Rabu, 30 Disember 2020

harta pusaka

 i) Harta Pusaka Besar

Permohonan untuk mendapat surat kuasa mentadbir di bawah kategori harta pusaka besar hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Permohonan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta itu (termasuk Amanah Raya Berhad dan Baitulmal). Pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir pusaka.

Setelah Surat kuasa mentadbir pusaka diperoleh, pentadbir hendaklah mendaftarkan dirinya di pejabat tanah supaya semua surat-surat hak milik tersebut didaftarkan atas pemohon sebagai pemegang amanah harta si mati. Setelah itu pentadbir perlu menyenaraikan semua aset si mati (selepas membuat carian) dan mendapatkan Perintah Faraid dari Mahkamah Syariah. Pentadbir bertanggung jawab untuk menyelesaikan liabiliti-liabiliti si mati termasuklah kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati. Kemudian, pentadbir hendaklah memohon satu perintah pembahagian harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil. Pembahagian tersebut boleh dibuat mengikut hukum faraid atau secara muafakat (takharuj dalam kalangan waris).

(ii) Harta Pusaka Kecil

Harta pusaka kecil adalah harta pusaka yang tertakluk di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu si mati yang meninggalkan harta tak alih sahaja atau harta tak alih beserta dengan harta alih dan nilai kesemuanya tidak melebihi RM 2,000,000. Permohonan pembahagian bagi harta pusaka kecil boleh dibuat oleh (a) Waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya; (b) Pemiutang dan pengkaveat; (c) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah; (d) Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah si mati; (e) Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah; ( f) Amanah Raya Berhad. Permohonan dibuat dengan mengisi borang A dan mengemukakan beberapa dokumen termasuk sijil kematian, permit pengkuburan dan dokumen berkaitan harta si mati serta sijil carian harta.

Borang A hendaklah diserahkan di Unit Pembahagian Pusaka Kecil, JKPTG terdekat. Notis Perbicaraan akan dikeluarkan selepas itu melalui borang D dan semua waris dikehendaki hadir. Waris yang tidak dapat hadir boleh kemukakan surat persetujuan (Borang DDA). Perbicaraan diadakan bagi menentukan harta si mati, menentukan waris si mati, menentukan bahagian waris dan menentukan cara pembahagian. Penyelesaian pusaka akan dibuat oleh Pegawai Pusaka Kecil mengikut hukum syarak atau secara muafakat jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju (takharuj). Pembahagian dilakukan setelah pentadbir yang dilantik melalui borang F menyelesaikan kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati. Satu perintah pembahagian akan dikeluarkan kemudiannya melalui borang E dan pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.

(iii) Harta Pusaka Ringkas

Harta pusaka ringkas adalah terdiri daripada harta alih sahaja seperti wang tunai tidak melebihi RM 600,000.00, saham-saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), kereta, wang simpanan di dalam bank dan sebagainya. Permohonan untuk pembahagian harta pusaka ringkas ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Perbadanan Amanah Raya Berhad. Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju (takharuj). Pembahagian dilakukan setelah pentadbir yang dilantik menyelesaikan kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati.

Perintah Pembahagian

Perintah pembahagian ialah perintah yang dibuat oleh pihak pemutus dan perintah ini mempunyai kuatkuasa perundangan. Perintah ini perlu dibawa ke pejabat tanah (jika melibatkan harta tak alih) untuk didaftarkan. Perintah Pembahagian harta pusaka orang Islam dibuat dengan mematuhi hukum Islam (faraid) atau secara muafakat (persetujuan di kalangan ahli waris).

Harta Pusaka

Harta Pusaka ialah harta yang ditinggal oleh seseorang yang mati untuk diwarisi oleh ahli keluarganya serta yang lain. Harta yang dimaksudkan itu ialah segala harta peninggalan simati yang meliputi harta alih dan harta tak alih setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berhak menurut undang-undang. Ia tidak termasuk harta yang telah diberi kepada orang lain semasa hayatnya, harta yang telah dijual oleh simati, harta yang telah diwakafkan, harta yang dipegang amanah oleh simati, pencen (termasuk pencen terbitan), ganjaran dan Socso serta pemberian oleh orang yang menziarahi simati.

Harta-harta pusaka boleh dikategorikan seperti:

(a) Harta tak alih iaitu harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya seperti tanah, bangunan, kebun, ladang dan rumah.

(b) Harta alih, iaitu harta yang boleh dipindah atau diubah dari tempatnya sama ada bentuk dan keadaannya kekal dengan dipindahkan atau berubah bentuknya seperti wang ringgit, barangan perniagaan, saham, akaun simpanan bank, simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), manfaat takaful, peralatan rumah, kenderaan, barang kemas, dan sebagainya.

(c) Gabungan harta tak alih dengan harta alih. Contohnya, si mati meninggalkan dua bidang tanah dan wang simpanan di Lembaga Tabung Haji.

Jenis-jenis harta pusaka

Harta Pusaka Kecil

Harta Pusaka Kecil ialah harta yang tertakluk di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu si mati yang meninggalkan harta tak alih (tanah) sahaja atau harta tak alih beserta dengan harta alih dan nilai kesemuanya tidak melebihi RM 2,000,000.

Harta Pusaka Besar (dikenali juga harta pusaka biasa)

Harta Pusaka Besar iaitu semua jenis harta peninggalan si mati, dengan wasiat atau tanpa wasiat, dan (i) harta alih dan harta tak alih yang bernilai RM 2,000,000.00 ke atas kesemuanya; (ii) harta tak alih (tanah) yang bernilai lebih daripada RM 2,000,000.00; dan (iii) dengan wasiat walaupun nilai kesemuanya kurang daripada RM 2,000,000.00.

Harta pusaka ringkas

Harta si mati yang hanya meninggalkan harta alih sahaja dan nilainya tidak melebihi RM 600,000.00 berpandukan kepada Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

Pentadbiran harta pusaka orang Islam

Pentadbiran harta pusaka orang Islam bermaksud suatu proses berkaitan harta pusaka si mati yang melibatkan pengumpulan harta si mati, penyelesaian hutang dan baki sebelum dibahagikan kepada waris yang berhak. Ini bermakna sebelum suatu perintah pembahagian

pusaka dibuat, satu proses pentadbiran pusaka perlu dilalui. Proses ini melibatkan proses permohonan oleh orang yang layak untuk mentadbir harta pusaka, proses carian harta pusaka si mati, permohonan perintah dan pengeluaran perintah pembahagian pusaka itu sendiri.

Penentuan harta Pusaka

Perkara pokok dalam pentadbiran harta pusaka adalah untuk mengenalpasti harta si mati yang dikategorikan sebagai harta pusaka sama ada dalam bentuk harta alih ataupun harta tak alih. Sebelum harta si mati menjadi pusaka, perlu dipastikan beberapa perkara seperti;

(i) Belanja menguruskan jenazah

Perbelanjaan menguruskan jenazah yang diambil dari harta si mati seperti pembelian peralatan kafan, upah memandikan jenazah, menggali kubur membawa jenazah ke kubur sama ada diusung atau dengan kereta jenazah.

(ii) Hutang

Hutang si mati perlu dipastikan dan seterusnya diselesaikan terlebih dahulu termasuklah hutang si mati dengan Allah seperti badal haji (sekiranya meninggal dunia tanpa sempat menunaikan haji), fidyah dan kaffarah.

(iii) Wasiat

Sebarang pernyataan niat si mati ke atas hartanya untuk dilaksanakan selepas kematiannya adalah wasiat yang mana sekiranya si mati mewasiatkan satu pertiga dari hartanya untuk dibahagikan kepada bukan waris, maka harta yang diwasiatkan itu tidaklah menjadi sebahagian harta pusaka.

(iv) Hibah

Suatu aqad yang mengandungi pemberian milik oleh si mati terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan ('iwad). Contohnya dengan menukarkan nama orang yang diberikan hibah ke dalam geran tanah atau rumah atau kereta. Harta itu bukan lagi milik si mati dan terkeluar dari senarai harta pusaka.

(v) Harta Sepencarian

Harta Sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Jika berlaku kematian, contohnya kematian suami, isteri berhak menuntut harta sepencarian dan harta itu tidak terjatuh dalam harta pusaka. Ini bermakna jika berlaku kematian si suami, si isteri berhak menuntut harta sepencarian dan juga hak faraid.

