Rabu, 30 Disember 2020

KEPERLUAN PENTADBIRAN INI UNTUK MENGUSULKAN KEPADA KETUA MENTERI BAGI MEWUJUDKAN ‘ENAKMEN REKOD DAN ARKIB NEGERI PULAU PINANG’ DI BAWAH PERUNTUKAN SEKSYEN 48. PENUBUHAN ARKIB NEGERI, AKTA ARKIB NEGARA 2003 (AKTA 629) SELARAS ‘ARTICLE 26. EXERCISE OF LEGISLATIVE POWER, OF THE CONSTITUTION OF THE STATE OF PENANG’

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 48. Penubuhan Arkib Negeri, Akta Arkib Negara 2003:

 

Penubuhan Arkib Negeri

 

48. (1) Sesuatu Kerajaan Negeri boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah, menubuhkan Arkib Negeri.

 

(2) Peruntukan seksyen 4 hingga 47 Akta ini hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi Arkib Negeri sebagaimana yang terpakai bagi Arkib Negara, terutamanya dan tertakluk kepada yang berikut:

(a) hendaklah dibaca bagi perkataan “sepuluh” dalam perenggan 14(1)(c), perkataan “enam”;

 

(b) sebutan tentang Menteri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Menteri Besar atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ketua Menteri bagi Negeri itu; dan

 

(c) sebutan tentang setiap Majlis Parlimen dalam subseksyen 46(2) hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Dewan Undangan Negeri bagi sesuatu Negeri.

 

2. ‘Article 26. Exercise of legislative power, of the Constitution of the State of Penang’.

 

3. Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai II-Senarai Negeri;

 

2. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tanah termasuk—

(a) pemegangan tanah, hubungan antara tuan tanah dengan penyewa;

pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah; penerokaan, pemajuan tanah dan pemuliharaan tanah; sekatan sewa;

(b) tanah simpanan Melayu atau, di Negeri Sabah dan Sarawak, tanah simpanan anak negeri;

(c) permit dan lesen untuk mencari gali bagi lombong; pajakan melombong dan perakuan melombong;

(d) pengambilan tanah secara paksa;

(e) pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah; isemen; dan

(f) rad; harta karun tidak termasuk benda purba.

 

4. Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 33/2009; ‘Memindahkan Rekod Pejabat Pendaftar Dan Pejabat Tanah Ke Arkib Negara’ dan Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 4/1969; ‘Keselamatan Dokumen-dokumen Di Pejabat-pejabat Tanah Dan Galian Dan Pejabat-pejabat Tanah (Disemak 2009)’.

 

Perkara Berkaitan Pentadbiran Tanah:

 

1. Berdasarkan pemerhatian, didapati bahawa pengurusan dan pelupusan rekod awam di pentadbiran tanah tidak diurus dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta Arkib Negara 2003. Dimana rekod aktif/semasa, rekod separa aktif/separa semasa dan rekod tidak aktif/tidak semasa; tidak diselenggara dengan sebaiknya mengikut kaedah-kaedah seperti:

a)   Penutupan Fail:

                     i.        Fail yang mengandungi 100 kandungan/lampiran atau ketebalannya 4cm (mana-mana yang terdahulu) hendaklah ditutup dan fail baru dibuka.

                   ii.        Fail juga ditutup setelah selesai segala Tindakan dan tiada rujukan yang perlu diambil oleh pejabat awam.

b)   Pelupusan dengan cara menguruskan pengasingan rekod dengan tujuan pemusnahan, pemindahan atau selainnya (penangguhan pemindahan).

c)   Tamat tindakan dengan penetapan yang menjelaskan rekod telah tamat atau tiada tindakan lanjut di kehendaki diambil tentang rekod tersebut.

d)   Jadual pelupusan rekod iaitu jadual yang mengenal pasti rekod yang mempunyai nilai arkib untuk dipelihara dan membenarkan pemusnahan rekod yang tinggal selepas luput tempoh pengekalan yang ditentukan.

e)   Pemusnahan dengan perbuatan memusnahkan atau menghapuskan apa-apa jenis rekod mengikut prosedur yang ditetapkan.

f)    Pemindahan dengan perbuatan memindahkan rekod awam kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara.

g)   Pemeliharaan iaitu keseluruhan proses dan pengendalian yang terlibat dalam perlindungan fizikal rekod awam dan arkib awam daripada kerosakan atau kemerosotan dan dalam pemulihan atau pembaikan rekod dan arkib itu.

 

2. Walaubagaimanapun, Dalam menjalankan kehendak-kehendak Akta Arkib Negara, adalah menjadi keperluan untuk pegawai-pegawai memindahkan rekod-rekod awam di bawah subseksyen 28(1) dan (2) Akta Arkib Negara ke Arkib Negara. Namun demikian, di bawah seksyen 375 KTN memperuntukkan seperti berikut:

 

375. (1) Registrar shall be responsible for the safe keeping of –

a) Every register of title maintained under this Act or any previous land law by him or any predecessor in office;

b) All instruments registered under the Act or any previous land law field in the Registry or land office in question; and

c) All other instruments, and all books and other records including digital data and information on any matters virtually stored in the land database of land Registry and the Disaster Recovery Centre, required by or under this Act or any previous land law to be filed or kept in that Registry or Land Office.

(2) No register instrument, book or other record including digital data and information on any matters virtually stored in the land database of land Registry and the Disaster Recovery Centre for the safe keeping of which the Register is responsible as aforesaid shall be removed from the Registry or Land Office except pursuant to an order of the Court or a Judge or under the direction in writing of the State Authority or State Commissioner.

 

3. Justeru itu, Pentadbiran ini bolehlah mencadangkan kepada Ketua Menteri selaku EXCO Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah; Pengangkutan & Komunikasi untuk mewujudkan Penubuhan Arkib Negeri di bawah Seksyen 48. Akta Arkib Negara 2003 melalui Article 26 of the Constitution of the State of Penang dengan mengadakan ‘Enakmen Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang’ seperti lampiran draf disertakan.

 

4. Sehubungan itu, dengan tubuhnya Arkib Negeri dan Enakmen ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam menguruskan rekod-rekod awam lebih sistematik  serta terurus selaras pengasingan kuasa Persekutuan dengan Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai II-Senarai Negeri.

