Isnin, 22 April 2024

KEPERLUAN PENTADBIRAN INI UNTUK MENGUSULKAN KEPADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (MMK) BAGI MEWUJUDKAN ‘JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL DAN MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) PELAKSANAAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN PELANGGARAN SYARAT NYATA NEGERI PULAU PINANG’

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

 

2. ‘MANUAL KANUN TANAH NEGARA’ ialah ‘Bab 20 (lampiran B) – Perlucuthakan Tanah Berimilik Bagi Pelanggaran Syarat’.

 

3. ‘KAEDAH-KAEDAH TANAH NEGERI’.

 

4. Arahan Pengarah Tanah dan Galian Negeri berkaitan.

 

5. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1985; ‘Tindakan Penguatkuasaan Apabila Berlaku Pelanggaran Syarat Pengunaan Tanah (Disemak 2007).

 

6. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991; ‘PANDUAN MENGENAI MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA’.

 

Perkara Berkaitan Dengan Pejabat:

 

1. Tujuan jawatankuasa khas teknikal dan manual prosedur kerja ini dibuat untuk memudahkan serta menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang boleh atau perlu diambil apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat penggunaan tanah.

 

2. Apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat tanah, Pentadbir Tanah boleh mengambil salah satu tindakan iaitu sama ada terus merampas tanah tersebut di bawah seksyen 129 atau memberi peluang kepada pemilik berdaftar tanah untuk meremedi di bawah seksyen 128 atau mengenakan denda terhadap tuanpunya tanah terlebih dahulu di bawah subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara 1965.

 

3. Justeru itu, menurut subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara, Pentadbir Tanah boleh menghantar notis dalam Borang 7E dalam tempoh yang munasabah kepada tuanpunya tanah apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat untuk memberi alasan mengapa denda tidak boleh dikenakan terhadapnya. Satu siasatan seterusnya hendaklah dibuat, jika Pentadbir Tanah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan maka Pentadbir Tanah bolehlah memerintahkan supaya denda yang tidak kurang dari RM500.00 dikenakan. Perintah ini hendaklah disampaikan dengan menggunakan borang di ‘FORM 28 [Subrule 28(1)]; ORDER OF A FINE BY DISTRICT LAND ADMINISTRATOR UNDER PARAGRAPH A27 (1A) (b) NATIONAL LAND CODE’ seperti yang telah ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri (‘PENANG LAND RULE 2021’). Jika denda ini tidak dibayar, maka Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan seterusnya sama ada mengikut seksyen 128 dan 129 Kanun Tanah Negara 1965.

 

4. Oleh demikian, jika selepas membayar denda di perenggan 3, pelanggaran syarat terus berlaku, maka Pentadbir Tanah boleh mengenakan denda tambahan yang tidak kurang dari RM1OO.OO bagi tiap-tiap hari pelanggaran itu berlanjutan, dengan menggunakan borang di ‘ seperti yang telah ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri. Tempoh hari-hari yang dikenakan denda hendaklah dikira dari tarikh penyerahan perintah denda pertama di perenggan 3 di atas.

 

5. Jika pelanggaran syarat itu terus juga berlaku, maka Pentadbir Tanah bolehlah menyampaikan notis dalam Borang 7F kepada pemilik berdaftar tanah untuk memberitahunya bahawa tindakan di bawah seksyen 128 dan 129 Kanun Tanah Negara  akan diambil bila-bila masa selepas tamatnya tempoh 6 bulan dari tarikh penyampaian notis tersebut. Pentadbir Tanah disyorkan mengambil tindakan di bawah seksyen 129 Kanun Tanah Negara 1965 selepas tamatnya tempoh 6 bulan itu.

 

6. Peruntukan di bawah seksyen 129 Kanun Tanah Negara memberikan tiga pilihan kepada Pentadbir Tanah jika sesuatu pelanggaran syarat itu berterusan selepas beliau mengadakan siasatan berikutan dengan pengeluaran notis dalam Borang 7B. Jika berpatutan, Pentadbir Tanah bolehlah memberi masa tambahan kepada tuanpunya tanah yang berkenaan untuk meremedi pelanggaran syarat itu, atau jika ada arahan dari Pihak Berkuasa Negeri, beliau hendaklah mengambil milik secara sementara di bawah Kanun Tanah Negara perenggan 129(4)(c) atau 129(5)(b), atau beliau terus membuat perintah perampasan.

 

7. Peruntukan-peruntukan mengenai pemilikan sementara adalah dinyatakan dalam subseksyen 129(6) Kanun Tanah Negara 1965. Tujuan pemilikan sementara ini adalah untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa negeri untuk meremedi pelanggaran syarat itu bagi pihak tuanpunya tanah melalui apa-apa cara yang difikirkannya sesuai. Pengendorsan mengenai pemilikan sementara hendaklah dibuat dalam dokumen hakmilik daftar.

 

8. Selepas pelanggaran syarat tersebut diremedi, tanah itu hendaklah dikembalikan semula kepada pemilik berdaftar tanah dengan syarat tanah tersebut diselenggarakan dengan baik dan kesemua atau sebahagian kos yang terlibat dibayar kembali, sama ada sekali gus atau secara ansuran. Pengendorsan di perenggan 7 seterusnya hendaklah dibatalkan oleh Pentadbir Tanah. Jika syarat-syarat ini tidak dipenuhi, maka Pentadbir Tanah hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah tersebut tidak diselenggarakan dengan baik, maka arahan akan dibuat untuk mengisytiharkan bahawa tanah tersebut adalah dirampas di bawah perenggan 129(6)(c) Kanun Tanah Negara 1965

 

9. Oleh demikian, saya mencadangkan satu Jawatankuasa Khas Teknikal Dan Manual Prosedur Kerja (MPK) Pelaksanaan Tindakan Penguatkuasaan Pelanggaran Syarat Nyata Negeri hendaklah ditubuhkan untuk menyelesaikan perkara dan isu pelanggaran syarat nyata yang berbangkit (seperti lampiran).

 

10. Selain itu juga, dengan adanya jawatankuasa Dan Manual Prosedur Kerja (MPK) tersebut dapat menyelesaikan perkara dan isu berbangkit berkaitan KAEDAH/DASAR BERKENAAN PENGENAAN KADAR DENDA DI ATAS PELANGGARAN SYARAT NYATA TANAH’ adalah merujuk seksyen 127 (1A) (b)  dan seksyen 14 (1) (ja):

 

127. Liability to forfeiture for breach of condition

(1A) (b) Upon failure by the proprietor to show cause to the satisfaction of the Land Administrator, the Land Administrator may make an order for the payment of a fine of not less than five hundred ringgit, and in the case of a continuing breach, a further fine of not less than one hundred ringgit for each day during which the breach continues

 

14. Power of State Authority to make rules.

(1) Subject to sub-section (2), the State Authority may make rules generally for carrying out the objects and purposes of this Act within the State, and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing, may by such rules make provision with respect to-

(ja) the offences which may be compounded and the method and procedure for compounding such offences;

 

11. Berikut adalah contoh cadangan kadar bayaran denda yang boleh dikenakan ke atas semua tanah yang terlibat pelanggaran syarat nyata selepas berkuatkuasanya peraturan ini (setelah dibuat pindaan Penang Land Rule) adalah seperti berikut:

(i) 10% untuk penanaman getah;

(ii) 10% untuk penanaman tanaman selain getah;

(iii) 10% untuk penanaman padi, nipah dan sagu sahaja;

(iv) 10% untuk bangunan berhubung dengan kediaman tujuan sahaja;

(v) 10% untuk bangunan berhubung dengan perniagaan atau tujuan komersial;

(vi) 10% Untuk tujuan perindustrian; dan

(vii) 10% Untuk tujuan lain

 
 
 
nilai pasaran sebagai
ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH
 

 

(Walaubagaimanpun Pentadbir Tanah hendaklah memerintahkan supaya denda yang tidak kurang dari RM500.00 dikenakan menurut subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara.)

 

12. Jawatankuasa ini juga boleh mempertimbangkan cadangan ‘Garis Panduan’ pengurangan kadar denda ke atas semua tanah yang terlibat pelanggaran syarat nyata, Contoh seperti berikut:

 

     i.        Pengurangan sehingga 25% ke atas tanah yang ditanam dengan getah, kelapa dan buah-buahan yang tidak ditanam semula.

 

   ii.        Pengurangan sehingga 25% ke atas semua tanah ditanam semula dengan getah, kelapa sawit, kelapa atau pokok buah-buahan di bawah mana-mana sekim sejak 6 tahun berakhir atau kurang.

 

  iii.       Pengurangan sehingga 25%   ke atas semua tanah yang terdapat bangunan-bangunan yang tertakluk kepada ‘Zon Khas’.

 

  iv.       a) Pengurangan sehingga 75% ke atas tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah bukit yang tertakluk kepada "Land Conservation Act, 1960".

