Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:
1. Subeksyen 22(3) Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]:
22.
Layanan terhadap permohonan.
(3) Selepas memberi pertimbangan
kepada perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) itu, pihak berkuasa
perancang tempatan boleh, tertakluk kepada subseksyen (4), memberi kebenaran
merancang sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat yang
difikirkannya patut dikenakan, atau enggan memberikan
kebenaran merancang.
2. Subseksyen
116(4)(f), (g) dan (h) Kanun Tanah Negara (Akta 828) bagi kategori atau syarat
bangunan dan perenggan (v) di bawah subseksyen 117(1)(a) dan perenggan (c)(ii)
di bawah proviso kepada subsekyen 117(1) Akta 828 bagi kategori atau syarat
industri:
116.
Implied
conditions affecting land subject to the category "building".
(1) Where any alienated
land is subject by virtue of any provision of this Act to the category
"building", the following implied conditions shall, subject to
subsection (3), apply thereto-
(a)
that,
unless on the relevant date such a building already existed on the land, there
shall within two years of that date be erected thereon a building suitable for
use for one or more of the purposes specified or referred to in sub-section
(4);
(2)..
(4) The purposes referred
to in paragraph (a) of sub-section (1) are the following-
(c).
(f)
any
purpose which the State Authority may prescribe for the purposes of this
section by rules under section 14;
(g)
any
purpose which the State Authority may think fit to authorise in the
circumstances of any particular case;
(h)
any
purpose incidental to a purpose falling within any of the preceding paragraphs.
117.
Implied
conditions affecting land subject to the category "industry".
(1) Where any alienated
land is subject by virtue of any provision of this Act to the category
"industry"', the following implied conditions shall, subject to
subsection (2), apply thereto-
(a)
that
it shall be used only for industrial purposes, that is to say, for the purposes
of the erection or maintenance of factories, workshops, foundries, warehouses,
docks, jetties, railways or other buildings or installations for use for or in
connection with one or more of the following purposes-
(v) such other purposes as
the State Authority may prescribe for the purposes of this section by rules
under section 14;
(b) .
(c)
Provided that the condition
specified in paragraph (a) shall not prevent the maintenance or erection on the
land of any building used or to be used-
(ii) for any purpose which
the State Authority may think fit to authorise in the particular circumstances
of the case.
3. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan Bil. 2/2023; ‘Tatacara
Penggunaan Tanah Kategori Bangunan dan Industri Bagi Tujuan Selain Kategori
Atau Syarat Bangunan dan Industri’ (lampiran).
Perkara Berkaitan Pentadbiran Tanah:
1. Merujuk Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 2/2023 di
atas, ia dikeluarkan
bagi menasihati semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar mengenai tatacara memproses
permohonan untuk menggunakan tanah kategori bangunan dan industri bagi tujuan
selain kategori atau syarat bangunan dan industri.
2. Tujuan pekeliling ini adalah untuk memberi panduan kepada
Kerajaan Negeri dalam melaksanakan peruntukan di atas dan sebagai pilihan bagi
mengelakkan tuan punya tanah daripada terpaksa menanggung kos yang tinggi
sekiranya kaedah permohonan ubah kategori atau syarat di bawah seksyen 124 atau
pecah sempadan dan ubah kategori atau syarat di bawah seksyen 124A atau serah
balik dan beri milik semula di bawah seksyen 204AH Akta 828 digunakan. Dalam
masa yang sama, diharapkan PBN dapat meningkatkan kutipan hasil dan mengelakkan
tindakan penguatkuasaan yang terpaksa diambil kerana kemungkiran atau
pelanggaran kategori atau syarat di bawah seksyen 127 hingga 129 Akta 828.
3. Justeru itu, bagi
memperjelaskan tindakan yang perlu diambil, mengenai "Tatacara Penggunaan
Tanah Kategori Bangunan dan Industri Bagi Tujuan Selain Kategori atau Syarat Bangunan
dan Industri" adalah seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 pekeliling. Ianya
bolehlah diguna pakai setelah perkara-perkara yang perlu ditetapkan di dalam
Kaedah-kaedah Tanah Negeri dilaksanakan seperti di perenggan 12. Pekeliling
4. Sehubungan itu, Pentadbir
Tanah juga adalah dinasihatkan untuk menyediakan kertas Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri melalui Pengarah Tanah dan Galian untuk pertimbangan dan
keputusan Pihak Berkuasa Negeri mengenai dasar-dasar umum yang dinyatakan di
bawah perenggan 12 Pekeliling tersebut.
5. Selain itu, Pihak
Berkuasa Negeri juga boleh membuat pertimbangan untuk mewakikan kuasanya kepada
Pengarah Tanah dan Galian Negeri atau Pentadbir Tanah Daerah bagi mempertimbang
dan memutuskan permohonan di bawah tatacara ini mengikut mana yang sesuai
selaras dengan peruntukan seksyen 13 Akta 828.
6. Oleh demikian, sebagai makluman
pekeliling ini dikeluarkan dengan persetujuan semua Pengarah Tanah dan Galian
Negeri dan telah mendapat persetujuan Bahagian Perundangan dan Kawal Selia
Perancangan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
Perkara Untuk Pentadbiran Tanah:
Pentadbiran tanah hendaklah
mematuhi
kehendak Pekeliling
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 2/2023.
Justeru itu, dengan adanya "Tatacara
Penggunaan Tanah Kategori Bangunan dan Industri Bagi Tujuan Selain Kategori
atau Syarat Bangunan dan Industri" dapat membantu Pentadbiran
Tanah amnya dan Pentadbir Tanah khususnya dalam membuat tindakan yang tepat, bagi
mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Baru Kerajaan
Negeri serta Undang-undang Negara semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan