Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:
1. Seksyen 380.(1). Kanun
Tanah Negara [Akta 828]:
380. Correction of errors in documents of title, etc.
(1) Where the Registrar is satisfied-
(a) that any
document of title has been registered or issued in the wrong name, or contains
any misdescription of land or boundaries, or other error or omission, or
(b) that any
memorial or other entry has been made in error on any document of title or other
instrument relating to land, or
(c) that any memorial or other entry made on any such document of title
or instrument itself contains any error or omission,
he may, subject to sub-sections (2) and (3), make such correction on the
document or interest in question as may be appropriate in the circumstances of
the case.
2. Seksyen 381.(1). Kanun Tanah Negara [Akta 828]:
381. Cancellation of obsolete entries, and bringing of documents of
title up to date.
(1) Where the Registrar is satisfied-
(a) that any
condition or restriction in interest contained in any document of title has
become obsolete, or
(b) that any memorial or entry on any document of title or other
instrument relating to land relates to a matter which has ceased to be effective,
he may delete the said condition or restriction or, as the case may be,
cancel the said memorial or entry:
Provided
that the power conferred by paragraph (b) is a residual power only, and, where
the circumstances in which any particular memorial or other entry may be cancelled
are specified in any other provision of this Act, shall not be exercisable in
respect of that memorial or entry.
3. Seksyen 101 Rent, National Land Code (Penang and Malacca Titles)
Act 1963:
101. The assessment payable in respect of any customary land under sections
32 to 36 of the Ordinance immediately before the appointed day shall, subject
to subsection (2), continue in force thereafter and shall be deemed to be the
rent due thereon under the National Land Code, and shall be payable and
recoverable in accordance with such Code.
(2) The State Authority may, within a period of three years beginning
with the appointed day, alter any assessment referred to in subsection (1) in
accordance with section 33 of the Ordinance (notwithstanding its repeal), and
such assessment shall thereupon be deemed for the purposes of the National Land
Code to be the rent fixed on the land on which any such assessment is imposed, and
shall not thereafter be revised except under and in accordance with such Code.
4. Rules 18
Rate of rent, Penang (3) & (4) Land
Rule 2021:
(3)
Notwithstanding any provision in these Rules—
(a)
The State Authority may—
(i)
remit or rebate any rent due, wholly or in part; or
(ii)
permit the payment of rent by installment; or
(iii)
defer the payment of rent, to such extent as it may deem fit, in any particular
case or cases; and
(b)
The State Authority may delegate the powers in writing to—
(i)
The State Director in relation to paragraph (3)(a), and
(ii)
The Land Administrator in relation to subparagraph (3)(a)(ii),
either generally, or in any particular case or class of cases, or in
respect of any specified area or areas, and subject to such conditions and
restrictions as the State Authority may prescribe.
(4) The Land Administrator
shall ensure the rent accounts is adjusted consequent to the remission, payment
by installment or deferment allowed under subparagraph (3)(a) (i), (ii) or
(iii).
5. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan Bil. 1/2015; ‘PANDUAN BERHUBUNG PEMBETULAN KESILAPAN DALAM SURATCARA
URUSNIAGA DAN DOKUMEN HAKMILIK DI BAWAH SEKSYEN 380 DAN TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN
381 KANUN TANAH NEGARA’.
Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:
1. Berdasarkan pemerhatian didapati bahawa ada dikalangan Pendaftar Hakmilik Tanah membuat pindaan cukai tanah didalam Hakmilik Interim Register akibat daripada kesilapan kiraan kadar cukai tanah di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara [Akta 828],
melalui P.U. 18 bertarikh 28 April 1994 terdahulu dengan membuat pindaan di bawah Seksyen 380.
Kanun Tanah Negara [Akta
828] di akaun cukai
tanah dan dokumen hakmilik Interim Register bagi melaksanakan tugas berkaitan tukar ganti
hakmilik tanah (Interim Register) kepada Hakmilik Muktamad.
2. Walaubagaimanapun merujuk kepada Pekeliling Ketua Pengarah
Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 1/2015 di perkara 5 di atas, berikut adalah kesilapan di bawah seksyen
380(1) Kanun Tanah Negara 1965 yang boleh dibetulkan:
Bil.
|
Kesilapan
|
Tindakan
|
01.
