Balik
Pulau merupakan kawasan yang termaju di Kawasan Barat. Nama Balik Pulau adalah
sempena dengan perletakan kawasan ini, iaitu di sebalik Pulau Pinang. Dari segi
sejarah, Balik Pulau adalah kawasan yang paling awal dibangunkan di Kawasan
Barat. Pekan Balik Pulau pula merupakan kawasan utama pusat perniagaan di Balik
Pulau dan juga Kawasan Barat. Asal- usul sejarah Balik Pulau menunjukkan bahawa
penduduk asal Balik Pulau terdiri daripada penghijrah- penghijrah Melayu dari
negeri Kedah. Pada tahun 1821, Siam telah menyerang Kedah dan mentadbirnya
selama 22 tahun. Penjajahan ini telah membawa kepada banyak kerosakan dan
menyebabkan kesengsaraan kepada penduduk di negeri itu, mengakibatkan
penduduknya menghijrah keluar untuk mencari kehidupan baru.
Sesetengah
daripada penghijrah- penghijrah ini telah meneroka tanah Balik Pulau dan
mendirikan perkampungan Melayu yang menjalankan aktiviti pertanian. Lama-
kelamaan, persekitaran yang sesuai untuk bercucuk tanam menyebabkan Balik Pulau
terkenal sebagai kawasan pertanian terutamanya buah- buahan tempatan.
Perkembangan ini telah menggalakkan penghijrahan penduduk luar datang untuk
berurusniaga ataupun menjalankan kegiatan pertanian. Golongan ini kebanyakannya
merupakan peniaga atau buruh- buruh Cina yang bekerja di ladang- ladang getah,
buah cengkih dan buah pala.
Ketua
kaum Cina yang paling berpengaruh di Balik Pulau adalah Koh Seang Tat, seorang
pemilik estet ladang. Pada 1882. Beliau telah membina monumen air pancutan di
bulatan persimpangan masuk ke pekan ini, dan kini masih merupakan mercu tanda
utama untuk Pekan Balik Pulau.
Pada
tahun 1854, Gereja Roman Katolik, Holy Name of Jesus dibina di sini sebagai
tanggungan Kariah Pulau Tikus. Paderi- paderi gereja inilah yang telah menubuhkan
sekolah- sekolah St. George dan Sacred Heart di Balik Pulau. Pada masa itu
juga, banyak rumah kedai dibina.
Orang-
orang India juga berhijrah ke Balik Pulau sebagai buruh- buruh estet ladang
atau pekerja- pekerja Majlis Perbandaran pada tahun 1880an. Beberapa institusi
dan agensi perkhidmatan telah diwujudkan di Balik Pulau untuk menampung
keperluan penduduk tempatan yang semakin berkembang. Di antaranya adalah
Jabatan Tanah dan Daerah yang dibina pada 1880an. Namun, masih terdapat banyak
perkampungan Melayu dan Cina di Balik Pulau seperti Kampung Kuala Sungai Jalan
Baru, Kampung Paya dan Kampung Jalan Baru. Kini, Balik Pulau masih terkenal
dengan ladang-ladang buah pala, buah cengkih dan dusun- dusun buah- buahannya
dan menjadi tumpuan utama kepada peniaga buah-buahan dan pengunjung yang ingin
menikmati hasil dusun. (Maklumat yang diperolehi dari MPPP).
6 ulasan:
Info menarik..😀
tq..
Terima kasih info... Boleh bust rujukan ni nanti untuk anak2....
Tq... Info menarik
terima kasih
Tq
Catat Ulasan