Isnin, 8 Mac 2021

KEPERLUAN PENTADBIRAN INI UNTUK MEWUJUDKAN ‘PELAN OPERASI LATIHAN’ PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN (PTG) DI PERINGKAT PENTADBIRAN TANAH NEGERI

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005; ‘Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam’.

 

2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005; ‘Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam’

 

 

Perkara Berkaitan Pentadbiran Tanah:

 

1. Tujuan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menggariskan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Bagi menyokong dasar tersebut, pelan Latihan yang merangkumi struktur dan program-program latihan yang lebih sistematik dan komprehensif telah dirangka sebagai garis panduan untuk memastikan supaya anggota perkhidmatan awam dilengkapi dengan latihan berasaskan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

 

2. Justeru itu, Pelan Operasi Latihan adalah dirangka berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005:  Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Pelan ini adalah satu fokus ke arah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara holistik dalam diri warga Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri sama ada dari aspek sikap, kemahiran dan pengetahuan. Ia juga merupakan salah satu daripada kaedah terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan dalam mencapai matlamat organisasi selaras dengan Visi, Misi, dan Objektif Jabatan.

 

3. Oleh demikian, Pelan ini merupakan gerakan pemantapan kompetensi warga kerja PTG Negeri merangkumi semua pegawai dari peringkat sokongan ke peringkat pengurusan. Bagi meningkatkan kecekapan tahap perkhidmatan dan sistem penyampaian, usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perlu dilaksanakan secara berterusan bagi semua warga kerja PTG Negeri.

 

4. Sehubungan itu, bersama ini disertakan cadangan ‘Pelan Operasi Latihan, PTG Negeri’ untuk perhatian dan tindakan selanjutnya pentadbiran ini.

 

Perkara Untuk Tindakan Pejabat:

 

Pentadbiran ini adalah bertanggungjawab menyediakan Pelan Operasi Latihan (POL) bagi melaksanakan program latihan kepada anggota-anggota di bawah tanggungjawab masing-masing selaras dengan struktur latihan yang digubal.

Sehubungan itu, saya sertakan ‘Pelan Operasi Latihan, PTG Negeri seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana prosedur ini berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Unit Latihan & Kompetensi.

Justeru itu, dengan terlaksananya Pelan Operasi Latihan (POL) ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam mengurus Latihan berhubung perundangan tanah.




 

isi KANDUNGAN 

 

 

 

KANDUNGAN                      MUKA SURAT

Bab 1: Ringkasan Eksekutif              2


Bab 2: Halatuju Latihan                    3


Bab 3: Pelaksanaan Latihan              5


Bab 4: Garis Panduan Latihan         10

 

Bab 5: Penutup                                    23


        Bab 1: pendahuluan    


 

Pelan Operasi Latihan adalah dirangka berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005:  Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Pelan ini adalah satu fokus ke arah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara holistik dalam diri warga Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) sama ada dari aspek sikap, kemahiran dan pengetahuan. Ia juga merupakan salah satu daripada kaedah terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan dalam mencapai matlamat organisasi selaras dengan Visi, Misi, dan Objektif Jabatan iaitu:


Pelan ini merupakan gerakan pemantapan kompetensi warga kerja PTG  merangkumi semua pegawai dari peringkat sokongan ke peringkat pengurusan.

 

Bagi meningkatkan kecekapan tahap perkhidmatan dan sistem penyampaian, usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perlu dilaksanakan secara berterusan bagi semua warga kerja Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang.

 

         

 

Bab 2:

 


OBJEKTIF LATIHAN

 

Program-program pembangunan modal insan dilakukan berdasarkan objektif-objektif berikut:

a.           Menyediakan anggota yang berkompetensi, berhemah dan berintegriti;

b.           Meningkatkan kompetensi dan produktiviti anggota dan jabatan;

c.           Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;

d.           Mewujudkan nilai cipta (value–creation) dan nilai tambah (value– added) di jabatan; dan

e.           Menjadikan setiap bahagian sebagai organisasi pembelajaran (learning organisation).

 

STRATEGI LATIHAN

 

Program-program latihan dilaksanakan dengan menggunakan strategistrategi berikut:

a.           Menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan;

b.           Setiap Ketua Bahagian/ unit/penyelia hendaklah memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurangkurangnya tujuh (7) hari setahun;

c.           Penubuhan Panel Pembangunan Sumber Manusia yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan bagi pelaksanaan di peringkat Jabatan; dan

d.           Melaksanakan struktur latihan yang meliputi semua skim dan klasifikasi perkhidmatan yang akan memfokuskan empat (4) peringkat berikut:

 

                i.       Peringkat Asas

Latihan Peringkat Asas dilaksanakan kepada semua anggota Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang yang berkhidmat dari awal perlantikan sehingga tempoh tiga tahun;

 

              ii.       Peringkat Pertengahan

Latihan Peringkat Pertengahan melibatkan pembangunan kompetensi dan juga peningkatan kompetensi kepada anggota yang berkhidmat antara tiga hingga sepuluh tahun;

 

            iii.       Peringkat Lanjutan

Latihan Peringkat Lanjutan dilaksanakan kepada anggota yang telah berkhidmat lebih sepuluh tahun bertujuan mengukuhkan kompetensi; dan

 

            iv.       Peringkat Peralihan

Latihan Peringkat Peralihan dilaksanakan kepada anggota yang akan meninggalkan perkhidmatan dalam tempoh dua tahun sebelum bersara.