02.
|
Dokumen
Hakmilik:
i) Ejaan nama
tuan punya dan nombor dokumen pengenalan dirinya;
ii) Perihal
tanah itu atau sempadannya;
iii) Ingatan
atau catatan;
iv) Kesilapan atau ketinggalan lain (bergantung setakat
mana bentuk kesilapan atau ketinggalan tersebut).
Dokumen suratcara
urusan iaitu ingatan atau catatan.
|
1.
Dalam
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer melalui seksyen 5A(3)(a) dan Jadual
Keempat Belas Kanun Tanah Negara, sistem akan menjana nombor perserahan
urusan pembetulan ini. Alasan pembetulan yang terperinci hendaklah dinyatakan
oleh kerani kemasukan dalam ruangan yang disediakan. Bagi pembetulan yang
melibatkan hakmilik berkomputer, Pendaftar perlulah menyemak alasan
pembetulan yang tertera dalam dokumen verifikasi dan hanya membuat keputusan
mendaftarkan urusan pembetulan itu setelah beliau berpuas hati dengan alasan
yang dinyatakan.
2.
Bagi
hakmilik berbentuk manual, pembetulan kemudiannya dibuat dengan membatalkan
ayat atau perkataan yang salah dan menggantikannya dengan ayat atau perkataan
yang betul. Justeru itu dinyatakan dalam perenggan 12, seksyen 382(2) Kanun
Tanah Negara melarang sesuatu pembetulan dibuat mengikut seksyen 380 dengan
cara memadamkan perkataan atau angka atau cara lain sehingga menyebabkan
perkataan atau angka itu tidak boleh dibaca
|
|
Catatan: Penggunaan
kuasa-kuasa di bawah seksyen 380(1) Kanun Tanah Negara bagi tanah di bawah
hakmilik Pejabat Tanah mungkin tertakluk kepada suatu arahan Pengarah Tanah
dan Galian Negeri mengikut seksyen 380(2). Ini bermakna bahawa jika arahan
sedemikian wujud, Pentadbir Tanah tidaklah boleh membuat pembetulan tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri.
Menurut seksyen 380(3), pembetulan yang melibatkan pelan tanah dalam sesuatu
dokumen hakmilik hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Pengarah
Tanah dan Galian Negeri. Namun begitu, kebenaran ini tidak perlu bagi apa-apa
kemasukan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah ke atas hakmilik selaras dengan
pembetulan yang dibuat ke atas pelan akui yang berhubungan dengannya oleh
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri menurut seksyen 396A Kanun Tanah Negara.
|
|
|
|
|
3. Justeru itu,
kuasa-kuasa pembetulan di bawah seksyen 380(1) itu tidaklah boleh digunakan
bagi tujuan pindaan cukai tanah
akibat kesilapan kiraan kadar cukai tanah di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara [Akta 828],
melalui P.U. 18 bertarikh 28 April 1994 terdahulu di dalam akaun cukai tanah dan
dokumen hakmilik Interim Register bagi melaksanakan tugas berkaitan tukar ganti hakmilik tanah (Interim
Register) kepada Hakmilik Muktamad.
4. Berikut adalah tindakan yang boleh dibetulkan
oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah yang hanya diberi kuasa di bawah
seksyen 380(1):
Bil.
|
Perkara
|
Tindakan
|
01.
|
Tindakan memotong syarat atau sekatan kepentingan yang
tidak dipakai lagi atau membatalkan ingatan atau catatan yang tidak berkuatkuasa
lagi yang melibatkan hakmilik berbentuk manual.
|
Kehendak-kehendak seksyen 382 Kanun Tanah Negara
seperti di bawah ini hendaklah dipatuhi, iaitu:
i)
Pembatalan
sesuatu ingatan atau catatan janganlah dilakukan sehingga ianya tidak dapat
dibaca lagi;
ii) Catatan mengenai alasan pembatalan hendaklah dibuat
dalam dokumen hakmilik atau dalam suratcara itu dan ianya hendaklah disahkan
dengan menandatangan, menurunkan meterai dan mencatatkan tarikh.
