Rabu, 6 Januari 2021

ZOO LOK KAWI WILDLIFE SABAH (MEMORI 2019)



Di Sabah terdapat pelbagai keindahan flora dan fauna yang tersendiri. Anda pasti akan terpukau dengan keindahan di Sabah. Antaranya ialah terdapat pelbagai jenis haiwan yang unik di Sabah. Anda boleh membawa keluarga anda datang ke Zoo di Lok Kawi bagi merasai sendiri pengalaman melihat pelbagai jenis haiwan. Lok Kawi WildLife merupakan tempat menarik di Sabah.



Antara Tarikan Menarik di sini adalah kita dapat lihat secara dekat haiwan-haiwan liar yang jarang ditemui di luar seperti Orang Utan, Gajah, Beruang, Harimau, Ostrich (Burung Unta), Proboscis Monkey, Ular, Buaya, Kura-Kura, Burung Merak dan macam-macam lagi jenis binatang lain. Taman ini mempunyai lebih dari 100 spesis haiwan. Terdapat juga Botanical Garden dengan pelbagai jenis botani yang boleh kita lihat.



Selain itu, anda juga berpengalaman melihat sendiri bagaimana haiwan diberi makan. Sebagai contoh, melihat harimau diberi makan oleh penjaga zoo. Selain itu, jika anda bernasib baik boleh melihat pertunjukan haiwan yang dikendalikan oleh penjaga zoo yang profesional.



Pengalaman di Zoo Lok Kawi ini pasti meninggalkan seribu kenangan kepada keluarga. Banyak ilmu yang akan diperolehi mengenai haiwan-haiwan di sini. Jangan lepaskan peluang abadikan kenangan anda dengan mengambil gambar dengan haiwan-haiwan di sini. Anda boleh juga kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! DEKATI DUNIA FAUNA DI LOK KAWI WILDLIFE!

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 63, Jalan Penampang, 88200 Penampang, Sabah.
  • Nombor Telefon : 088-765 710
  • Waktu Operasi : 9:30 Pagi – 5:30 Petang
  • Peta Lokasi : 


Dapatkan Info Menarik di Lok Kawi Wildlife

Aktiviti Sesuai

Sudah pasti aktiviti disini ialah pengembaraan bersama haiwan-haiwan di sini. Anda dapat melihat pelbagai jenis aiwan dan pelbagai info berkaitan.

Harga Tiket

Warganegara

  • Dewasa: RM 10.00
  • 3 Tahun – 17 Tahun : RM 5.00
  • Warga Tua (60 Tahun ke atas) dan OKU : Free

Bukan Warganegara

  • Dewasa: RM 20.00
  • 3 Tahun – 17 Tahun : RM 10.00
  • Warga Tua (60 Tahun ke atas) dan OKU : Free

Kemudahan

  • Tempat parking kereta
  • Tandas
  • Kedai Cenderahati
  • Kedai Kecil

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Lok Kawi Wildlife








3 ulasan:

aira berkata...

good info.... boleh bawa anak-anak untuk explore...tahun ini cuti tak ke mana,
semua jadi new norma. Duduk di rumah saja. InsyaAllah 2021 boleh la bersantai2 di luar.

izuafdie berkata...

terima kasih,
Ya sama-sama kita berdoa agar Covid_19 dapat diputuskan.... Vaksin yang disediakan dapat membantu kita untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Zura berkata...

Interrested

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...