UMRAH BERSAMA KELUARGA 2014
Kami sekeluarga (saya, isteri & 2 Orang anak)
menunaikan umrah bersama-sama dengan ibu mertua pada bulan Disember tahun 2014.Pada
waktu itu, saya berumur 31 tahun. kami amat bersyukur dan berbesar hati kerana
saya dipilih untuk menjadi tetamu ALLAH dan dapat menunaikan umrah bersama.
Disamping mengerjakan umrah, kami juga pergi melawat pelbagai tempat. Antaranya,
tempat-tempat bersejarah (jabal di mekah), muzium, ladang kurma, pasar kurma
dan lain- lain lagi.
Kami amat rasa bertuah dapat pergi masa musim sejuk
(bulan Disember) kerana kalau ikut pakej awal bulan Jun (musim panas) tapi
tertangguh visa akibat menyebaran wabak MERS-CoV di sana. Ramai juga yang
sangkut masa tahun itu, tetapi ALHAMDULILLAH berkat sabar dan doa kami berpeluang
untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Pengalaman berada di tanah suci merupakan
satu pengalaman yang sangat berharga. Semasa berada di tanah suci membuatkan
saya sentiasa rindu untuk kembali ke sana. Mungkin umat islam yang pernah
menjejakkan kaki ke sana akan memahami bagaimana perasaan saya. Berada di sana
membuatkan saya merasa dekat dengan ALLAH S.W.T dan dekat dengan kekasih ALLAH,
Nabi Muhammad S.A.W. Satu memori perasaan yang unik dan sukar nak diluahkan
dengan kata-kata. Walaupun sudah 6 tahun berlalu, perasaan itu masih dapat
dirasakan.
JADUAL PERJALANAN
Hari 01 Penang – Kuala Lumpur
Jemaah dari Penang berkumpul di pejabat syarikat travel & tour di Bandar Baru
Perda Bukit Mertajam, Penang untuk menaiki bas ke KLIA.
Hari 02 Kuala Lumpur – Jeddah
Jemaah diminta berhimpun, mandi sunat
ihram dan berpakaian ihram
kerana Jemaah umrah yang masuk terus ke Makkah dahulu baru ziarah ke Madinah
maka sempadan terakhir untuk berniat ihram ialah di ruang angkasa Qarnul
Manazil iaitu kira-kira satu jam sebelum kapalterbang mendarat di Jeddah. Namun
dinasihatkan agar jemaah memakai ihram di lapangan terbang KLIA terlebih dahulu
sebab adalah terlalu rumit untuk memakai ihram dalam kapal terbang.
Hari 03 Jeddah – Makkah
Sebaik sahaja tiba di Jeddah
para jemaah akan naik bas terus ke Makkah serta masuk ke bilik masing-masing untuk berehat.
Sejam kemudian jemaah akan dibawa ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
Hari 04 Makkah
Selepas sarapan pagi,aktiviti bebas untuk jemaah.Selepas makan tengahari
jemaah dibawa melawat ke Bandar Jeddah seperti Persisiran Laut Merah, Masjid
Baghdadiah(Masjid Qisas),Plaza Qurnish,Makam Siti Hawa dan Masjid
Terapung.Bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh membawa pakaian ihram
dan berniat umrah di masjid terapung (masjid rahmah).Selepas makan malam,jemaah
berangkat pulang ke hotel penginapan di Makkah.
Hari 05 Makkah
Selepas sarapan jemaah akan ziarah muzium Muzium Kaabah (tolong ambil
permit masuk muzium) dan seterusnya bermiqat di Hudaibiyah. Para jemaah
dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.
Hari 06 Makkah
Selepas sarapan jemaah akan dibawa menziarahi ke Perkuburan Maala dan bermiqat
umrah di Tanaim. Semasa perjalanan pulang, jemaah akan dibawa menziarahi
Perkuburan Saidatina Maimunah r.a di Nawariyah.
Hari 07 Makkah
Selepas sarapan, para jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang
Arafah Jabal Rahmah, Nameirah, Mina Jamarat Muzdalifah, Jabal Noor dan
seterusnya bermiqat di Jaranah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di
hotel dan membawa ihram semasa ziarah.
Hari 08 Makkah – Madinah
Selepas sarapan pagi, Tawaf Wida dan jemaah akan naik bas dibawa ke Madinah.
