Akta 486) Oleh Badan-badan Berkanun Semenanjung Malaysia’.

4. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1987; ‘Pengurusan Tanah-tanah Yang Diambil Balik Oleh Kerajaan Persekutuan Untuk Projek-projek Pembangunan’.

5. ‘Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Oleh Pemohon Dalam Proses Pengambilan Tanah’, oleh En. Baharuddin bin Md. Yusuf (Penyelaras Program Perundangan Tanah INSTUN).

6. ‘Seminar Sehari Pengambilan Tanah:Perundangan VS Amalan’ oleh Kelab INSTUN.

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

1. Berdasarkan pemerhatian, terdapat Pentadbir Tanah mengambil mudah permohonan dan tadbir urus tanah Pengambilan Balik Tanah yang diterima di peringkat daerah, serta tidak mematuhi kehendak perudangan, pekeliling dan arahan berkaitan.

2. Berikut adalah amalan-amalan yang tidak patuh permohonan dan tadbir urus tanah Pengambilan Balik Tanah: 

Bil.

Amalan

Perundangan

 

01.

 

Menerima permohonan 3(1)(a) yang tidak lengkap dan meneruskan proses permohonan:

1. Pelan tidak lengkap; Penolong Pegawai Tanah terpaksa melengkapkan pelan semasa menyediakan laporan.

2. Tiada Sijil Carian Rasmi/Carian Persendirian; Pendaftar Hakmilik tanah terpaksa menyediakan dokumen tersebut.

3. Tiada ulasan daripada Jabatan Teknikal; Pentadbiran tanah mengeluarkan surat ulasan kepada Jabatan Teknikal.

4.Peruntukan tidak mencukupi kerana tidak lantik perunding yang mahir.

 

Permohonan 3(1)(a) diberi kepada JKPTG/Pentadbir Tanah Daerah disertakan/perakuan:

1. Pelan yang lengkap:

a)   Butiran tanah terkini seperti terdapat di syitlitho dan P.A.

b)   Skala yang sama.

c)   Warna-tanah milik (merah), tanah kerajaan (kuning), rizab hutan (hijau) dan rizab sungai (biru).

d)   Jadual pengambilan tanah yang lengkap.

e)   Bilangan pelan mencukupi.

2. Sijil Carian Rasmi/Carian Persendirian.

3. Ulasan daripada Jabatan Teknikal.

4. Peruntukkan yang mencukupi.

 

 Tindakan: JKPTG / Pentadbir Tanah hendaklah memulangkan semula permohonan yang tidak lengkap kepada pemohon untuk melengkapkan permohonan dan tidak membebankan Penolong Pegawai Tanah, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbiran tanah untuk melengkapkan permohonan.

Bil.

Amalan

Perundangan

 

02.

 

Menerima permohonan 3(1)(b) dan (c) yang tidak lengkap dan meneruskan proses permohonan:

1. Kertas Cadangan Projek tidak lengkap; Penolong Pegawai Tanah perlu membuat laporan tanah.

2. Pelan susunatur dan pelan pengambilan tanah tidak lengkap; Penolong Pegawai Tanah terpaksa melengkapkan pelan semasa menyediakan laporan.

3. Tiada laporan awal penilaian tanah oleh JPPH; Pentadbiran tanah mengeluarkan surat ulasan kepada JPPH.

4. Belum menjelaskan Fi dan deposit seperti yang ditentukan dalam Kaedah Pengambilan Tanah 1998.

 

Permohonan 3(1)(b) dan (c) diberi kepada Pentadbir Tanah Daerah dengan menggunakan Borang 1 di bawah seksyen 3(2) APT 1960 dan disertakan/perakuan:

1. Kertas Cadangan Projek.

2. Pelan susunatur dan pelan pengambilan tanah.

3. Laporan awal penilaian tanah oleh JPPH.

4. Fi dan deposit seperti yang ditentukan dalam Kaedah Pengambilan Tanah 1998.

 

 Tindakan: Pentadbir Tanah boleh menolak permohonan yang tidak lengkap dan mematuhi peraturan. Supaya tidak membebankan Penolong Pegawai Tanah dan Pentadbiran tanah untuk melengkapkan permohonan.

 

03.

