Rabu, 28 April 2021

KEPERLUAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MENGUSULKAN KEPADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (MMK) BAGI MEWUJUDKAN ‘JAWATANKUASA PENGAUDITAN PENGURUSAN PROJEK REKLAMASI PULAU PINANG SELATAN / PENANG SOUTH RECLAMATION (PSR) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG’ UNTUK MEMATUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KERAJAAN NEGERI DAN MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN)

 

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

 

2. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 & Undang-undang Kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

3. Kaedah-kaedah Pulau Pinang 2005 & 2014.

 

4.Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG), Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP), dan Arahan-arahan Pengarah Tanah dan Galian (PTG).

 

6. lain-lain Undang-undang dan Pekeliling yang berkenaan.

 

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran:

 

PROJEK REKLAMASI PULAU PINANG SELATAN / PENANG SOUTHRECLAMATION (PSR)

 

    1.  LATAR BELAKANG

 

1.1.  Pemilik projek PSR ialah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan rakan penyampai projek / project delivery partner (PDP) SRS Cosortium telah merancang dan akan melaksanakan projek tambakan laut untuk dibangunkan 3 buah pulau buatan, berkeluasan 4,500 ekar (7 kali besar saiz George Town), terletak di pengairan selatan Pulau Pinang di sekitar Gertak Sanggul, Teluk Kumbar dan Tanjung Teluk Tempoyak. SRS mengendalikan kedua-dua projek mega SRS dan Penang Transport Master Plan (PTMP), Kerajaan Negeri membayar SRS sebanyak 6% berdasarkan kos pembinaan PSR dari kos tambakan ialah RM 11 Billion. Kawasan Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang adalah seperti di 1.1.


1.2.  PSR adalah untuk membiayai Penang Transport Master Plan (PTMP) yang bernilai RM46 billion, tanah yang ditambak akan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri, tetapi kebanyaakan tanah akan dilelongkan untuk membiayai PTMP supaya projek tersebut menjadi pelan yang dibiayai sendiri sepenuhnya. PSR juga  diandaikan dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga hartanah dan kekurangan rumah mampu milik serta dirancang untuk mengembangkan Zon Industri Bayan Lepas dan mengurangkan tekanan pembangunan di George Town. Ketua Menteri menyatakan Pulau A untuk kesinambungan dan pengembangan Bayan Lepas Free Industrial Zone (FIZ), Pulau B akan menjadi “sebuah taman permainan untuk perancang bandar dan arkitek untuk memberikan reka bentuk terbaik mereka” dengan sistem tram dan ruang hijau dan Pulau C adalah untuk projek pembangunan bercampurPenang Transport Master Plan (PTMP) di 1.2.


1.3.  Walaubagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) memutuskan bahawa pelaksanaan kerja-kerja tambakan Pulau A (sahaja) bagi projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) akan dilasanakan secara usahasama atau atau joint-venture (JV).

Keputusan tersebut adalah ekoran beberapa siri rundingan di antara Kerajaan Negeri dan pihak Project Delivery Partner (PDP) iaitu SRS Consortium bagi memenuhi keperluan dana tambahan bagi pembiayaan PSR dengan mengambil kira kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 serta keputusan Kerajaan Persekutuan menarik balik kelulusan untuk memberi jaminan bagi pinjaman Kerajaan Negeri, dan PDP telah diminta untuk mengemukakan beberapa cadangan pembiayaan alternatif.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa berikutan keputusan yang diputuskan pada 24 Mac 2021 tersebut, pembangunan Pulau A tidak lagi akan dilaksanakan di bawah model PDP seperti master agreement (MA) yang ditandatangani pada 1 Julai 2020 bersama-sama SRS Consortium, bagaimanapun, Pulau B dan Pulau C masih kekal pelaksanaannya secara PDP.

Satu perjanjian tambahan (supplementary agreement) akan dimeterai bagi perubahan kaedah pelaksanaan ini, dan kerja-kerja awalan ukur serta penyelidikan tanah atau soil investigation di tapak Pulau A bagi projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) akan dimulakan pada 29 Mac 2021.

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN PENGURUSAN

 

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada projek tambakan laut kawasan Selatan Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan cekap, teratur, berkesan serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). Selain itu pengauditan yang dijalankan juga adalah untuk menilai sama ada Kerajaan Negeri mendapat faedah yang sepatutnya diterima.

 

3.  SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN PENGURUSAN

 

Skop pengauditan Projek Tambak Laut Kawasan Selatan Pulau Pinang adalah meliputi proses permohonan, pelaksanaan projek dan pulangan yang diterima Kerajaan Negeri. Pengauditan hendaklah dilaksanakan bersama Jabatan Audit Negara (JAN) dan Unit Dalam PSUK di Bahagian Perancang Negeri (BPN), Jabatan Alam Sekitar Negeri (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS), Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri (JPBD), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) Persekutuan dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak fail, rekod dan dokumen berkaitan  seperti minit mesyuarat, surat perjanjian dan laporan pemantauan. Maklumat kawasan tambak juga diperoleh daripada Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Temu bual dan perbincangan dengan pegawai bertanggungjawab turut dilakukan bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut. Borang soal selidik pula diedarkan kepada nelayan kawasan sekitar Gertak Sanggul, Teluk Kumbar dan Tanjung Teluk Tempoyak untuk mendapatkan maklumbalas. Selain itu, lawatan fizikal ke kawasan tambak laut dilakukan untuk pengesahan. Lawatan bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), pegawai-pegawai BPN dan pegawai Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri Pulau Pinang secara berkala.

 

4.  FOKUS PENGAUDITAN PENGURUSAN

 

4.1 18 NASIHAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN):

 

1. Merancang menjadikan kawasan ini sebagai kawasan bandar pintar (smart city) dengan mereka bentuk bangunan ikonik dan kemudahan berkaitan yang dilengkapi dengan teknologi terkini;

 

2. Mengkaji kemungkinan untuk membangunkan Taman Industri dan Teknologi Tinggi berasaskan kepada Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang pertama di rantau ini yang memfokuskan kepada bidang automasi, kecerdasan buatan (AI), robotik dan internet pelbagai benda (IoT);

 

3. Merancang fasa-fasa pembangunan dengan melaksanakan kajian pasaran hartanah bagi menentukan kebolehlaksanaan pembangunan industri, perumahan dan komersial yang dicadangkan;

 

4. Menyepadukan sistem pengangkutan awam yang telah dicadangkan dengan mengambil kira konsep the first and the last mile transit connectivity serta memastikan nisbah 70:30 bagi penggunaan pengangkutan awam tercapai;

 

5. Mempertingkatkan inisiatif bandar hijau seperti berikut:

a. Mensasarkan pengurangan sebanyak 40% pelepasan karbon melalui penyediaan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon dan mengambil kira Green Technology Master Plan Malaysia 2017-2030 serta menggalakkan reka bentuk bangunan melalui penilaian Green Building Index dan MyCREST;

b. Mengintegrasikan konsep kejiranan/ komuniti hijau dengan mencadangkan laluan basikal, laluan pejalan kaki, waste composting serta program 3R (reduce, reuse, recycle) di dalam cadangan pembangunan;

c. Menggalak pembinaan bangunan mesra alam di sektor industri, perdagangan dan perumahan melalui penerapan konsep penggunaan tenaga rendah atau sifar dalam reka bentuk dan pembinaan bangunan baru dengan mengambil kira penjimatan tenaga dalam bangunan untuk menggunapakai aplikasi Energy Efficiency (EE) dan menjana Renewable Energy (RE) bagi mengurangkan kesan perubahan iklim;

d. Mengambil kira penentuan orentasi perletakan bangunan yang efisien dan konsep pembangunan taman atas bumbung yang berfungsi bagi melancarkan aliran angin, menggurangkan kesan pemanasan global, pelepasan gas rumah hijau dan kesan urban heat island di kawasan perbandaran; dan

e. Mengadaptasi sistem saliran mampan seperti Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dan Sistem Saliran Bio Ekologi (Bio Ecological Drainage System-BIOECODS) sebagai alternatif pengurusan air larian hujan yang mesra alam dan mampan untuk memenuhi konsep kawalan kuantiti dan kualiti air larian hujan seperti yang disarankan dalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA);

 

6. Projek PSR dijangka akan menjana penduduk seramai 446,300 orang bagi keseluruhan fasa pembangunan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 50 tahun. Oleh itu, penyediaan kemudahan masyarakat perlu mengambil kira perkara-perkara berikut;

 

a. Penyediaan kemudahan masyarakat disediakan secukupnya mengikut nisbah dan keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkaitan berdasarkan bilangan unjuran penduduk seramai 446,300 orang. Cadangan pembangunan ini memerlukan sebanyak 60 buah sekolah rendah, 50 sekolah menengah, tiga (3) buah balai polis, sebuah hospital, 25 klinik kesihatan dan empat (4) buah balai bomba.

b. Perhatian juga hendaklah diberikan kepada penyediaan kemudahan-kemudahan yang bertepatan seperti bomba dan polis bagi memastikan response time kepada perkhidmatan tersebut dapat dipenuhi. Penyediaan kemudahan masyarakat yang mencukupi akan memastikan pembangunan bandar yang liveable;

c. Agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang terlibat dengan penyediaan kemudahan masyarakat perlu mengambil kira akan keperluan kemudahan masyarakat dan tapak-tapak yang akan disediakan oleh pemaju; dan

d. Penyediaan kawasan lapang (untuk tujuan rekreasi aktif dan pasif) hendaklah mencukupi, berfungsi dan ditempatkan di lokasi yang mudah dikunjungi selaras dengan garis panduan yang telah diterima pakai di peringkat negeri;

 

7. Melaksanakan pelan pengurusan risiko bencana bagi mengurangkan impak risiko pembangunan terhadap kemungkinan berlakunya bencana alam seperti tsunami dan peningkatan paras air laut;

 

8. Permohonan ini hendaklah mengambil kira pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam laporan-laporan yang telah ditetapkan seperti EIA dan TIA. Di samping itu, pemaju projek ini juga perlu menyediakan dan mematuhi Laporan Environment Management Plan (EMP), Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA), Laporan Audit Keselamatan Jalan Raya (RSA), Kajian Fisheries Impact Assessment (FIA) dan lain-lain laporan mengikut keperluan pihak berkuasa berkaitan;

 

9. Permohonan ini hendaklah mengambil kira garis panduan dan arahan semasa khususnya Environmental Essentials for Siting of Industries in Malaysia dan mematuhi strategi dan pelan pengurusan yang digariskan di dalam ISMP Negeri Pulau Pinang;

 

10. Mengambil kira impak tambakan laut ini kepada komuniti setempat yang mungkin terkesan daripada cadangan pembangunan ini termasuk 805 keluarga nelayan yang berjumlah 3,140 orang dalam konteks penyediaan peluang pekerjaan baru, penempatan semula dan peluang ekonomi;

 

11. Memastikan cadangan pembangunan tidak akan menjejaskan laluan pelayaran South Channel;

 

12. Menyediakan kawasan yang khusus (dedicated zone) untuk rumah mampu milik bagi memastikan kawalan harga dapat ditentukan oleh pihak berkuasa kelak dan dengan demikian dapat mewujudkan masyarakat yang inklusif;

 

13. Memastikan bangunan yang hendak dibina kelak tidak melepasi had ketinggian yang dibenarkan dan tidak menganggu ruang udara penerbangan sedia ada sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM);

 

14. Mengkaji kemungkinan untuk mendapatkan sumber bekalan air alternatif seperti melalui desalination plant atau dari sumber air yang lain sebagaimana ulasan dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang;

 

15. Memastikan sumber bekalan pasir untuk projek tebus guna tidak menjejaskan kawasan sumber pasir diperolehi dan memantau pengeluaran pasir dalam negara tidak dieksport ke luar negara;

 

16. Mengambil kira dasar dan arahan semasa Kerajaan Persekutuan khususnya ketetapan sementara Kabinet mengenai pembekuan kelulusan pembangunan pusat membeli belah, pejabat, kondominium dan pangsapuri mewah yang melebihi RM1 juta berkuatkuasa 1 November 2017;

 

17. Mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan yang berkaitan. Permohonan ini hendaklah dikemukakan semula untuk mendapatkan nasihat MPFN di bawah subseksyen 22(2A), Akta 172; dan

 

18. Permohonan ini hendaklah mematuhi nasihat MPFN dan ulasan-ulasan daripada jabatan teknikal dan agensi yang berkaitan.

 

4.2 LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) TERPERINCI BAGI "THE PROPOSED RECLAMATION AND DREDGING WORKS FOR PENANG SOUTH RECLAMA TION (PSR)":

 

4.2.1 Pihak JAS ini ingin menarik perhatian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa pembangunan projek akan menyebabkan kemusnahan kekal dan residual impact ke atas ekosistem dataran lumpur (mudflat), fishing ground, kawasan pendaratan penyu, dan sebahagian terumbu karang di Pulau Rimau yang merupakan ekosistem penting kepada sumber perikanan. Kemusnahan kekal ini akan memberi impak negatif yang signifikan kepada sumber perikanan, nelayan dan jaminan sumber bekalan makanan negara. Dalam hal ini Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendaklah memastikan pelaksana projek memberi perhatian serius terhadap residual impact dan melaksanakan semua langkah mitigasi tanpa gagal dengan nasihat teknikal jabatan berkaitan terutama Jabatan Perikanan Malaysia. Antara perkaraperkara yang wajar dititikberatkan termasuk:-

 

       (a) Offset Programme

(i) Offset Programme bagi kehitangan kekal di atas hendaklah diselaraskan sebagai sebahagian daripada Penang OffSet Masterplan antaranya merangkumi :-

-Tukun tiruan

-Fishery Aggregating Device (FAD)

-Penanaman semula bakau dengan nasihat Jabatan

Perhutanan dan agensi teknikal berkaitan.

-Pelepasan benih ikan

-Stuktur eco engineering pada lapis lindung pantai

-Menyediakan dana untuk kajian dan penyelidikan penyu dan terumbu karang

-Lain-lain dari cadangan Offset programme dalam bab 8, langkah-langkah kawalan

 

(ii) Kajian teknikal terperinci dan ulasan Jabatan teknikal hendaklah dilaksanakan sebelum petaksanaan Offset programme di atas;

 

(iii) Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Offset Programme dengan melibatkan agensi teknikal berkaitan bagi memantau pelaksanaan Offset programme yang dicadangkan di dalam Laporan EIA; dan

 

(iv) Offset Programme ini hendaklah dipantau secara berkala dan diaudit bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Laporan pemantauan Offset programme ini hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Offset Programme.

 

      (b) Impak Terhadap Nelayan

Pembangunan ini juga akan mengakibatkan kehilangan livelihood kepada nelayan. Sehubungan itu, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendaklah :-

 

(i) Membentuk dan melaksanakan Fisherman Taskforce yang dipengerusikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan semua komitmen dan langkah kawalan yang dinyatakan di dalam laporan EIA dilaksanakan;

 

(ii) Penyediaan exit plan bagi komuniti nelayan hendaklah dikaji dan diperjelaskan serta mendapat persetujuan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) bagi memenuhi kehendak Laporan Social Impact Assessment projek ini; dan

 

(iii) Menyediakan pusat perkhidmatan setempat nelayan (PPSM) sebagai One Stop Centre ( Pusat Setempat ) bagi menangani semua aduan berkaitan pelaksanaan projek terutamanya berkaitan Fisherman exit plan.

 

(c) Lain-lain isu yang harus diambil perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

(i) Melaksanakan green river programme seperti yang dinyatakan di dalam laporan EIA ini bagi meningkatkan kualiti air dan flushing capacity khususnya bagi sungai-sungai terlibat antaranya Sungai Bayan Lepas, Bayan Lepas Main Drain, Sungai Batu, Sungai Telok Kumbar dan Sungai Gertak Sanggul;

 

(ii) Pemantauan ke atas aspek hidraulik secara terperinci bagi penambakan ini perlu dijalankan pada setiap peringkat pembangunan dan dilaporkan kepada Jabatan ini serta Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia;

 

(iii) Melaksanakan maintenance dredging secara berkala seperti yang dinyatakan di dalam faporan EIA supaya kedalaman channel 2 meter dikekalkan setiap masa dan mengemukakan laporan pemantauan kedataman channel antara Pulau Pinang dan tiga pulau buatan (penambakan) kepada Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan teknikal berkaitan;

 

(iv) Memastikan laluan navigasi untuk nelayan diselenggara;

 

(v) Membina lapis lindung pantai dan menjalankan pemuliharaan pantai bagi kawasan yang dijangka terhakis akibat pelaksanaan projek ini;

 

(vi) Mengkaji lebih lanjut bagi cadangan mewujudkan Kawasan Perlindungan Perikanan dengan nasihat Jabatan Perikanan;

 

(vii) Kajian ke atas laluan migrasi udang hendaklah dijalankan dengan nasihat Jabatan Perikanan;

 

(viii) Membina jeti nelayan seperti yang dinyatakan di dalam Laporan EIA;

 

(ix) Disarankan agar pihak pemaju projek mengambil insurans yang meliputi nyawa, harta benda dan alam sekitar bagi melindungi ketiga-ketiga aspek tersebut sekiranya berlaku kemalangan atau apa-apa kejadian yang tidak diingini di sepanjang pelaksanaan projek ini;

 

(x) Pemasangan Best Management Practices (BMPs) dan langkahlangkah kawalan yang berkesan hendaklah dibuat sebelum aktiviti kerja tanah dan pembinaan dilaksanakan; dan

 

(xi) Pelaksanaan cadangan projek perlu mengambil kira pelan tindakan yang telah disediakan Oleh pihak pemaju bagi mengurangkan risiko pencemaran dan aduan di kawasan yang terlibat.

 

4.2.2 Pembangunan atas tanah penambakan (top side development) hendaklah mengemukakan Laporan EIA baru sekiranya tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 dan hendaklah selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah berkaitan.

 

4.2.3 Melaksanakan semua akujanji yang telah dinyatakan di dalam Laporan EIA.

 

4.2.4 Kelulusan Laporan EIA ini hanya sah diterima pakai dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh surat kelulusan Laporan EIA ini dikeluarkan. Sekiranya projek ini tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut, kelulusan Laporan EIA ini dengan sendirinya terbatal.

 

4.2.5 Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga dikehendaki melaksanakan elemen mengarus perdana alam sekitar (environmental mainstreaming elements) dan mengemukakan pelaporan status perlaksanaan ini kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang enam (6) bulan setelah perlaksanaan projek tersebut.

 

5.  CADANGAN PENUBUHAN DAN PERANAN JAWATANKUASA PENGAUDITAN PENGURUSAN PROJEK REKLAMASI PULAU PINANG SELATAN / PENANG SOUTH RECLAMATION (PSR) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG;

 

Satu Jawatankuasa Pengauditan Pengurusan Projek Reklamasi Pulau Pinang Selatan / Penang South Reclamation (PSR) Peringkat Negeri Pulau Pinang hendaklah ditubuhkan untuk menilai sama ada projek tambakan laut kawasan Selatan Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan cekap, teratur, berkesan serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). Selain itu pengauditan yang dijalankan juga adalah untuk menilai sama ada Kerajaan Negeri mendapat faedah yang sepatutnya diterima (seperti lampiran)

 

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran:

 

Pentadbiran ini dapat membuat Kertas Cadangan Khas/khusus kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk mewujudkan penubuhan jawatankuasa di atas.

Sehubungan itu, saya sertakan draf ‘GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PERANAN JAWATANKUASA PENGAUDITAN PENGURUSAN PROJEK REKLAMASI PULAU PINANG SELATAN / PENANG SOUTH RECLAMATION (PSR) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana cadangan jawatankuasa ini berkaitan dengan isu pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Justeru itu, dengan tubuhnya jawatankuasa ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam mengurus Projek Reklamasi Pulau Pinang Selatan / Penang South Reclamation (PSR), bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Rujukkan ‘Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014’ - Projek Tambak Laut Kawasan Klebang, Melaka, bolehlah dijadikan rujukkan sebagai panduan  Projek Reklamasi Pulau Pinang Selatan / Penang South Reclamation (PSR),  sekiranya akan diaudit oleh Jabatan Audit Negara pada masa hadapan kelak.

  

 

GARIS PANDUAN

PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA PENGAUDITAN PENGURUSAN PROJEK REKLAMASI PULAU PINANG SELATAN / PENANG SOUTH RECLAMATION (PSR) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

KANDUNGAN

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

6.0 PERTANYAAN


GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA PENGAUDITAN PENGURUSAN PROJEK REKLAMASI PULAU PINANG SELATAN / PENANG SOUTH RECLAMATION (PSR) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

Satu Jawatankuasa Pengauditan Pengurusan Projek Reklamasi Pulau Pinang Selatan / Penang South Reclamation (PSR) Peringkat Negeri Pulau Pinang hendaklah ditubuhkan untuk menilai sama ada projek tambakan laut kawasan Selatan Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan cekap, teratur, berkesan serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). Selain itu pengauditan yang dijalankan juga adalah untuk menilai sama ada Kerajaan Negeri mendapat faedah yang sepatutnya diterima.

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

2.1    Jawatankuasa ini, kecuali jawatan Setiausaha, hendaklah dianggotai oleh semua ketua/wakil jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan yang berkenaan. Jawatankuasa ini terdiri dari:

 

(i) Pengerusi (Dicadangkan YB Setiausaha Kerajaan Negeri)

(ii) Timbalan Pengerusi (Dicadangkan Timbalan YB Setiausaha Kerajaan Negeri)

(iii) Setiausaha (Dicadangkan Setiausaha Bahagian Perancang

Ekonomi [BPN])

(iv) Ahli-Ahli (Dicadangkan):

- Wakil Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN).

- Wakil Jabatan Audit Negara Negeri (JAN).

- Wakil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG).

- Wakil Unit Audit Dalam PSUK.

- Wakil Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

- Wakil Jabatan Alam Sekitar Negeri (JAS).

- Wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang (JUPEM).

- Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS).

- Wakil Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri (JPBD).

- Wakil Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri (JKPTG).

- Pentadbir Tanah DBD.

- Lain-lain wakil ditentukan oleh Pengerusi.

 

2.2    Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah melantik dan memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa. Kehadiran ahli mesyuart khas hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

2.3    Pengerusi hendaklah melantik Setiausaha dari jabatan sendiri atau jabatan lain.

2.4    Jawatankuasa ini hendaklah dipilih mengikut keperluan semasa.

(i) Pengerusi

(ii) Timbalan Pengerusi

(iii) Setiausaha

(iv) Ahli-Ahli

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

Mesyaurat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya setahun dua (2) kali dan kehadiran ahli mesyarat hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

Laporan mesyuarat hendaklah dikemukakan dalam tahun semasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

5.1    Mengurus dan menilai sama ada projek tambakan laut kawasan Selatan Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan cekap, teratur, berkesan serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

5.2    Memantau dan mengawasi prestasi isu/perkara berbangkit Projek Reklamasi Pulau Pinang Selatan / Penang South Reclamation (PSR) Peringkat Negeri Pulau Pinang.

5.2    Bertindak sebagai pengantara perhubungan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan dalam mencari penyelesaian bersama mengenai isu/perkara berbangkit perundangan dan teknikal Projek Reklamasi Pulau Pinang Selatan / Penang South Reclamation (PSR) Peringkat Negeri Pulau Pinang semasa.

5.3    Menimbangkan dan menyelaras secara bersama isu/perkara berbangkit perundangan dan teknikal Projek Reklamasi Pulau Pinang Selatan / Penang South Reclamation (PSR) Peringkat Negeri Pulau Pinang semasa.

5.4    Membantu agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan berhubung isu/perkara berbangkit perundangan dan teknikal Projek Reklamasi Pulau Pinang Selatan / Penang South Reclamation (PSR) Peringkat Negeri Pulau Pinang semasa.

5.5    Mengemukakan apa jua pandangan dan cadangan lain kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

5.6    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik serta mencapai hasrat ‘Penang 2030’.

5.7    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat dasar-dasar kerajaan selaras peruntukkan undang-undang semasa dan tadbir urus teratur di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan secara bersama serta harmorni.

 

 

 

6.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Jawatankuasa ini bolehlah menghubungi jabatan berikut:

 

(a)        Setiausaha,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tingkat 25,

KOMTAR, 10503 Pulau Pinang,

MALAYSIA.

(Telefon: 04-2621957/Fax: 04-2633010)


Khamis, 8 April 2021

MAPS - Movie Animation Park Studios (Memory 2019)

 

Pada 26 Jun 2017 telah menjadi satu tarikh penting kepada rakyat negeri Perak kerana satu taman tema yang sangat hebat telah dibukan di Ipoh. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak tempat menarik di Perak dan dengan pembukaan Movie Animation Park Studios MAPS Meru Perak telah menjadikan Ipoh sebagai satu destinasi perlancongan terkemuka di Malaysia.

MAPS Perak ini sangat hebat kerana ianya bersedia menjanjikan pelbagai tarikan yang telah dibahagikan kepada jenis-jenis dan zon-zonnya yang tertentu. MAPS dibahagikan kepada 6 zon iaitu :

  • Animations square
  • Blast of Zone
  • Dream Zone
  • Fantasy Forest Zone
  • Lakeside Zone
  • Live Action Zone

Selain itu, tarikan di MAPS Meru Perak ini juga boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang berbeza. Ada 5 jenis tarikan disini iaitu :

  • Thrill Rides
  • Kids Fun
  • Family Entertaiment
  • Show & Entertaiment
  • MAPS Snap
Alamat : Movie Animation Park Studios, 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak














*MAPS telah ditutup pada 28/01/2020 oleh Kerajaan Negeri Perak...

Taman Rekreasi Gunung Lang (Memory 2019)

 


Taman Rekreasi Gunung Lang ialah tempat menarik di Ipoh yang semakin popular dikalangan pelancong dalam dan luar negeri. Ia adalah tasik bekas lombong yang cantik dikelilingi bukit batu kapur yang unik. Bukan itu sahaja, tempat ini telah dimajukan dengan beberapa binaan dan ciptaan yang menambah keindahan sedia ada.

Taman rekreasi ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan pintu masuk dan kawasan rekreasi diseberang tasik. Pengunjung boleh menaiki bot untuk ke kawasan rekreasi dimana beberapa tarikan menanti

Lokasi Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di pinggir bandaraya Ipoh. Anda boleh memandu terus dari pusat bandaraya ke destinasi mengikut Jalan Kuala Kangsar. Jarak lebih-kurang 12KM iaitu kira-kira 15 minit perjalanan memandu kereta.

Jika dari Lebuhraya PLUS, ikut susur keluar Ipoh/Jelapang/Sungai Siput. Jarak ke destinasi lebih-kurang 5KM sahaja. Anda boleh cari lokasi menggunakan Google Maps atau Waze. Cari Taman Rekreasi Gunung Lang. Jangan cari 'Gunung Lang' sahaja kerana anda akan dibawa ke lokasi lain.

Alamat:
Taman Rekreasi Gunung Lang
Jalan Damai,
30100 Ipoh,
Perak

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.30 am - 6.00 pm

Hubungi:
Tel: 05-208 3333
Email : mbi@mbi.gov.my
Facebook : Majlis Bandaraya Ipoh

Harga tiket:
Harga tiket bot
Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM1.50

Apa yang menarik di Taman Rekreasi Gunung Lang?

Ada beberapa tarikan di Taman Rekreasi Gunung Lang yang menggamit pengunjung ke mari. Setibanya disini pengunjung akan dapat melihat air terjun buatan yang turun dari puncak bukit batu kapur. Disini juga terbentang sebuah tasik yang dikelilingi hutan dan bukit.






Tasik

Tasik yang luas ini sebenarnya ialah sebuah bekas lombong suatu ketika dahulu. Kerana lokasi dan suasana semulajadi tempat ini yang menarik, ia telah dimajukan menjadi salah satu destinasi pelancongan di Ipoh.

Air tasik kelihatan berwarna hijau mungkin kerana pantulan kehijauan hutan disekelilingnya. Didalam tasik ini juga terdapat beberapa spesis ikan. Pengunjung berpeluang memberi makan ikan-ikan ini. Dapat dilihat antara spesis yang ada ialah keli dan patin.

Tarikan tempat ini bukan setakat ini sahaja. Pengunjung perlu ke destinasi pelancongan sebenar iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak diseberang tasik. Untuk ke sana, pengunjung harus menaiki bot kurang dari 5 minit untuk tiba ke lokasi.



Menaiki bot

Pengunjung boleh membeli tiket bot di kaunter tiket bangunan jeti. Tiket berharga RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Pada musim cuti sekolah atau hari cuti umum, anda mungkin terpaksa beratur panjang kerana ramai yang membawa keluarga kesini.

Dua buah bot berfungsi membawa penumpang pergi dan balik. Bot dilengkapi jaket keselamatan yang diletakkan dikerusi penumpang. Walaupun perjalanan cuma beberapa minit, anda dinasihatkan memakai jaket kesematan ini.



Mini Zoo

Mendarat di jeti Taman Rekreasi Gunung Lang, pengunjung dikehendaki bergambar terlebih dahulu. Ia adalah sebahagian dari polisi keselamatan. Selepas itu, pengunjung boleh bersiar-siar disini. Apa yang menarik perhatian selepas keluar dari jeti ialah kandang-kandang binatang mini zoo yang ada disekitar kawasan ini.

Terdapat beberapa jenis binatang di mini zoo Taman Rekreasi Gunung Lang. Ada burung merak, itik, lembu, rusa, ostrich, kuda pony dan lain-lain. Pengunjung hanya perlu berjalan mengikut laluan yang disediakan untuk melihat semua binatang yang ada. Walaupun tidak banyak spesis haiwan yang ada namun ia cukup untuk menggembirakan ibubapa yang membawa anak-anak kesini.




Menara Tinjau

Ada dua buah menara tinjau di taman rekreasi ini. Sebuah menara terletak ditepi bukit batu kapur dan sebuah lagi terletak ditepi tasik. Kedua-dua menara ini menawarkan pemandangan menarik, cuma banyak sedikit tenaga diperlukan untuk memanjat hingga keatas.

Anda mungkin mengambil sedikit masa sebelum dapat menikmati sepenuhnya pemandangan dari puncak menara. Setelah hilang semua kepenatan, jangan lupa abadikan sebanyak mungkin gambar-gambar menarik untuk dijadikan kenangan dan tanda kejayaan.



Rumah Perak

Pengunjung pasti akan terperasan rumah kayu yang cantik terletak ditengah taman rekreasi. Ia bukan chalet kerana tiada resort di sini. Sebenarnya itu adalah Rumah Perak, iaitu rumah tradisional yang ada di negeri ini.

Pengunjung boleh masuk kedalam rumah untuk melihat dengan lebih dekat keindahan senibina dan rekabentuk tradisional ini. Namun agak mengecewakan kerana tiada apa-apa didalam rumah. Walau bagaimanapun kipas dan lampu disediakan agar pengunjung tidak kepanasan atau berada dalam kegelapan.

Lanskap

Disekitar taman rekreasi terdapat banyak pokok-pokok bunga ditanam. Ia menambahkan keindahan tempat ini. Beberapa binaan dari kayu sebagai dekorasi taman juga dapat dilihat namun kebanyakannya sudah rosak dan hampir reput. Ia mungkin kelihatan penuh dengan seni tetapi tidak menolak hakikat bahawa ia terbiar dan tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.


Aktiviti

Memberi makan ikan

Di kaunter tiket bot ada dijual makanan ikan dan roti. Makanan ikan berharga RM1 dan roti RM2 sebungkus kalau tidak salah ingatan saya. Pengunjung boleh memberi makan ikan dari platfom yang terletak ditepi tasik. Saya dapat melihat kumpulan ikan patin sebesar paha orang dewasa semasa mencampakkan roti disini.

Apa yang saya kurang senangi ialah pengunjung memberi makan monyet yang banyak berkeliaran di dalam kawasan taman. Mungkin ia kelihatan takut-takut pada masa ini tetapi pengajaran di Taman Botani Pulau Pinang dan Zoo Taiping perlu diambil perhatian. Perbuatan ini akan menyebabkan monyet-monyet menjadi ganas pada masa akan datang.



Beriadah/Berbasikal

Taman Rekreasi Gunung Lang adalah tempat yang menarik untuk beriadah kerana suasana alam semulajadi disini. Kawasan ini redup dan teduh kerana pokok-pokok yang ada disekitar kawasan taman. Ia juga dikelilingi bukit yang agak tinggi. Pengunjung boleh menyewa basikal dengan bayaran RM5 sejam bagi orang dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.

Berkelah

Ada keluarga yang berkelah semasa saya berkunjung. Ia kelihatan menarik dengan suasana teduh dan udara nyaman di taman ini. Namun saya tidak pasti ia dibenarkan atau tidak. Cuma diharap pengunjung dapat membawa sisa-sisa makanan dan sampah semasa pulang.

Kemudahan

Taman permainan kanak-kanak

Sebuah taman permainan kanak-kanak disediakan. Kemudahan ini masih dalam keadaan elok dan boleh digunakan. Ia sesuatu yang baik juga kerana ramai kanak-kanak kelihatan seronok bermain disini.

Pondok Rehat

Kawasan taman rekreasi ini agak luas. Penat juga bila berjalan lebih-lebih lagi jika anda datang hampir tengahari atau awal petang. Untungnya disini terdapat banyak pondok-pondok rehat yang disediakan untuk pengunjung. Lebih menarik pada waktu ini jika ada aiskrim atau air minuman.

Gerai minuman

Memang nasib baik di Taman Rekreasi Gunung Lang ini ada gerai minuman. Aiskrim Malaysia yang sangat sedap cuma RM1 sebatang. Air minuman juga harga seperti biasa. Setelah penat berjalan dan matahari yang semakin panas, aiskrim dan air tin adalah nikmat yang perlu disyukuri.

Surau

Kemudahan surau disediakan untuk pengunjung Taman Rekreasi Gunung Lang. Ia kelihatan bersih dan selesa. Namun saya membatalkan niat untuk solat kerana dipenuhi kanak-kanak. Satu sikap orang kita yang sangat mengecewakan ialah sering menjadikan surau tempat salin diapers anak, tempat mandi anak serta membiarkan anak-anak bermain riuh-rendah didalam surau sedangkan sudah masuk waktu solat.

Tandas

Tandas awam disediakan untuk buang hajat atau mandi anak. Ia terletak disebelah surau. Bangunannya agak besar hampir sebesar surau. Papan tanda lokasi juga banyak disediakan. Anda tidak akan terlepas pandang.

Kesimpulan

Taman Rekreasi Gunung Lang adalah tempat menarik yang mesti dilawati jika anda berkunjung ke Ipoh. Tempat ini benar-benar cantik dan menawarkan suasana alam semulajadi yang mendamaikan. Memang ada kekurangan disana-sini tetapi ia tidaklah sampai tahap merosakkan keindahan tempat ini.

Anda mungkin terbaca dimana-mana bahawa mini zoo di taman ini tidak terjaga dan berbau busuk. Malah tasik ini juga dikatakan berbau busuk. Ia tidak seburuk yang dikatakan. Bau mesti ada dimana-mana zoo, agro farm atau mana-mana ladang menternak binatang.

Tidak semua orang mampu membawa keluarga bergembira di taman tema yang harga tiketnya tidak masuk akal. Sekurang-kurangnya, ramai yang mampu membawa keluarga melawat tempat menarik ini. Jujur, ia tidak mengecewakan.

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...