SYAIR RAKIS - Karya Pengiran Shahbandar Mohd Salleh
SYAIR RAKIS
Bismillah itu mula karangan
Kisah rencana dagangan buangan
Digunung larangan asmara guna
Segenap desa pantai saujana
Membawa nasib untung sendiri
Masuk segenap desa dan negeri
Seperti burung lepas tangkapan
Bunga dan buah tiada larangan
Sebut namaku dagangan asmara
Bercerai dengan sanak saudara
Namaku Misa Panji Larangan
Sekarang sudah buanga-buangan
Kompeni itu sangat kuasa
Laksana dewa dari angkasa
Suku dan rial sangat perkasa
Dihurainya ringgit dan laksa.
Pulau Labuan diminta segera
Akan jalan tiang bendera
Disana tempat berkita-kira
Dari Sarawak ke Singapura
Dagang tercengang mendengarkan titah
Hati didalam sangat gelabah
Labuan itu bukannya mudah
Alamat negeri dibawah perintah
Tuanku baik fikir sedikit
Supaya tahu nyaman dan sakit
Dengan Inggeris sudah berkait
Marikan lagi datang memipit.
Negeri tuanku sangat mashyur
Cina dan Keling kedai teratur
Bermacam jenis ada terhambur
Disanalah kelak memberi gugur
Mesyurarat dengan ceteria menteri
Seta iman, khatib dan haji
Supaya masyhur khabar zamani
Itu pun tiada dagang rundingkan
Janku dahulu kepada bilangan
Fikir baharu baik carikan
Akan menjadi kira dan angan.
Rakis kedelapan karangan cukup
Laksana berjalan tiada terikut
Pandai melangkah duri dan ramput
Sedikit tiada menyangkut
Rakis pertama mula disurat
Dengkil dalil negeri dagang melihat
Sebarang negeri dagang melihat
Berbuat sekolah tempat mesyuarat
Ayuhai nasib apakan jadi
Hendak mengajar tiada berani
Tetaou zaman datuk nenek
Khabarnya konon memutar negeri
Nasib sangat badan terlalu
Laksana unggas tercabut bulu
Hendak berkata lidah pun kelu
Lain kupandang masa dahulu
Hairanku handai melihat tukang
Unggas Nuri menjadi enggang
Hairanku sangat terbalik-balik
Negeri yang besar seperti bilik
Udang galah jadi cecudik
Harimau yang garang dapat dimilik
Sudah kehendak Tuhan yang kaya
Gunung yang tinggi menjadi paya
Pari menjadi kura-kura
Bingkarung sudah jadi buaya
Hairanlah dagang ajaib pula
Kehendak Tuhan Azzawajalla
Seekor naga tujuhnya cula
Sekarang menjadi ikan tempala
Nasib tak boleh dikenang lagi
Janji dahulu sudah terbahagi
Unggas tempadu dengan meragi
Jadi geruda di Pauh Janggi
Astaghfirullah hairanku sangat
Air dilaut tiada hangat
Seluang dihulu pandai menyangat
Sumbilang di laut terlompat-lompat
Inilah kehendak Tuhan yang Maabud
Besi melaila menjadi umbut
Unggas dihutan menjadi bubut
Tiadalah boleh mengatakan maksud
Ajaib sekali aku memandang
Jujum yang sakit tiada terbilang
Burung nuri mejadi bebalang
Nyamuk kecil menjadi helang
Itulah kehendak Tuhan semesta
Gunung yang tinggi menjadi rata
Lain menjadi miskin peminta
Nampak dipandang dengan nya kita
PENGENALAN
Kemasyhuran Syair Rakis sememangnya tidak asing lagi kepada masyarakat Brunei
sejak ia mula tersebar dan ianya merupakan hasil karya Pengiran Shahbandar Mohd
Salleh. Naskah asal syair ini tidak hanya dibaca oleh Sultan Abdul Momin bahkan
disalin oleh pembesar-pembesar negara dan orang ramai sebagai bacaan yang
istimewa di masa itu. Tarikh Syair Rakis dikarang pada sekitar TM18.
Terhasilnya Syair Rakis in adalah kerana adanya rasa kesedaran Pengiran
Shahbandar Mohd Salleh atas perubahan terhadap negeri Brunei yang telah
menunjukkan kemunduran yang akan berlaku ke atas Negeri Brunei (Hj. Jamil
Al-Sufri )
Abad ke 19 merupakan zaman yang amat menyedihkan kerana hampir pupus semua
wilayah Brunei ke tangan Inggeris. Pada saat inilah juga cendekiawan Brunei
Pengiran Shahbandar Pengiran Mohd Salleh mencipta sebuah syair yang menimbulkan
berbagai-bagai penafsiran sehingga nyawanya sendiri terkorban. Pengiran Mohd.
Salleh mengarang syair ini semasa perjalanan pulang ke Brunei dari Mukah yakni
tempat beliau membawa diri. Sesampainya ke Brunei dipersembahkanya Syair Rakis
kepada Sultan sebagai buah tangan.
Syair Rakis telah menimbulkan perbagai tafsiran oleh pengakaji sastera dan
sejarah. Walaupun karya ini berbentuk lama yakni Syair tetapi isinya mempunyai
wawasan dan pandangan terus terang yang sekali gus mencerminkan satu transisi
kemodenan. Wawasan atau pandangan atau nasihat yang terdapat dalam syair
terhadap bangsanya sendiri termasuklah politik, eknomi, pendidikan dan
sosialbudaya di Brunei ketika itu.
Badaruddin Haji Othman menganggap Syair Rakis kaya Pengiran ini sebagai
dokumentasi sejarah yang paling penting yang mencatatkan satu gambaran yang
lampau yang telah menjadi titik tolak dalam percaturan sosial politik negara
Brunei (Pulau Broneo dalam hubungan dengan kekuasaan Inggeris (1967).
Tetapi, yang paling menarik mengenai syair ini ialah penempatannya sebagai
titik tolak pemisah antara satera lama dengan moden sehingga ada yang
mengusulkan Pengiran Mohd Salleh diangat sebagai BAPA KESUSASTERAN MELAYU MODEN
dengan alasan-alasan tertentu mereka.
Dalam bidang kesusteraan, pengiran Shahbandar Pengiran Mohd. Salleh merupakan
pembaru dengan karya tunggalnya syair Rakis. Gaya penulisan dan idea-idea yang
terkandung dalam syair ini merupakan aspek pembaruan yang dilahirkannya. Karya
tunggal beliau ini tidak lagi menceritakan kisah-kisah khayal atau kisah puter
puteri raja yang tiada cacatnya, sebaliknya apa yang disembahkanya adalah kisah
yang lebih realistik dan kemanusiaan. Kisah itu lebih menyentuh soal-soal
sosialpolitik dan sosial ekonomi demi kebaikan negaranya.(Haji Hashim, 1993).
Apa pun pendapat tentang Syair Rakis karya pengiran Shahbandar Pengiran Mohd
Salleh baik dari sudut sejarah mahupun sasteranya namum jelas bahawa fungsi
satera selain menghibur ia juga dapat menjadi cerminan sesautu bangsa pada
zaman yang lampau. Ini bertepatan dengan menjadi cermin bangsa tersebut. Dalam
sastera terolah berbagai-bagai ragam manusia dengan catatan hidupnya terutama
mengenai peristiwa suka duka masyarakat Melayu. (Muhammad Abd. Latif, 1980).
KANDUNGAN SYAIR RAKIS
Penulisan Syair Rakis yang dikarang oleh Pengiran Shahbandar Mohd Salleh ini
mengandungi 12 Syair didalamnya. Diawal Syair Rakis yang beliau karang itu
mengandungi segala hasrat dan cita-cita terhadap bangsa dan negaranya, terdapat
beberapa nasihat, teguran malahan pandangan yang merupakan peringatan kepada
Sultan Brunei, Pembesar dan juga rakyat Brunei keseluruhannya pada ketika itu.
Apa yang dikemukan oleh beliau didalm Syair Rakisnya sememangnya berkaitan
dengan pentadbiran dari sudut politik, ekonomi, pendidikan dan agama negara
Brunei ketika itu.
Di sebalik syair yang dikarang beliau banyak mengandungi maklumat yang
berhubung dengan keadaan politik dan juga corak pemerintahan dinegeri-negeri
lain. Dari Syair tersebut beliau ingin meningatkan kepada sultan agar sentiasa
membawa pembesar dan rakyat berunding dan bermuafakat sebelum membuat
keputusan, mengingatkan kepentingan keluasan wilayah Brunei, mengawasi kegiatan
orang asing dan kehadiran orang-orang Inggeris. Selain itu beliau terus
menyedarkan anak bangsanya mengenai keburukan dan niat tidak baik di kalangan orang-orang
Barat terhad Brunei dengan menyedarkan kepada pempin dan rakyat Brunei agar
berhati-hati terhadap pihak Inggeris. Beliau juga mengingatkan kepada Sulatan
Omar Ali Saifuddin II supaya memikirkan semua mengenai janji yang dibuat dengan
pihak Inggeris dahulu, jika baginda terus berpegang pada janji itu tentulah
Brunei akan mendapat kerugian kelak. Beliau tidak ragu mengenai kesenangan dan
kesusahan yang akan diterima setelah bersahabat dengan Inggeris ini kerana
orang Inggeris pandai menggunakan tipu muslihat secara perlahan dan licin.
Pengiran Shahbandar juga ingin mengingatkan kepada pemerintah Brunei agar
menjalankan pentadbiran dan pemerintahan dengan tidak terlalu mementingkan wang
ringgit sahaja sehigga tanggungjawab terhadap bangsa dan negara sendiri
terabai. (Awang Aji bin Hj Hamda, 1990).
Di dalam syair yang dikarang oleh Pengiran Shahbandar Md. Salleh itu terdapat
juga maklumat yang berhubung dengan keadaan ekonomi Brunei. Belaiu menyeru
Sultan Omar Ali Saifuddin II dan rakyat Brunei supaya berfikir mengenai sikap
orang Inggeris yang meminta Pulau Labuan, besar kemungkinan juga akan berputar
belit untuk mendapatkan wilayah yang lain. Apa yang menyusahkan hati beliau
adalah tentang penyeraha Pulau Labuan itu akan banyak merugikan Negeri Brunei
kerana Pulau labuan mempunyai kedudukan yang strategik bukan sahaja dalam
bidang politik malahan yang penting sekali dalam bidang ekonomi Brunei. Dengan
penyerahan Pulau labuan itu kestabilan dan kedudukan Brunei akan tergugat tiak
hanya wilayahnya hilang malahan juga membolehkan pihak British menguatkan
angkatan tenteranya. Brunei juga akan kehilangan sebuah pulau yang berharga
terutamanya dalam perdagangan kerana tempat itu merupakan persinggahan
pedanga-pedagang luar yang memunggah dan mengambil barang dagangan. Belaiu
mencadangkan kepada pihak Kesulatanan Brunei supaya mengambil langkah yang
wajar dalam menangani masalah penyerahan Pulau labuan dengan mencadangkan
supaya Sultan Omar Ali Saifuddin II berunding dan bermuafakat untuk mendapatkan
keputusan yang bersepadu.
Pengiran Shahbandar Md. Salleh mengingatkan bahawa persahabatan Brunei dengan
pihak Britih tidak boleh menjamin keselamtan wilayah Brunei sepenuhnya, ini
disebabkan mereka berminat bersahabat dengan Brunei untuk kepentingan
perniagaan dan perluasaan tanah jajahan mereka. Beliau tetap mengingatkan
mengenai kegiatan mereka seharusnya sentiasa diawasi dan diperhatikan
termasuklah peniaga berbangsa lain khasnya Cina dan Keling dengan menyarankan
agar jangan dibiarkan mereka berniaga tanpa kawalan dan sekatan tertentu.
Selain itu, dalan syairnya ada juga soal pendidikan yang beliau kemukan kerana
beliau juga telah menyedari akan nasib bangsanya yang serba kekurangandan
memberikan cadangan untuk membangunkan sekolah sebagai asas kemajuan negara.
Terdapat juga soal agama yang dikemukakan oleh Pengiran Md. Salleh, dengan
mengingatkan agar segala perkara yang dilakukan hendaknya dijalankan mengikut
pegangan terhadap ajaran Islam dan akidah Islam. Selain itu belaiu juga
mengingatkan kepada pembesar-pembesar negara yang menjalankan syarak itu
menjalinkan kerjasama yang erat diantara yang lain agar dapat memelihara
keutuhan agama, kekuatan umat, bangsa dan negara.
Dari huraian diatas tadi dapatlah disimpulkan bahawa
Pengiran. Shahbandar Md. Salleh mempunyai pandangan yang jauh. Belaiu dapat
menyelami niat bangsa-bangsa lain yang datang ke Brunei. Ramalan-ramalan belaiu
sendiri berlaku dan menjadi kenyataan selepas beliau mangkat satu demi satu
wilayah Brunei terhakis dan terlepas dari genggaman Brunei untuk terus
mengekalkan wilayah-wilayah Brunei yang masih ada dan jangan dibiarkan hilang
dan dirampas sekali lagi dan sesuka hati oleh Britih. Kesan dari kerakusan
James Brooke itu telah menyebabkan Negeri Brunei menjadi sebuah negeri yang
dahulunya sebagai sebuah empayar yang besar dan kuat kini menjadi sangat kecil.
Perkara ini disebut oleh Pengiran. Shahbandar Mohd Salleh dalam Rakisnya.
Selain itu Pengiran. Shahbandar Md. Salleh juga melihat betapa pentingnya
perjalanan ekonomi, pendidikan dan juga kecenderungannya kepada agama.
RIWAYAT HIDUP PENYAIR
Pengiran Shahbandar Mohd Salleh merupakan seorang keluarga diraja Brunei yang
hidup diantara akhir KM18 hingga KM19. Ayahandanya bernama Sultan Abdul Mubin
Pengiran Sharmayuda ibnu Pengiran Indera mahkota ibnu Pengiran Abdul Rahman
ibnu Pengiran Temenggong Dakula ibnu Sultan Abdul Mubi (Sultan ke-XIV). Beliau
adalah salah seorang daripada golongan diraja yang terpelajar. Menurut riwayat
beliau bersekolah di Betawi dan melanjutkan pelajarannya ke Negeri Belanda.
Gelaran Pengiran Shahbandar telah dianugerahkan kepada beliau oleh Sultan Abdul
Momin diatas kebijaksanaan beliau. Lebih kurang pada TM 1820 ketika
pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul, Pengiran Md. Salleh telah dipanggil balik
ke Brunei oleh baginda Sultan dan diberi gelaran Pengiran Indera Mahkota kerana
kebijaksananya. Pada TM 1827 Pengiran Shahbandar Mohd Salleh diaturkan menjadi
Gabenor di Sarawak.
Dan pada tahun 1834 Pengiran Muda Hashim ibnu Sultan Muhammad Kanzul alam telah
berangkat ke Sarawak untuk memerhatikan keadaan Sarawak tetapi kehadirannya
telah menyebabkan berlaku perselisihan faham dng Pengiran Md. Salleh.
Pada masa Pengiran Muda Hashim berada di Sarawak dalam TM1839, belaiu telah
berkenalan dengan James Brooke iaitu seorang Inggeris yang datang ke Sarawak
untuk berniaga dan mencari ruang untuk berkuasa di sana. Dengan kepintaran dan
tipu muslihatnya memanipulasikan perbalahan diantara Pengiran Shahbandar Md.
Salleh dengan Pengiran Muda Hashim sehingga james Brooke berjaya membuat perjanjian
dengan Pengiran Muda Hashim untuk berkuasa di Sarawak dalam TM 1841.
Pada TM1842 James Brooke telah mengahadap Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk
mendapatkan kuasa pemerintahan yang lebih lagi dan perjanjian pun dibuat
diantara mereka dengan menjadikan James Brooke menjadi Raja Sarawak. Selepas
perlantikan James Brook itu Pengiran Shahbandar Md Salleh pun mengundur diri
dari Sarawak dan bermastautin di Mukah. Melalui Pengiran Anak Abdul Momin atas
nama Sultan Omar Ali Saifuddin II telah memanggil Pengiran Md. Salleh untuk
membetulkan keadaan yang telah kacau bilau. Pengiran Salleh telah bertemu
Sultan dan memberi 12 Syair sebagai hadiah dan Syair tersebut telah menyebabkan
kegelisahan dikalangan kerabat diraja dan akhirnya pada TM 1858 Pengiran Mohd
Salleh telah dibunuh dng satu pembunuhan terancang yang diaturkan oleh Pengiran
Digodang Pengiran Anak Muhammad Hasan ibnu Pengiran Anak Tajuddin .
4 ulasan:
Syair yang berwawasan & mencuit emosi..😢
tokoh pemimpin & sejarahwan malaysia timur (borneo)
Syair puisi tradisi yang penuh makna....
semakin dilupakan oleh generasi muda kerana lambakan budaya K-. Ada yang langsung tidak boleh mendendangkan.....
Syair yang penuh makna
Catat Ulasan