 

b) Pengurangan sehingga 50% ke atas tanah bandar yang digunakan untuk pertanian yang tertakluk kepada "Land Conservation Act, 1960".

 

c) Pengurangan nominal (tidak kurang dari RM500.00 dikenakan menurut subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara) tanah-tanah milik yang digunakan untuk kawasan perkuburan tidak terlibat dengan kadar semakan cukai baru kecuali bangunan yang digunakan bukan untuk tujuan kegunaan keugamaan dan perkuburan.

 

   v.        Pengurangan nominal (tidak kurang dari RM500.00 dikenakan menurut subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara) ke atas tanah-tanah yang telah diketepikan atau dizonkan untuk tujuan awam termasuk jalan persendirian dan yang digunakan oleh orang ramai.

 

  vi.       Pengurangan nominal (tidak kurang dari RM500.00 dikenakan menurut subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara) ke atas tanah yang luasnya kurang daripada 100 kaki persegi.

 

vii.        Pengurangan sehingga 75% ke atas tanah-tanah sawah yang tidak ditanam semula selama 3 tahun atau lebih.

 

viii.        Pengurangan sehingga 25% ke atas tanah-tanah yang mana tuan-tuan tanah yang menghadapi kesusahan disebabkan:

 

a)   Kemiskinan dan kurang hasil (pendapatan) daripada tanah;

 

b)  Kemiskinan dan tanah terlalu kecil yang tidak dapat dimajukan dengan sendirinya.

 

  ix.       Pengurangan sehingga 25% ke atas tanah-tanah bandar yang tidak dapat dimajukan disebabkan:

 

a)   Terdapat setinggan - 5 buah ke atas bagi satu ekar;

 

b)  Tiada jalan masuk;

 

c)   Tiada bekalan air/elektrik.

 

   x.        Pengurangan sehingga 25% ke atas tanah yang dimiliki oleh badan-badan pertubuhan Kebajikan seperti Temple, Pertubuhan Ugama, Sekolah dan lain-lain. Kategori ini dibahagikan kepada 2 bahagian:

 

a)   Pendapatan yang tidak mencukupi;

 

b)  Tanpa hasil.

 

  xi.       Sekim perumahan:

 

a)   Sebuah rumah di atas lebih satu lot dengan mengenakan pengurangan nominal (tidak kurang dari RM500.00 dikenakan menurut subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara).

 

b)  Pembangunan bercampur telah diluluskan tetapi belum dibina lagi.

 

xii.        Pengurangan sehingga 50% ke atas syarat kegunaan tanah untuk perniagaan tetapi sepenuhnya dijadikan kediaman.

 

(Walaubagaimanpun Pentadbir Tanah hendaklah memerintahkan supaya kadar pengurangan denda yang tidak kurang dari RM500.00 dikenakan menurut subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara.)

 

13. Jawatankuasa ini juga, boleh membuat tindakan pemutihan untuk menyelesaikan perkara dan isu pelanggaran syarat nyata akibat ‘terhenti dari tertanggung’ sekiranya tiada apa jua tindakan telah diambil sebelum tamatnya tempoh 12 tahun bermulanya dan tarikh bilamana pelanggaran itu berbangkit merujuk seksyen 127,(3)(b):

 

127. Liability to forfeiture for breach of condition:

(3) Land which has become liable to forfeiture under this section for breach of any condition shall cease to be so liable if-

(b) in the case of a condition subject to fixed term, no action has been taken with respect to the breach under section 128 or 129 before the expiry of a period of twelve years beginning with the date on which the breach arose.

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pejabat:

 

Pentadbiran ini dapat membuat Kertas Cadangan Khas/khusus kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk mewujudkan penubuhan jawatankuasa khas dan Manual Prosedur Kerja (MPK) di atas.

Sehubungan itu, saya sertakan draf Jawatankuasa Khas Teknikal Tindakan Penguatkuasaan Pelanggaran Syarat Nyata Negeri seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN) kerana cadangan jawatankuasa ini berkaitan dengan isu perundangan kerajaan negeri.

Justeru itu, dengan tubuhnya jawatankuasa ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam mengurus tindakan penguatkuasaan pelanggaran syarat nyata yang berbangkit serta tidak dapat diselesaikan, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri








 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GARIS PANDUAN

PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL TINDAKAN PENGUATKUASAAN PELANGGARAN SYARAT NYATA NEGERI PULAU PINANG NEGERI 




KANDUNGAN

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

6.0 PERTANYAAN




GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL TINDAKAN PENGUATKUASAAN PELANGGARAN SYARAT NYATA NEGERI PULAU PINANG NEGERI

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

Satu Jawatankuasa Khas Teknikal Tindakan Penguatkuasaan Pelanggaran Syarat Nyata Negeri hendaklah ditubuhkan untuk menyelesaikan isu berkaitan menyelesaikan perkara dan isu berbangkit pelanggaran syarat nyata di bawah Kanun Tanah Negara.

 

Di antaranya terdapat masalah berhubung kaedah/dasar berkenaan pengenaan kadar denda pelanggaran syarat nyata (seksyen 127 (1A) (b) Kanun Tanah Negara); ‘Garis Panduan’ pengurangan kadar denda ke atas semua tanah yang terlibat pelanggaran syarat nyata; dan tindakan pemutihan untuk menyelesaikan perkara dan isu pelanggaran syarat nyata akibat ‘terhenti dari tertanggung’ sekiranya tiada apa jua tindakan telah diambil sebelum tamatnya tempoh 12 tahun bermulanya dan tarikh bilamana pelanggaran itu berbangkit merujuk seksyen 127,(3)(b) Kanun Tanah Negara oleh Pentadbir Tanah Daerah (PDT), serta jabatan-jabatan teknikal dan agensi-agensi kerajaan berkaitan.

 

         Penyelarasan hendaklah dibuat oleh jawatankuasa ini bagi mematuhi peruntukan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan semasa.

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

2.1    Jawatankuasa ini, kecuali jawatan Setiausaha, hendaklah dianggotai oleh semua ketua/wakil jabatan teknikal dan agensi Kerajaan yang berkenaan. Jawatankuasa ini terdiri dari:

 

(i) Pengerusi (Dicadangkan Pengarah Tanah dan Galian)

(ii) Timbalan Pengerusi (Dicadangkan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian)

(iii) Setiausaha (Dicadangkan Ketua/Penolong Pengarah

Tanah dan Galian)

(iv) Ahli-Ahli (Dicadangkan):

- Pentadbir Tanah DBD.

- Pentadbir Tanah DTL.

- Pentadbir Tanah SPS.

- Pentadbir Tanah SPT.

- Pentadbir Tanah SPU.

- Wakil-wakil jabatan teknikal ditentukan oleh Pengerusi.

- Lain-lain wakil agensi Kerajaan ditentukan oleh Pengerusi.

 

2.2    Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah melantik dan memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa. Kehadiran ahli mesyuart khas hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

2.3    Pengerusi hendaklah melantik Setiausaha dari jabatan sendiri atau jabatan lain.

2.4    Jawatankuasa ini hendaklah dipilih mengikut keperluan semasa.

(i) Pengerusi

(ii) Timbalan Pengerusi

(iii) Setiausaha

(iv) Ahli-Ahli

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

Mesyaurat Jawatankuasa hendaklah diadakan (sekiranya perlu) jika terdapat isu-isu berbangkit pelanggaran syarat nyata di bawah Kanun Tanah Negara dan kehadiran ahli mesyarat hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

Laporan mesyuarat hendaklah dikemukakan dalam tahun semasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

5.1    Memantau dan mengawasi prestasi isu berkaitan menyelesaikan perkara dan isu berbangkit pelanggaran syarat nyata di bawah Kanun Tanah Negara:

5.2    Bertindak sebagai pengantara perhubungan di antara Kerajaan Negeri dan pihak berkepentingan mengenai isu berkaitan menyelesaikan perkara dan isu berbangkit pelanggaran syarat nyata di bawah Kanun Tanah Negara dalam mencari penyelesaian bersama mengenai isu berkaitan:

5.3    Menimbangkan dan menyelaras secara bersama isu berkaitan menyelesaikan perkara dan isu berbangkit pelanggaran syarat nyata di bawah Kanun Tanah Negara.

5.4    Membantu agensi Kerajaan Negeri (Pentadbir Tanah)  berhubung isu berkaitan menyelesaikan perkara dan isu berbangkit pelanggaran syarat nyata di bawah Kanun Tanah Negara.

5.5    Mengemukakan apa jua pandangan dan cadangan lain kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

5.6    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik serta mencapai hasrat ‘Dasar Negeri’.

5.7    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat dasar-dasar kerajaan selaras peruntukkan undang-undang semasa dan tadbir urus teratur secara bersama serta adil kepada pihak berkepentingan.

 

6.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Jawatankuasa ini bolehlah menghubungi jabatan berikut:

 

(a)        Pengarah,

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian


Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...