Selasa, 26 Januari 2021

PENDEDAHAN / PEMBERIAN MAKLUMAT-MAKLUMAT OLEH PEGAWAI-PEGAWAI TANAH DENGAN TIADA KEBENARAN DI BAWAH KANUN TANAH NEGARA 1965 & KAEDAH-KAEDAH TANAH NEGERI

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 19. Kanun Tanah Negara (KTN) 1965:

19. Information to be kept secret.

Every officer appointed under this Part, and every person employed in any Survey Office, Land Office or Registry-

(a) shall maintain, and aid in maintaining, the secrecy of all matters which come to his knowledge in the performance of his duties, and

(b) except for the purpose of carrying into effect the provisions of this Act, shall not communicate or divulge, or aid in divulging, any such matter to any other person.

 

2. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1970; ‘Pemberian Maklumat-maklumat Oleh Pegawai-pegawai Tanah Dengan Tiada Kebenaran (Disemak 2007)’.

 

3. Seksyen 8. Akta Rahsia Rasmi 1972:

Menyampaikan, dsb., rahsia rasmi dengan salah

8. (1) Jika seseorang yang ada dalam miliknya atau kawalannya

sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal

atau kata laluan rasmi yang rahsia yang;-

 

4. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993].

 

5. Arahan Keselamatan.

 

6. Akta Kawasan-kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

 

 

 

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

 

1.   Berdasarkan pemerhatian, terdapat insiden yang melibatkan pegawai awam membocorkan dokumen dan maklumat terperingkat Kerajaan kepada pihak luar/pihak tidak perlu mengetahui melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan media sosial seperti Whatsapp, Facebook, YouTube, blog, Twitter, Telegram dan sebagainya.

 

2.   Penyaluran apa-apa maklumat terperingkat yang boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai tentang pejalanan suatu urus tadbir Kerajaan Negeri merupakan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Dalam hal ini, pegawai awam hendaklah sentiasa diperingatkan bahawa penjagaan rahsia Kerajaan Negeri dan maklumat-maklumat terperingkat merupakan suatu bentuk arahan yang telah sedia termaktub dalam Arahan Keselamatan. Oleh itu, perbuatan mendedahkan atau mengedarkan apa-apa maklumat terperingkat tersebut hendaklah disifatkan sebagai ingkar arahan.

 

3.   Justeru itu, disyorkan Pentadbiran ini menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah kepada peruntukan di bawah seksyen 19 Kanun Tanah Negara 1965 yang berkehendakkan supaya setiap pegawai atau orang yang bekerja di Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah memelihara rahsia ke atas semua perkara yang sampai ke pengetahuannya dalam menyelenggarakan tugas-tugasnya dan tidak boleh memberitahu atau menyampaikan apa-apa perkara itu kepada orang lain. Dalam seksyen 429 Kanun Tanah Negara 1965, diperuntukkan bahawa, seseorang yang melanggar peruntukan seksyen 19 Kanun Tanah Negara 1965 adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda sebanyak tidak lebih daripada RM1,000.00 atau penjara selama tidak lebih daripada 6 bulan.

 

4.   Di antara perkara-perkara yang dirujuk di bawah seksyen 19 Kanun Tanah Negara 1965 ialah perkara-perkara bersangkutan kepada berbagai-bagai urusan yang direkodkan dalam fail-fail dokumen (Terbuka atau Sulit), Buku-buku Pendaftaran, rekod-rekod dan pelan-pelan di sesuatu Pejabat Tanah dan Pejabat Pendaftar. Perkara-perkara yang berkaitan adalah seperti berikut:–

(a) permohonan-permohonan tanah Kerajaan, tanah lombong, Lesen-lesen Menduduki Sementara dan permit-permit;

(b) permohonan-permohonan menukar kategori penggunaan, syarat nyata dan sekatan kepentingan tanah;

(c) permohonan-permohonan pecah sempadan, penyerahan balik dan pemberimilikan semula, pecah bahagian dan penyatuan tanah;

(d) permohonan-permohonan penyerahan tanah;

(e) butir-butir siasatan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960;

(f) butir-butir semua suratcara urusniaga dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendaftarannya;

(g) butir-butir semua suratcara bukan urusniaga dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendaftarannya;

(h) permohonan-permohonan untuk mendapatkan perintah-perintah pembahagian harta pusaka di bawah Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955;

(i) siasatan yang dijalankan oleh Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik dan catatan kenyataan siasatan;

(j) dokumen hakmilik daftar (DHD dan DHDK) serta pendaftarannya;

(k) apa-apa maklumat yang dicatatkan dari semasa ke semasa di atas ‘litho sheet’ di Pejabat Tanah;

(l) maklumat-maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan;

(m) dokumen-dokumen berkaitan hasil; dan

(n) maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu termasuk maklumat digital.:

 

5.   Oleh demikian, Pentadbiran ini hendaklah memandang serius terhadap perkara ini dan tidak akan bertolak ansur dalam mengambil tindakan tegas terhadap pegawai awam yang didapati membocorkan dokumen/maklumat terperingkat. Perbuatan ini merupakan suatu bentuk pengkhianatan kepada Kerajaan Negeri dan merupakan suatu kesalahan jenayah berat di bawah seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972. Ini adalah kerana perbuatan membocorkan rahsia Kerajaan itu bukan sahaja boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam dan Kerajaan Negeri, malah boleh menggugat imej pentadbiran tanah, menjejaskan integriti penjawat awam serta ketelusan dalam organisasi perkhidmatan awam, lebih-lebih lagi jika maklumat rahsia itu terdedah kepada penyalahgunaan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk manipulasi demi kepentingan diri dan mengurangkan hasil kepada Kerajaan Negeri.

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah hendaklah sentiasa mengingatkan diri masing-masing dan warga kerja di Bahagian supaya semua dokumen/maklumat terperingkat Kerajaan tidak dibocorkan, didedahkan, disebarkan, disiarkan dan disampaikan kepada pihak-pihak yang tidak perlu mengetahui dengan apa-apa cara sekalipun. Sebagai contoh menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar surat rasmi jabatan yang merupakan dokumen terperingkat dan kemudiannya diedarkan melalui aplikasi whatsapp kepada pihak luar.

Sehubungan itu, semua warga pentadbiran tanah juga diingatkan supaya menggunakan applikasi ICT dan media sosial secara rasmi dan peribadi dengan berhemah bagi mengelakkan kebocoran maklumat/dokumen terperingkat dan penyebaran maklumat yang tidak sahih.

Justeru itu, sekiranya perkara ini berlaku, tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993], akan diambil setelah dibuktikan kesalahannya. Pegawai yang didapati membocorkan maklumat/dokumen terperingkat Kerajaan adalah disifatkan telah melanggar peraturan 4, P.U(A)395/1993. Pelanggaran ini boleh menyebabkan pegawai awam dikenakan tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja. Pegawai juga boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah mana-mana undang-undang yang berkaitan.

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...