1.0 TUJUAN
1.1 Kertas kerja ini
adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan Kerajaan mengenai cadangan mewujudkan
jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41 (untuk Penolong
Pegawai Tanah berkelayakan) di Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri.
1.2 Bertanggungjawab membantu
UPEN menjalankan tugas-tugas pengurusan pentadbiran tanah di peringkat kumpulan
pengurusan/pelaksana berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urus
niaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang
berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.
2.0 LATARBELAKANG
2.1 Dengan adanya
perjawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41 (untuk
Penolong Pegawai Tanah berkelayakan) dapat membantu UPEN mengkaji, meneliti,
menganalisa dan merangka dasar-dasar, program/aktiviti Pembangunan negeri dalam
aspek sosio-ekonomi sectoral dan makro. Dimana UPEN juga bertanggungjawab
menyediakan perancangan program/projek seperti Rancang Malaysia Lima Tahun
(RMK) dan Rancangan Pembangunan Tahunan Negeri. Sehubungan ini UPEN adalah merupakan
pusat maklumat dan rujukan berkenaan kajian/data/laporan berkaitan sosio-ekonomi
dari aspek pengurusan dan teknikal pentadbiran serta perundangan tanah.
2.2 Cadangan perjawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai
Tadbir N41 (untuk Penolong Pegawai Tanah berkelayakan):
JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT40 /
PEGAWAI TADBIR GRED N41
Perjawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai
Tadbir N41 yang baharu ini memperuntuk perbekalan seperti
berikut:
Gred Gaji/ Gred
Jawatan:
(a) Gred gaji/ gred jawatan ialah Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 /
Pegawai Tadbir N41.
Kenaikan Pangkat Ke Penolong Pegawai Tanah
NT40
Penolong Pegawai Tanah Gred NT36 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred
NT40 yang kosong apabila telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
Syarat Lantikan Pegawai Tadbir Gred N41 (untuk Penolong Pegawai Tanah berkelayakan):
(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya;
(b) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL):
Penolong Pegawai Tanah adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan lulus Peperiksaan Khas;
dan
had umur pelantikan: |
|
|
i.
berumur
kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii.
berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau
iii.
berumur
kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 60 tahun. |
3.0 ASAS
PERTIMBANGAN
3.1 Wujudnya Perjawatan
Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41 di Pentadbiran UPEN ini boleh menambahbaik pentadbiran ke tahap yang cemerlang, dan memenuhi
hasrat kerajaan dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan negeri ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik
serta mencapai hasrat visi pembangunan kerajaan negeri.
3.2 Cadangan Penambahan perjawatan
ini dapat membantu kumpulan pengurusan/pelaksana UPEN dalam mengatasi
isu-isu kelemahan pentadbiran ini dalam aspek pengurusan pentadbiran tanah yang
lebih fokus kepada undang-undang berkaitan tanah seperti Kanun Tanah Negara
1965, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, Peraturan-peraturan Tanah Negeri,
Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah/Pengarah Tanah dan Galian serta lain-lain
undang-undang tanah berkaitan.
3.3 Selain itu, dapat
memberi anjakan paradigma ke arah kecemerlangan pentadbiran UPEN dalam
pengurusan teknikal dan perundangan tanah untuk melahirkan kepimpinan yang
berwibawa dalam tadbir urus tanah. Kepimpinan ini hendaklah wujud di semua
peringkat pentadbiran UPEN, negeri dan juga daerah.
4.0 IMPLIKASI
KEWANGAN
4.1 Jika kerajaan
bersetuju menimbangkan penambahan jawatan ini sudah pasti ianya akan melibatkan
pertambahan kewangan. Walaubagaimanapun, ini akan menambahbaik pentadbiran UPEN ke tahap yang cemerlang, dan memenuhi
hasrat kerajaan dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan negeri ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik
serta mencapai hasrat visi pembangunan kerajaan negeri.
5.0 KESIMPULAN
5.1 Kepimpinan dalam pentadbiran UPEN dalam pemerkasaan tadbir urus tanah
adalah berkait rapat dengan pengetahuan dalam pengurusan dan pentadbiran tanah.
Pemimpin yang efektif adalah pemimpin-pemimpin yang berpengetahuan yang dapat
membimbing dengan menentukan arah tuju dan visi organisasinya. Ini bererti
setiap pemimpin pentadbiran UPEN perlu diberi pendedahan; latihan dan kemahiran
yang secukupnya supaya mempunyai pengetahuan yang mendalam serta meluas dalam
pentadbiran tanah dan seterusnya dapat mencorakkan perkhidmatan pentadbiran negeri
yang unggul dan dihormati umum. Akhirnya, sikap yang positif di
peringkat kumpulan pengurusan/pelaksana UPEN amatlah penting dalam merealisasikan hasrat murni ini.
6.0 SYOR
6.1 Berdasarkan
kepada penjelasan di atas, dipohon pentadbiran UPEN menimbangkan syor untuk mewujudkan
perjawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41 di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan