Rabu, 30 Disember 2020

KERTAS KERJA UNTUK PERTIMBANGAN MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN BIL. 2 TAHUN 2015

CADANGAN UNTUK ELAUN ATAU BAYARAN PANGGILAN

TELEFON BIMBIT PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT27 DAN NT32


1.0   TUJUAN

 

1.1 Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan Kerajaan mengenai cadangan untuk elaun telefon bimbit atau bayaran panggilan telefon bimbit untuk Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 & NT32 di Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

 

2.0   LATARBELAKANG

 

2.1 Dalam zaman ini yang penuh dengan kecanggihan teknologi; sistem komunikasi adalah amat penting untuk memastikan, perhubungan di antara pihak pegawai / kakitangan pentadbiran dan Penolong Pegawai Tanah adalah amat diperlukan. Kawasan seliaan Penolong Pegawai Tanah adalah amat luas dan kerapkali bertugas luar dari kawasan pejabat iaitu berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek- aspek pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah (pengambilan balik tanah, pesaka kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa).

2.2 Walaupun, penggunaan telefon bimbit tidak dibekalkan kepada Penolong Pegawai Tanah, namun ia amat diperlukan bila berada di luar kawasan pejabat untuk berhubung dengan pegawai / kakitangan pentadbiran yang lain di pejabat dan orang awam/pegawai jabatan lain yang berkepentingan di luar pejabat. Memandangkan kepada kekangan tugas luar Penolong Pegawai Tanah perlu menggunakan telepon bimbit apabila menerima panggilan ‘mustahak’ dan ‘mesyuarat / lawatan tapak’. Adalah agak mustahil untuk balik ke pejabat untuk menggunakan perkhidmatan telefon yang telah disediakan semasa berada di luar kawasan pejabat.

2.3 Kos penggunaan telefon bimbit semakin meningkat terutamanya untuk panggilan yang kerap digunakan waktu berkerja. Kami peka kepada kesusahaan kerajaan untuk memberi ganjaran kewangan yang tinggi kepada Penolong Pegawai Tanah sahaja. Permohonan ini di harapkan dapat membantu ramai Penolong Pegawai Tanah dari segi kos kehidupan harian.

 

3.0   ASAS PERTIMBANGAN

 

3.1 Kemudahaan elaun atau bayaran telefon bimbit sebanyak RM 30.00 kepada pegawai-pegawai ini akan membantu meringgankan perbelanjaan harian.

3.2 Cadangan ini akan memberi manfaat kepada kerajaan secara langsung kerana elaun atau kemudahaan pembayaraan ini akan menjadi salah satu ganjaran dan menjadi salah satu perangsang untuk terus berkhidmat.

 

4.0    IMPLIKASI KEWANGAN

 

4.1 Jika kerajaan bersetuju menimbangkan permohonan ini sudah pasti ianya akan melibatkan pertambahan kewangan. Walaubagaimanapun, ini akan merupakan satu cara untuk meringgankan beban kewangan Penolong Pegawai Tanah.


5.0   KESIMPULAN

 

5.1 Permohonan ini adalah untuk menyeru kerajaan memberi lebih insentif untuk Penolong Pegawai Tanah untuk berkhidmat sebagai pegawai di kerajaan.

 

6.0   SYOR

 

6.1 Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dipohon pentadbiran untuk menimbangkan syor untuk memberi elaun telefon bimbit sebanyak RM30.00 sebulan untuk Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 dan NT32 di Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya, Pulau 

3 ulasan:

akqqdkqq berkata...

Tq info & perkongsian..😉

izuafdie berkata...

tq

Unknown berkata...

Info bermaklumat... Terima kasih

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...