Isnin, 4 Januari 2021

PEKELILING KPTG 5, 6, DAN 7 TAHUN 2020 BERHUBUNG DENGAN WARTA-WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN P.U.(B)564, P.U.(A)372, P.U.(A)373 DAN P.U.(A).374 MENGIKUT PINDAAN PERUNDANGAN SEMASA KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI DI PENTADBIRAN TANAH

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Warta-warta Kerajaan Persekutuan:

 

     i.        P.U.(B)564 (30 November 2017); ‘Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa’.

 

   ii.        P.U.(A)372 (30 November 2017); ‘Kaedah-kaedah Pengambilan Tanah 2017’.

 

  iii.        P.U.(A)373 (30 November 2017); ‘Kaedah-kaedah Pengambilan Tanah 2017 (Borang Elektronik) 2017’.

 

  iv.        P.U.(A)374 (30 November 2017); ‘Kaedah-kaedah Pengambilan Tanah (Pindaan Jadual Kedua) 2017’

 

2. Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan:

 

     i.        Pekeliling KPTG Persekutuan 5/2020; ‘Panduan Pelaksanaan Pengambilan Tanah Bawah Tanah’.

 

   ii.        Pekeliling KPTG Persekutuan 6/2020; ‘Panduan Pelaksaan Pengambilan Bangunan Atau Tanah Yang Dipecah Bahagi’.

 

  iii.        Pekeliling KPTG Persekutuan 7/2020; ‘Panduan Pelaksanaan Pendudukan Atau Penggunaan Sementara Tanah Di Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960’.

 

 Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1. Ketiga-tiga Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan Bil. 5 hingga 7/2020 di atas, ia dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia sebagai panduan kepada Pentadbir Tanah berhubung tindakan yang perlu dilaksanakan dalam urusan pengambilan tanah bawah tanah, urusan pengambilan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, urusan pendudukan atau penggunaan sementara tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] selaras dengan Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 [Akta A1517].

 

2. Oleh kerana Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] telah dipinda melalui Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 [Akta A1517]. Akta A1517 ini telah diwartakan pada 9 September 2016 dan telah dikuatkuasakan pada 1 Disember 2017 (kecuali seksyen 11 Akta A1517). Ini telah mewujudkan 3 Panduan yang telah dikeluarkan oleh JKPTG melalui ketiga-tiga Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 5 hingga 7/2020 dipara 1.

 

2. Berikut adalah latar belakang 3 panduan yang di keluarkan: 

Bil.

Panduan

Latar Belakang

 

01.

 

Panduan Pelaksanaan Pengambilan Tanah Bawah Tanah.

 

-Akta A1517 telah memperuntukkan beberapa seksyen berhubung dengan pengambilan tanah bawah tanah. Seksyen 7 Akta 486 telah dipinda dengan memperuntukkan keperluan penyediaan suatu pelan sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 7(1) (a) Akta 486 yang hendaklah juga memperihalkan tentang keluasan dan kedalaman tanah bawah tanah bagi pengambilan tanah bawah tanah. Baki tanah permukaan akan kekal dalam pemilikan tuan tanah dengan had kedalaman yang ditetapkan.

 

02.

 

Panduan Pelaksaan Pengambilan Bangunan Atau Tanah Yang Dipecah Bahagi

 

-Antara peruntukan baharu dan pindaan berhubung dengan pengambilan tanah melibatkan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi yang dimasukkan melalui pindaan adalah seperti yang berikut:

 

a)   seksyen 2 - takrifan 'scheduled land' sedia ada diperluas;

b)   perenggan 9(2)(a) - bagi membenarkan endorsan dalam hakmilik yang melibatkan pengambilan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dalam daftar strata yang berkenaan;

c)   subseksyen 22(3) — perenggan (c) baharu dimasukkan bagi menghendaki Pentadbir Tanah untuk menyampaikan suatu salinan notis Borang K Akta 486 kepada pihak-pihak yang berkenaan termasuklah Perbadanan Pengurusan (Management Corporation [MC]);

d)   subseksyen 23 (a) dan seksyen 66 bagi memperjelaskan bahawa pengambilan petak strata akan terus terletak hak kepada penerima pindahan iaitu Pihak Berkuasa Berkanun, orang atau badan yang bagi pihaknya petak tersebut diambil; dan

e)   subseksyen 26(4) - bagi membolehkan Pentadbir Tanah atau pihak berkuasa pendaftaran berkenaan membuat tindakan susulan selaras dengan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318]

 

03.

