Khamis, 31 Disember 2020

UMRAH (MEMORI 2014)

 


UMRAH BERSAMA KELUARGA 2014

Kami sekeluarga (saya, isteri & 2 Orang anak) menunaikan umrah bersama-sama dengan ibu mertua pada bulan Disember tahun 2014.Pada waktu itu, saya berumur 31 tahun. kami amat bersyukur dan berbesar hati kerana saya dipilih untuk menjadi tetamu ALLAH dan dapat menunaikan umrah bersama. Disamping mengerjakan umrah, kami juga pergi melawat pelbagai tempat. Antaranya, tempat-tempat bersejarah (jabal di mekah), muzium, ladang kurma, pasar kurma dan lain- lain lagi.

Kami amat rasa bertuah dapat pergi masa musim sejuk (bulan Disember) kerana kalau ikut pakej awal bulan Jun (musim panas) tapi tertangguh visa akibat menyebaran wabak MERS-CoV di sana. Ramai juga yang sangkut masa tahun itu, tetapi ALHAMDULILLAH berkat sabar dan doa kami berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Pengalaman berada di tanah suci merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Semasa berada di tanah suci membuatkan saya sentiasa rindu untuk kembali ke sana. Mungkin umat islam yang pernah menjejakkan kaki ke sana akan memahami bagaimana perasaan saya. Berada di sana membuatkan saya merasa dekat dengan ALLAH S.W.T dan dekat dengan kekasih ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W. Satu memori perasaan yang unik dan sukar nak diluahkan dengan kata-kata. Walaupun sudah 6 tahun berlalu, perasaan itu masih dapat dirasakan.

 

JADUAL PERJALANAN

Hari 01    Penang – Kuala Lumpur
Jemaah dari Penang berkumpul di pejabat syarikat travel & tour di Bandar Baru Perda Bukit Mertajam, Penang untuk menaiki bas ke KLIA.

Hari 02    Kuala Lumpur – Jeddah
Jemaah diminta berhimpun, mandi sunat ihram dan berpakaian ihram kerana Jemaah umrah yang masuk terus ke Makkah dahulu baru ziarah ke Madinah maka sempadan terakhir untuk berniat ihram ialah di ruang angkasa Qarnul Manazil iaitu kira-kira satu jam sebelum kapalterbang mendarat di Jeddah. Namun dinasihatkan agar jemaah memakai ihram di lapangan terbang KLIA terlebih dahulu sebab adalah terlalu rumit untuk memakai ihram dalam kapal terbang.

Hari 03    Jeddah – Makkah
Sebaik sahaja tiba di Jeddah para jemaah akan naik bas terus ke Makkah serta masuk ke bilik masing-masing untuk berehat. Sejam kemudian jemaah akan dibawa ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

Hari 04     Makkah

Selepas sarapan pagi,aktiviti bebas untuk jemaah.Selepas makan tengahari jemaah dibawa melawat ke Bandar Jeddah seperti Persisiran Laut Merah, Masjid Baghdadiah(Masjid Qisas),Plaza Qurnish,Makam Siti Hawa  dan Masjid Terapung.Bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh membawa pakaian ihram dan berniat umrah di masjid terapung (masjid rahmah).Selepas makan malam,jemaah berangkat pulang ke hotel penginapan di Makkah.

Hari 05     Makkah

Selepas sarapan jemaah akan ziarah muzium Muzium Kaabah (tolong ambil permit masuk muzium) dan seterusnya bermiqat di Hudaibiyah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.

Hari 06    Makkah
Selepas sarapan jemaah akan dibawa menziarahi ke Perkuburan Maala dan bermiqat umrah di Tanaim. Semasa perjalanan pulang, jemaah akan dibawa menziarahi Perkuburan Saidatina Maimunah r.a di Nawariyah.

Hari 07    Makkah

Selepas sarapan, para jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah Jabal Rahmah, Nameirah, Mina Jamarat Muzdalifah, Jabal Noor dan seterusnya bermiqat di Jaranah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.

Hari 08    Makkah – Madinah

Selepas sarapan pagi, Tawaf Wida dan jemaah akan naik bas dibawa ke Madinah. Selepas itu naik ke bilik masing-masing dan berehat.

Hari 09    Madinah
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Jumaat, bukit uhud,Masjid Qiblatain,seterusnya ke ladang kurma.

Hari 10    Madinah  – Jeddah
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa ziarah wida` selepas balik dari  ziarah. Seterusnya berangkat ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah.

Hari 11     Jeddah - Kuala Lumpur
Selepas sampai lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah bersedia untuk pulang ke tanah air.

Hari 12   Kuala Lumpur – Penang
Jemaah dari Penang berkumpul menaiki bas dari KLIA ke pejabat syarikat travel & tour di Bandar Baru Perda Bukit Mertajam, Penang.

 


Di atas adalah jadual perjalanan kami secara kasarnya. Sebelum pergi ke sana, keluarga ibu mertua ada membuat sedikit kenduri di kampung dan ramai orang yang bersedekah. Ada juga yang berpesan supaya kirimkan salam kepada Rasulullah dan para sahabat. Pada mulanya saya sedikit ‘nervous’ sebab ramai yang suruh kirimkan salam. jadi,saya takut saya terlupa. Tapi semuanya berjalan dengan lancar.Kami memilih untuk pergi ke sana di bawah bimbingan Bahrulmazi Travel & Tours.Jemaah kami bertolak dari Pulau Pinang ke KLIA dengan mengunakan bas sebanyak 2 buah.

Setibanya kami di sana, kami terpaksa menunggu ketibaan Jemaah-jemaah lain. Setelah semuanya sampai, pihak Bahrulmazi menguruskan passport,tiket dan lain2 yang berkaitan. Kami bertolak pada waktu tengah malam dengan menaiki Yemenia. Penerbangan ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 9 jam. Jemaah diminta berhimpun, mandi sunat ihram dan berpakaian ihram kerana Jemaah umrah yang masuk terus ke Makkah dahulu baru ziarah ke Madinah maka sempadan terakhir untuk berniat ihram ialah di ruang angkasa Qarnul Manazil iaitu kira-kira satu jam sebelum kapalterbang mendarat di Jeddah. Namun dinasihatkan agar jemaah memakai ihram di lapangan terbang KLIA terlebih dahulu sebab adalah terlalu rumit untuk memakai ihram dalam kapal terbang. Maka dalam kapal terbang kami lafaz talbiah:

Lafaz talbiah adalah seperti berikut:

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”

Sebaik sahaja tiba di Jeddah para jemaah akan naik bas terus ke Makkah serta masuk ke bilik masing-masing untuk berehat. Alhamdulillah, ada pekerja Banglades jual kad sim di airport Jeddah terus beli untuk hubungi keluarga di kampung untuk maklumkan kami selamat sampai. Di Makkah kami sekeluarga duduk bersama sebilik tidur dan bilik air, senang tukar pakaian dan mandi sesama mahram.



Sejam kemudian jemaah akan dibawa ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah, kami terus masuk ke masjidilharam dan menyempurnakan ibadah umrah kami yang pertama. Perasaan saya pertama kali menjejakkan kaki ke dalam masjidilharam tak dapat digambarkan. Teruja bercampur takut, gementar, gembira, sayu, semua menjadi satu. Sukar nak percaya bahawa kaabah berada di depan mata saya. Rasa teramat sayang kepada Islam apabila melihat kaabah. Setelah itu,kami pulang ke hotel yang jaraknya hanya 5 minit berjalan kaki. Kami mendapat 5 kali umrah percuma, Alhamdulillah dapat buat ibadah Umrah Badal untuk arwah ibu dan ayah. Kalau nak buat lebih,jemaah kena pergi bermiqat sendiri dengan menaiki teksi.



