Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:
1. Seksyen 96A Kanun Tanah Negara, iaitu:
“Rent
of land with subdivided building
96A.
(1) Upon the coming into operation of Part IVa of the Strata Titles Act 1985,
the provisions of Part Six of this Act except section 101 (which relates to
revision of rent), shall not be applicable in respect of land with subdivided
building and any action taken for non-payment thereof shall be in accordance
with the Strata Titles Act 1985.
(2)
The application of section 101 in respect of land with subdivided building
shall be in accordance with the provision of subsection 101(7).
(3)
In the event of termination of the subdivided building in accordance with
section 57 of the Strata Titles Act 1985, the rent in respect of the land shall
become payable as from the beginning of the calendar year next following in
accordance with this Act.”.
2. Seksyen 4C Akta Hakmilik Strata, iaitu:
Permulaan kuat kuasa cukai bagi petak atau blok sementara,
dsb.
4C. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah
Negara, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh bagi
permulaan kuat kuasa cukai bagi petak atau blok sementara di mana-mana Negeri.
(2) Apabila mula berkuat
kuasa pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara di mana-mana Negeri—
(a) peruntukan Bahagian IVA hendaklah terpakai;
(b) peruntukan bagi Akta ini hendaklah—
(i) setakat
mana peruntukan itu berkait dengan tatacara bagi pelaksanaan cukai bagi petak
atau blok sementara dan untuk maksud yang berkaitan dengannya; dan
(ii) setakat mana
peruntukan itu berkait dengan endorsan yang perlu dibuat atau perkara lain
bersampingan dengannya untuk menguatkuasakan cukai bagi petak atau blok
sementara, kepada dokumen hakmilik strata atau daftar strata,
dibaca dengan ubah suaian, pindaan,
penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang
diperuntukkan dalam Bahagian IVA.
3. Seksyen
23C Akta Hakmilik Strata, iaitu:
Penentuan dan pengiraan cukai
23C. (1) Apabila
mula berkuatkuasanya seksyen 4C—
(a) Pentadbir Tanah hendaklah menentukan jumlah cukai;
dan
(b) Pendaftar hendaklah—
(i) membuat
memorial pada dokumen hakmilik daftar dan keluaran bagi lot itu, tarikh cukai
bagi lot tersebut terhenti daripada berkuat kuasa dan cukai bagi petak atau
blok sementara mula berkuat kuasa, walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam
hakmilik bagi lot itu; dan
(ii)
mengendorskan pada dokumen-dokumen hakmilik strata jumlah cukai itu.
4. Kanun Tanah Negara.
5. Akta Hakmilik Strata
1985.
6. Akta
Pengurusan Strata & Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Tribunal
Pengurusan Strata).
7.
Kaedah-kaedah Hakmilik Strata (Negeri).
8. Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan
Galian (JKPTG), dan Arahan-arahan Pengarah Tanah dan Galian (PTG).
9.
lain-lain Undang-undang dan Pekeliling yang berkenaan.
Perkara Berkaitan Dengan Pejabat:
1.
Apabila akaun Cukai Petak telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2019, pelaksanaan
cukai petak akan menggantikan bayaran cukai tanah kepada semua pemilik hakmilik
strata. Maka, kutipan bayaran cukai tanah daripada pemilik hakmilik strata bagi
tahun 2019 dan seterusnya akan dihentikan, kecuali kutipan ke atas
sebarang tunggakan cukai tanah dan denda lewat.
2.
Sehubungan itu, sebarang tunggakan cukai tanah dan denda lewat yang telah dikenakan
sebelum tahun 2019 mesti dijelaskan oleh pemilik hakmilik strata bagi
mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan dan halangan ke atas sebarang
urusniaga/transaksi berkaitan dengan petak strata tersebut. Jumlah tunggakan cukai tanah dan denda lewat
akan dinyatakan di dalam bil cukai petak pada tahun 2020 dan tahun-tahun
seterusnya sehingga ianya selesai dilunaskan.
3.
