i) Harta Pusaka Besar
Permohonan untuk mendapat surat kuasa mentadbir di bawah
kategori harta pusaka besar hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil.
Permohonan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta
itu (termasuk Amanah Raya Berhad dan Baitulmal). Pentadbirannya adalah
tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Permohonan hendaklah dibuat
di Mahkamah yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan
surat kuasa mentadbir pusaka.
Setelah Surat kuasa mentadbir pusaka diperoleh, pentadbir
hendaklah mendaftarkan dirinya di pejabat tanah supaya semua surat-surat hak
milik tersebut didaftarkan atas pemohon sebagai pemegang amanah harta si mati.
Setelah itu pentadbir perlu menyenaraikan semua aset si mati (selepas membuat
carian) dan mendapatkan Perintah Faraid dari Mahkamah Syariah. Pentadbir
bertanggung jawab untuk menyelesaikan liabiliti-liabiliti si mati termasuklah
kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati. Kemudian, pentadbir
hendaklah memohon satu perintah pembahagian harta pusaka di Mahkamah Tinggi
Sivil. Pembahagian tersebut boleh dibuat mengikut hukum faraid atau secara
muafakat (takharuj dalam kalangan waris).
(ii) Harta Pusaka Kecil
Harta pusaka kecil adalah harta pusaka yang tertakluk di bawah
Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu si mati yang meninggalkan
harta tak alih sahaja atau harta tak alih beserta dengan harta alih dan nilai
kesemuanya tidak melebihi RM 2,000,000. Permohonan pembahagian bagi harta
pusaka kecil boleh dibuat oleh (a) Waris simati seperti balu lelaki atau
perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam
(Baitulmal) dan sebagainya; (b) Pemiutang dan pengkaveat; (c) Pembeli di bawah
surat perjanjian jual beli yang sah; (d) Pemegang gadaian atau pemegang pajakan
tanah si mati; (e) Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh
Pentadbir Tanah; ( f) Amanah Raya Berhad. Permohonan dibuat dengan mengisi
borang A dan mengemukakan beberapa dokumen termasuk sijil kematian, permit
pengkuburan dan dokumen berkaitan harta si mati serta sijil carian harta.
Borang A hendaklah diserahkan di Unit Pembahagian Pusaka Kecil,
JKPTG terdekat. Notis Perbicaraan akan dikeluarkan selepas itu melalui borang D
dan semua waris dikehendaki hadir. Waris yang tidak dapat hadir boleh kemukakan
surat persetujuan (Borang DDA). Perbicaraan diadakan bagi menentukan harta si
mati, menentukan waris si mati, menentukan bahagian waris dan menentukan cara
pembahagian. Penyelesaian pusaka akan dibuat oleh Pegawai Pusaka Kecil mengikut
hukum syarak atau secara muafakat jika semua waris yang berhak mewarisi harta
pusaka si mati bersetuju (takharuj). Pembahagian dilakukan setelah pentadbir
yang dilantik melalui borang F menyelesaikan kos belanja pengebumian dan
hutang-piutang si mati. Satu perintah pembahagian akan dikeluarkan kemudiannya
melalui borang E dan pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran)
ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian
tersebut.
(iii) Harta Pusaka Ringkas
Harta pusaka ringkas adalah terdiri daripada harta alih sahaja
seperti wang tunai tidak melebihi RM 600,000.00, saham-saham, Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera
(ASB), kereta, wang simpanan di dalam bank dan sebagainya. Permohonan untuk
pembahagian harta pusaka ringkas ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah
Perbadanan Amanah Raya Berhad. Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan
jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju (takharuj).
Pembahagian dilakukan setelah pentadbir yang dilantik menyelesaikan kos belanja
pengebumian dan hutang-piutang si mati.
Perintah Pembahagian
Perintah pembahagian ialah perintah yang dibuat oleh pihak
pemutus dan perintah ini mempunyai kuatkuasa perundangan. Perintah ini perlu
dibawa ke pejabat tanah (jika melibatkan harta tak alih) untuk didaftarkan.
Perintah Pembahagian harta pusaka orang Islam dibuat dengan mematuhi hukum
Islam (faraid) atau secara muafakat (persetujuan di kalangan ahli waris).
Harta Pusaka
Harta Pusaka ialah harta yang ditinggal oleh seseorang yang mati
untuk diwarisi oleh ahli keluarganya serta yang lain. Harta yang dimaksudkan
itu ialah segala harta peninggalan simati yang meliputi harta alih dan harta
tak alih setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan
kepada pihak-pihak yang berhak menurut undang-undang. Ia tidak termasuk harta
yang telah diberi kepada orang lain semasa hayatnya, harta yang telah dijual
oleh simati, harta yang telah diwakafkan, harta yang dipegang amanah oleh
simati, pencen (termasuk pencen terbitan), ganjaran dan Socso serta pemberian
oleh orang yang menziarahi simati.
Harta-harta pusaka boleh dikategorikan seperti:
(a) Harta tak alih iaitu harta yang tidak boleh dipindah atau
diubah dari tempat asalnya seperti tanah, bangunan, kebun, ladang dan rumah.
(b) Harta alih, iaitu harta yang boleh dipindah atau diubah dari
tempatnya sama ada bentuk dan keadaannya kekal dengan dipindahkan atau berubah
bentuknya seperti wang ringgit, barangan perniagaan, saham, akaun simpanan
bank, simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), manfaat takaful,
peralatan rumah, kenderaan, barang kemas, dan sebagainya.
(c) Gabungan harta tak alih dengan harta alih. Contohnya, si
mati meninggalkan dua bidang tanah dan wang simpanan di Lembaga Tabung Haji.
Jenis-jenis harta
pusaka
Harta Pusaka Kecil
Harta Pusaka Kecil ialah harta yang tertakluk di bawah Akta
Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu si mati yang meninggalkan harta tak
alih (tanah) sahaja atau harta tak alih beserta dengan harta alih dan nilai
kesemuanya tidak melebihi RM 2,000,000.
Harta Pusaka Besar (dikenali juga harta
pusaka biasa)
Harta Pusaka Besar iaitu semua jenis harta peninggalan si mati,
dengan wasiat atau tanpa wasiat, dan (i) harta alih dan harta tak alih yang
bernilai RM 2,000,000.00 ke atas kesemuanya; (ii) harta tak alih (tanah) yang
bernilai lebih daripada RM 2,000,000.00; dan (iii) dengan wasiat walaupun nilai
kesemuanya kurang daripada RM 2,000,000.00.
Harta pusaka ringkas
Harta si mati yang hanya meninggalkan harta alih sahaja dan
nilainya tidak melebihi RM 600,000.00 berpandukan kepada Akta Perbadanan Amanah
Raya 1995.
Pentadbiran harta
pusaka orang Islam
Pentadbiran harta pusaka orang Islam bermaksud suatu proses
berkaitan harta pusaka si mati yang melibatkan pengumpulan harta si mati,
penyelesaian hutang dan baki sebelum dibahagikan kepada waris yang berhak. Ini
bermakna sebelum suatu perintah pembahagian
pusaka dibuat, satu proses pentadbiran pusaka perlu dilalui.
Proses ini melibatkan proses permohonan oleh orang yang layak untuk mentadbir
harta pusaka, proses carian harta pusaka si mati, permohonan perintah dan
pengeluaran perintah pembahagian pusaka itu sendiri.
Penentuan harta Pusaka
Perkara pokok dalam pentadbiran harta pusaka adalah untuk
mengenalpasti harta si mati yang dikategorikan sebagai harta pusaka sama ada
dalam bentuk harta alih ataupun harta tak alih. Sebelum harta si mati menjadi
pusaka, perlu dipastikan beberapa perkara seperti;
(i) Belanja menguruskan jenazah
Perbelanjaan menguruskan jenazah yang diambil dari harta si mati
seperti pembelian peralatan kafan, upah memandikan jenazah, menggali kubur
membawa jenazah ke kubur sama ada diusung atau dengan kereta jenazah.
(ii) Hutang
Hutang si mati perlu dipastikan dan seterusnya diselesaikan
terlebih dahulu termasuklah hutang si mati dengan Allah seperti badal haji
(sekiranya meninggal dunia tanpa sempat menunaikan haji), fidyah dan kaffarah.
(iii) Wasiat
Sebarang pernyataan niat si mati ke atas hartanya untuk dilaksanakan
selepas kematiannya adalah wasiat yang mana sekiranya si mati mewasiatkan satu
pertiga dari hartanya untuk dibahagikan kepada bukan waris, maka harta yang
diwasiatkan itu tidaklah menjadi sebahagian harta pusaka.
(iv) Hibah
Suatu aqad yang mengandungi pemberian milik oleh si mati
terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan
('iwad). Contohnya dengan menukarkan nama orang yang diberikan hibah ke dalam
geran tanah atau rumah atau kereta. Harta itu bukan lagi milik si mati dan
terkeluar dari senarai harta pusaka.
(v) Harta Sepencarian
Harta Sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami
isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan
oleh Hukum Syarak. Jika berlaku kematian, contohnya kematian suami, isteri
berhak menuntut harta sepencarian dan harta itu tidak terjatuh dalam harta
pusaka. Ini bermakna jika berlaku kematian si suami, si isteri berhak menuntut
harta sepencarian dan juga hak faraid.
Penentuan ahli waris
Ahli waris ialah orang yang berhak menerima pusaka daripada
simati. Penentuan ini bersumberkan dari al-Quran, al-Sunnah, Ijmak sahabat dan
ijtihad. Sumber ini bukan sahaja dari aspek penentuan ahli waris tetapi juga
bahagian-bahagian yang patut diterima oleh ahli
waris tersebut dalam hal tertentu. Penentuan ini juga perlu
mematuhi rukun dan syarat pusaka, serta kategori waris dan kadarnya. Penentuan
ahli waris dan kadarnya ditentukan oleh Mahkamah Syariah dengan pengeluaran
Perintah Faraid. Perintah Faraid akan memperuntukan bahagian yang akan diterima
oleh waris dan pembahagian dibuat mengikut Hukum Faraid atau Pusaka Islam.
Bagaimanapun, semasa pembahagian, ahli waris boleh membuat persetujuan dan
mengemukakan Surat Persetujuan dan juga Penolakan (Takharuj).
Membuat permohonan:
Prosedur pembahagan harta Pusaka hendaklah mengikut prosedur
yang ditetapkan.
(i) Harta Pusaka Besar
Pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Probet dan
Pentadbiran 1959. Permohonan untuk mendapat surat kuasa mentadbir dibuat di
Mahkamah Tinggi Sivil. Permohonan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai
kepentingan terhadap harta itu (termasuk Amanah Raya Berhad). Permohonan
hendaklah dibuat di Mahkamah yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati
untuk mendapatkan sama ada surat kuasa mentadbir pusaka. Setelah Surat kuasa
mentadbir pusaka diperolehi, pentadbir hendaklah mendaftarkan dirinya di
pejabat tanah supaya semua surat-surat hak milik tersebut didaftarkan atas
pemohon sebagai pemegang harta si mati. Setelah itu pentadbir perlu menyenaraikan
semua aset si mati (selepas membuat carian) dan mendapatkan Perintah Faraid
dari Mahkamah Syariah. Kemudian, dia hendaklah memohon satu perintah harta
pusaka mengikut hukum faraid. Pembahagian dibuat samada secara persetujuan
bersama atau ikut hukum faraid.
(ii) Harta Pusaka Kecil
Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat oleh (a)
Waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan,
ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya; (b) Pemiutang dan
pengkaveat; (c) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah; (d)
Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati; (e) Penghulu atau Pegawai
Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah; ( f) Amanah Raya Berhad.
Permohonan dibuat dengan mengisi borang A dan mengemukakan beberapa dokumen
termasuk sijil kematian, permit pengkuburan dan dokumen berkaitan harta si mati
serta sijil carian harta. Borang A hendaklah diserahkan di Unit Pembahagian
Pusaka/Pejabat Tanah terdekat. Penyelesaian pusaka akan dibuat oleh Pegawai
Pusaka Kecil mengikut hukum syarak. Pembahagian secara muafakat boleh
dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati
bersetuju. Satu perintah pembahagian akan dikeluarkan. Pihak waris hendaklah
mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan
pendaftaran perintah pembahagian tersebut.
(iii) Harta Pusaka Ringkas
Harta pusaka ringkas adalah terdiri daripada harta alih sahaja
tanpa wasiat seperti wang tunai tidak melebihi RM 600,000.00, saham-saham,
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah
Saham Bumiputera (ASB), kereta, wang simpanan di dalam bank dan sebagainya.
Permohonan untuk pembahagian harta pusaka ringkas ini hendaklah dibuat kepada
Ketua Pengarah Perbadanan Amanah Raya Berhad. Pembahagian harta pusaka tersebut
dibuat kepada waris-waris yang berhak mengikut kadar tertentu seperti mana yang
dinyatakan di dalam perintah faraid daripada mahkamah syariah.
Perintah Pembahagian
Perintah pembahagian ialah perintah yang dibuat oleh pihak
pemutus dan perintah ini mempunyai kuatkuasa perundangan. Perintah ini perlu
dibawa ke pejabat tanah (jika melibatkan harta tak alih) untuk didaftarkan.
Perintah Pembahagian harta pusaka orang Islam dibuat dengan mematuhi hukum
Islam (faraid) atau secara muafakat (persetujuan dikalangan ahli waris).
3 ulasan:
Good info.☺
tq..
terima kasih info....Tuan saya ni adalah memiliki tanah di kawasan Pulau Pinang... Tapi macam saya malas lah nak ambil peduli.... memang harga tanah tu nilainya mencecah juta(ya lah tanah pulau pinang kot).... kalau ikut kami adalah lapis generasi keempat tak tau berapa ramai lagi nak di bahagi entah entah nak letak sebiji cabin pun tak lepas jadi tak lah sampai berjuta untuk seorang saya pula adalah perempuan dan dan ada adik beradik lain.... tanah tu cuma 1 ekar tapi semakin berkurang lah memandangkan perlu ada rezab jalan dan sebagainya..... sekarang ni tanah tersebut diduduki oleh mak sedara kami (3 pupu) tak tau lah nak pangkat apa.... adalah macam2 permintaan tanpa lawyer. ada cadangan kah supaya dapat meleraikan sedikit kekusutan.... kami lapis ke-4 ni pun dah ada yang memandai-mandai takut juga.....
Catat Ulasan