Rabu, 27 Januari 2021

KEPERLUAN PENTADBIRAN TANAH UNTUK AKUR DAN MELAKSANAKAN ‘PROSEDUR PELAPORAN KES FRAUD DALAM URUSAN TANAH’ YANG DIBUAT JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (JKPTG) DI PERINGKAT PENTADBIRAN TANAH

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Kanun Tanah Negara 1965.

 

2. Perintah Am dan apa-apa peraturan yang menggantikannya.

 

3. Kanun Acara Jenayah.

 

4. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

 

5. Business Area SPTB.

 

6. Business Area E-Tanah.

 

7. Kaedah-Kaedah Tanah Negeri.

 

8. Akta Keterangan 1950.

 

9. Akta Sumpah dan Ikrar 1949.

 

10.Akta Hakmilik Strata

 

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1. Tujuan prosedur dibuat adalah untuk memberi panduan kepada Pentadbir Tanah sekiranya berlaku kes-kes yang disyaki terdapat penyelewengan dan pemalsuan dalam urusan tanah.

 

2. Justeru itu, prosedur ini hendaklah digunapakai di semua Pentadbiran Tanah di peringkat Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) kerana sejak kebelakangan ini banyak kes-kes penipuan dalam urusan jual beli hartanah atau urusan pindah milik tanah berlaku di seluruh negara dilaporkan. Statistik penipuan boleh dilihat melalui portal rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan di dalam surat khabar The Star bertarikh 4 Ogos 2010 (lampiran).

 

3. Oleh demikian, pentadbiran ini hendaklah akur dan mewujudkan ‘PROSEDUR PELAPORAN KES FRAUD DALAM URUSAN TANAH’ serta diubahsuai mengikut keadaan kes semasa. Kerjasama dengan pelbagai agensi yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Mahkamah, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya dari masa ke semasa dalam mencegah kegiatan ini daripada berleluasa. Terdapat beberapa faktor yang menjurus ke arah masalah penipuan ini berlaku sama ada melibatkan sindiket atau pun perseorangan.

 

4. Antara elemen-elemen jenayah penipuan yang terkandung di dalam urusan tukar hak milik tanah yang telah dikenal pasti termasuklah:

      i. Pemalsuan
            a) kertas hak milik ( geran tanah),
            b) kad pengenalan, 
            c) tanda tangan,
            d) borang 14A,
            e) surat kuasa wakil, 
             f) perintah mahkamah,
            g) dan apa sahaja yang berkaitan dengan suratan,
            h) Duti setem LHDN,
             i) Cetakan setem menggunakan mesin 'franking'. 
      ii. Penyamaran sebagai tuan tanah.
      iii. Penyamaran sebagai agen hartanah.

 

5. Berikut adalah tip bagi menggelakkan tertipu sama ada melalui sindiket atau orang perseorangan ketika membuat urusan jual beli hartanah / pindah milik hartanah. Sekiranya ada yang berhasrat untuk memiliki hartanah dinasihatkan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa dalam penipuan. Di antara langkah-langkah yang anda (bakal pembeli) boleh lakukan bagi mengelakkan tertipu ialah dengan memastikan perkara-perkara berikut:

     i.Waspada jika harga jualan terlalu murah daripada nilaian semasa.

  1. Jangan mudah terpengaruh apabila ada pihak menawarkan harga tanah yang murah kerana ia mungkin membabitkan sindiket penipuan.

  iii. Pastikan kewujudan tanah melalui daftar pelan yang sah.

  iv. Buat semakan berkaitan pemilikan(tuan punya tanah), no. hak milik, no. lot. Mukim, saiz / keluasan tanah melalui Carian di Pejabat Tanah.

   v. Semak sekatan kepentingan seperti kebenaran pindah milik, kaveat, cagaran / gadaian, pajakan dan sebagainya.

 vi. Jika boleh, sila berjumpa dengan tuan tanah untuk mendapatkan pengesahan.

vii. Pastikan wakil mempunyai Surat Kuasa Wakil (Power Attorney) yang sah.

viii. Wujudkan perjanjian jual beli.

  ix. Gunakan khidmat peguam yang sah.

   x. Gunakan khidmat agen hartanah yang berpengalaman.

  xi. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis oleh penjual / agen penjual.

xii. Sentiasa menyimpan perasaan curiga atau ragu-ragu.

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran tanah dapat akur dan mewujudkan prosedur tersebut untuk digunapakai di semua Pentadbiran Tanah di peringkat Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) bagi menyelesaikan isu / masalah berbangkit.

        Justeru itu, dengan terlaksananya prosedur ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam mengurus aduan / isu penipuan tanah sediada, bagi penyelesaian masalah berbangkit.



Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...