Apa yang menjadi isu apabila tunggakan dan denda lewat cukai tanah
tersebut dimasukkan ke bil cukai petak 2020, sekiranya pemilik tidak
menjelaskan cukai petak pada 31 Mei 2020, denda lewat akan dikenakan 5%
daripada kesemua tunggakan dan denda lewat cukai tanah terdahulu ditambah
dengan cukai petak semasa akan menyebabkan bayaran cukai menjadi tinggi.
4.
Oleh demikian, sepatutnya tunggakan dan denda lewat cukai tanah terdahulu
tidak dimasukkan di dalam perkara tunggakan cukai dan denda cukai petak,
sebaliknya diubah kepada kutipan kurang bagi mengelakkan denda lewat dikenakan
kepada pemilik petak. Ini adalah kerana tunggakan dan denda lewat cukai tanah
bukan tunggakan dan denda lewat cukai petak itu merujuk kepada seksyen 96A
Kanun Tanah Negara 1965 dan seksyen 4C Akta Hakmilik Strata.
5.
Justeru itu, tunggakan dan denda lewat cukai tanah itu hendaklah dikutip
mengikut seksyen 23C (8)(b) Akta Hakmilik Strata, iaitu;
(8)
Bagi maksud perenggan (1)(a), cukai bagi petak atau blok sementara—
(b) tunggakan cukai bagi lot itu bolehlah—
(i) dimasukkan
berkadaran dengan unit syer dan unit syer sementara; atau
(ii) didapatkan
kembali melalui apa-apa cara yang ditetapkan.
6.
Oleh demikian, tunggakan dan denda lewat cukai tanah juga boleh
didapatkan kembali melalui seksyen 77, 78 dan 79 Akta Pengurusan Strata oleh
perbadanan pengurusan, iaitu;
Mendapatkan jumlah wang sebagai hutang yang kena dibayar kepada
perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari
77. (1) Pembayaran
apa-apa jumlah yang ditanggung dengan sah oleh perbadanan pengurusan atau
perbadanan pengurusan subsidiari dalam penjalanan mana-mana kuasanya atau
fungsinya atau menjalankan kewajipan atau obligasinya hendaklah menurut kuasa
seksyen ini dijamin oleh pemilik yang pada masa itu membentuk perbadanan
pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari itu.
(2) Setiap
pemilik hendaklah bertanggungan di bawah jaminan yang disebut dalam subseksyen
(1) hanya bagi apa-apa perkadaran wang yang ditanggung sebagai unit syer bagi
petaknya atau unit syer sementara bagi blok sementaranya yang dibandingkan
dengan unit syer agregat.
(3) Jika
mana-mana pemilik belum melepaskan atau melepaskan dengan sepenuhnya
liabilitinya bagi maksud subseksyen (1), perbadanan pengurusan atau perbadanan
pengurusan subsidiary adalah berhak untuk mendapatkan daripada pemilik itu
dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal
sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya.
(4) Jika atas
sebab ketidakcukupan dana untuk memenuhi jumlah wang yang dijamin di bawah
subseksyen (1), perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari
boleh pada mesyuarat agung tahunan atau pada mesyuarat agung luar biasa menentukan
jumlah yang hendak dicarumkan oleh setiap pemilik dan memutuskan apa-apa isu
atau perkara lain yang berhubungan dengan penyelesaian jumlah wang itu.
Tatacara mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar
78. (1) Jika suatu
jumlah wang menjadi boleh didapatkan oleh perbadanan pengurusan menurut kuasa
subseksyen 52(4), 60(4), 60(5), 61(4), 61(5) atau 77(3), atau oleh perbadanan
pengurusan subsidiari menurut kuasa subseksyen 68(4), daripada seorang pemilik
di bawah Akta ini, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari
itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyampaikan suatu notis bertulis
kepada pemilik yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena dibayar itu dalam
tempoh yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak boleh kurang daripada dua
minggu dari tarikh penyampaian notis itu.
