Selasa, 4 Julai 2023

PANDUAN BERHUBUNG PEMBETULAN PINDAAN CUKAI TANAH DI DALAM AKAUN CUKAI TANAH DAN DOKUMEN HAKMILIK INTERIM REGISTER (I.R) DI BAWAH SEKSYEN 380 DAN TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 381 KANUN TANAH NEGARA

 

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 380.(1). Kanun Tanah Negara [Akta 828]:

380. Correction of errors in documents of title, etc.

(1) Where the Registrar is satisfied-

(a) that any document of title has been registered or issued in the wrong name, or contains any misdescription of land or boundaries, or other error or omission, or

(b) that any memorial or other entry has been made in error on any document of title or other instrument relating to land, or

(c) that any memorial or other entry made on any such document of title or instrument itself contains any error or omission,

he may, subject to sub-sections (2) and (3), make such correction on the document or interest in question as may be appropriate in the circumstances of the case.

 

2. Seksyen 381.(1). Kanun Tanah Negara [Akta 828]:

381. Cancellation of obsolete entries, and bringing of documents of title up to date.

(1) Where the Registrar is satisfied-

(a) that any condition or restriction in interest contained in any document of title has become obsolete, or

(b) that any memorial or entry on any document of title or other instrument relating to land relates to a matter which has ceased to be effective,

 

he may delete the said condition or restriction or, as the case may be, cancel the said memorial or entry:

Provided that the power conferred by paragraph (b) is a residual power only, and, where the circumstances in which any particular memorial or other entry may be cancelled are specified in any other provision of this Act, shall not be exercisable in respect of that memorial or entry.

3. Seksyen 101 Rent, National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963:

101. The assessment payable in respect of any customary land under sections 32 to 36 of the Ordinance immediately before the appointed day shall, subject to subsection (2), continue in force thereafter and shall be deemed to be the rent due thereon under the National Land Code, and shall be payable and recoverable in accordance with such Code.

(2) The State Authority may, within a period of three years beginning with the appointed day, alter any assessment referred to in subsection (1) in accordance with section 33 of the Ordinance (notwithstanding its repeal), and such assessment shall thereupon be deemed for the purposes of the National Land Code to be the rent fixed on the land on which any such assessment is imposed, and shall not thereafter be revised except under and in accordance with such Code.

 

4. Rules 18 Rate of rent, Penang (3) & (4) Land Rule 2021:

 

(3) Notwithstanding any provision in these Rules—

(a) The State Authority may—

(i) remit or rebate any rent due, wholly or in part; or

(ii) permit the payment of rent by installment; or

(iii) defer the payment of rent, to such extent as it may deem fit, in any particular case or cases; and

(b) The State Authority may delegate the powers in writing to—

(i) The State Director in relation to paragraph (3)(a), and

(ii) The Land Administrator in relation to subparagraph (3)(a)(ii),

either generally, or in any particular case or class of cases, or in respect of any specified area or areas, and subject to such conditions and restrictions as the State Authority may prescribe.

(4) The Land Administrator shall ensure the rent accounts is adjusted consequent to the remission, payment by installment or deferment allowed under subparagraph (3)(a) (i), (ii) or (iii).

 

 

5. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 1/2015; ‘PANDUAN BERHUBUNG PEMBETULAN KESILAPAN DALAM SURATCARA URUSNIAGA DAN DOKUMEN HAKMILIK DI BAWAH SEKSYEN 380 DAN TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 381 KANUN TANAH NEGARA’.

 

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1. Berdasarkan pemerhatian didapati bahawa ada dikalangan Pendaftar Hakmilik Tanah membuat pindaan cukai tanah didalam Hakmilik Interim Register akibat daripada kesilapan kiraan kadar cukai tanah di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara [Akta 828], melalui P.U. 18 bertarikh 28 April 1994 terdahulu dengan membuat pindaan di bawah Seksyen 380. Kanun Tanah Negara [Akta 828] di  akaun cukai tanah dan dokumen hakmilik Interim Register bagi melaksanakan tugas berkaitan tukar ganti hakmilik tanah (Interim Register) kepada Hakmilik Muktamad.

 

2. Walaubagaimanapun merujuk kepada Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 1/2015 di perkara 5 di atas, berikut adalah kesilapan di bawah seksyen 380(1) Kanun Tanah Negara 1965 yang boleh dibetulkan:

 

Bil.

Kesilapan

Tindakan

 

01.

 

 

 

 

 

 

 

 

  

02.

 

Dokumen Hakmilik:

i) Ejaan nama tuan punya dan nombor dokumen pengenalan dirinya;

ii) Perihal tanah itu atau sempadannya;

iii) Ingatan atau catatan;

iv) Kesilapan atau ketinggalan lain (bergantung setakat mana bentuk kesilapan atau ketinggalan tersebut).

 

Dokumen suratcara urusan iaitu ingatan atau catatan.

 

1. Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer melalui seksyen 5A(3)(a) dan Jadual Keempat Belas Kanun Tanah Negara, sistem akan menjana nombor perserahan urusan pembetulan ini. Alasan pembetulan yang terperinci hendaklah dinyatakan oleh kerani kemasukan dalam ruangan yang disediakan. Bagi pembetulan yang melibatkan hakmilik berkomputer, Pendaftar perlulah menyemak alasan pembetulan yang tertera dalam dokumen verifikasi dan hanya membuat keputusan mendaftarkan urusan pembetulan itu setelah beliau berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan.

2. Bagi hakmilik berbentuk manual, pembetulan kemudiannya dibuat dengan membatalkan ayat atau perkataan yang salah dan menggantikannya dengan ayat atau perkataan yang betul. Justeru itu dinyatakan dalam perenggan 12, seksyen 382(2) Kanun Tanah Negara melarang sesuatu pembetulan dibuat mengikut seksyen 380 dengan cara memadamkan perkataan atau angka atau cara lain sehingga menyebabkan perkataan atau angka itu tidak boleh dibaca

 

 Catatan: Penggunaan kuasa-kuasa di bawah seksyen 380(1) Kanun Tanah Negara bagi tanah di bawah hakmilik Pejabat Tanah mungkin tertakluk kepada suatu arahan Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengikut seksyen 380(2). Ini bermakna bahawa jika arahan sedemikian wujud, Pentadbir Tanah tidaklah boleh membuat pembetulan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri. Menurut seksyen 380(3), pembetulan yang melibatkan pelan tanah dalam sesuatu dokumen hakmilik hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Pengarah Tanah dan Galian Negeri. Namun begitu, kebenaran ini tidak perlu bagi apa-apa kemasukan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah ke atas hakmilik selaras dengan pembetulan yang dibuat ke atas pelan akui yang berhubungan dengannya oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri menurut seksyen 396A Kanun Tanah Negara.

 

3. Justeru itu, kuasa-kuasa pembetulan di bawah seksyen 380(1) itu tidaklah boleh digunakan bagi tujuan pindaan cukai tanah akibat kesilapan kiraan kadar cukai tanah di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara [Akta 828], melalui P.U. 18 bertarikh 28 April 1994 terdahulu di dalam akaun cukai tanah dan dokumen hakmilik Interim Register bagi melaksanakan tugas berkaitan tukar ganti hakmilik tanah (Interim Register) kepada Hakmilik Muktamad.

 

4. Berikut adalah tindakan yang boleh dibetulkan oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah yang hanya diberi kuasa di bawah seksyen 380(1):

 

Bil.

Perkara

Tindakan

 

01.

 

Tindakan memotong syarat atau sekatan kepentingan yang tidak dipakai lagi atau membatalkan ingatan atau catatan yang tidak berkuatkuasa lagi yang melibatkan hakmilik berbentuk manual.

 

Kehendak-kehendak seksyen 382 Kanun Tanah Negara seperti di bawah ini hendaklah dipatuhi, iaitu:

i) Pembatalan sesuatu ingatan atau catatan janganlah dilakukan sehingga ianya tidak dapat dibaca lagi;

ii) Catatan mengenai alasan pembatalan hendaklah dibuat dalam dokumen hakmilik atau dalam suratcara itu dan ianya hendaklah disahkan dengan menandatangan, menurunkan meterai dan mencatatkan tarikh.

 

 Catatan: Tindakan membatalkan sesuatu ingatan atau catatan di dalam dokumen hakmilik dan suratcara yang berkaitan hendaklah juga dilakukan jika ingatan atau catatan itu tidak berkuat kuasa lagi. Buku rekod seperti ‘Buku Catatan Pembetulan’ tidak perlu diadakan bagi pemotongan atau pembatalan kerana sesuatu syarat, sekatan kepentingan atau ingatan yang tidak dipakai atau yang tidak berkuat kuasa lagi itu mempunyai penerangannya sendiri. Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer melalui seksyen 5A(3)(a) dan Jadual Keempat Belas Kanun Tanah Negara 1965, sistem akan menjana nombor perserahan urusan pembatalan ini. Bagi pembatalan yang melibatkan hakmilik berkomputer, Pendaftar perlulah menyemak alasan pembatalan yang tertera dalam dokumen verifikasi dan hanya membuat keputusan mendaftarkan urusan pembatalan itu setelah beliau berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan.

 

5. Sehubungan itu, perlu juga diingatkan bahawa sebagaimana dinyatakan dalam proviso kepada seksyen 381(1), penggunaan peruntukan seksyen 381 ini bagi pembatalan apa-apa ingatan atau catatan atas hakmilik atau suratcara lain berkaitan tanah hanyalah sebagai menjalankan kuasa baki (residual) sahaja dan sekiranya peruntukan tentang pembatalan ada diperuntukkan dalam seksyen lain, maka peruntukan seksyen tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan pembatalan dan bukannya berdasarkan peruntukan seksyen 381 ini, berikut adalah contoh;

 

Bil.

Endosan

Pembatalan Endosan

 

01.

 

Kaveat persendirian yang luput selepas 6 tahun.

 

Dibuat berdasarkan peruntukan seksyen 328. Kanun Tanah Negara 1965.

 

02.

 

‘Form 15 [paragraph 17(6)(a)] Penang Land Rule 2005', Endorsement Of Notice In The Register Document of title’; Seksyen 97(2), 128(2), 129(3) Kanun Tanah Negara 1965.

 

‘Form 16 [paragraph 17(6)(b)] Penang Land Rule 2005', Cancellation Of The Note On The Register Document of title’; …‘comply with section 99 of the National Land Code’.

 

03.

 

‘Form 19 [paragraph 19(2)] Penang Land Rule 2005', Endorsement Of An Application In The Register Document title’; Seksyen 124A(3), 137(2), 142(2), 148(2), 197(3), 200(2), 203(3), 204A(3) Kanun Tanah Negara 1965.

 

‘Form 20 [paragraph 19(4)] Penang Land Rule 2005', Cancellation Of An Application In The Register Document title’; Seksyen 138(5), 143(5), 149(5), 198(5)(b), 201(5)(b), 204E(5)(b), 204F(2) Kanun Tanah Negara 1965.

 

 

04.

 

Warta seksyen 4 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 yang luput selepas 12 bulan.

 

Dibuat berdasarkan peruntukan seksyen 4(3) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

 

05.

 

Warta seksyen 8 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 yang luput selepas 2 tahun.

 

Dibuat berdasarkan peruntukan seksyen 8(4) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

 

6. Walaubagaimanapun, terdapat endosan usang/lama di dalam hakmilik di bawah seksyen 97 (2) Kanun Tanah Negara rujuk jadual di atas bil. 02. yang dibiarkan oleh Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah serta tidak diambil tindakan sepatutnya. Merujuk seksyen 8. Akta Had Masa 1953 tindakan tersebut tidak boleh diambil selepas tamat tempoh satu tahun:

 

Had masa bagi tindakan tertentu mengenai perkara hasil

8. Sesuatu tindakan—

(a) untuk mengetepikan apa-apa jualan menurut perintah Pemungut atau mana-mana pegawai hasil lain;

