Isnin, 16 Januari 2023

GARIS PANDUAN/DASAR BERKENAAN PENGENAAN DENDA DI ATAS PELANGGARAN SYARAT NYATA TANAH

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

1. ‘MANUAL KANUN TANAH NEGARA’ ialah ‘Bab 20 (lampiran B) – Perlucuthakan Tanah Berimilik Bagi Pelanggaran Syarat’.

2. ‘Kaedah-kaedah Tanah Negeri.

4. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1985; ‘Tindakan Penguatkuasaan Apabila Berlaku Pelanggaran Syarat Pengunaan Tanah (Disemak 2007).

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

1.   Apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat tanah, Pentadbir Tanah boleh mengambil salah satu tindakan iaitu mengenakan denda terhadap tuanpunya tanah terlebih dahulu di bawah subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara 1965. Rumusan dan prosedur secara kasar dapat dilihat di para 1 hingga 3 perkara di atas.

2.   Justeru itu, menurut subseksyen 127(1A) Kanun Tanah Negara 1965, Pentadbir Tanah boleh menghantar notis dalam Borang 7E dalam tempoh yang munasabah kepada tuanpunya tanah apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat untuk memberi alasan mengapa denda tidak boleh dikenakan terhadapnya. Satu siasatan seterusnya hendaklah dibuat, jika Pentadbir Tanah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan maka Pentadbir Tanah bolehlah memerintahkan supaya denda yang tidak kurang dari RM500.00 dikenakan. Perintah ini hendaklah disampaikan dengan menggunakan borang di Lampiran 'B' jika tidak ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri. Jika denda ini tidak dibayar, maka Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan seterusnya sama ada mengikut seksyen 128 dan 129 Ranun Tanah Negara 1965.

3.   Oleh demikian, jika selepas membayar denda di perenggan 2, pelanggaran syarat terus berlaku, maka Pentadbir Tanah boleh mengenakan denda tambahan yang tidak kurang dari RM1OO.OO bagi tiap-tiap hari pelanggaran itu berlanjutan, dengan menggunakan borang di Lampiran 'C' jika tidak ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri. Tempoh hari-hari yang dikenakan denda hendaklah dikira dari tarikh penyerahan perintah denda pertama di perenggan 2 di atas.

4.   Sehubungan itu, ‘GARIS PANDUAN/DASAR BERKENAAN PENGENAAN DENDA DI ATAS PELANGGARAN SYARAT NYATA TANAH’ adalah merujuk seksyen 127 (1A) (b)  dan seksyen 14 (1) (ja):

127. Liability to forfeiture for breach of condition

(1A) (b) Upon failure by the proprietor to show cause to the satisfaction of the Land Administrator, the Land Administrator may make an order for the payment of a fine of not less than five hundred ringgit, and in the case of a continuing breach, a further fine of not less than one hundred ringgit for each day during which the breach continues

14. Power of State Authority to make rules.

(1) Subject to sub-section (2), the State Authority may make rules generally for carrying out the objects and purposes of this Act within the State, and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing, may by such rules make provision with respect to-

(ja) the offences which may be compounded and the method and procedure for compounding such offences;

5.   Justeru itu, kadar denda di perenggan 2 adalah di atas budi bicara dan pertimbangan Pentadbir Tanah dalam mengeluarkan perintah selaras mematuhi kehendak Undang-undang serta Dasar Kerajaan Negeri masing-masing.

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

Pentadbiran tanah hendaklah menyatakan tiada GARIS PANDUAN/DASAR BERKENAAN PENGENAAN DENDA DI ATAS PELANGGARAN SYARAT NYATA TANAH’ dan keperluan untuk mewujudkannya, kerana kadar denda di perenggan 2 adalah di atas kuasa, budi bicara dan pertimbangan Pentadbir Tanah dalam mengeluarkan perintah selaras mematuhi kehendak Undang-undang serta Dasar Kerajaan Negeri masing-masing.

Sehubungan itu, sekiranya ada keperluan untuk mewujudkan Garis Panduan/Dasar tersebut, Pentadbiran ini hendaklah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN) kerana perkara dibangkitkan ini adalah berkaitan dengan isu perundangan dan dasar Kerajaan Negeri.

LAMPIRAN 'B'

PERINTAH DENDA OLEH PENTADBIR TANAH Dl BAWAH PERENGGAN KANUN TANAH NEGARA

Kepada .......................................................................

beralamat di ..............................................................

tuanpunya tanah yang dijadualkan di bawah ini.

Bahawasanya saya, yang bertandatangan di bawah ini, adalah berpuas hati bahawa semua pelanggaran syarat yang dijadualkan di bawah ini telah timbul, iaitu-

Di sini perihal         ..........................................................................................................................

syarat yang              .........................................................................................................................

dilanggar itu            .........................................................................................................................

                                .........................................................................................................................

Dan bahawasanya saya, selepas satu notis dalam Borang 7E bertarikh ................ hari bulan ............... 20......... dan selepas menimbangkan alasan-alasan kamu mengapa denda tidak patut dikenakan pada kamu mengenai pelanggaran syarat yang tersebut di atas, adalah berpuas hati bahawa tidak ada alas an-alasan yang baik yang dikemukakan

       Maka oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 127(1A)(b) Kanun Tanah Negara 1965, saya dengan perintah ini mengenakan pada kamu denda sebanyak Ringgit Malaysia mengenai pelanggaran yang tersebut di atas.

                                Bertarikh pada ................. hari bulan ........................ 20.........

Pentadbir Tanah ........................

Daerah ......................................

JADUAL TANAH DAN SYARAT

*Bandar/Pekan/Mukim.................................... No. Lot/P.T..........................................

Jenis dan No. Hakmilik..............................Luas ..........................................................

Syarat yang dilanggar ..................................................................................................

............................................................................................................................................................................................................................................................................

*Potong sebagaimana yang sesuai.

[C'

PERINTAH DENDA TAMBAHAN OLEH PENTADB/R TANAH Dl BAWAH PERENGGAN 127(1A)(b) KANUN TANAH NEGARA

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...