(2) Jika
mana-mana jumlah wang itu masih tidak dibayar oleh pemilik pada akhir tempoh
yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1), perbadanan pengurusan atau
perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh
memfailkan suatu saman atau tuntutan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa
berwibawa atau di hadapan Tribunal untuk mendapatkan wang itu atau, sebagai alternative
kepada mendapatkan wang di bawah seksyen ini, menggunakan cara mendapatkan wang
di bawah seksyen 79.
(3) Mana-mana
pemilik yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi notis bertulis di
bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan,
didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau
sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Mendapatkan jumlah wang melalui penahanan harta alih
79. (1) Pesuruhjaya
boleh, atas permohonan bersumpah secara bertulis yang dibuat oleh mana-mana
anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan atau jawatankuasa
pengurusan subsidiari perbadanan pengurusan subsidiari, mengeluarkan suatu waran
penahanan dalam Borang A Jadual Ketiga yang memberi kuasa penahanan bagi
apa-apa harta alih kepunyaan pemilik yang ingkar yang boleh dijumpai di dalam
bangunan atau di tempat lain di dalam Negeri itu.
(2) Waran
penahanan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan oleh seorang anggota
jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan atau jawatankuasa pengurusan subsidiary
perbadanan pengurusan subsidiari atau oleh seseorang yang diambil bekerja
secara khusus oleh jawatankuasa pengurusan atau jawatankuasa pengurusan
subsidiari untuk melaksanakan waran sedemikian, di hadapan Pesuruhajaya atau
seseorang pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya.
(3) Jika
anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan atau jawatankuasa
pengurusan subsidiari perbadanan pengurusan subsidiari atau orang yang disebut
dalam subseksyen (2) menghadapi masalah dalam melaksanakan waran itu, dia boleh
mendapatkan bantuan Pesuruhjaya, dan dalam memberikan bantuan itu, Pesuruhjaya
boleh meminta bantuan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor.
(4) Seseorang
yang melaksanakan waran penahanan itu—
(a) boleh, pada
waktu siang, masuk dengan cara kekerasan ke dalam mana-mana rumah atau bangunan
atau manamana bahagian rumah atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan waran
itu; dan
(b) hendaklah,
sebaik selepas penahanan itu, membuat suatu inventori bagi harta yang ditahan
di bawah waran itu dan menyampaikan suatu notis dalam Borang B Jadual Ketiga
kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki
harta itu.
(5) Mana-mana
penyewa, penyewa kecil, atau penghuni yang, untuk mengelakkan penahanan atau
penjualan harta alih kerana apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada
perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari tidak dibayar oleh
pemilik, membayar jumlah wang itu boleh selepas itu, jika tiada apa-apa
perjanjian bertulis yang berlawanan, menolak jumlah yang telah dibayar
sedemikian olehnya daripada sewa yang kena dibayar atau menjadi kena dibayar
olehnya kepada pemilik, dan boleh memegang milikan harta itu sehingga jumlah
itu dibayar balik sepenuhnya kepadanya sama ada dengan penolakan daripada sewa
atau selainnya.
(6) Resit yang
dikeluarkan oleh perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari
bagi apa-apa jumlah yang dibayar sedemikian oleh mana-mana penyewa, penyewa
kecil atau penghuni itu di bawah subseksyen (5) hendaklah disifatkan sebagai
pelepasan penuh bagi jumlah yang sama dengan sewa itu.
(7) Jika
mana-mana orang yang hartanya ditahan mempertikaikan kesahan penahanan itu, dia
boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan itu, memohon kepada
Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat penahanan itu suatu perintah
bagi pelepasan harta itu, dan Mahkamah Majistret, selepas membuat apa-apa
siasatan sebagaimana yang perlu, hendaklah membenarkan atau enggan membenarkan
perintah itu.
(8) Jika jumlah
wang yang kena dibayar itu tidak dibayar dalam masa empat belas hari dari
tarikh penahanan itu, harta yang ditahan itu atau mana-mana bahagian harta yang
ditahan itu yang mencukupi untuk menghasilkan jumlah wang itu hendaklah dijual
secara lelong yang dijalankan oleh perbadanan pengurusan di bawah penyeliaan
Pesuruhjaya, melainkan jika dalam tempoh itu suatu permohonan dibuat di bawah
subseksyen (7), yang dalam hal itu harta itu hendaklah dipegang sementara
menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana
yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret.