|
|
Catatan: Tindakan membatalkan sesuatu ingatan
atau catatan di dalam dokumen hakmilik dan suratcara yang berkaitan hendaklah
juga dilakukan jika ingatan atau catatan itu tidak berkuat kuasa lagi. Buku
rekod seperti ‘Buku Catatan Pembetulan’ tidak perlu diadakan bagi pemotongan
atau pembatalan kerana sesuatu syarat, sekatan kepentingan atau ingatan yang
tidak dipakai atau yang tidak berkuat kuasa lagi itu mempunyai penerangannya
sendiri. Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer melalui seksyen 5A(3)(a)
dan Jadual Keempat Belas Kanun Tanah Negara 1965, sistem akan menjana nombor
perserahan urusan pembatalan ini. Bagi pembatalan yang melibatkan hakmilik
berkomputer, Pendaftar perlulah menyemak alasan pembatalan yang tertera dalam
dokumen verifikasi dan hanya membuat keputusan mendaftarkan urusan pembatalan
itu setelah beliau berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan.
|
|
|
|
|
5. Sehubungan itu, perlu
juga diingatkan bahawa sebagaimana dinyatakan dalam proviso kepada
seksyen 381(1), penggunaan peruntukan seksyen 381 ini bagi pembatalan apa-apa
ingatan atau catatan atas hakmilik atau suratcara lain berkaitan tanah hanyalah
sebagai menjalankan kuasa baki (residual) sahaja dan sekiranya
peruntukan tentang pembatalan ada diperuntukkan dalam seksyen lain, maka peruntukan
seksyen tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan pembatalan dan bukannya
berdasarkan peruntukan seksyen 381 ini, berikut adalah contoh;
Bil.
|
Endosan
|
Pembatalan Endosan
|
01.
|
Kaveat persendirian yang luput selepas 6 tahun.
|
Dibuat berdasarkan peruntukan seksyen 328. Kanun Tanah
Negara 1965.
|
02.
|
‘Form
15 [paragraph 17(6)(a)] Penang Land Rule 2005', Endorsement Of Notice In The
Register Document of title’; Seksyen 97(2), 128(2), 129(3) Kanun
Tanah Negara 1965.
|
‘Form
16 [paragraph 17(6)(b)] Penang Land Rule 2005', Cancellation Of The Note On
The Register Document of title’; …‘comply with section 99 of the National
Land Code’.
|
03.
|
‘Form
19 [paragraph 19(2)] Penang Land Rule 2005', Endorsement Of An Application In
The Register Document title’; Seksyen 124A(3), 137(2), 142(2), 148(2),
197(3), 200(2), 203(3), 204A(3) Kanun Tanah Negara 1965.
|
‘Form
20 [paragraph 19(4)] Penang Land Rule 2005', Cancellation Of An Application In
The Register Document title’; Seksyen 138(5), 143(5), 149(5), 198(5)(b),
201(5)(b), 204E(5)(b), 204F(2) Kanun Tanah Negara 1965.
|
04.
|
Warta seksyen 4
Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 yang luput selepas 12 bulan.
|
Dibuat berdasarkan peruntukan seksyen 4(3) Akta
Pengambilan Balik Tanah 1960.
|
05.
|
Warta seksyen 8
Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 yang luput selepas 2 tahun.
|
Dibuat berdasarkan
peruntukan seksyen 8(4) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
|
6. Walaubagaimanapun, terdapat endosan usang/lama di dalam hakmilik di bawah
seksyen 97 (2) Kanun Tanah Negara rujuk jadual di atas bil. 02. yang dibiarkan
oleh Pendaftar
Hakmilik dan Pentadbir Tanah serta tidak diambil tindakan
sepatutnya. Merujuk seksyen 8. Akta Had Masa 1953 tindakan tersebut tidak boleh
diambil selepas tamat tempoh satu tahun:
Had masa bagi
tindakan tertentu mengenai perkara hasil
8. Sesuatu tindakan—
(a) untuk mengetepikan apa-apa jualan menurut perintah
Pemungut atau mana-mana pegawai hasil lain;
(b) untuk mengetepikan apa-apa jualan bagi mendapatkan
tunggakan hasil Kerajaan atau hasil Negeri atau bagi mendapatkan bayaran
apa-apa tuntutan yang boleh didapatkan sebagai tunggakan sedemikian;
(c) untuk mengetepikan apa-apa penahanan, pajakan, atau
pemindahan sesuatu harta tak alih oleh pihak berkuasa hasil bagi mendapatkan
tunggakan hasil Kerajaan atau Negeri;
(d) terhadap Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri
untuk mendapatkan kembali wang yang dibayar dengan protes bagi menyelesaikan
sesuatu tuntutan yang dibuat oleh pihak berkuasa hasil oleh sebab tunggakan
hasil atau oleh sebab tuntutan yang boleh
didapatkan sebagai tunggakan sedemikian,
tidak
boleh dibawa selepas tamatnya tempoh satu tahun dari tarikh jualan itu disahkan
atau selainnya telah menjadi terakhir atau muktamad sekiranya tindakan itu
tidak dibawa atau apabila penahanan itu terhenti atau pemindahan atau bayaran
dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.