Selepas itu naik ke bilik masing-masing dan berehat.
Hari 09 Madinah
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kota Madinah
seperti Masjid Quba, Masjid Jumaat, bukit uhud,Masjid Qiblatain,seterusnya ke
ladang kurma.
Hari 10 Madinah – Jeddah
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa ziarah wida` selepas balik dari
ziarah. Seterusnya berangkat ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah.
Hari 11 Jeddah - Kuala Lumpur
Selepas sampai lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah bersedia untuk pulang
ke tanah air.
Hari 12 Kuala Lumpur – Penang
Jemaah dari Penang berkumpul menaiki bas dari KLIA ke pejabat syarikat travel
& tour di Bandar Baru Perda Bukit Mertajam, Penang.
Di atas adalah jadual perjalanan kami secara
kasarnya. Sebelum pergi ke sana, keluarga ibu mertua ada membuat sedikit
kenduri di kampung dan ramai orang yang bersedekah. Ada juga yang berpesan
supaya kirimkan salam kepada Rasulullah dan para sahabat. Pada mulanya saya
sedikit ‘nervous’ sebab ramai yang suruh kirimkan salam. jadi,saya takut saya
terlupa. Tapi semuanya berjalan dengan lancar.Kami memilih untuk pergi ke sana
di bawah bimbingan Bahrulmazi Travel & Tours.Jemaah kami bertolak dari Pulau
Pinang ke KLIA dengan mengunakan bas sebanyak 2 buah.
Setibanya kami di sana, kami terpaksa menunggu ketibaan
Jemaah-jemaah lain. Setelah semuanya sampai, pihak Bahrulmazi menguruskan
passport,tiket dan lain2 yang berkaitan. Kami bertolak pada waktu tengah malam
dengan menaiki Yemenia. Penerbangan ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 9
jam. Jemaah diminta
berhimpun, mandi sunat ihram dan
berpakaian ihram kerana Jemaah umrah yang masuk terus ke Makkah dahulu baru
ziarah ke Madinah maka sempadan terakhir untuk berniat ihram ialah di ruang
angkasa Qarnul Manazil iaitu kira-kira satu jam sebelum kapalterbang
mendarat di Jeddah. Namun dinasihatkan agar jemaah memakai ihram di lapangan
terbang KLIA terlebih dahulu sebab adalah terlalu rumit untuk memakai ihram
dalam kapal terbang. Maka dalam kapal terbang kami lafaz talbiah:
Lafaz talbiah adalah seperti berikut:
لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ.
لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ
وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ
Maksudnya: “Hamba-Mu
datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan
kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”
Sebaik
sahaja tiba di Jeddah para jemaah akan naik bas terus ke Makkah serta masuk ke
bilik masing-masing untuk berehat. Alhamdulillah, ada pekerja
Banglades jual kad sim di airport Jeddah terus beli untuk hubungi keluarga di
kampung untuk maklumkan kami selamat sampai. Di Makkah kami sekeluarga duduk bersama
sebilik tidur dan bilik air, senang tukar pakaian dan mandi sesama mahram.
Sejam kemudian jemaah akan dibawa ke Baitullah
untuk menyelesaikan umrah, kami terus masuk ke masjidilharam dan menyempurnakan
ibadah umrah kami yang pertama. Perasaan saya pertama kali menjejakkan kaki ke
dalam masjidilharam tak dapat digambarkan. Teruja bercampur takut, gementar, gembira,
sayu, semua menjadi satu. Sukar nak percaya bahawa kaabah berada di depan mata
saya. Rasa teramat sayang kepada Islam apabila melihat kaabah. Setelah itu,kami
pulang ke hotel yang jaraknya hanya 5 minit berjalan kaki. Kami mendapat 5 kali
umrah percuma, Alhamdulillah dapat buat ibadah Umrah Badal untuk arwah ibu dan
ayah. Kalau nak buat lebih,jemaah kena pergi bermiqat sendiri dengan menaiki
teksi.
Pada keesokan harinya, selepas sarapan pagi, aktiviti
bebas untuk jemaah. Selepas makan tengahari jemaah dibawa melawat ke Bandar
Jeddah seperti Persisiran Laut Merah, Masjid Baghdadiah (Masjid Qisas), Plaza
Qurnish, Makam Siti Hawa dan Masjid Terapung. Bagi jemaah yang ingin
mengerjakan umrah boleh membawa pakaian ihram dan berniat umrah di masjid
terapung (masjid rahmah). Angin di tepi laut merah boleh dikatakan kuat tetapi
pemandangan tepi laut yang cantik bersempadan laut dengan Negara Sudan dan
Mesir. Plaza qurnish sama seperti plaza-plaza yang ada di Malaysia. Bagi
Jemaah-jemaah wanita, mereka tidak melepaskan peluang untuk membeli beg tangan
berjenama di mana harganya lebih murah berbanding di Malaysia. Di situ kami
sekeluarga sempat makan di permis makanan usahawan Indonesia bakso & nasi ayam
penyet.
Keesokkan hari, selepas sarapan jemaah akan ziarah
muzium Muzium Kaabah (tolong ambil permit masuk muzium). Disitu terdapat
barang-barang yang berkaitan dengan kaabah. Seperti mesin menjahit kain yang
melitupi bumbung kaabah,pintu kaabah, tiang kaabah dan lain-lain lagi. Seterusnya
bermiqat di Hudaibiyah, para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan
membawa ihram semasa ziarah.
Esoknya kami dibawa menziarahi perkuburan maala dimana
terletaknya makam siti khadijah ummul mukminin. Dan yang
uniknya,hanya di makam siti khadijah saja yang tumbuh pokok setinggi lebih
kurang kanak-kanak berumur 5 tahun. Kemudian kami dibawa menziarahi
makam saidatina maimunah iaitu isteri kepada Rasulullah S.A.W. menurut ustaz
yang mengetuai rombongan kami, sebelum makamnya ditemui kerajaan hendak membina
jalan di situ, tetapi jentera yang digunakan rosak. Walaupun dah diperbaiki, ia
akan rosak setiap kali mereka hendak memulakan kerja pembinaan jalan. Kemudian,
ada ulama’ Arab yang mandapat mimpi bahawa di situ terletak makam saidatina
maimunah. Setelah mereka membina tembok yang mengasingkan kawasan makamnya, baru
la jentera boleh berfungsi. Seterusnya para Jemaah bermiqat umrah di Tanaim
(paling dekat dengan Makkah), di sini ialah tempat miqat isteri Nabi iaitu Saidina
Aisyah.
Hari berikutnya kami di bawa menziarahi jabal thur
dan gua hira’.Tetapi kami hanya berada di kaki gunung sahaja. Kemudian kami ke
jabal rahmah. tetapi kami hanya berada di bawah. Ada jemaah yang bersolat sunat
di atas. Kami tunggu di bawah sebab bawa anak-anak kecil bahaya untuk mendaki
bukit. Ada peniaga jual aiskrim kami beli dan makan anak-anak suka, mak mertua
beli baju jubah murah di sana boleh bagi keluarga di kampung. Setelah itu, kami
menaiki bas dibawa mengelilingi padang arafah dan mina. Di sekitar padang
arafah ada terdapat banyak pancutan air yang saya difahamkan berfungsi untuk
mengurangkan kepanasan di musim haji. Tetapi telah dinyatakan bahawa pada hari
arafah, padang arafah adalah tempat yang paling panas di atas dunia. Ustaz
khairi juga ada mengatakan bahawa pada musim haji mina akan membesar dan
mengembang sepertimana perut ibu yang mengandung. Saya lihat di situ terdapat
banyak khemah-khemah yang didirikan untuk kegunaan para Jemaah haji. Seterusnya
bermiqat di Jaranah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan
membawa ihram semasa ziarah.
Pada hari terakhir di Makkah, selepas sarapan pagi para
Jemaah melakukan tawaf wida iaitu tawaf selamat tinggal dan dinasihatkan untuk
berjanji di dalam hati, kalau berkemampuan kami akan Kembali. Kemudian kami
bertolak ke Madinah dengan bas. Di pertengahan perjalanan bas berhenti rehat
dan rawat (R & R) untuk para Jemaah solat & ke tandas, ada
peniaga-peniaga kecil jual makanan ringan seperti kacang, kismis, habatus sauda
dan lain-lain. Setelah sampai di Madinah, kami naik ke bilik masing-masing dan
berehat.