(9) Jika
Mahkamah Majistret enggan membenarkan suatu perintah untuk pelepasan harta itu,
dan keputusan Mahkamah Majistret itu dicapai dalam masa empat belas hari dari
tarikh penahanan, harta itu tidak boleh dijual sebelum habisnya tempoh itu.
(10) Walau apa
pun subseksyen (8) dan (9), jika harta itu adalah jenis mudah musnah, ia boleh
dijual dengan segera, dan dalam hal itu, hasil jualan hendaklah dipegang
sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan
sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret.
(11) Dalam
mana-mana hal lain, hasil jualan hendaklah digunakan untuk menjelaskan jumlah
wang yang kena dibayar bersama dengan kos penahanan dan penjualan itu, dan
apa-apa lebihan dan apa-apa harta yang tidak dijual hendaklah dibayar atau
dikembalikan kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati
memiliki harta itu.
(12) Kos
penahanan hendaklah termasuk perbelanjaan bagi penyenggaraan ternakan dan
penjagaan harta alih. Pengurusan Strata 105
(13) Dalam
seksyen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “pemilik”,
berhubung dengan mendapatkan suatu jumlah wang yang boleh didapatkan menurut
kuasa subseksyen (6) atau (8) daripada seseorang pemilik, termasuklah mana-mana
pengganti dalam hakmilik kepada pemilik itu.
(14) Jika
apa-apa harta dijual menurut kuasa subseksyen (10) sebelum habis tempoh empat
belas hari dari tarikh penahanan, sebutan dalam subseksyen (7) mengenai suatu
“perintah bagi pelepasan harta itu” hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan
mengenai suatu perintah bagi pelepasan hasil jualan harta itu.
7.
Sekiranya isu tunggakan dan denda lewat cukai tanah yang lapok ini dapat
diselesaikan dengan cara baik oleh perbadanan pengurusan dan pemilik petak, ia
akan dapat menyelesaikan masalah tunggakan cukai tanah yang merupakan hasil utama
kepada pentadbiran Kerajaan Negeri umumnya dan pentadbiran tanah khususnya.
8. Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini
kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN). Sekiranya perlu bolehlah merujuk juga
kepada Jabatan Audit Negara kerana Cukai Tanah dan Cukai Petak adalah ‘wang awam’
merujuk seksyen 2(2) Akta Audit, iaitu:
Tafsiran
2. (2) Walau apa
pun peruntukan dalam subseksyen 1(2), dalam pemakaiannya bagi Akta ini,
ungkapan “wang awam” termasuklah wang yang diterima oleh atau untuk mana-mana pihak
berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri
dan ungkapan “simpanan awam” meliputi catel yang menjadi harta atau berada
dalam milik atau di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa sedemikian.
8. Oleh demikian,
seiring dengan evolusi perundangan strata telah mewujudkan undang-undang,
kaedah-kaedah, pekeliling dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semasa
seperti dinyatakan di perkara di atas. Di mana terbahagi kepada 3 skop fungsi kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Oleh demikian, Pentadbiran Kerajaan
Negeri hendaklah seiring dengan ajakan paradigma dan bersedia untuk mewujudkan ‘JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN
DENDA CUKAI TANAH HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK’ bagi menyelaraskan serta mengurus
Pentadbiran Tanah khususnya isu strata lebih teratur di antara Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan secara bersama serta
harmorni.
9.
