Khamis, 11 Jun 2026

JAWATANKUASA PEMANTAUAN SKIM STRATA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

 KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMANTAUAN SKIM STRATA
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

1.  TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Skim Strata Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi memantau pelaksanaan proses pengeluaran hakmilik strata, pematuhan perundangan strata serta penyelesaian isu-isu berkaitan pembangunan dan pengurusan skim strata di Negeri Pulau Pinang.

  1. LATAR BELAKANG

2.1 Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] yang dipinda melalui Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] telah memperkenalkan konsep baharu pengeluaran hakmilik strata dan penyerahan milikan kosong (Vacant Possession) secara serentak bagi mempercepatkan pengeluaran hakmilik strata kepada pembeli.

2.2 Selaras dengan Akta A1450, proses permohonan hakmilik strata perlu dimulakan lebih awal iaitu selepas bangunan mencapai peringkat struktur utama (super structure stage) dan melibatkan penyelarasan pelbagai agensi seperti Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, JUPEM, Pihak Berkuasa Tempatan, Pesuruhjaya Bangunan (COB), pemaju dan juruukur berlesen.

2.3 PEKELILING Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/2014 telah menggariskan panduan pelaksanaan penambahbaikan norma masa proses kerja pengeluaran hakmilik strata bagi memastikan setiap agensi mematuhi tempoh masa yang ditetapkan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan strata.

2.4 Pulau Pinang merupakan antara negeri yang mempunyai pembangunan strata yang pesat melibatkan pembangunan kediaman, komersial, industri dan pembangunan bercampur. Keadaan ini memerlukan suatu mekanisme pemantauan yang bersepadu bagi memastikan pengeluaran hakmilik strata dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan dan mengurangkan isu kelewatan yang menjejaskan hak pembeli.

  1. JUSTIFIKASI PENUBUHAN

3.1 Memastikan pematuhan terhadap Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Akta A1450 dan pekeliling berkaitan.

3.2 Memantau pencapaian norma masa pengeluaran hakmilik strata yang ditetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

3.3 Mengenal pasti projek-projek strata yang berisiko mengalami kelewatan dan mengambil tindakan intervensi awal.

3.4 Menyelaras tindakan antara agensi teknikal, pihak berkuasa tempatan, JUPEM, COB dan pemaju.

3.5 Meningkatkan kadar pengeluaran hakmilik strata serta mengurangkan tunggakan permohonan strata di Negeri Pulau Pinang.

3.6 Memastikan hak pemilik petak mendapat hakmilik strata dalam tempoh yang munasabah.

  1. OBJEKTIF

4.1 Memantau prestasi pengeluaran hakmilik strata di seluruh Negeri Pulau Pinang.

4.2 Menyelaras tindakan penyelesaian isu yang menyebabkan kelewatan pengeluaran hakmilik strata.

4.3 Memastikan pemaju mematuhi tempoh permohonan hakmilik strata yang ditetapkan oleh undang-undang.

4.4 Menyediakan laporan berkala kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengenai status pelaksanaan skim strata.

4.5 Meningkatkan kecekapan tadbir urus pembangunan dan pengurusan strata di negeri ini.

  1. CADANGAN KEAHLIAN JAWATANKUASA

Pengerusi:
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Timbalan Pengerusi:
Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang

Ahli-ahli:

i. Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang

ii. Pengurus Besar Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang

iii. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

iv. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai

v. Pesuruhjaya Bangunan (COB) MBPP

vi. Pesuruhjaya Bangunan (COB) MBSP

vii. Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang

viii. Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri

ix. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri

x. Wakil Lembaga Juruukur Tanah Malaysia

xi. Wakil Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang

xii. Wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC)

Sekretariat:
Bahagian Strata, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang

  1. FUNGSI JAWATANKUASA

6.1 Memantau status semua projek strata yang sedang dalam proses permohonan hakmilik strata.

6.2 Meneliti pencapaian norma masa setiap agensi yang terlibat.

6.3 Mengenal pasti punca kelewatan dan mengesyorkan tindakan penambahbaikan.

6.4 Menyelaras tindakan penguatkuasaan terhadap pemaju yang gagal mematuhi tempoh permohonan strata.

6.5 Menyemak laporan kemajuan projek strata secara suku tahunan.

6.6 Menjadi platform penyelesaian isu teknikal dan perundangan berkaitan pembangunan strata.

6.7 Mengemukakan syor dasar kepada Kerajaan Negeri bagi memperkukuh pengurusan strata.

  1. MESYUARAT

7.1 Jawatankuasa hendaklah bersidang sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

7.2 Mesyuarat khas boleh diadakan sekiranya terdapat isu kritikal melibatkan projek strata berimpak tinggi.

  1. PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

i. Peratus projek strata yang mematuhi tempoh permohonan strata.

ii. Peratus pengurangan tunggakan hakmilik strata.

iii. Tempoh purata pengeluaran hakmilik strata.

iv. Bilangan isu teknikal yang berjaya diselesaikan melalui jawatankuasa.

v. Bilangan projek yang mencapai pengeluaran hakmilik strata mengikut norma masa yang ditetapkan.