Pada keesokan harinya, selepas sarapan pagi, aktiviti bebas untuk jemaah. Selepas makan tengahari jemaah dibawa melawat ke Bandar Jeddah seperti Persisiran Laut Merah, Masjid Baghdadiah (Masjid Qisas), Plaza Qurnish, Makam Siti Hawa  dan Masjid Terapung. Bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh membawa pakaian ihram dan berniat umrah di masjid terapung (masjid rahmah). Angin di tepi laut merah boleh dikatakan kuat tetapi pemandangan tepi laut yang cantik bersempadan laut dengan Negara Sudan dan Mesir. Plaza qurnish sama seperti plaza-plaza yang ada di Malaysia. Bagi Jemaah-jemaah wanita, mereka tidak melepaskan peluang untuk membeli beg tangan berjenama di mana harganya lebih murah berbanding di Malaysia. Di situ kami sekeluarga sempat makan di permis makanan usahawan Indonesia bakso & nasi ayam penyet.



Keesokkan hari, selepas sarapan jemaah akan ziarah muzium Muzium Kaabah (tolong ambil permit masuk muzium). Disitu terdapat barang-barang yang berkaitan dengan kaabah. Seperti mesin menjahit kain yang melitupi bumbung kaabah,pintu kaabah, tiang kaabah dan lain-lain lagi. Seterusnya bermiqat di Hudaibiyah, para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.



Esoknya kami dibawa menziarahi perkuburan maala dimana terletaknya makam siti khadijah  ummul mukminin. Dan yang uniknya,hanya di makam siti khadijah saja yang tumbuh pokok setinggi lebih kurang kanak-kanak berumur  5 tahun. Kemudian kami dibawa menziarahi makam saidatina maimunah iaitu isteri kepada Rasulullah S.A.W. menurut ustaz yang mengetuai rombongan kami, sebelum makamnya ditemui kerajaan hendak membina jalan di situ, tetapi jentera yang digunakan rosak. Walaupun dah diperbaiki, ia akan rosak setiap kali mereka hendak memulakan kerja pembinaan jalan. Kemudian, ada ulama’ Arab yang mandapat mimpi bahawa di situ terletak makam saidatina maimunah. Setelah mereka membina tembok yang mengasingkan kawasan makamnya, baru la jentera boleh berfungsi. Seterusnya para Jemaah bermiqat umrah di Tanaim (paling dekat dengan Makkah), di sini ialah tempat miqat isteri Nabi iaitu Saidina Aisyah.



Hari berikutnya kami di bawa menziarahi jabal thur dan gua hira’.Tetapi kami hanya berada di kaki gunung sahaja. Kemudian kami ke jabal rahmah. tetapi kami hanya berada di bawah. Ada jemaah yang bersolat sunat di atas. Kami tunggu di bawah sebab bawa anak-anak kecil bahaya untuk mendaki bukit. Ada peniaga jual aiskrim kami beli dan makan anak-anak suka, mak mertua beli baju jubah murah di sana boleh bagi keluarga di kampung. Setelah itu, kami menaiki bas dibawa mengelilingi padang arafah dan mina. Di sekitar padang arafah ada terdapat banyak pancutan air yang saya difahamkan berfungsi untuk mengurangkan kepanasan di musim haji. Tetapi telah dinyatakan bahawa pada hari arafah, padang arafah adalah tempat yang paling panas di atas dunia. Ustaz khairi juga ada mengatakan bahawa pada musim haji mina akan membesar dan mengembang sepertimana perut ibu yang mengandung. Saya lihat di situ terdapat banyak khemah-khemah yang didirikan untuk kegunaan para Jemaah haji. Seterusnya bermiqat di Jaranah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.



Pada hari terakhir di Makkah, selepas sarapan pagi para Jemaah melakukan tawaf wida iaitu tawaf selamat tinggal dan dinasihatkan untuk berjanji di dalam hati, kalau berkemampuan kami akan Kembali. Kemudian kami bertolak ke Madinah dengan bas. Di pertengahan perjalanan bas berhenti rehat dan rawat (R & R) untuk para Jemaah solat & ke tandas, ada peniaga-peniaga kecil jual makanan ringan seperti kacang, kismis, habatus sauda dan lain-lain. Setelah sampai di Madinah, kami naik ke bilik masing-masing dan berehat.