Pada keesokan harinya, kami dibawa menziarahi makam
Rasulullah dan perkuburan Baqi’.Dari hotel, kami cuma perlu berjalan kaki untuk
ke sana. Makam rasulullah terletak di dalam masjid nabawi. Selain itu, di sisi
makam baginda, terdapat makam Abu Bakar As-siddiq dan umar Al-khattab.Sebelum
masuk ke dalam masjid nabawi, kami berhenti di perkuburan baqi’ dahulu untuk
memberi salam kepada ahlul bait dan para sahabat. Perkuburan baqi’ terletak di
luar masjid nabawi.Kemudian kami terus masuk ke dalam masjid. Kami dibahagi
mengikut Negara sebelum dapat masuk ke kawasan makam. Suasana di makam baginda
sangat sesak dengan Jemaah dari seluruh pelosok dunia. Di luar kawasan makam,
ada lagi petugas yang menjaga dan melepaskan Jemaah masuk sedikit demi sedikit
kerana terlalu ramai. Kami berpeluang untuk solat sunat di situ. saya merasa
sangat terharu kerana berpeluang untuk berada di makam kekasih ALLAH. Ya ALLAH,
bertuahnya saya menjadi tetamuMU.
Setelah pada keesokan harinya kami dibawa
menziarahi sekitar madinah dengan menaiki bas. Kami melawat masjid-masjid yang
bersejarah seperti masjid Qiblatain, masjid jumaat. Masjid quba’, dan ladang
kurma. Di ladang kurma, kami membeli-belah produk berasaskan kurma yg dipelbagaikan
untuk dibawa pulang ke Malaysia. Seperti coklat kurma,biskut kurma dan
lain-lain lagi. Alhamdulillah di ladang kurma Jemaah kami bertembung dengan Jemaah
Artis Malaysia Asraf Muslim sempat ambil gambar, selalu tengok tv je ni jumpa
live terkejut juga. Kami juga ada melalui masjid jin tetapi tak singgah. Kami
juga menziarahi bukit uhud dimana berlakunya perang paling berdarah iaitu
perang uhud. Di situ terdapat makam para syuhada’ yang di makam kan sekali. Di
situ ada Jemaah jumpa duit 10 riyal di tanah, cucu dikutip tapi tok dia suruh
letak balik mungkin ada orang niat sedekah untuk sesiapa di sana.
Pada hari terakhir kami di madinah, selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa ziarah wida` selepas balik dari ziarah. Sementara menunggu bas tiba para Jemaah sempat membeli barang cendera mata di sekitar hotel seperti biji tasbih, kopiah dan Al-quran untuk di bawa balik. Kemudian kami berangkat ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah untuk berangkat pulang ke Malaysia. Walau bagaimanapun, penerbangan kami tergendala beberapa jam kerana berlaku sedikit masalah. Kami sampai di Malaysia pada keesokan paginya. Kemudian, kami menunggu bas ke pulau pinang pula. Kami sampai di pejabat syarikat travel & tour di Bandar Baru Perda Bukit Mertajam, Penang. Alhamdulillah kami selamat mengerjakan ibadah umrah selama 12 hari. Besyukur kepada Allah S.W.T juga, walaupun mengerja ibadah Umrah dengan 2 orang anak kecil tuhan memudahkan urusan ibadah kami dengan sepasang suami isteri sangat suka menjaga dan mendukung anak saya semasa urusan kami di sana. Serta ibu mertua diberi kekuatan oleh-Nya, kuat berjalan walaupun sudah tua. ALHAMDULILLAH YA ALLAH dan terima kasih hamba Allah S.W.T. pasangan suami isteri sanggup membantu kami semasa menjalankan ibadah dan ziarah di sana.
6 ulasan:
Rindunya dengan Rasulullah.... Ya Allah izankan lah Aku, keluargaku, saudara seIslamku datang ke TANAH Haram itu untuk menunaikan ibadah Dan bertemu Rasulullah... Aamiiin
Rindunya nabi Muhammad saw
Labaikallah hummalabai, labaikallah sarikallahbai..
seronoknya.... doakan kita semua akan sampai ke sana amiin....
amiin
Alhamdulillah....
Catat Ulasan