 

Permohonan 3(1)(a) Laporan Penolong Pegawai Tanah hendaklah meliputi maklumat tambahan selain perkara disebelah, iaitu; akibat dari Amalan bil. 01.1. Pelan tidak lengkap; Penolong Pegawai Tanah terpaksa melengkapkan pelan semasa menyediakan laporan.

 

Permohonan 3(1)(a) Laporan Penolong Pegawai Tanah hendaklah meliputi perkara-perkara berikut:

1. Apa yang ada di atas tanah;

2. Apa yang ada di sekeliling tanah itu;

3. Anggaran nilai pasaran tanah itu;

4. Kesesuaian untuk penggunaan yang dicadangkan.

 

 Tindakan: JKPTG / Pentadbir Tanah hendaklah memulangkan semula permohonan yang tidak lengkap kepada pemohon untuk melengkapkan permohonan dan tidak membebankan Penolong Pegawai Tanah untuk melengkapkan permohonan.

Bil.

Amalan

Perundangan

 

04.

 

Akibat menerima permohonan 3(1)(b) dan (c) yang tidak lengkap, iaitu Kertas Cadangan Projek, pelan susunatur dan pelan pengambilan tanah; Laporan Penolong Pegawai Tanah hendaklah meliputi perkara-perkara berikut:

1. Apa yang ada di atas tanah;

2. Apa yang ada di sekeliling tanah itu;

3. Anggaran nilai pasaran tanah itu;

4. Kesesuaian untuk penggunaan yang dicadangkan.

 

Sekiranya permohonan 3(1)(b) dan (c) yang lengkap seperti di perkara perundangan bil. 02, Pentadbir Tanah boleh terus mengemukakan permohonan kepada UPEN jika permohonan didapati teratur.

 

 Tindakan: Pentadbir Tanah boleh menolak permohonan yang tidak lengkap dan mematuhi peraturan. Supaya tidak membebankan Penolong Pegawai Tanah dan Pentadbiran tanah untuk melengkapkan permohonan.

 

05.

 

Setelah tapak permohonan dikeluarkan Borang K dan tidak dilupuskan kepada pemohon, tanah tersebut menjadi Tanah Kerajaan dan Pentadbir Tanah mengarahkan Penolong Pegawai Tanah untuk mengawal selia serta mengambil tindakan penguatkuasaan.

 

Setelah tapak permohonan dikeluarkan Borang K dan tidak dilupuskan kepada pemohon, tanah tersebut menjadi Tanah Kerajaan dan Pentadbir Tanah hendaklah mengarahkan pemohon untuk mengawal serta mengambil tindakan penguatkuasaan rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1987

 

Tindakan: Pentadbir Tanah hendaklah mengarahkan pemohon untuk mengawal serta mengambil tindakan penguatkuasaan rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1987. Supaya tidak membebankan Penolong Pegawai Tanah dan Pentadbiran tanah untuk mengawal serta mengambil tindakan penguatkuasaan. Contoh dibuat oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu, ‘Sistem Pemantauan Tanah Persekutuan’ (STTP) seperti lampiran.

3. Justeru itu, pentadbiran tanah hendaklah memahami isu pengambilan dan keperluan agensi yang mengambil tanah serta ‘the do’s and don’t’s’ bagi agensi pengambil, iaitu:


i.       
Kementerian Jabatan Pengguna (KJP) / Agensi Pengambil (AP) hendaklah memberikan perhatian dan memastikan keperluan Bersama semasa mengemukakan permohonan pengambilan tanah bawah seksyen 4, Akta Pengambilan tanah (APT) 1960:

Preliminary notice

4. (1) Whenever the State Authority is satisfied that any land in any locality in the State is likely to be needed for any of the purposes referred to in section 3 a notification in Form A shall be published in the Gazette.

(2) The Land Administrator shall give public notice of any notification published under subsection (1) in the manner prescribed by section 52.

(3) A notification under subsection (1) shall lapse in so far as it relates to any land or part of any land in respect of which there is not published in the Gazette within twelve months from the date of publication of such notification a declaration under subsection 8(1).