Pada keesokan harinya, kami dibawa menziarahi makam Rasulullah dan perkuburan Baqi’.Dari hotel, kami cuma perlu berjalan kaki untuk ke sana. Makam rasulullah terletak di dalam masjid nabawi. Selain itu, di sisi makam baginda, terdapat makam Abu Bakar As-siddiq dan umar Al-khattab.Sebelum masuk ke dalam masjid nabawi, kami berhenti di perkuburan baqi’ dahulu untuk memberi salam kepada ahlul bait dan para sahabat. Perkuburan baqi’ terletak di luar masjid nabawi.Kemudian kami terus masuk ke dalam masjid. Kami dibahagi mengikut Negara sebelum dapat masuk ke kawasan makam. Suasana di makam baginda sangat sesak dengan Jemaah dari seluruh pelosok dunia. Di luar kawasan makam, ada lagi petugas yang menjaga dan melepaskan Jemaah masuk sedikit demi sedikit kerana terlalu ramai. Kami berpeluang untuk solat sunat di situ. saya merasa sangat terharu kerana berpeluang untuk berada di makam kekasih ALLAH. Ya ALLAH, bertuahnya saya menjadi tetamuMU.



Setelah pada keesokan harinya kami dibawa menziarahi sekitar madinah dengan menaiki bas. Kami melawat masjid-masjid yang bersejarah seperti masjid Qiblatain, masjid jumaat. Masjid quba’, dan ladang kurma. Di ladang kurma, kami membeli-belah produk berasaskan kurma yg dipelbagaikan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Seperti coklat kurma,biskut kurma dan lain-lain lagi. Alhamdulillah di ladang kurma Jemaah kami bertembung dengan Jemaah Artis Malaysia Asraf Muslim sempat ambil gambar, selalu tengok tv je ni jumpa live terkejut juga. Kami juga ada melalui masjid jin tetapi tak singgah. Kami juga menziarahi bukit uhud dimana berlakunya perang paling berdarah iaitu perang uhud. Di situ terdapat makam para syuhada’ yang di makam kan sekali. Di situ ada Jemaah jumpa duit 10 riyal di tanah, cucu dikutip tapi tok dia suruh letak balik mungkin ada orang niat sedekah untuk sesiapa di sana.



Pada hari terakhir kami di madinah, selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa ziarah wida` selepas balik dari  ziarah. Sementara menunggu bas tiba para Jemaah sempat membeli barang cendera mata di sekitar hotel seperti biji tasbih, kopiah dan Al-quran untuk di bawa balik. Kemudian kami berangkat ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah untuk berangkat pulang ke Malaysia. Walau bagaimanapun, penerbangan kami tergendala beberapa jam kerana berlaku sedikit masalah. Kami sampai di Malaysia pada keesokan paginya. Kemudian, kami menunggu bas ke pulau pinang pula. Kami sampai di pejabat syarikat travel & tour di Bandar Baru Perda Bukit Mertajam, Penang. Alhamdulillah kami selamat mengerjakan ibadah umrah selama 12 hari. Besyukur kepada Allah S.W.T juga, walaupun mengerja ibadah Umrah dengan 2 orang anak kecil tuhan memudahkan urusan ibadah kami dengan sepasang suami isteri sangat suka menjaga dan mendukung anak saya semasa urusan kami di sana. Serta ibu mertua diberi kekuatan oleh-Nya, kuat berjalan walaupun sudah tua. ALHAMDULILLAH YA ALLAH dan terima kasih hamba Allah S.W.T. pasangan suami isteri sanggup membantu kami semasa menjalankan ibadah dan ziarah di sana.



6 ulasan:

Unknown berkata...

Rindunya dengan Rasulullah.... Ya Allah izankan lah Aku, keluargaku, saudara seIslamku datang ke TANAH Haram itu untuk menunaikan ibadah Dan bertemu Rasulullah... Aamiiin

Aku berkata...

Rindunya nabi Muhammad saw

akqqdkqq berkata...

Labaikallah hummalabai, labaikallah sarikallahbai..

aira berkata...

seronoknya.... doakan kita semua akan sampai ke sana amiin....

izuafdie berkata...

amiin

Zura berkata...

Alhamdulillah....

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...