  1. IMPLIKASI KEWANGAN

Penubuhan jawatankuasa ini tidak melibatkan pertambahan perjawatan baharu. Kos pelaksanaan adalah minimum dan boleh ditanggung melalui peruntukan pengurusan sedia ada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.

  1. SYOR

Adalah disyorkan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Skim Strata Peringkat Negeri Pulau Pinang sebagai mekanisme penyelarasan dan pemantauan bagi mempercepatkan pengeluaran hakmilik strata, meningkatkan pematuhan undang-undang serta memperkukuhkan tadbir urus pembangunan strata di Negeri Pulau Pinang selaras dengan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] dan PEKELILING Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/2014.

 

Rabu, 10 Jun 2026

BORANG PEMERIKSAAN PERJAWATAN DAN HURAIAN TUGAS PENGAUDITAN TENAGA MANUSIA DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG

 

BORANG PEMERIKSAAN PERJAWATAN DAN HURAIAN TUGAS PENGAUDITAN TENAGA MANUSIA DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG.

PENGAUDITAN

 

BAHAGlAN 1

KETERANGAN PERIBADI

1.

Nama :

2.

Jawatan/Gred : -Jawatan tetap/kontrak.

3.

Tanggagaji/Gaji : -Tambahan ada/tiada tuntutan kerja lebih masa/honorarium dan tuntutan perjalanan serta huraikan. 

4.

Jenis Perkhidmatan :                                       

5.

Unit : -Penempatan mengikut waran/dipinjamkan/ditempatkan secara pentadbiran.                                            

6.

Bahagian :                   

7.

Jabatan :

8.

Alamat Tempat Tinggal :

-Rumah siapa (sendiri/sewa/keluarga), jarak KM ke pejabat.

9.

Nombor Telefon :      

10.

Kelulusan Tertinggi :

- Nyatakan Sijil/Diploma/Ijazah dan lain-lain serta tahun diperolehi.

11.

Tempoh lama berkhidmat dalam jawatan sekarang:

- Nyatakan tempoh berkhidmat PTG dan berapa unit serta nyatakan.

12.

Tempoh lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam:

- Nyatakan tempoh berkhidmat di pejabat lain dan sekiranya perlu pengalaman kerja swasta seperti tempoh & jawatan disandang.

13.

Tempoh baki perkhidmatan sebelum bersara:

- Nyatakan bersara 56/58/60 tahun.

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN 2

TUGAS DAN PERANAN

14.

STRUKTUR ORGANISASI

Sila paparkan carta ringkas yang menunjukkan hubungan anda dengan pengurusan dan pegawai bawahan dalam organisasi anda (lampirkan carta struktur organisasi secara berasingan jika perlu).

 

- Nyatakan perjawatan yang telah diisi dan belum diisi.

15.

TUJUAN DAN OBJEKTIF                              

Sila huraikan tugas-tugas dan tanggungjawab anda dalam menyumbang kepada Jabatan. Sila nyatakan jika terdapatnya tujuan atau objektif yang khusus dalam huraian tugas anda.

 

- Nyatakan tugas hakiki dan tugas tambahan yang diberikan kini (rujuk senarai tugas/JD di hrmis).

16.

AKTIVITI UTAMA JAWATAN

Sila huraikan tugas-tugas utama anda menurut keutamaan dan kepentingan kerja (%). Sila nyatakan jika terdapatnya sebarang sukatan prestasi atau jangka masa dalam melaksanakan setiap tugas itu.

 

- Nyatakan tumpuan menurut keutamaan dan kepentingan kerja peratus (%) boleh rujuk SKU hrmis.

 

 

17.

PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN

Sila huraikan pengetahuan Kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk melaksanakan tugas anda termasuk kelulusan akademik dan professional. Sila nyatakan juga jika terdapatnya sebarang peralatan/IT yang digunakan – termasuk jenis latihan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan tersebut.

 

a. Kemahiran

Apakah kemahiran khusus untuk melaksanakan tugas anda sekarang dan tempoh masa yang diperlukan untuk memperolehinya?

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

b. Pengalaman

Apakah pengalaman yang diperlukan dalam melaksanakan tugas anda sekarang dan tempoh masa yang diperlukan untuk mencapainya?

