Rabu, 30 Disember 2020

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA - LANJUTAN PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KE ATAS KERETA PENUMPANG (TERMASUK MPV DAN SUV) COMPLETELY KNOCKED-DOWN (CKD), COMPLETELY BUILT-UP (CBU) IMPORT BAHARU DAN CBU IMPORT TERPAKAI DI BAWAH PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

 

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


LANJUTAN PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KE ATAS KERETA PENUMPANG (TERMASUK MPV DAN SUV) COMPLETELY KNOCKED-DOWN (CKD), COMPLETELY BUILT-UP (CBU) IMPORT BAHARU DAN CBU IMPORT TERPAKAI DI BAWAH PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi terus memacu momentum pekembangan sektor automotif, Kementerian Kewangan bersetuju untuk meluluskan lanjutan pengecualian seperti berikut:

 

  1. pengecualian sepenuhnya cukai jualan yang dikenakan ke atas kereta penumpang (termasuk MPV dan SUV) CKD; dan
  2. pengecualian 50 peratus cukai jualan yang dikenakan ke atas kereta penumpang (termasuk MPV dan SUV) CBU import baharu dan CBU import terpakai.

 

Pengecualian ini akan berkuatkuasa dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.


 

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
29 Disember 2020

6 ulasan:

akqqdkqq berkata...

Syukur kerajaan lanjutkan, boleh kumpul duit deposit dulu..��

izuafdie berkata...

terbaik

Aku berkata...

Alhamdulillah... Merasa lah dapat Kereta MPV..... Ahli keluarga dah ramai sedan pun dah x celus.... Boleh lah balik kampung selalu.... Kepada yang sanggup tumpangkan anak2 Aku... Terima kasih banyak2... Semoga Allah memberikan ganjaran kepada kalian.... Kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhiydin terima kasih....

Unknown berkata...

Alhamdulillah

aira berkata...

alhamdulillah..... teringin dapat MPV, tengok orang lain ada MPV pun dah seronok, doa2kan saya pun memiliki MPV..... waktu muda2 dulu nak sporty sangat, dah 4 series ni nak MPV pula. Kepada kerajaan mohon lanjutkan sampai bila2.

izuafdie berkata...

Amiin @aira,
memang waktu muda2 dulu nak2 lah yang macam tu.... bertambah usia kita ni, kita pun nak keluasan kereta bertambah. InsyaAllah dengan izin-Nya aira akan memiliki.

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...