Penentuan ahli waris

Ahli waris ialah orang yang berhak menerima pusaka daripada simati. Penentuan ini bersumberkan dari al-Quran, al-Sunnah, Ijmak sahabat dan ijtihad. Sumber ini bukan sahaja dari aspek penentuan ahli waris tetapi juga bahagian-bahagian yang patut diterima oleh ahli

waris tersebut dalam hal tertentu. Penentuan ini juga perlu mematuhi rukun dan syarat pusaka, serta kategori waris dan kadarnya. Penentuan ahli waris dan kadarnya ditentukan oleh Mahkamah Syariah dengan pengeluaran Perintah Faraid. Perintah Faraid akan memperuntukan bahagian yang akan diterima oleh waris dan pembahagian dibuat mengikut Hukum Faraid atau Pusaka Islam. Bagaimanapun, semasa pembahagian, ahli waris boleh membuat persetujuan dan mengemukakan Surat Persetujuan dan juga Penolakan (Takharuj).

Membuat permohonan:

Prosedur pembahagan harta Pusaka hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan.

(i) Harta Pusaka Besar

Pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Permohonan untuk mendapat surat kuasa mentadbir dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Permohonan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta itu (termasuk Amanah Raya Berhad). Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan sama ada surat kuasa mentadbir pusaka. Setelah Surat kuasa mentadbir pusaka diperolehi, pentadbir hendaklah mendaftarkan dirinya di pejabat tanah supaya semua surat-surat hak milik tersebut didaftarkan atas pemohon sebagai pemegang harta si mati. Setelah itu pentadbir perlu menyenaraikan semua aset si mati (selepas membuat carian) dan mendapatkan Perintah Faraid dari Mahkamah Syariah. Kemudian, dia hendaklah memohon satu perintah harta pusaka mengikut hukum faraid. Pembahagian dibuat samada secara persetujuan bersama atau ikut hukum faraid.

(ii) Harta Pusaka Kecil

Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat oleh (a) Waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya; (b) Pemiutang dan pengkaveat; (c) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah; (d) Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati; (e) Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah; ( f) Amanah Raya Berhad. Permohonan dibuat dengan mengisi borang A dan mengemukakan beberapa dokumen termasuk sijil kematian, permit pengkuburan dan dokumen berkaitan harta si mati serta sijil carian harta. Borang A hendaklah diserahkan di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah terdekat. Penyelesaian pusaka akan dibuat oleh Pegawai Pusaka Kecil mengikut hukum syarak. Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju. Satu perintah pembahagian akan dikeluarkan. Pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.

(iii) Harta Pusaka Ringkas

Harta pusaka ringkas adalah terdiri daripada harta alih sahaja tanpa wasiat seperti wang tunai tidak melebihi RM 600,000.00, saham-saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), kereta, wang simpanan di dalam bank dan sebagainya. Permohonan untuk pembahagian harta pusaka ringkas ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Perbadanan Amanah Raya Berhad. Pembahagian harta pusaka tersebut dibuat kepada waris-waris yang berhak mengikut kadar tertentu seperti mana yang dinyatakan di dalam perintah faraid daripada mahkamah syariah.

Perintah Pembahagian

Perintah pembahagian ialah perintah yang dibuat oleh pihak pemutus dan perintah ini mempunyai kuatkuasa perundangan. Perintah ini perlu dibawa ke pejabat tanah (jika melibatkan harta tak alih) untuk didaftarkan. Perintah Pembahagian harta pusaka orang Islam dibuat dengan mematuhi hukum Islam (faraid) atau secara muafakat (persetujuan dikalangan ahli waris).

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good info.☺

izuafdie berkata...

tq..

aira berkata...

terima kasih info....Tuan saya ni adalah memiliki tanah di kawasan Pulau Pinang... Tapi macam saya malas lah nak ambil peduli.... memang harga tanah tu nilainya mencecah juta(ya lah tanah pulau pinang kot).... kalau ikut kami adalah lapis generasi keempat tak tau berapa ramai lagi nak di bahagi entah entah nak letak sebiji cabin pun tak lepas jadi tak lah sampai berjuta untuk seorang saya pula adalah perempuan dan dan ada adik beradik lain.... tanah tu cuma 1 ekar tapi semakin berkurang lah memandangkan perlu ada rezab jalan dan sebagainya..... sekarang ni tanah tersebut diduduki oleh mak sedara kami (3 pupu) tak tau lah nak pangkat apa.... adalah macam2 permintaan tanpa lawyer. ada cadangan kah supaya dapat meleraikan sedikit kekusutan.... kami lapis ke-4 ni pun dah ada yang memandai-mandai takut juga.....

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...