Rabu, 8 November 2023

KERTAS KERJA UNTUK PERTIMBANGAN MEWUJUDKAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT40 / PEGAWAI TADBIR GRED N41 (UNTUK PENOLONG PEGAWAI TANAH BERKELAYAKAN) DI UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN), PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

 

1.0     TUJUAN

 

1.1 Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan Kerajaan mengenai cadangan mewujudkan jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41 (untuk Penolong Pegawai Tanah berkelayakan) di Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

 

1.2 Bertanggungjawab membantu UPEN menjalankan tugas-tugas pengurusan pentadbiran tanah di peringkat kumpulan pengurusan/pelaksana berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urus niaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.

 

 

2.0     LATARBELAKANG

 

2.1 Dengan adanya perjawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41 (untuk Penolong Pegawai Tanah berkelayakan) dapat membantu UPEN mengkaji, meneliti, menganalisa dan merangka dasar-dasar, program/aktiviti Pembangunan negeri dalam aspek sosio-ekonomi sectoral dan makro. Dimana UPEN juga bertanggungjawab menyediakan perancangan program/projek seperti Rancang Malaysia Lima Tahun (RMK) dan Rancangan Pembangunan Tahunan Negeri. Sehubungan ini UPEN adalah merupakan pusat maklumat dan rujukan berkenaan kajian/data/laporan berkaitan sosio-ekonomi dari aspek pengurusan dan teknikal pentadbiran serta perundangan tanah.

 

2.2 Cadangan perjawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41 (untuk Penolong Pegawai Tanah berkelayakan):

 

JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT40 / PEGAWAI TADBIR GRED N41

 

Perjawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41 yang baharu ini memperuntuk perbekalan seperti berikut:

 

 

Gred Gaji/ Gred Jawatan:

 

(a)  Gred gaji/ gred jawatan ialah Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41.

 

Kenaikan Pangkat Ke Penolong Pegawai Tanah NT40

 

Penolong Pegawai Tanah Gred NT36 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 yang kosong apabila telah:

 

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

 

 

Syarat Lantikan Pegawai Tadbir Gred N41 (untuk Penolong Pegawai Tanah berkelayakan):

 

(a)  Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(b) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM

    atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL):

 

Penolong Pegawai Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan lulus Peperiksaan Khas; dan

 

 had umur pelantikan:

 

            i.        berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

           ii.        berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

         iii.        berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 

3.0     ASAS PERTIMBANGAN

 

3.1 Wujudnya Perjawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41 di Pentadbiran UPEN ini boleh menambahbaik pentadbiran ke tahap yang cemerlang, dan memenuhi hasrat kerajaan dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan negeri ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik serta mencapai hasrat visi pembangunan kerajaan negeri.

 

3.2 Cadangan Penambahan perjawatan ini dapat membantu kumpulan pengurusan/pelaksana UPEN dalam mengatasi isu-isu kelemahan pentadbiran ini dalam aspek pengurusan pentadbiran tanah yang lebih fokus kepada undang-undang berkaitan tanah seperti Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, Peraturan-peraturan Tanah Negeri, Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah/Pengarah Tanah dan Galian serta lain-lain undang-undang tanah berkaitan.

 

3.3 Selain itu, dapat memberi anjakan paradigma ke arah kecemerlangan pentadbiran UPEN dalam pengurusan teknikal dan perundangan tanah untuk melahirkan kepimpinan yang berwibawa dalam tadbir urus tanah. Kepimpinan ini hendaklah wujud di semua peringkat pentadbiran UPEN, negeri dan juga daerah.

 

4.0      IMPLIKASI KEWANGAN

 

4.1 Jika kerajaan bersetuju menimbangkan penambahan jawatan ini sudah pasti ianya akan melibatkan pertambahan kewangan. Walaubagaimanapun, ini akan menambahbaik pentadbiran UPEN ke tahap yang cemerlang, dan memenuhi hasrat kerajaan dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan negeri ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik serta mencapai hasrat visi pembangunan kerajaan negeri.

 

5.0     KESIMPULAN

 

5.1 Kepimpinan dalam pentadbiran UPEN dalam pemerkasaan tadbir urus tanah adalah berkait rapat dengan pengetahuan dalam pengurusan dan pentadbiran tanah. Pemimpin yang efektif adalah pemimpin-pemimpin yang berpengetahuan yang dapat membimbing dengan menentukan arah tuju dan visi organisasinya. Ini bererti setiap pemimpin pentadbiran UPEN perlu diberi pendedahan; latihan dan kemahiran yang secukupnya supaya mempunyai pengetahuan yang mendalam serta meluas dalam pentadbiran tanah dan seterusnya dapat mencorakkan perkhidmatan pentadbiran negeri yang unggul dan dihormati umum. Akhirnya, sikap yang positif di peringkat kumpulan pengurusan/pelaksana UPEN amatlah penting dalam merealisasikan hasrat murni ini.

 

6.0     SYOR

 

6.1 Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dipohon pentadbiran UPEN menimbangkan syor untuk mewujudkan perjawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT40 / Pegawai Tadbir N41 di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.


PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...