(4) Notwithstanding subsection (3), it shall be lawful for the State Authority to publish a fresh notification under subsection 4(1) in respect of the land or part of the land in relation to which the notification had lapsed if the State Authority is satisfied that such land or such part of the land is likely to be needed for any of the purposes referred to in section 3.

           ii.        Melibatkan JKPTG/PTG melalui perancangan projek di peringkat Pengurusan Projek (‘Value Management’):

a)   Tarikh pemilikan tapak sebenar;

b)   Keperluan permohonan untuk Seksyen 4 sekiranya melibatkan projek berbentuk jajaran baru, pengairan dan saliran, naik taraf dengan jalan baru: Arahan baharu dari JKPTG khusus buat pengambilan tanah yang diuruskan oleh JKPTG Negeri – semua proses pengambilan tanah perlu dimulakan dengan pewartaan seksyen 4;

c)   Pelantikan Perunding/Juruukur Berlesen (sebaik-baiknya local based) perlu untuk penyediaan pelan pengambilan tanah, pelan perizaban, pelan pemberimilikan tanah,pelanpelepasan/serahbalik tanah-tanah Persekutuan dan pelan hakmilik sambungan; dan

d)   Anggaran awal siling kos pengambilan tanah.

          iii.        Memastikan draf pelan pengambilan tanah adalah mengikut piawaian/format Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) Bil.1/2003 dan mendapat nasihat daripada JKPTG/PTG/Pejabat Tanah Daerah berkenaan;

iv.        Mematuhi kewajipan berunding di bawah seksyen 20A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]:

 

20A. Kewajipan untuk berunding

 

Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Jawatankuasa tentang apa-apa aktiviti pemajuan yang ia bercadang supaya dijalankan di dalam Negeri itu. 

            v.        KJP/AG membuat libat urus (engagement) dan mendapatkan ulasan teknikal bagi koridor di bawah Seksyen 4 untuk ulasan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal, Kawasan Perlindungan Hidupan Liar dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Libat urus ini juga termasuk dengan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). 

                    vi.        KJP/AG mengadakan libat urus dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi isu seperti berikut:

a)   Tanah Hutan Simpanan Kekal

b)   Tanah Kerajaan

c)   Tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

d)   Kawasan yang tertakluk dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 

          vii.        Menyemak dan membuat susulan ulasan JKPTG Negeri / Pejabat Tanah Daerah. 

        viii.        Mengemukakan surat permohonan pengambilan tanah tersebut kepada JKPTG Negeri / Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan dan satu salinan dokumen lengkap kepada Bahagian Pengambilan Tanah dalam tempoh tidak kurang dari (14) hari bekerja dari tarikh permohonan atas talian dibuat. Surat tersebut hendaklah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian atau AP (Dokumen lengkap mengandungi pelan pengambilan tanah, sijil carian rasmi dan perakuan peruntukan mencukupi beserta surat iringan permohonan). 

            ix.        Mengemukakan dokumen sokongan seperti pengesahan peruntukan kewangan mencukupi bersama-sama surat permohonan. 

          x.        Menyatakan perakuan bahawa pengesahan peruntukan kewangan adalah mencukupi. Peruntukan tersebut merangkumi kos-kos kerosakan sekiranya berlaku dan bayaran perisytiharan Warta kepada Percetakan Nasional Berhad; 

                     xi.        Menyatakan dengan jelas tempoh atau jangka masa untuk KJP/AG memasuki tapak tersebut kepada Pentadbir Tanah yangberkenaan; 

          xii.        Menyenaraikan nama-nama orang yang diberi kuasa untuk memasuki tapak bagi tujuan kajian di atas tanah (Borang B); 

        xiii.        KJP/AG perlu menyediakan laporan tanah berserta gambar sebelum dan selepas kajian tanah dibuat bagi membantu Pentadbir Tanah membuat penilaian dan pampasan jika terdapat kerosakan ke atas tanah. 

        xiv.        KJP/AG hendaklah memuktamadkan jajaran sebenar yang diperlukan untuk diteruskan di bawah seksyen 8 APT dalam tempoh 9 bulan dari tarikh pewartaan Seksyen 4. Jika pada akhir tempoh 9 bulan itu, KJP merasakan kajian tidak akan dapat diselesaikan dalam tempoh 1 tahun yang dibenarkan, KJP hendaklah membuat permohonan baru untuk pengisytiharan semula di bawah Seksyen 4; dan 

        xv.        Bagi permohonan yang telah dimuktamadkan untuk permohonan di bawah seksyen 8, KJP/AG hendaklah menentukan samada Sijil Perakuan Kedesakan melalui Borang I diperlukan atau tidak. 

       xvi.        Sekiranya Sijil Perakuan Kedesakan (Borang I) diperlukan bagi maksud melaksanakan projek dengan segera maka Borang I sahaja sudah memadai tanpa Borang K (pengambil milikan rasmi) dikeluarkan serentak. 