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

c. Kelulusan

Apakah kelulusan khusus yang perlu untuk melaksanakan tugas anda sekarang dan tempoh masa yang diperlukan untuk memperolehinya?

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

 

d. Peralatan/IT

Apakah peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan tugas anda sekarang? Sila nyatakan jika terdapat jenis Latihan dan tempoh masa yang diperlukan untuk mahir dalam penggunaan peralatan tersebut.

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

18.

HUBUNGAN DAN PERHUBUNGAN

 

a. Hubungan yang anda ada dalam Jabatan?

 

Peringkat

Sebab

 

Jabatan

 

 

Bahagian

 

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

b. Hubungan yang anda ada di luar Jabatan – seperti agensi kerajaan yang lain, industri dan sektor swasta mahupun pihak awam dan sebagainya.

 

Peringkat

Sebab

 

 

 

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

19.

MENGATASI MASALAH

 

a. Sila terangkan masalah yang sering dihadapi dalam pekerjaan – seperti perkara-perkara baru, pelbagai tugasan, kurang Kemahiran, kesusahan dan sebagainya.

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

b. Sila nyatakan tindakan yang diambil dalam menyelesaikan masalah tersebut – seperti diberikan arahan secara bertulis, dengan mengikut amalan perlaksanaan yang lazim, bimbingan rakan-rakan mahupun pihak atasan dan sebagainya.

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

c. Sila nyatakan jika anda perlu mengambilkira masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan yang lain? Jika ya, apakah tindakan anda?

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

20.

 MEMBUAT KEPUTUSAN

 

a. Sila nyatakan keputusan yang anda ambil – tanggungjawab ke atas keputusan tersebut dan sekatan (jika ada).

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

b. Adakah anda membuat keputusan mengenai sumber yang ada – tenaga manusia, peralatan, kewangan, kontrak dan lain-lain.

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

c. Bagaimana cara anda menyumbang kepada keputusan orang lain – dengan membuat cadangan, memberikan nasihat dan lain-lain.

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

21.

PERWAKILAN

Sila senaraikan cara anda mewakili Jabatan dalam perjumpaan/mesyuarat dengan agensi-agensi lain sama ada dalam mahupun luar Jabatan.

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

22.

KEBEBASAN

Sila nyatakan setakat mana anda membuat keputusan secara persendirian (tidak bergantung kepada yang lain). Adakah anda mempunyai garis panduan atau arahan yang teratur?

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

21.

PENGURUSAN KAKITANGAN

Sila nyatakan jumlah kakitangan di bawah pengurusan anda.

 

a. Jumlah kakitangan di bawah kawalan anda menurut bahagian.

 

Unit I

 

 

Unit II

 

 

Unit III

 

 

Unit IV

 

 

Unit V

 

 

Jumlah

 


 

b. Orang luar contoh pekerja kontrak atau pekerja dari bahagian/unit lain

 

Unit I

 

 

Unit II

 

 

Unit III

 

 

Unit IV

 

 

Unit V

 

 

Jumlah

 

24.

PENGURUSAN KEWANGAN

Jika anda mempunyai kuasa/autoriti dalam pengurusan kewangan, sila nyatakan.

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

25.

KEPERLUAN FIZIKAL/MENTAL

Jika anda mempunyai keperluan dari segi fizikal dan mental dalam perlaksanaan tugas anda, sila senaraikan.

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

 

 

 

26.

FAKTOR-FAKTOR TAMBAHAN/KOMEN

Sila senaraikan sebarang komen atau aspek-aspek tambahan lain yang anda fikir berkenaan dengan tugasan anda.

 

- Nyatakan setuju/tidak setuju dan huraikan keputusan.

- Sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap dan memenuhi kehendak soalan, juruaudit bolehlah mengisi untuk melengkapkan jawapan yang diberikan secara lisan, atau mohon untuk melengkapkan jawapan dan laksanakan temuduga semula.

 

Tandatangan Pemegang Jawatan                          Tarikh

BAHAGIAN 3

KOMEN KETUA BAHAGAN(PEGAWAI ATASAN)

 

Sila nyatakan jika anda bersetuju/tidak bersetuju dengan jawapan-jawapan yang telah diberikan di atas. Sila nyatakan sebab dan maklumat yang berkaitan jika perlu

 

 

Tandatangan Ketua Bahagian (Pegawai Atasan)       Tarikh:

Jawatan Ketua Bahagian

 

JAWATANKUASA PEMANTAUAN SKIM STRATA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

  KERTAS CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMANTAUAN SKIM STRATA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 1.   TUJUAN Kertas cadangan ini dikemuk...