 

Panduan Pelaksanaan Pendudukan Atau Penggunaan Sementara Tanah Di Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960

 

-Peruntukan berhubung pendudukan sementara atau penggunaan sementara tanah telah sedia ada di bawah Akta 486. Walau bagaimanapun, bagi tujuan memperjelaskan dan memperkemaskan lagi pelaksanaan pendudukan sementara atau penggunaan sementara tanah, maka Akta 486 telah dipinda melalui Akta A1517. Akta A1517 telah memperuntukkan beberapa peruntukan berhubung dengan pendudukan atau penggunaan sementara tanah.

 

- Pindaan kepada seksyen 57 Akta 486 adalah bertujuan untuk memperkemaskan peruntukan berhubung dengan pendudukan atau penggunaan sementara tanah. Selain itu, seksyen 57 Akta 486 ini juga diperluaskan bagi membolehkan kerja-kerja awam dilaksanakan ke atas mana-mana tanah atau sepertimana yang ditunjukkan dałam pelan pembangunan selaras dengan peruntukan yang dinyatakan di bawah perenggan 57(1) (b) dan (c) Akta 486.

 

-Pengenalan kepada peruntukan baharu ini memerlukan catatan endorsan mengenai pendudukan dan penggunaan sementara tanah atas dokumen hakmilik atau apa-apa dokumen lain yang dinyatakan di bawah perenggan 9(2) (a) dan (b) Akta 486

 

3. Justeru itu, keadaan-keadaan dan tatacara permohonan-permohonan  berdasarkan panduan-panduan tersebut menyebabkan pentadbiran tanah hendaklah memahami isu pengambilan dan keperluan agensi yang mengambil tanah serta ‘the do’s and don’t’s’ bagi agensi pengambil itu.

 

4. Oleh demikian, pentadbiran tanah hendaklah menjemput pihak Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) untuk membuat kursus/bengkel/seminar mengenai penjelasan serta kefahaman tentang 3 panduan dipara 2.

 

5. Selain itu juga, pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) hendaklah membuat penambahbaikan dan semakan semula ‘Manual Pengambilan Tanah’ sediada selaras mematuhi kehendak peruntukkan perundangan semasa.

 

6. Ketua-ketua Jabatan Pentadbiran Tanah juga, hendaklah membuat kemaskini dan pindaan ‘Manual Prosedur Kerja’ dan ‘Fail Meja’ sediada selaras mematuhi kehendak prosedur dan proses kerja semasa. Melalui pekeliling MAMPU ‘Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam bil. 1/2002’ dan 8/1991; ‘GARIS PANDUAN SEMAKAN SEMULA PROSEDUR DAN PROSES KERJA DI AGENSI KERAJAAN’ danPANDUAN MENGENAI MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA’.

 

Perkara Untuk Tindakan:

 Pentadbir Tanah hendaklah mematuhi ketiga-tiga Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan Bil. 5 hingga 7/2020.

Sehubungan itu, pentadbiran tanah hendaklah menjemput pihak Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) untuk membuat kursus/bengkel/seminar mengenai penjelasan serta kefahaman tentang 3 panduan itu kepada pegawai-pegawai pentadbiran tanah yang berkenaan, terutamanya di peringkat proses permohonan Pengambilan Balik Tanah.

Justeru itu, dengan adanya kefahaman 3 proses panduan tersebut dapat membantu pegawai-pegawai di pejabat tanah dalam melaksanakan tugas, serta dapat membantu Pentadbir Tanah khususnya atau pentadbiran tanah amnya dalam membuat keputusan di atas setiap permohonan yang diterima.

1 ulasan:

akqqdkqq berkata...

perundangan pengambilan balik tanah makin berkembang dalam pernyatuan perundangan strata & stratum, pentadbiran tanah kena memperkasa ilmu & rujukan kepada jkptg, instun & punn...

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...