Oleh itu, sekiranya wujud jawatankuasa ini, Pentadbiran ini boleh membawa isu
atau permasalah berbangkit tunggakkan cukai dan denda cukai tanah hakmilik
induk strata lama yang telah dibawa kehadapan cukai petak, semasa dan akan
datang seperti senario di bawah;
(Permasalahan Lama)
Bil. |
Senario |
Jawatankuasa
Pengurusan (MC)/ Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) |
1.
|
Pindahmilik
daripada pemaju kepada pembeli pertama; atau pembeli seterusnya secara
direct transfer |
Ada dan
berfungsi |
2.
|
Pemaju telah
digulungkan. Borang pindahmilik ditandatangan oleh Pelikuidasi |
Ada dan
berfungsi |
3.
|
Pindahmilik
daripada pemilik berdaftar kepada pembeli (subsale) |
Ada dan
berfungsi |
4.
|
Pindahmilik
daripada pemaju kepada pembeli pertama; atau pembeli seterusnya secara direct
transfer |
Tiada/Tidak
berfungsi |
5.
|
Pemaju telah
digulungkan. Borang pindahmilik ditandatangan oleh Pelikuidasi |
Tiada/Tidak
berfungsi |
6.
|
Pindahmilik
daripada pemilik berdaftar kepada pembeli (subsale) |
Tiada/Tidak
berfungsi |
7.
|
Perakuan
Jualan (Borang 16I/16F) |
Ada dan
berfungsi |
8.
|
Perakuan
Jualan (Borang 16I/16F) |
Tiada/Tidak
berfungsi |
9.
|
Urusan
Gadaian, Melepaskan Gadaian, Pajakan dan Ismen |
Ada dan
berfungsi |
10.
|
Urusan
Gadaian, Melepaskan Gadaian, Pajakan dan Ismen |
Tiada/Tidak
berfungsi |
(Permasalahan
semasa)
Bil. |
Senario |
Jawatankuasa
Pengurusan (MC)/ Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) |
1.
|
Pemilik cukai
petak telah menerima umpukan ikut syer cukai tanah terdahulu, walaupun telah
menjelaskan bayaran bulanan kepada Perbadanan Pengurusan. |
Ada dan
berfungsi tetapi tidak menjelaskan bayaran cukai tanah terdahulu kerana tidak
semua pemilik cukai petak menjelaskan bayaran bulanan kepada Perbadanan
Pengurusan. |
2. |
Pemilik cukai
petak telah menerima umpukan ikut syer cukai tanah terdahulu, walaupun telah
menjelaskan sebahagian cukai tanah mengikut syer selepas membuat uruniaga
pendaftaran tanah seperti pindah milik, gadaian, lepas gadaian dan lain-lain. |
Ada dan
berfungsi tetapi tidak menjelaskan bayaran cukai tanah terdahulu kerana tidak
semua pemilik cukai petak menjelaskan bayaran bulanan kepada Perbadanan
Pengurusan. |
3.
|
Pemilik cukai
petak telah menerima umpukan ikut syer cukai tanah terdahulu, walaupun telah
menjelaskan bayaran bulanan kepada Perbadanan Pengurusan. |
Tiada/Tidak
berfungsi |
4. |
Pemilik cukai
petak telah menerima umpukan ikut syer cukai tanah terdahulu, walaupun telah
menjelaskan sebahagian cukai tanah mengikut syer selepas membuat uruniaga
pendaftaran tanah seperti pindah milik, gadaian, lepas gadaian dan lain-lain. |
Tiada/Tidak
berfungsi |
10. justeru itu, dengan adanya ‘JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK’ menyelaraskan fungsi kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan dalam menyelesaikan isu tunggakan dan denda lewat cukai tanah tersebut dimasukkan ke bil cukai petak mengikut peruntukan Undang-undang sediada selaras kehendak Dasar Kerajaan Negeri.
Perkara Untuk Tindakan Pejabat:
Pentadbiran ini dapat membuat
Kertas Cadangan
Khas/khusus kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk mewujudkan penubuhan jawatankuasa di atas.
Sehubungan itu, saya sertakan
draf ‘Garis Panduan Penubuhan dan Peranan JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH
HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK’
seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat
Undang-Undang Negeri (PUUN) kerana cadangan jawatankuasa ini berkaitan dengan
isu perundangan di antara Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan semasa.