 

5. Oleh itu, sekiranya wujud Arkib Negeri dan Enakmen ini tindakan penguatkuasaan terhadap larangan pemusnahan rekod awam oleh pejabat awam tidak perlu mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah Arkib Negara hanya perlu mendapat kebenaran bertulis di peringkat Pengarah Arkib Negeri, sebelum memusnahkan atau membenarkan pemusnahan rekod awam dibawah kawalannya seperti di seksyen 24. dalam draf ‘Enakmen Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang’ yang dilampirkan;

 

Larangan terhadap pemusnahan rekod awam

 

24. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Pengarah, memusnahkan atau membenarkan pemusnahan mana-mana rekod awam yang dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.

 

(2) Seseorang yang berniat untuk memusnahkan atau membenarkan pemusnahan mana-mana rekod awam hendaklah

 

(a) memberitahu pengarah dalam borang yang ditetapkan tentang niat untuk berbuat demikian.

 

(b) dalam pemberitahuan itu, menyatakan sifat rekod awam yang berkenaan.

 

(3) Pengarah boleh menghendaki mana-mana rekod awam yang dinyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (2) dijadikan tersedia untuknya bagi pemeriksaannya dan dia boleh memeriksa rekod itu.

 

(4) Pengarah boleh, mengikut seksyen 25, membenarkan pemusnahan rekod awam yang dinyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (2)

 

(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) dan (2) atau yang tidak menjadikan tersedia mana-mana rekod awam sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengarah di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjaran selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

6. Oleh demikian, dengan adanya Arkib Negeri dan Enakmen itu dapat menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah terhadap tanggungjawab mereka atas keselamatan dan cara menyimpan yang sempurna mengenai semua suratan di semua Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah, iaitu dokumen hakmilik, surat cara-surat cara urusan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Dimana kaedah menyimpan dokumen dengan cara yang sempurna, perlu disediakan tempat simpanan yang sesuai dan mencukupi bagi menjaga daripada kerosakan dan keadaan yang menyebabkan dokumen-dokumen itu menjadi usang atau lusuh. Perlu juga ditentukan supaya dokumen-dokumen itu senang diambil dan diperolehi untuk rujukan pada bila-bila masa ia dikehendaki

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran ini dapat membuat Kertas Cadangan Khas/khusus kepada Ketua Menteri selaku EXCO Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah; Pengangkutan & Komunikasi untuk mewujudkan penubuhan Arkib Negeri seperti di perkara 3. di atas.

Sehubungan itu, draf ‘Enakmen Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang’ seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran tanah bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN) kerana cadangan Enakmen ini berkaitan dengan isu perundangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Justeru itu, dengan tubuhnya Arkib Negeri dan Enakmen ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam mengurus rekod awam, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

ENAKMEN

REKOD DAN ARKIB NEGERI PULAU PINANG 202*

(NO. * Tahun 202*)

 


 

Tarikh diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Dewan

 

Undangan Negeri Pulau Pinang…                                  (Tarikh)

 

Tarikh diperkenaankan oleh Tuan Yang Terutama

 

Yang di-Pertuan Negeri                                              (Tarikh)

 

Tarikh diterbitkan dalam Warta                                      (Tarikh)

 

 

  

 

ENAKMEN REKOD DAN ARKIB NEGERI PULAU PINANG 202*

 

____________________

 

SUSUNAN SEKSYEN

 

____________________

 

BAHAGIAN I

 

PERMULAAN

 

Seksyen

 

1.Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

2.Tafsiran

3.Status rekod dan arkib negeri

 

 

BAHAGIAN II

 

PENUBUHAN REKOD DAN ARKIB NEGERI PULAU PINANG

 

4.Penubuhan Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang

5.Pengarah

6.Fungsi Pengarah

7.Kuasa untuk mengkaji semula

8.Pewakilan kuasa

9.Pelantikan Pakar Rujuk

 

 

BAHAGIAN III

 

LEMBAGA PENASIHAT

 

10.Penubuhan Lembaga

11.Fungsi Lembaga

12.Kuasa untuk menyimpang daripada nasihat Lembaga

13.Keanggotaan Lembaga

14.Setiausaha

15.Tempoh Jawatan

16.Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota.

17.Pengosongan jawatan.

18.Pengisian kekosongan.

19.Saraan atau elaun.

20.Mesyuarat Lembaga.

21.Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat.

22.Minit

23.Tatacara.

 


(ii)

 

BAHAGIAN IV

 

PENGURUSAN REKOD

 

24.Larangan terhadap pemusnahan rekod awam.

25.Pelupusan rekod awam.

26.Jadual pelupusan rekod.

27.Pemindahan rekod awam ke Rekod dan Arkib Negeri.

28.Rekod awam hendaklah diserahkan apabila diminta.

29.Jagaan dan kawalan rekod awam pejabat awam yang tidak berfungsi lagi.

30.Pemerolehan rekod persendirian.

31.Penyerahsimpanan rekod.

32.Penubuhan Pusat Rekod dan Unit Rekod Agensi.

33.Pengembalian rekod awam.

 

 

BAHAGIAN V

 

PENTADBIRAN ARKIB

 

34.Pemprosesan dan pemeliharaan arkib awam

35.Akses kepada arkib awam

36.Akses kepada rekod terperingkat

37.Larangan terhadap penghasilan semula dan penerbitan arkib awam

 

 

BAHAGIAN VI

 

PENUBUHAN DAN PENGURUSAN ARKIB YANG DI-PERTUA NEGERI,

 

ARKIB KETUA MENTERI DAN ARKIB MEMORIAL

 

38.Penubuhan arkib Yang di-Pertua Negeri, arkib Ketua Menteri dan arkib memorial

39.Bahan yang hendak diserah simpan di arkib Yang di-Pertua Negeri, arkib Ketua Menteri dan arkib memorial.

 

BAHAGIAN VII

 

AM

 

40.Kesahan di sisi undang-undang salinan fotografi dan cabutan

41.Pengesahan salinan fotografi dan cabutan

42.Penetusan fakta

43.Larangan terhadap eksport

44.Peraturan-peraturan

45.Laporan tahunan

46.Kecualian


 

 

NEGERI PULAU PINANG

 

Saya memperkenaankan,

 

            TUN DATO’ SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS

Yang di-Pertua Negeri

 

(Tarikh)

 

No. * Tahun 202*

 

Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pewujudan, pemerolehan, jagaan, pemeliharaan, penggunaan dan pengurusan rekod awam dan arkib awam; dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

 

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Badan Perundangan Negeri Pulau Pinang seperti berikut:

 

BAHAGIAN 1

PERMULAAN

 

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

 

1.         (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang 202*.

 

(2) Enakmen ini hendaklah terpakai di seluruh Negeri Pulau Pinang berkenaan dengan rekod awam dan arkib awam yang wujud sebelum, pada atau selepas Hari Malaysia.

 

(3) Enakmen ini mula berkuat kuasa pada tarikh penyiarannya dalam warta.

 

(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainya secara nyata oleh Enakmen ini, peruntukan ini tidak menjejaskan mana-mana peruntukan yang berhubungan dengan rekod yang dibuat oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.


 

Tafsiran

 

2. (1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

 

"arkib" ertinya rekod yang dipelihara bagi nilai arkibnya;

"arkib awam" ertinya -

 

(a)   rekod awam

 

(i)                 yang berusia lebih daripada dua puluh tahun;

 

(ii)              yang ditetapkan oleh Pengarah sebagai mempunyai nilai arkib; atau

 

(iii) yang telah dipindahkan ke Rekod dan Arkib Negeri atau mana-mana tempat lain yang diarahkan oleh Pengarah dari masa ke semasa; dan

 

(b)   Mana-mana rekod persendirian atau bahan lain yang ditetapkan oleh Pengarah sebagai mempunyai nilai arkib yang diperoleh bagi Rekod dan Arkib Negeri oleh Pengarah;

 

"arkib memorial" ertinya suatu institusi yang dikendalikan oleh Rekod dan Arkib Negeri untuk menempatkan, memulihara dan mempamerkan apa-apa bahan bersejarah untuk memperingati sesuatu peristiwa atau apa-apa bahan bersejarah untuk memperingati sesuatu peristiwa atau seseorang atau aspek sejarah lain dan arkib yang ditempatkan di dalamnya;

 

"arkib Ketua Menteri" ertinya suatu institusi yang dikendalikan oleh Rekod dan Arkib Negeri untuk menempatkan, memulihara dan mempamerkan rekod mana-mana Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

 

"arkib Yang di-Pertua Negeri" ertinya suatu institusi yang dikendalikan oleh Rekod dan Arkib Negeri untuk menempatkan, memulihara dan mempamerkan rekod Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan termasuk Yang di-Pertua Negeri dan Gabenor terdahulu;

 

”hasil semula" ertinya salinan tepat sesuatu rekod dari segi kandungan dan bentuk tetapi tidak

semestinya dari segi saiz dan rupa;

 

"Lembaga" ertinya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;

 

"Pihak Berkuasa Negeri" ertinya Pihak Berkuasa Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi rekod awam dan arkib awam;

 

"nilai arkib" ertinya mempunyai nilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan

atau kedua-duanya;

 

"pegawai arkib" ertinya pegawai Rekod dan Arkib Negeri yang melaksanakan tugas dalam

pengurusan rekod dan pentadbiran arkib;

 

 


"pejabat awam" ertinya sesuatu pejabat Kerajaan pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau sesuatu pejabat mana-mana pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun atau perusahaan Kerajaan;

 

"pelupusan" ertinya cara menguruskan pengasingan rekod dengan tujuan pemusnahan, pemindahan atau selainnya;

 

"pembesaran" ertinya hasil semula yang lebih besar daripada rekod yang asal atau perantara yang digunakan untuk membuat hasil semula itu;

 

"pemeliharaan" ertinya keseluruhan proses dan pengendalian yang terlibat dalam perlindungan fizikal rekod awam dan arkib awam daripada kerosakan atau kemerosotan dan dalam pemulihan atau pembaikan rekod dan arkib itu;

 

"pemerolehan" ertinya mendapat melalui pemindahan hakmilik, pembelian, derma, wasiat, hadiah atau selainnya;

 

"pemusnahan" ertinya perbuatan memusnahkan atau menghapuskan apa-apa jenis rekod dengan apa-apa cara;

 

"Pengarah" ertinya Pengarah Rekod dan Arkib Negeri;

 

"perusahaan Kerajaan" ertinya mana-mana perusahaan yang keseluruhan atau sebahagian daripada modalnya datang daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

 

"pihak berkuasa berkanun" ertinya mana-mana badan berkanun yang diperbadankan oleh mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

 

"Pusat Rekod" ertinya tempat simpanan yang dikendalikan oleh Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang bagi maksud menyimpan, memproses, dan menyelenggarakan rekod bukan semasa sementara menunggu pelupusan terakhir rekod itu;

 

"rakaman mikrofilem" ertinya hasil semula sesuatu rekod pada filem atau bahan lain yang merupakan hasil fotografi atau apa-apa proses yang serupa;

 

"rekod" ertinya bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat dan termasuklah kertas, dan termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar foto, mikrofilem, filem sinematograf, rakaman bunyi, rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal dan apa-apa salinannya;

 

"rekod awam" ertinya rekod yang diterima atau yang dikeluarkan secara rasmi oleh mana-mana pejabat awam bagi perjalanan hal ehwalnya atau oleh mana-mana pekhidmat awam atau pekerja pejabat awam dalam penjalanan tugas rasminya dan termasuk rekod mana-mana perusahaan Kerajaan;

 


 

"rekod persendirian" ertinya rekod orang perseorangan dan rekod agensi, institusi, organisasi atau persatuan bukan kerajaan di Negeri Pulau Pinang;

 

“rekod terperingkat” ertinya rekod awam yang dikelaskan sebagai rahsia rasmi mengikut pengertian Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]

 

“Rekod dan Arkib Negeri” ertinya Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

 

“rekod bukan semasa” ertinya rekod yang tidak lagi digunakan bagi menjalakan urusan semasa pejabat awam;

 

“salinan fotografi” ertinya apa-apa salinan rekod yang dibuat bagi menjalan urusan semasa pejabat awam;

 

“Unit Rekod Agensi “ ertinya sesuatu unit rekod agensi yang dikendalikan oleh mana-mana pejabat awam yang dalamnya rekod separa semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang disimpan, disenggarakan dan dipelihara;

 

“tamat” berhubung dengan rekod awam, ertinya tiada tindakan lanjut dikehendaki diambil tentang rekod itu.

 

(2) Bagi maksud enakmen ini, rekod hendaklah dianggap dalam jagaan atau di bawah kawalan Rekod dan Arkib Negeri jika rekod itu berada dalam milikannya menurut seksyen 27, 28, 29 dan 30 atau jika Rekod dan Arkib Negeri mempunyai kuasa untuk memberikan larangan terhadap jagaan rekod itu.

 

(3) Jika rekod yang diwujudkan pada tarikh yang berlainan disimpan bersama dalam satu fail atau dalam kumpulan lain bagi maksud pentadbiran, semua rekod dalam fail atau kumpulan lain

 

Status rekod dan arkib negeri

 

3. (1) Semua arkib yang dalam jagaan atau di bawah kuasa kawalan Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang pada atau selepas permulaan kuat kuasa Enakmen ini ialah arkib negeri.

 

(2) Semua rekod awam yang dalam jagaan atau di bawah kawalan pejabat awam pada atau selepas permulaan kuat kuasa Enakmen ini ialah rekod awam negeri.

 


 

BAHAGIAN II

 

PENUBUHAN REKOD DAN ARKIB NEGERI PULAU PINANG

 

 

Penubuhan Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang

 

4. Maka hendaklah ditubuhkan Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang bagi maksud untuk menyediakan garis panduan dalam pewujudan, penggunaan dan penyenggaran, pemerolehan, penyimpanan dan pemeliharaan rekod dan menyediakan kemudahan bagi rujukan, penyelidikan atau maksud lain.

 

Pengarah dan pegawai

 

5. (1) Maka hendaklah ada seorang Pengarah bagi maksud menjalankan kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Pengarah di bawah Enakmen ini.

 

(2) Pengarah hendaklah mempunyai suatu meterai bagi pengesahan arkib awam yang dikehendaki bagi maksud kuasa dan fungsinya di bawah Enakmen ini.

 

(3) Maka hendaklah ada apa-apa bilangan pegawai yang perlu untuk membantu Pengarah dalam pelaksanaan fungsinya dan perjalanan kuasanya di bawah Enakmen ini.

 

(4) Semua pegawai hendaklah tertakluk kepada pengawasan, arahan dan kawalan Pengarah.

 

Fungsi Pengarah

 

6.  Fungsi Pengarah adalah seperti yang berikut:

 

(a)   memeriksa rekod yang dalam jagaan atau di bawah kawalan pejabat awam, mengenal pasti rekod yang mempunyai nilai arkib dan memberikan nasihat tentang pewujudan, penyenggaraan, penyimpanan, penggunaan dan pelupusan rekod sedemikian;

 

(b)   mengambil langkah yang sesuai dalam memelihara apa-apa rekod yang dalam jagaan atau di bawah kawalan Rekod dan Arkib Negeri,

 

(c)   memperoleh rekod dan bahan yang pada pendapat Pengarah adalah atau mungkin mempunyai nilai arkib;

 

(d) menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan Pusat Rekod;

 

(e) menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan arkib Yang di-Pertua Negeri, arkib Ketua Menteri dan arkib memorial;

 

(f) memusnahkan atau selainya melupuskan atau membenarkan pemusnahan atau pelupusan rekod awam;

 

(g) menasihati pejabat awam tentang penubuhan Unit Rekod Agensi;

 


 

 

(h) menasihati pejabat awam dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian program pengurusan rekod mereka;

 

(i) menetapkan standard dan tatacara bagi pembaikan program pengurusan rekod awam dan arkib awam;

 

(j) menyediakan latihan dalam pengurusan rekod awam dan pentadbiran arkib;

 

(k) menyusun, mengelaskan dan memelihara arkib awam;

 

(l) mewujudkan dan menyenggarakan daftar rekod awam dan arkib awam;

 

(m) menyediakan panduan, senarai, indeks dan pandu cari lain bagi arkib awam;

 

(n) menentukan akses dan penggunaan arkib awam;

 

(o) menyediakan kemudahan bagi penyelidikan dan rujukan;

 

(p) tertakluk kepada terma dan syarat bagi perolehannya, dan tertakluk kepada undang-undang yang berhubung dengan hakcipta, menghasilkan semula atau menerbitkan mana-mana arkib awam atau mana-mana bahagian daripada arkib awam itu;

 

(q) melakukan apa-apa perkara yang difikirkan perlu atau suai manfaat bagi membolehkan arkib awam digunakan dengan secukupnya;

 

(r) mengenal pasti dan membuat salinan rekod penting yang perlu bagi keberterusan fungsi atau penyusunan semula sesuatu organisasi semasa dan selepas darurat dan juga rekod yang perlu bagi perlindungan hak dan kepentingan organisasi itu dan orang perseorangan yang secara langsung terjejas dengan kegiatan organisasi itu;

 

(s) mengesahkan salinan atau cabutan arkib awam;

 

(t) mengumpul dan menyebarkan maklumat sejarah;

 

(u) menjalin hubungan kerja dengan mana-mana organisasi berhubung dengan arkib awam;

 

(v) menjalankan temu bual dan membuat rakaman sejarah lisan, dan menghasilkan transkrip temu bual pilihan;

 

(w) menyediakan, menerbitkan, menjual atau mengedarkan penerbitan yang berkenaan dengan atau berhubungan dengan arkib awam, atau yang berkenaan dengan kegiatan dan kemudahan yang disediakan oleh Rekod dan Arkib Negeri;

 

(x) menggalakkan kegiatan kesedaran awam dalam aspek yang berkaitan dengan pengurusan rekod dan pentadbiran arkib melalui pameran pakej dan pendidikan audio-visual, dan program pendidikan lain; dan

 

(y) melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan kuasa dan fungsinya.

 

Kuasa untuk mengkaji semula

 

7. (1) Pengarah hendaklah dari semasa ke semasa mengkaji semula atau menyebabkan supaya dikaji semula mana mana rekod terperingkat yang dalam jagaan atau di bawah kawalan Rekod dan Arkib Negeri.

 

(2) Bagi maksud subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen (3), Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk memeriksa dan menasihati tentang kandungan mana-mana rekod terperingkat dan untuk mengelaskan semula atau menghapuskan pengelasan rekod terperingkat yang dalam jagaan atau di bawah kawalan Rekod dan Arkib Negeri.

 

(3) Kajian semula, pengelasan semula atau penghapusan pengelasan mana-mana rekod terperingkat hendaklah dijalankan menurut Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88].

 

Pewakilan Kuasa

 

8. (1) Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, kepada seseorang atau golongan orang dan orang atau golongan orang yang kepadanya fungsi itu diwakilkan boleh melaksanakan fungsi itu mengikut cara yang sama dandengan kesan yang sama seolah-olah fungsi itu telah diberikan kepadanya atau mereka di bawah Enakmen ini.

 

(2) Seseorang yang berupa sebagai bertindak menurut perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, jika tiada bukti yang berlawanan, dianggap bertindak mengikut terma pewakilan itu.

 

(3) Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Pengarah.

 

(4) Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Pengarah daripada menjalankan tugas atau fungsi yang telah diwakilkan.

 

Pelantikan Pakar Rujuk

 

9. (1) Pengarah boleh, dari semasa ke semasa, sebagaimana dan apabila perlu, melantik mana-mana orang yang memiliki kebolehan atau kepakaran untuk menjalankan penyelidikan sejarah dan kerja pendokumenan menjadi Pakar Rujuk.

 

(2) Tempoh pelantikan seseorang Pakar Rujuk hendaklah bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Pengarah pada masa pelantikannya.

 

(3) Fungsi Pakar Rujuk adalah seperti yang berikut:

 

(a) membantu dalam kerja pendokumenan;

 

(b) mengenal pasti, memastikan dan selainnya mengesahkan maklumat atau fakta berkenaan dengan sejarah Pulau Pinang;

 

(c) membuat penyelidikan bagi maksud, dan menyusun dan menghasilkan, penerbitan sejarah; dan

 

(d) membantu dalam apa-apa kegiatan yang berhubungan dengan rekod dan arkib yang dijalankan oleh Rekod dan Arkib Negeri.

 

 

BAHAGIAN III

LEMBAGA PENASIHAT

 

Penubuhan Lembaga

 

10. Maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Penasihat bagi maksud menasihati Pengarah dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasa di bawah Enakmen ini.

 

Fungsi Lembaga

 

11. Fungsi Lembaga adalah seperti yang berikut:

 

(a)   menasihati Pengarah tentang apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Pengarah kepadanya dari semasa ke semasa; dan

 

(b)   menasihati Pengarah tentang apa-apa perkara yang difikirkan patut oleh Lembaga.

 

Kuasa untuk menyimpang daripada nasihat Lembaga

 

12. Walau apa pun seksyen 11, Pengarah boleh, selepas berunding dengan Ketua Menteri, menyimpang daripada nasihat yang diberikan oleh Lembaga, tetapi jika Pengarah berbuat demikian-

 

(a)   dia hendaklah merekodkan sepenuhnya secara bertulis, untuk dimasukkan dalam minit mesyuarat yang terawal selepas keputusan itu dibuat, alasan bagi keputusannya; dan

 

(b)   mana-mana anggota Lembaga mempunyai wibawa untuk menghendaki supaya direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga yang terawal selepas keputusan itu dibuat, apa-apa nasihat atau pendapat yang telah diberikan oleh anggota itu mengenai persoalan yang dipertikaikan dan alasan baginya.

 

Keanggotaan Lembaga

 

13. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

 

(a) Pengerusi yang dilantik oleh Ketua Menteri;

 

(b) Pengarah; dan

 

(c) tidak kurang daripada empat tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang anggota, yang dilantik oleh Ketua Menteri.

 

(2) Anggota Lembaga selain Pengarah hendaklah dilantik mengikut bidang kepakaran dan pengkhususan mereka dan, tertakluk kepada seksyen 15 dan 16, memegang jawatan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh Ketua Menteri.

 

Setiausaha

 

14. Maka hendaklah ada seorang Setiausaha kepada Lembaga yang hendaklah dilantik daripada kalangan Pegawai Rekod dan Arkib Negeri.

 

Tempoh Jawatan

 

15. Tertakluk kepada seksyen 16, seseorang anggota Lembaga selain Pengarah hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh yang melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula

 

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota

 

16. (1) Pelantikan seseorang anggota Lembaga selain Pengarah boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Ketua Menteri.

 

(2) Seseorang anggota Lembaga selain Pengarah boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis empat belas hari yang ditujukan kepada Ketua Menteri.

 

Pengosongan jawatan

 

17. Jawatan seseorang anggota Lembaga selain Pengarah hendaklah menjadi kosong jika -

 

(a) dia mati

 

(b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan-

 

(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

 

(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau.

 

(iii)apa-apa keselahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

 

(c)   dia menjadi bankrap

 

(d) dia tidak sempurna akal atau selainya tidak berupaya untuk menunaikankewajipannya;

 

(e) dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;

 

(f) peletakan jawatannya disetujui terima oleh Ketua Menteri; atau

 

(g) pelantikannya dibatalkan oleh Ketua Menteri.

 

Pengisian kekosongan

 

18. Jika seseorang anggota selain Pengarah tidak lagi menjadi anggota Lembaga, Ketua Menteri boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan

 

Saraan atau elaun

 

19. Anggota Lembaga dan mana-mana orang lain yang diundang untuk menghadiri sesuatu mesyuarat atau perbincangan Lembaga di bawah sekseyen 21 boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yang boleh ditentukan oleh Ketua Menteri, selepas berunding dengan Pegawai Kewangan Negeri.

 

Mesyuarat Lembaga

 

20. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekerap yang perlu dalam setahun bagi pelaksanaan

fungsinya.

 

(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.

 

(3) Sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah dipanggil oleh Pengerusi melalui notis bertulis kepada anggota lain dan mesyuarat hendaklah diadakan pada masa dan ditempat yang dinyatakan dalam notis itu.

 

(4) Korum Lembaga ialah enam orang.

 

(5) Keputusan Lembaga hendaklah melalui undi majoriti, dan jika terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

 

Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat

 

21.Lembaga boleh mengundang seseorang yang bukan anggota Lembaga untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi pada mesyuarat atau perbincangan itu.

 

Minit

 

22.(1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

 

 (2)Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi, boleh diterima seabgai keterangan tentang fakta yang dinyatakan dalamnya dalam mana-mana prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

 

Tatacara

 

23. Tertakluk kepada Enakmen ini, Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

 

 

BAHAGIAN IV

PENGURUSAN REKOD

 

Larangan terhadap pemusnahan rekod awam

 

24. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Pengarah, memusnahkan atau membenarkan pemusnahan mana-mana rekod awam yang dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.

 

(2) Seseorang yang berniat untuk memusnahkan atau membenarkan pemusnahan mana-mana rekod awam hendaklah

 

(a) memberitahu pengarah dalam borang yang ditetapkan tentang niat untuk berbuat demikian.

 

(b) dalam pemberitahuan itu, menyatakan sifat rekod awam yang berkenaan.

 

(3) Pengarah boleh menghendaki mana-mana rekod awam yang dinyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (2) dijadikan tersedia untuknya bagi pemeriksaannya dan dia boleh memeriksa rekod itu.

 

(4) Pengarah boleh, mengikut seksyen 25, membenarkan pemusnahan rekod awam yang dinyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (2)

 

(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) dan (2) atau yang tidak menjadikan tersedia mana-mana rekod awam sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengarah di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjaran selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

Pelupusan rekod awam

 

25. Pengarah boleh membenarkan pelupusan mana-mana rekod awam atau kelas rekod awam yang -

 

(a) oleh sebab bilangan, jenis atau bersifat rutin rekod itu, pada pendapatnya tidak memiliki apa-apa nilai arkib;

 

(b) tidak dikehendaki bagi maksud rujukan mana-mana pejabat awam selepas

 

(i) tindakan ke atas rekod awam telah tamat;

 

(ii) habis tempoh yang dipersetujui antara Pengarah dengan ketua pentadbir pejabat awam itu; atau

 

(c) keadaan fizikalnya tidak mengizinkan pemeliharaannya yang berterusan

 

Jadual pelupusan rekod

 

26. (1) Ketua pentadbir sesuatu pejabat awam hendaklah menyediakan dan mengemukakan jadual pelupusan rekod dalam bentuk yang ditetapkan bagi pelupusan rekod awam kepada Pengarah untuk kelulusannya.

 

(2) Pengarah boleh meluluskan jadual pelupusan rekod yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) dan, dalam meluluskan apa-apa jadual sedemikian, boleh mengenakan apa-apa kehendak atau syarat yang difikirkannya patut.

 

(3) Bagi maksud seksyen ini, "Jadual pelupusan rekod" ertinya jadual yang mengenal pasti rekod yang mempunyai nilai arkib untuk dipelihara dan membenarkan pemusnahan rekod yang tinggal selepas luput tempoh pengekalan yang ditentukan.

 

Pemindahan rekod awam ke Rekod dan Arkib Negeri

 

27. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), rekod awam yang berikut yang dalam jagaan atau di

bawah kawalan sesuatu pejabat awam hendaklah dipindahkan oleh ketua pentadbir pejabat awam itu kepada jagaan dan kawalan Rekod dan Arkib Negeri:

 

(a) mana-mana rekod awam yang telah ditamatkan bagi tempoh yang lebih daripada sepuluh tahun;

 

(b) rekod yang dihasilkan secara elektronik; dan

 

(c) mana-mana rekod awam bukan semasa yang pada pendapat Pengarah mempunyai nilai arkib.

 

(2) Mana-mana rekod awam yang disebut dalam perenggan (1) (a) dan (b) hendaklah dinilai sebelum rekod awam itu dipindahkankan kepada jagaan dan kawalan Rekod dan Arkib Negeri.

 

(3) Pengarah boleh memeriksa mana-mana rekod awam sebelum rekod awam itu dipindahkan kepada jagaan dan kawalan Rekod dan Arkib Negeri.

 

(4) Pengarah boleh menangguhkan pemindahan mana-mana rekod awam jika dia berpuas hati bahawa oleh sebab sifat rekod awam yang berkenaan, pemindahan segera rekod awam itu akan menjejaskan pentadbiran mana-mana pejabat awam atau bertentangan dengan kepentingan awam.

 

(5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan pemindahan rekod terperingkat melainkan rekod terperingkat itu telah dihapuskan pengelasannya.

 

(6) Tiada apa-apa juga dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjejaskna atau meluaskan undang-undang yang berhubungan dengan hakcipta.

 

(7) Bagi maksud seksyen ini, "menilai" ertinya perbuatan dan proses menentukan tempoh nilai rekod akan berterusan dan pelupusan rekod itu berdasarkan nilai arkib, susunannya dan kaitannya dengan rekod yang lain.

 

Rekod awam hendaklah diserahkan apabila diminta

 

28. (1) Seseorang yang, sebagai orang yang bukan pekhidmat awam dengan kebenaran khas untuk menyimpan dan mengendalikan rekod dalam perjalanan tugas rasminya, memiliki mana-mana rekod awam yang -

 

(a)   lebih daripada dua puluh tahun; atau

 

(b)   bukan rekod awam semasa yang pada pendapat Pengarah adalah atau mungkin mempunyai nilai arkib.

 

hendaklah, apabila permintaan dibuat oleh Pengarah atau seseorang pegawai arkib, menyerahkan rekod awam itu kepada jagaan dan kawalan Rekod dan Arkib Negeri.

 

(2) Rekod awam yang penyerahannya diminta di bawah subseksyen (1) tidak perlu diserahkan jika ketua pentadbir pejabat awam atau ketua perusahaan Kerajaan telah membenarkan orang yang disebut dalam subseksyen itu untuk terus memiliki rekod itu.

 

(3) Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang disebut dalam subseksyen (2), tidak menyerahkan rekod awam yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disambitkan boleh didenda tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

 

(4) Seksyen ini hendalah terpakai bagi semua rekod awam tanpa mengira sama ada rekod awam itu telah diambil milik sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Enakmen ini.

 

Jagaan dan kawalan rekod awam pejabat awam yang tidak berfungsi lagi.

 

29. (1) Rekod dan Arkib Negeri hendaklah, melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh mana-mana undang-undang bertulis lain, mempunyai jagaan atau kawalan terhadap semua rekod awam pejabat awam yang tidak berfungsi lagi.

 

,(2) Seksyen 7 hendaklah terpakai bagi maksud kajian semula rekod terperingkat pejabat awam yang tidak berfungsi lagi.

 

(3) Bagi maksud Enakmen ini., "pejabat awam yang tidak berfungsi lagi" ertinya sesuatu pejabat awam yang tidak lagi beroperasi dan tidak ada pengganti bagi tugas dan fungsi pejabat awam itu.

 


 

Pemerolehan rekod persendirian

 

30. Pengarah boleh memperoleh apa-apa rekod persendirian yang pada pendapatnya adalah atau mungkin mempunyai nilai arkib.

 

Penyerahsimpanan rekod

 

31. (1) Semua rekod yang dikehendaki di bawah Enakmen ini supaya dipindahkan atau diserahkan kepada, atau diserah simpan dengan Rekod dan Arkib Negeri hendak diserah simpan di Rekod dan Arkib Negeri atau di mana-mana tempat lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pengarah.

 

(2) Dalam mana-mana hal apabila apa-apa jenis rekod diserah simpan di Rekod dan Arkib Negeri menurut Enakmen ini, Pengarah hendaklah menerima dan menyimpan rekod itu mengikut cara dan bagi maksud yang diarahkan oleh Enakmen ini, dan hendaklah membuat apa-apa nota atau catatan pada, dan memberikan akuan penerimaan berkenaan dengan rekod itu sebagaimana yang perlu.

 

Penubuhan Pusat Rekod dan Unit Rekod Agensi

 

32.(1) Pengarah boleh menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan Pusat Rekod.

 

(2) Sesuatu Pusat Rekod hendaklah bertanggungjawab bagi penyimpanan, pemprosesan dan penyenggaraan rekod bukan semasa.

 

(3) Pengarah boleh menasihati dan membenarkan penubuhan Unit Rekod Agensi untuk dikendalikan oleh pejabat awam bagi maksud penyimpanan dan penyenggaraan rekod separa semasa.

 

(4) Bagi maksud seksyen ini, "rekod separa semasa" ertinya yang tidak kerap diperlukan dalam perjalanan urusan sema di pejabat awam.

 

Pengembalian rekod awam

 

33. (1) Pengarah hendaklah, atas permintaan bertulis ketua pentadbir sesuatu pejabat awam, mengembalikan ke pejabat awam itu apa-apa rekod awam yang telah dipindahkan dari pejabat awam itu bagi apa-apa tempoh yang dipersetujui antara Pengarah dengan ketua pentadbiran pejabat awam itu dan atas syarat-syarat yang difikirkan patut oleh Pengarah.

 

(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghendaki Pengarah supaya mengembalikan mana-mana rekod awam yang keadaannya tidak mewajarkan pemindahannya daripada jagaan atau kawalan Rekod dan Arkib Negeri.

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN V

PENTADBIRAN ARKIB

 

34. Semua arkib awam hendaklah -

 

(a)   disimpan

 

(b)   disusun, dikelaskan dan diperihalkan untuk memudahkan rujukan kepadanya;

 

(c)   jika perlu, dibaiki, dipulihkan atau selainnya dipelihara; dan

 

(d)   jika perlu dipindahkan ke dalam bentuk rakaman mikrofilem, salinan fotografi atau apa-apa bentuk penyimpanan lain.

 

Akses kepada arkib awam

 

35. (1) Tertakluk kepada Enakmen ini dan syarat yang di bawahnya arkib awam dijadikan tersedia untuk atau diserah simpan di Rekod dan Arkib Negeri, arkib awam hendaklah dijadikan tersedia untuk orang ramai selepas dua puluh tahun dari tarikh tamat rekod atau bahan yang membentuk arkib awam itu atau apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Pengarah.

 

(2) Pengarah hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat, sekatan atau tatacara yang ditetapkan, menyediakan kemudahan yang munasabah untuk membolehkan orang ramai membuat rujukan kepada dan memperoleh salinan atau cabutan daripada arkib awam.

 

(3) Pegawai arkib boleh menjadikan tersedia untuk orang ramai, tertakluk kepada apa-apa syarat, sekatan atau tatacara yang ditetapkan, apa-apa arkib awam untuk rujukan, penyelidikan atau maksud lain.

 

(4) Apa-apa kehendak yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis lain bahawa apa-apa jenis arkib awam dalam jagaan atau di bawah kawalan Rekod dan Arkib Negeri hendaklah dijadikan tersedia untuk rujukan adalah dipenuhi dengan penyediaan bagi rujukan rakaman mikrofilem, salinan fotografi arkib awam itu atau apa-apa bentuk penyimpanan lain arkib awam itu.

 

(5) Tiada seorang pun boleh membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana arkib awam kecuali mengikut Enakmen ini.

 

(6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

 

(7) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), (2), (3), dan (5), akses kepada arkib awam hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

 


 

Akses kepada rekod terperingkat

 

36. (1) Rekod terperingkat dalam jagaan Rekod dan Arkib Negeri tidak boleh dijadikan tersedia untuk rujukan orang ramai kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.

 

(2) Pengarah boleh membenarkan seseorang membuat rujukan kepada rekod terperingkat jika orang itu telah memperoleh kebenaran khas secara bertulis bagi maksud itu daripada ketua pentadbir pejabat yang bertanggungjawab bagi rekod terperingkat itu.

 

(3) Pengarah hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat, sekatan atau tatacara yang ditetapkan, menyediakan kemudahan yang munsabah untuk membolehkan orang ramai membuat rujukan kepada rekod terperingkat.

 

(4) Pegawai arkib boleh menjadikan tersedia untuk orang ramai tertakluk kepada apa-apa syarat, sekatan atau tatacara yang ditetapkan, mana-mana rekod terperingkat untuk rujukan, penyelidikan atau maksud lain.

 

(5) Apa-apa kehendak yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis lain bahawa apa-apa jenis rekod terperingkat dalam jagaan atau di bawah kawalan Rekod dan Arkib Negeri hendaklah dijadikan tersedia untuk rujukan adalah dipenuhi dengan penyediaan bagi rujukan rakaman mikrofilem, salinan fotografi rekod terperingkat itu atau apa-apa bentuk penyimpanan lain rekod terperingkat itu.

 

(6) Tiada seorang pun boleh membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana rekod terperingkat kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis ketua pentadbir pejabat yang bertanggungjawab bagi rekod terperingkat itu dan mengikut Enakmen ini.

 

(7) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

(8) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), (3), (4), (5) dan (6), akses kepada rekod

terperingkat hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

 

Larangan terhadap penghasilan semula dan penerbitan arkib awam

 

37. (1) Tiada seorang pun boleh menghasilkan semula atau menerbitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian kandungan mana-mana arkib awam kecuali -

 

(a)   dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Pengarah;

 

(b)   mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan; dan

 

(c)   apabila dibayar fi yang ditetapkan.

 

(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan atau meluaskan undang-undang yang berkaitan dengan hakcipta.

BAHAGIAN VI

 

PENUBUHAN DAN PENGURUSANARKIB YANG DI-PERTUA NEGERI,

ARKIB KETUA MENTERI DAN ARKIB MEMORIAL

 

 

Penubuhan arkib Yang di-Pertua Negeri, arkib Ketua Menteri dan arkib memorial

 

38. (1) Pengarah boleh menubuhkan arkib Yang di-Pertua Negeri, arkib Ketua Menteri dan arkib memorial.

 

(2) Arkib Yang di-Pertua Negeri, arkib Pihak Ketua Menteri dan arkib memorial yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dikendalikan dan disenggarakan oleh Rekod dan Arkib Negeri sebagaimana yang ditetapkan.

 

Bahan yang hendak diserah simpan di arkib Yang di-Pertua Negeri, arkib Ketua Menteri dan arkib memorial

 

39. (1) Bagi maksud seksyen ini, maka hendaklah diserah simpan -

 

(a)   dalam arkib Yang di-Pertua Negeri, segala rekod Yang di-Pertua Negeri yang berkaitan dan apa-apa bahan atau objek lain yang diperuntukkan oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;

 

(b)   dalam arkib Ketua Menteri, segala rekod Ketua Menteri yang berkaitan dan apa-apa bahan atau objek lain yang diperuntukkan oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain; dan

 

(c)   dalam arkib memorial, segala arkib memorial yang berkaitan dan apa-apa bahan atau objek lain yang diperuntukkan oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

 

(2) Bagi maksud seksyen ini, "rekod Yang di_pertua Negeri" ertinya rekod yang berkaitan dengan mana-mana Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Gabenor terdahulu berhubung dengan tempoh jawatan mereka, peristiwa dalam kehidupan rasmi dan peribadi mereka.

 

(3) Bagi maksud seksyen ini, "rekod Ketua Menteri" ertinya rekod yang berkaitan dengan mana-mana Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung dengan tempoh jawatan mereka, peristiwa dalam kehidupan rasmi dan peribadi mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

40. (1) Dalam mana-mana prosiding undang, rakaman mikrofilem dan salinan fotografi atau cabutan daripada-

 

(a)   mana-mana rekod dalam jagaan atau di bawah kawalan Rekod dan Arkib Negeri Pulau Pinang; atau

 

(b)   mana-mana rekod atau mana-mana bahagian rekod itu yang telah dimusnahkan atau selainnya dilupuskan daripada jagaan atau kawalan Rekod dan Arkib Negeri,

 

yang berupa telah diperiksa dan diperakui sebagai sahih oleh Pengarah dan dimeteraikan atau dicap dengan meterai rasmi Pengarah hendaklah diterima sebagai keterangan tanpa apa-apa bukti lanjut atau bukti lain jika rekod asal akan boleh diterima sebagai keterangan dalam prosiding itu.

 

(2) Mahkamah yang dihadapannya sesuatu rakaman mikrofilem, salinan fotografi atau cabutan dikemukakan sebagai keterangan di bawah subseksyen (1) boleh, jika salinan asal ada, menghendaki supaya dikemukakan salinan asal itu dan dengan itu subseksyen (1) hendaklah terhenti terpakai bagi rakaman, salinan atau cabutan itu.

 

(3) Bagi maksud seksyen ini, rakaman mikrofilem yang telah dibesarkan bagi rekod hendaklah disifatkan sebagai salinan fotografi rekod itu.

 

Pengesahan salinan fotografi dan cabutan

 

41. (1) Mana-mana orang yang berniat untuk meletakkan plak peringatan sejarah atau dedikasi di mana-mana bangunan pejabat, sekolah, monumen, tugu peringatan atau di mana-mana tempat lain boleh merujuk kepada Pengarah untuk penentusahan fakta baginya.

 

(2) Maka hendaklah dibayar apa-apa fi yang ditetapkan bagi penentusahan fakta di bawah seksyen ini atas permohonan mana-mana orang.

 

(3) Bagi maksud seksyen ini, "plak" ertinya pinggan leper, bidur, batu bersurat atau apa-apa benda lain yang dihias dan diukir, digores untuk dilekapkan, yang dilekatkan pada dinding atau pada monumen atau tugu peringatan untuk memperingati apa-apa peristiwa penting mana-mana orang atau tempat.

 

Penentusahan fakta

 

42. (1) Mana-mana rakaman mikrofilem, salinan fotografi atau cabutan yang Pengarah diberi kuasa atau dikehendaki di bawah Enakmen ini mengesahkan boleh ditandatangani oleh mana-mana pegawai arkib bagi pihak Pengarah dan hendaklah dimeterai atau dicap dengan meterai rasmi Pengarah.

 

(2) Apa-apa rakaman mikrofilem, salinan fotografi atau cabutan yang berupa mengandungi tandatangan pegawai arkib dan meterai rasmi Pengarah hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disahkan sewajarnya dengan Pengarah.

 

(3) Maka hendaklah dibayar apa-apa fi yang ditetapkan untuk pengesahan di bawah seksyen ini bagi apa-apa rakaman mikrofilem, salinan fotografi atau cabutan atas permohonan mana-mana orang.

 

 

Larangan terhadap eksport

 

43.(1) Tiada seorang pun, selain pegawai arkib, boleh membawa atau menghantar ke luar Pulau Pinang apa-apa arkib kecuali -

 

(a)   dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Pengarah, dan

 

(b)   mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

 

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

Peraturan-peraturan

 

44.(1) Ketua Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Enakmen ini.

 

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Ketua Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

 

(a)   mendapatkan taracara bagi pewujudan, pengelasan dan pengurusan rekod awam semasa;

 

(b)   menetapkan taracara bagi kajian semula, pengelasan semula atau penghapusan pengelasan apa-apa rekod dalam jagaan atau di bawah kawalan Rekod dan Arkib Negeri;

 

(c)   menetapkan borang bagi maksud Enakmen ini;

 

(d)   menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Enakmen ini;

 

(e)   menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan akses kepada arkib awam dan rekod terperingkat

 

(f)    menetapkan pengurusan arkib Yang di-Pertua Negeri, arkib Ketua Menteri dan arkib memorial dan apa-apa harta lain Rekod dan Arkib Negeri dan pengauditan akaunnya;

 

(g)   menetapkan terma dan syarat untuk dikenakan ke atas penggunaan, penghasilan semula dan penerbitan arkib;

 


 

(h)   menetapkan terma dan syarat untuk dikenakan ke atas arkib yang dieksport;

 

(i)     menetapkan pengurusan rekod awam dalam jagaan atau di bawah kawalan pejabat awam termasuklah pengawasan program pengurusan rekod di pejabat awam;

 

(j)     menetapkan perkara tentang penubuhan Unit Rekod Agensi untuk menyimpan dan menyenggarakan rekod separa semasa; dan

 

(k)   menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki di bawah Enakmen ini supaya ditetapkan.

 

Laporan tahunan

 

45.(1) Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas akhir tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Ketua Menteri suatu laporan yang berkaitan dengan kegiatan Rekod dan Arkib Negeri dalam tahun sebelumnya.

 

(2) Ketua Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan laporan di bawah subseksyen (1) dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

 

Kecualian

 

46. Semua penetapan, peraturan, kaedah, arahan, perintah dan perjanjian yang dibuat, yang mempunyai kesan di bawah undang-undang atau perintah yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan yang berkuatkuasa atau mempunyai kesan pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat di bawah Enakmen ini, sehingga diperuntukkan selainnya di bawah Enakmen ini.

 

 

DIPERAKUKAN oleh saya sebagai salinan Rang Undang-undang yanmg tulen yang telah diluluskan oleh Majlis Dewan Undangan pada hari                ,                       202*

 

DATO’ LAW CHOO KIANG

Speaker

Dewan Undangan Negeri,

 

 

3 ulasan:

akqqdkqq berkata...

Kerajaan negeri kena usul di dun untuk menjadi warisan dokumen rasmi kerajaan bukan setakat bangunan lama sahaja..👍

izuafdie berkata...

wajib laksana selaras georgetown selaku bandar warisan diiktiraf UNESCO, dokumen rasmi kerajaan lama juga bukti bertulis warisan penang..

Unknown berkata...

Terbaik

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...