7. Oleh demikian, peruntukkan perundangan (punca
kuasa) yang ada adalah di perkara 3 di atas ; Seksyen
101 Rent, National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963 dan
perkara 4; Rules 18 Rate of
rent, Penang (3) & (4) Land
Rule 2021. Bagaimanapun, Pihak
Berkuasa Negeri membuat kaedah-kaedah di bawah seksyen 14(1)(j) dan menyemak
semula sewa secara berkala seksyen 101 Kanun Tanah Negara (akta 828).
8. Sehubungan itu Pentadbiran ini bolehlah merujuk
perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN), selaras ‘Cabutan
Minit Jawatankuasa Tanah Bil. 2/2015’ (lampiran). Sekiranya perlu bolehlah
merujuk juga kepada Jabatan Audit Negara kerana Cukai Tanah / Cukai Petak
adalah ‘wang awam’ merujuk seksyen 2(2) Akta Audit 1957, iaitu:
Tafsiran
2. (2) Walau apa
pun peruntukan dalam subseksyen 1(2), dalam pemakaiannya bagi Akta ini,
ungkapan “wang awam” termasuklah wang yang diterima oleh atau untuk mana-mana
pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau
Negeri dan ungkapan “simpanan awam” meliputi catel yang menjadi harta atau
berada dalam milik atau di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa sedemikian.
9. Oleh demikian, had kuasa
di bawah seksyen 380. dan 381. Kanun Tanah Negara 1965 adalah kuasa-kuasa
pembetulan, pemotongan dan pembatalan yang dimaksudkan dalam
perenggan-perenggan di atas tidaklah boleh digunakan untuk membatalkan sesuatu
dokumen hakmilik atau mengisytiharkannya sebagai tidak sah. Pendaftar Hakmilik
atau Pentadbir Tanah juga tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu
suratcara urusan yang telah didaftarkan atau mengisytiharkannya sebagai tidak
sah. Bagi kesilapan-kesilapan seperti ini, tindakan di bawah seksyen 419 Kanun
Tanah Negara hendaklah diambil iaitu merujuk perkara itu ke Mahkamah Tinggi
supaya diisytiharkan dokumen hakmilik atau suratcara urusan itu sebagai tidak
sah.
Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:
Pentadbiran ini dapat menasihati
Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik untuk membuat tindakan di bawah seksyen 380. dan 381.
Kanun Tanah Negara 1965 dengan tepat dan mematuhi
kehendak Undang-undang dan Pekeliling-pekeliling
berkaitan. Sekiranya perlu mengeluarkan suatu arahan Pengarah Tanah dan Galian
Negeri terkini selaras mengikut seksyen 380(2) Kanun Tanah Negara.
Sehubungan itu, saya mencadangkan
pentadbiran ini untuk membuat kursus/bengkel/seminar dengan kerjasama Institut
Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) kepada Pentadbir-pentadbir Tanah dan Pendaftar-pendaftar
Hakmilik dalam memahami proses tindakan tersebut.
Justeru itu, dengan adanya ‘PANDUAN BERHUBUNG PEMBETULAN PINDAAN CUKAI TANAH DI
DALAM AKAUN CUKAI TANAH DAN DOKUMEN HAKMILIK INTERIM REGISTER (I.R) DI BAWAH
SEKSYEN 380 DAN TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 381 KANUN TANAH NEGARA’ dapat membantu Pentadbir Tanah dan Pendaftar
Hakmilik dalam membuat tindakan yang tepat, bagi mematuhi peruntukan
Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri Pulau
Pinang.