GARIS PANDUAN
PENUBUHAN DAN PERANAN
JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH
HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK
KANDUNGAN
1.0 PENUBUHAN
JAWATANKUASA
2.0 KEANGGOTAAN
JAWATANKUASA
3.0 KEKERAPAN MESYUARAT
4.0 LAPORAN MESYUARAT
5.0 BIDANG TUGAS
JAWATANKUASA
6.0 PERTANYAAN
GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PERANAN
JAWATANKUASA PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH
HAKMILIK INDUK DIBAWA KEHADAPAN CUKAI PETAK
1.0 PENUBUHAN
JAWATANKUASA
Satu JAWATANKUASA
PENYELESAIAN TUNGGAKKAN CUKAI DAN DENDA CUKAI TANAH HAKMILIK INDUK DIBAWA
KEHADAPAN CUKAI PETAK hendaklah ditubuhkan untuk menyelaraskan fungsi kuasa-kuasa
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan bagi menyelaraskan
serta mengurus Pentadbiran Tanah khususnya isu strata lebih teratur di antara
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan secara bersama
serta harmorni.
2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA
2.1 Jawatankuasa
ini, kecuali jawatan Setiausaha, hendaklah dianggotai oleh semua ketua/wakil
jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan yang
berkenaan. Jawatankuasa ini terdiri dari:
(i) Pengerusi (Dicadangkan Pengarah Tanah dan
Galian)
(ii) Timbalan Pengerusi (Dicadangkan Timbalan Pengarah
Tanah dan Galian)
(iii) Setiausaha (Dicadangkan
Pegawai PTG)
(iv) Ahli-Ahli
(Dicadangkan):
- Wakil Pejabat PTG
(Strata).
- Wakil Tribunal Perumahan
dan Pengurusan Strata (TPPS).
- Wakil Jabatan Pesuruhjaya
Bangunan MBPP.
- Wakil Jabatan Pesuruhjaya
Bangunan MBSP.
- Pentadbir-pentadbir Tanah.
- Lain-lain wakil
ditentukan oleh Penegrusi.
2.2 Majlis
Mesyuarat Kerajaan hendaklah melantik dan memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi
dan Ahli-Ahli Jawatankuasa. Kehadiran ahli mesyuart khas hendaklah tidak kurang
daripada dua per tiga (2/3).
2.3 Pengerusi
hendaklah melantik Setiausaha dari jabatan sendiri atau jabatan lain.
2.4 Jawatankuasa
ini hendaklah dipilih mengikut keperluan semasa.
(i) Pengerusi
(ii) Timbalan Pengerusi
(iii) Setiausaha
(iv) Ahli-Ahli
3.0 KEKERAPAN
MESYUARAT
Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya setahun
dua (4) kali dan kehadiran ahli mesyarat hendaklah tidak kurang daripada dua
per tiga (2/3).
4.0 LAPORAN
MESYUARAT
Laporan mesyuarat hendaklah dikemukakan dalam tahun semasa kepada Majlis Mesyuarat
Kerajaan.
5.0 BIDANG TUGAS
JAWATANKUASA
5.1 Memantau
dan mengawasi prestasi isu/perkara berbangkit isu tunggakkan cukai petak dan denda
cukai petak mengikut perundangan strata
berhubung fungsi kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan:
5.2 Bertindak
sebagai pengantara perhubungan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Tempatan dalam mencari penyelesaian bersama mengenai isu tunggakkan cukai petak
dan denda cukai petak mengikut perundangan strata:
5.3 Menimbangkan
dan menyelaras secara bersama isu
tunggakkan cukai petak dan denda cukai petak mengikut perundangan strata.
5.4 Membantu
agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan berhubung
isu/perkara berbangkit isu
tunggakkan cukai petak dan denda cukai petak mengikut perundangan strata.
5.5 Mengemukakan
apa jua pandangan dan cadangan lain kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.
5.6 Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan ke arah pentadbiran baik, terurus dan
dinamik serta mencapai hasrat Kerajaan Negeri.
5.7 Membantu
Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat dasar-dasar kerajaan selaras peruntukkan
undang-undang semasa dan tadbir urus teratur di antara Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan secara bersama serta harmorni.
6.0 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Jawatankuasa ini
bolehlah menghubungi jabatan berikut:
(a)
Pengarah,
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan