Isnin, 17 April 2023

KEPERLUAN PENTADBIRAN TANAH UNTUK MENGUSULKAN KEPADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (MMK) BAGI MEWUJUDKAN ‘JAWATANKUASA PENYELESAIAN ISU LOT LIDI DI KAWASAN PENTADBIRAN NEGERI'

 

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. ‘MANUAL KANUN TANAH NEGARA’ ialah ‘Bab 20 (lampiran B) – Perlucuthakan Tanah Berimilik Bagi Pelanggaran Syarat’.

2. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1985; ‘Tindakan Penguatkuasaan Apabila Berlaku Pelanggaran Syarat Pengunaan Tanah (Disemak 2007).

 

3. Artikel Berita Harian bertarikh 13.04.2023; ‘Perkasa pentadbir Pejabat Tanah, barisan hadapan atasi isu lot lidi’ (seperti lampiran).

 

4. Artikel Berita Harian bertarikh 09.04.2023; ‘Lot lidi boleh dirampas, menyalahi 3 akta’ (seperti lampiran).

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1.   Berdasarkan pemerhatian, didapati bahawa pembelian lot lidi atau lot kecil merupakan kaedah mudah dan popular bagi memiliki tapak untuk kediaman pada masa ini adalah telah melanggar 3 undang-undang berkaitan, iaitu Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

 

2.   Pelanggaran undang-undang berkaitan menyebabkan urusan jual beli lot lidi tidak sah, termasuk struktur seperti kediaman yang dibina di atasnya berdepan risiko sukar dijual dan nama pembeli tidak boleh didaftarkan sebagai tuan punya tanah, serta menimbulkan pelbagai risiko berhubung hakmilik seperti tidak boleh dipecahkan, ia akan membuka ruang kepada 'urus niaga pintu belakang' bagi pihak yang tetap mahu meneruskan pembelian.

 

3.   Tindakan di atas dari sudut undang-undang adalah pecahan tanah yang tidak sah kerana tanpa pengubahan kategori atau syarat tanah adalah salah. Sebarang bentuk binaan di atas lot lidi yang tidak ditukar syarat tanah pertanian pula telah melanggar Kanun Tanah Negara dan boleh dilucut hak (dirampas) oleh Pentadbir Tanah mengikut peruntukan seksyen 127-129 Kanun Tanah Negara.

 

4.   Apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat tanah, Pentadbir Tanah boleh mengambil salah satu tindakan iaitu mengenakan denda terhadap tuanpunya tanah terlebih dahulu di bawah subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara 1965. Rumusan dan prosedur secara kasar dapat dilihat di para 1 hingga 4 perkara di atas.

 

5.   Walaubagaimanapun, tindakan di para 4. ‘terhenti dari tertanggung’ sekiranya tiada apa jua tindakan telah diambil sebelum tamatnya tempoh 12 tahun bermulanya dan tarikh bilamana pelanggaran itu berbangkit merujuk seksyen 127,(3)(b):

 

127. Liability to forfeiture for breach of condition:

(3) Land which has become liable to forfeiture under this section for breach of any condition shall cease to be so liable if-

(b) in the case of a condition subject to fixed term, no action has been taken with respect to the breach under section 128 or 129 before the expiry of a period of twelve years beginning with the date on which the breach arose.

 

6.   Justeru itu, tindakan pemutihan hendaklah dibuat untuk menyelesaikan isu di para 5. dengan mensyorkan pemilik tanah berdaftar hendaklah mengemuakan permohonan serah balik keseluruhan dan pemberianmilik semula kepada pemilik-pemilik lot-lot lidi bekaitan (seksyen 197 dan 76 Kanun Tanah Negara 1965).

 

7.   Oleh demikian, saya mencadangkan Satu Jawatankuasa Penyelesaian Isu Lot Lidi Di Kawasan Pentadbiran Negeri hendaklah ditubuhkan untuk menyelesaikan isu tersebut bersama-sama dengan agensi teknikal dan penguatkuasaan berkaitan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan seperti termaktub dalam 3 undang-undang di para 1.

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran ini dapat membuat Kertas Cadangan Khas/khusus kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk mewujudkan penubuhan jawatankuasa di atas.

Sehubungan itu, saya sertakan draf ‘Garis Panduan Penubuhan dan Peranan Jawatankuasa Penyelesaian Isu Lot Lidi Di Kawasan Pentadbiran Negeri seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN) kerana cadangan jawatankuasa ini berkaitan dengan isu perundangan kerajaan negeri.

Justeru itu, dengan tubuhnya jawatankuasa ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam menyelasai isu permasalahan lot lidi ini, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri.


GARIS PANDUAN

PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA PENYELESAIAN ISU LOT LIDI DI KAWASAN PENTADBIRAN NEGERI

KANDUNGAN

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

6.0 PERTANYAAN

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA PENYELESAIAN ISU LOT LIDI DI KAWASAN PENTADBIRAN NEGERI

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

Satu Jawatankuasa Penyelesaian Isu Lot Lidi Di Kawasan Pentadbiran Negeri hendaklah ditubuhkan untuk menyelesaikan isu pelanggaran undang-undang berkaitan menyebabkan urusan jual beli lot lidi tidak sah, termasuk struktur seperti kediaman yang dibina di atasnya berdepan risiko sukar dijual dan nama pembeli tidak boleh didaftarkan sebagai tuan punya tanah, serta menimbulkan pelbagai risiko berhubung hakmilik seperti tidak boleh dipecahkan, ia akan membuka ruang kepada 'urus niaga pintu belakang' bagi pihak yang tetap mahu meneruskan pembelian. Oleh demikian, ini telah melanggar 3 undang-undang berkaitan, iaitu Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

2.1    Jawatankuasa ini, kecuali jawatan Setiausaha, hendaklah dianggotai oleh semua ketua/wakil jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan yang berkenaan. Jawatankuasa ini terdiri dari:

                         (i) Pengerusi (Dicadangkan YB Penasihat Undang-Undang Negeri)

                        (ii) Timbalan Pengerusi (Dicadangkan Pengarah Tanah dan Galian)

(iii) Setiausaha (Dicadangkan Pegawai Undang-undang PTG)

(iv) Ahli-Ahli (Dicadangkan):

- Wakil Pejabat PTG (Pembangunan/Penguatkuasaan).

- Wakil Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD).

- Wakil-wakil setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

- Wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri.

Pentadbir-Pentadbir Tanah setiap daerah.

- Lain-lain wakil ditentukan oleh Pengerusi.

 

2.2    Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah melantik dan memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa. Kehadiran ahli mesyuart khas hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

2.3    Pengerusi hendaklah melantik Setiausaha dari jabatan sendiri atau jabatan lain.

2.4    Jawatankuasa ini hendaklah dipilih mengikut keperluan semasa.

(i) Pengerusi

(ii) Timbalan Pengerusi

(iii) Setiausaha

(iv) Ahli-Ahli

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

Mesyaurat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya setahun dua (2) kali dan kehadiran ahli mesyarat hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

Laporan mesyuarat hendaklah dikemukakan dalam tahun semasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

5.1    Mengurus dan mendaftar rekod lot-lot lidi yang wujud di Negeri, serta memastikan tindakan penguatkuasaan/penyelesaian diambil mematuhi kehendak perundangan dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

5.2    Memantau dan mengawasi isu/permasalahan berbangkit lot-lot lidi dan memastikan tindakan penguatkuasaan/penyelesaian diambil mematuhi kehendak perundangan dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

5.2    Bertindak sebagai pengantara perhubungan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan dalam mencari penyelesaian bersama mengenai isu/perkara berbangkit perundangan dan teknikal tanah semasa.

5.3    Menimbangkan dan menyelaras secara bersama isu/perkara berbangkit perundangan dan teknikal tanah semasa.

5.4    Membantu agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan berhubung isu/perkara berbangkit perundangan dan teknikal tanah semasa.

5.5    Mengemukakan apa jua pandangan dan cadangan lain kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

5.6    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik serta mencapai hasrat Dasar pentadbiran negeri.

5.7    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat dasar-dasar kerajaan selaras peruntukkan undang-undang semasa dan tadbir urus teratur di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan secara bersama serta harmorni.

 

6.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Jawatankuasa ini bolehlah menghubungi jabatan berikut:

 

(a)        Setiausaha,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

 

(b)       Pengarah,

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...