(b) untuk mengetepikan apa-apa jualan bagi mendapatkan tunggakan hasil Kerajaan atau hasil Negeri atau bagi mendapatkan bayaran apa-apa tuntutan yang boleh didapatkan sebagai tunggakan sedemikian;

(c) untuk mengetepikan apa-apa penahanan, pajakan, atau pemindahan sesuatu harta tak alih oleh pihak berkuasa hasil bagi mendapatkan tunggakan hasil Kerajaan atau Negeri;

(d) terhadap Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri untuk mendapatkan kembali wang yang dibayar dengan protes bagi menyelesaikan sesuatu tuntutan yang dibuat oleh pihak berkuasa hasil oleh sebab tunggakan hasil atau oleh sebab tuntutan yang boleh didapatkan sebagai tunggakan sedemikian,

tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh satu tahun dari tarikh jualan itu disahkan atau selainnya telah menjadi terakhir atau muktamad sekiranya tindakan itu tidak dibawa atau apabila penahanan itu terhenti atau pemindahan atau bayaran dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

 

7. Oleh demikian, peruntukkan perundangan (punca kuasa) yang ada adalah di perkara 3 di atas ; Seksyen 101 Rent, National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963 dan perkara 4; Rules 18 Rate of rent, Penang (3) & (4) Land Rule 2021. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri membuat kaedah-kaedah di bawah seksyen 14(1)(j) dan menyemak semula sewa secara berkala seksyen 101 Kanun Tanah Negara (akta 828).

 

8. Sehubungan itu Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN), selaras ‘Cabutan Minit Jawatankuasa Tanah Bil. 2/2015’ (lampiran). Sekiranya perlu bolehlah merujuk juga kepada Jabatan Audit Negara kerana Cukai Tanah / Cukai Petak adalah ‘wang awam’ merujuk seksyen 2(2) Akta Audit 1957, iaitu:

 

Tafsiran

2. (2) Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen 1(2), dalam pemakaiannya bagi Akta ini, ungkapan “wang awam” termasuklah wang yang diterima oleh atau untuk mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri dan ungkapan “simpanan awam” meliputi catel yang menjadi harta atau berada dalam milik atau di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa sedemikian.

 

9. Oleh demikian, had kuasa di bawah seksyen 380. dan 381. Kanun Tanah Negara 1965 adalah kuasa-kuasa pembetulan, pemotongan dan pembatalan yang dimaksudkan dalam perenggan-perenggan di atas tidaklah boleh digunakan untuk membatalkan sesuatu dokumen hakmilik atau mengisytiharkannya sebagai tidak sah. Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah juga tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu suratcara urusan yang telah didaftarkan atau mengisytiharkannya sebagai tidak sah. Bagi kesilapan-kesilapan seperti ini, tindakan di bawah seksyen 419 Kanun Tanah Negara hendaklah diambil iaitu merujuk perkara itu ke Mahkamah Tinggi supaya diisytiharkan dokumen hakmilik atau suratcara urusan itu sebagai tidak sah.

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran ini dapat menasihati Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik untuk membuat tindakan di bawah seksyen 380. dan 381. Kanun Tanah Negara 1965 dengan tepat dan mematuhi kehendak Undang-undang dan Pekeliling-pekeliling berkaitan. Sekiranya perlu mengeluarkan suatu arahan Pengarah Tanah dan Galian Negeri terkini selaras mengikut seksyen 380(2) Kanun Tanah Negara.

Sehubungan itu, saya mencadangkan pentadbiran ini untuk membuat kursus/bengkel/seminar dengan kerjasama Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) kepada Pentadbir-pentadbir Tanah dan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dalam memahami proses tindakan tersebut.

Justeru itu, dengan adanya ‘PANDUAN BERHUBUNG PEMBETULAN PINDAAN CUKAI TANAH DI DALAM AKAUN CUKAI TANAH DAN DOKUMEN HAKMILIK INTERIM REGISTER (I.R) DI BAWAH SEKSYEN 380 DAN TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 381 KANUN TANAH NEGARA dapat membantu Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik dalam membuat tindakan yang tepat, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...