4. Berhubung  penarikan balik permohonan Pengambilan tanah oleh Kementerian Jabatan Pengguna (KJP) / Agensi Pengambil (AP) hendaklah:

(a) Permohonan pengambilan tanah boleh ditarik balik sebelum pewartaan Seksyen 8.

(b) Bagi permohonan penarikan balik tersebut, perlu;

            i.Mengemukakan surat permohonan kepada JKPTG Negeri / Pejabat Tanah Daerah dengan menyatakan sebab-sebab penarikan balik permohonan tanah tersebut; dan

                   ii.  Membayar pampasan atas sebarang kerosakan yang berlaku ke atas tanah semasa kajian tanah dibuat di bawah Seksyen 4 (jika berkenaan).

(c) Menentukan tapak atau jajaran yang sesuai bagi projek tersebut dalam tempoh satu (1) tahun (di bawah Seksyen 4 jika berkaitan) dengan melakukan rundingan bersama JKPTG Negeri, Pegawai Daerah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya Negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dan lain-lain serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan. Tujuan rundingan ini adalah untuk menentukan kesesuaian lokasi dengan mengambil kira keadaan fizikal tapak,gunatanah sekitar, aksesibiliti serta isu-isu social dan ekonomi (sekiranya ada); 

5. Kementerian Jabatan Pengguna (KJP) / Agensi Pengambil (AP) perlulah membuat rundingan terlebih dahulu yang diadakan adalah sebagai pemakluman awal kepada jabatan-jabatan teknikal di peringkat negeri dan daerah agar pengetahuan dan latar belakang projek diketahui selain kepentingan untuk memberi komen/ulasan/syarat kepada mana-mana tuan tanah atau pemaju yang hendak memajukan tanah mereka yang terletak dalam kawasan projek yang berkemungkinan terlibat atau yang dicadangkan untuk pengambilan tanah melalui permohonan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) di pihak berkuasa perancangan (PBT);

(a) Memastikan tiada pindaan pelan dibuat setelah permohonan dikemukakan kepada JKPTG / Pejabat Tanah Daerah bagi memastikan kelancaran proses pengambilan tanah. Sebarang permohonan pindaan hendaklah dikemukakan kepada JKPTG Negeri / Pejabat Tanah Daerah untuk mendapatkan kelulusan daripada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)/Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar/Jemaah Menteri;

(b) Mendapatkan ulasan rasmi Jabatan-jabatan teknikal yang berkenaan mengenai kesesuaian tapak tersebut termasuk Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar, jika perlu. (Jabatan Teknikal yang dirujuk adalah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perancang Bandardan Desa, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kerja Raya).

(c) Membuat semakan butiran tanah dengan rekod terkini di Pejabat Tanah berkenaan setelah penentuan tapak dimuktamadkan, Salinan Sijil Carian Rasmi (sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) bulan terkini dari tarikh permohonan) dan salinan hakmilik (jika perlu);

(d) Membentangkan cadangan pengambilan tersebut berdasarkan maklumat yang diperoleh iaitu butiran tanah, ulasan-ulasan Jabatan Teknikal dan laporan nilaian awal tanah kepada Jawatankuasa Pembangunan Daerah atau apa-apa Jawatankuasa seumpamanya di peringkat daerah untuk persetujuan, sekiranya perlu;

(e) Menyatakan sekiranya ada keperluan pengambilan tanah melalui Sijil Perakuan Kedesakan (Borang I) bagi lot-lot yang diberi keutamaan dan tanah-tanah tersebut hendaklah dipastikan tiada struktur bangunan;

(f) Mematuhi semuaperaturan yang ditetapkan oleh PBN semasa penentuan kesesuaian tapak;

(g) Membuat permohonan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi mendapatkan laporan nilaian awal untuk menentukan jumlah peruntukan pengambilan tanah sekiranya belum diperoleh dibawah seksyen 4;

(h) Mengambil kira kos-kos lain yang perlu disediakan sebelum membuat permohonan pengambilan tanah;

(i) Mengambil maklum bahawa peruntukan kewangan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan prosiding pengambilan tanah terjejas atau diberhentikan;

(j) Mengemukakan surat permohonan pengambilan tanah tersebut kepada JKPTG Negeri yang berkenaan dan satu salinan dokumen lengkap kepada Bahagian Pengambilan Tanah dalam tempoh tidak kurang dari (14) hari bekerja daripada tarikh permohonan atas talian dibuat. Surat tersebut hendaklah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian ; (Dokumen lengkap mengandungi pelan pengambilan tanah, sijil carian rasmi dan perakuan peruntukan mencukupi beserta surat iringan permohonan).

(k) Menyatakan dengan jelas tarikh tanah dikehendaki dalam Lampiran B seperti di dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1 Tahun 2003;

(l) Pegawai Projek di dalam Lampiran B Pekeliling PTP Bil 1/2003 adalah Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian / Agensi Pengambil (AP);

(m) Dokumen-dokumen iringan semasa permohonan:

                     i.        Pelan Pengambilan Tanah yang lengkap. Bilangan Salinan pelan yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan;

                        ii.        Sijil Carian Rasmi/ Persendirianyang terkini (tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima);

                     iii.        Ulasan daripada Jabatan Teknikal (jikaberkenaan);

                      iv.        Ulasan daripada Jabatan Alam Sekitar (jika berkenaan);

            v.        Persetujuan Jawatankuasa Pembangunan Daerah atau Jawatankuasa seumpamanya (sekiranya berkenaan);

                  vi.        Pengesahan peruntukan pampasan pengambilan tanah yang mencukupi termasuk kos penandaan dan lain-lain kos; dan

                vii.        Sijil Perakuan Kedesakan (BorangI) diperlukan (jika berkenaan).

 

6. Kementerian Jabatan Pengguna (KJP) / Agensi Pengambil (AP) juga hendaklah membuat penandaan kawasan pengambilan, kerana:

a)   Memastikan penandaan di kawasan pengambilan tanah dibuat apabila dimaklumkan oleh Pentadbir Tanah dan mengemukakan pengesahan penandaan secara bertulis dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat diterima. Ini merupakan keperluan yang perlu dilaksanakan oleh KJP/AP seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 9 APT 1960;

b)   Mengadakan lawatan bersama Pentadbir Tanah untuk mengesahkan penandaan tersebut; dan

c)   Juga diingatkan agar memasukkan klausa melaksanakan kerja-kerja ukur tanah penandaan di dalam kontrak lantikan yang dibuat. Ini bagi memudahkan KJP/AG untuk mengarahkan Juruukur Berlesen/ Perunding Tanah melaksanakan penandaan dan Permintaan Ukur.

 

7. Selain itu, proses-proses seterusnya permohonan Pengambilan Tanah bolehlah merujuk Nota ‘Seminar Sehari Pengambilan Tanah:Perundangan VS Amalan’ oleh Kelab INSTUN.

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

             Pentadbir Tanah hendaklah menerima permohonan Pengambilan Balik Tanah yang tepat dan lengkap selaras mematuhi kehendak Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, Buku ‘Manual Pengambilan Tanah’ dan Pekeliling-pekeliling berkaitan.

Sehubungan itu, saya mencadangkan pentadbiran ini untuk membuat kursus/bengkel/seminar seperti ‘Seminar Sehari Pengambilan Tanah:Perundangan VS Amalan’ dengan kerjasama Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) kepada pegawai-pegawai pentadbiran tanah yang berkenaan, terutamanya di peringkat awal penerimaan permohonan iaitu Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred dalam memahami proses permohonan Pengambilan Balik Tanah.

Justeru itu, dengan adanya pematuhan proses permohonan Pengambilan Balik Tanah yang sempurna, dapat membantu Pentadbir Tanah untuk membuat siasatan dan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 dalam menyediaan laporan tanah, serta dapat membantu Pentadbir Tanah khususnya atau pentadbiran tanah amnya dalam membuat keputusan di atas setiap permohonan yang diterima.

1 ulasan:

akqqdkqq berkata...

pentadbiran tanah kena mahir & bijak dalam membuat keputusan & siasatan pengambilan balik tanah, sebarang kecuaian akan menimbulkan permasalahan semua pihak..

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...