 


 

 

 

                           Bab 3:

 


 

3.0 PELAKSANAAN LATIHAN

 

Proses pelaksanaan latihan dijalankan berdasarkan peringkat-peringkat seperti berikut:

   Analisa Keperluan Latihan (TNA);

   Perancangan Latihan; Pelaksanaan Latihan; dan Penilaian Latihan.

 

3.1 Analisa Keperluan Latihan (TNA)

 

      Analisa keperluan latihan (TNA) merupakan peringkat di mana satu kajian mengenai latihan-latihan yang diperlukan oleh jabatan dan anggota dikenalpasti selaras dengan keperluan jabatan dan kompetensi yang diperlukan oleh setiap anggota.

 

      TNA dilakukan berdasarkan proses-proses seperti berikut:

1.          Mengenalpasti fungsi utama bahagian-bahagian di jabatan;

2.          Mengenalpasti keperluan latihan bahagian-bahagian di jabatan berdasarkan fungsi-fungsi utama setiap bahagian;

3.          Mengenalpasti kompetensi-kompetensi yang diperlukan oleh setiap anggota dalam skim perkhidmatan, jawatan dan peringkat latihan masing-masing;

4.          Mengenalpasti keperluan latihan anggota berdasarkan kompetensi-kompetensi yang diperlukan; dan

 

5.          Membuat keutamaan bagi keperluan-keperluan latihan jabatan dan individu sesuai dengan kehendak pengurusan.

 

      Perolehan maklumat untuk TNA boleh dilakukan menggunakan pendekatan-pendekatan seperti berikut:

1.          Kajian Keperluan Latihan Generik;

2.          Perbincangan dengan pihak pengurusan;

3.          Surat edaran kepada bahagian-bahagian;

4.          Keperluan Latihan oleh anggota melalui Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT);

5.          Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ); dan

6.          Mesyuarat-mesyuarat pengurusan yang lain.

 

3.2      Perancangan Latihan

 

      Perancangan latihan merupakan peringkat di mana keperluan latihan yang telah dikenalpasti dirancang berdasarkan objektif yang ingin dicapai dan keutamaan yang telah dipersetujui. Pada peringkat ini juga program-program latihan yang akan dilaksanakan dikenalpasti berdasarkan peruntukan sumber yang ada dan penyediaan modul latihan dilakukan.

 

      Perancangan latihan meliputi proses-proses seperti berikut:

1.   Mendapatkan peruntukan latihan;

2.   Menentukan program-program latihan yang akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang diperolehi;

3.   Menentukan objektif yang ingin dicapai bagi setiap latihan;

4.   Membangunkan modul latihan;

5.   Penyediaan takwim latihan tahunan;

 

6.   Bagi program-program yang dikendalikan oleh pihak konsultan, modul latihan dicadangkan oleh pihak konsultan dan jabatan boleh mengubahsuai modul tersebut berdasarkan  objektif yang telah ditetapkan.

 

3.3      Pelaksanaan Latihan

 

Pelaksanaan latihan boleh dilakukan sama ada secara in-house di peringkat jabatan yang dikendalikan oleh Bahagian Khidmat dan di Pengurusan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian  atau melalui public program yang dianjurkan oleh institusi-institusi latihan kerajaan dan swasta. Kursus di Peringkat Pra-Penempatan dan Peringkat Asas dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

 

Perincian mengenai pelaksanaan latihan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4: Garis Panduan Latihan.

 

3.4      Penilaian Latihan

      Penilaian keberkesanan program latihan dilakukan menggunakan Borang Penilaian Kursus seperti di Lampiran B.

      Kaedah penilaian kursus melalui penggunaan Borang Penilaian Kursus adalah seperti berikut:

      Peserta kursus akan melengkapkan borang penilaian tersebut diakhir kursus; 

      Maklumat yang diperolehi dari borang penilaian akan dianalisa dan satu laporan keberkesanan kursus akan dikeluarkan;

      Laporan tersebut akan dilaporkan didalam Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);

      PPSM akan memutuskan sebarang perubahan atau penambahbaikan terhadap kursus yang telah dibentangkan. 

 

3.5      Pemantauan Latihan

      Setiap bahagian perlu melaporkan prestasi pencapaian kehadiran sekurang-kurangnya tujuh (7) hari berkursus dalam setahun dan analisa laporan tersebut akan dibentangkan didalam Panel Pembangunan Sumber Manusia.

      Kaedah pemantauan latihan dilakukan menggunakan Buku Log Latihan seperti di Lampiran C dan penilaian akan dilakukan seperti berikut :

ü Penilaian Sebelum Kursus dilakukan selepas anggota menerima tawaran untuk mengikuti program latihan dan penilaian dibuat ke atas prestasi anggota sebelum menghadiri program tersebut;

ü Penilaian Selepas Kursus pula dilakukan selepas tempoh tiga (3) bulan dari tarikh anggota mengikuti program latihan dan penilaian dibuat ke atas prestasi anggota selepas tempoh tersebut;

ü Penilaian Sebelum dan Selepas Kursus perlu dilakukan oleh penyelia yang sama untuk memelihara konsistensi bagi penilaian-penilaian yang dilakukan; dan

ü Pengecualian daripada melengkapkan Penilaian Selepas Kursus diberikan apabila penyelia yang membuat Penilaian Sebelum Kursus tidak lagi menyeliakan tugas seseorang anggota bawahan dalam tempoh satu setengah bulan daripada tarikh akhir anggota bawahan tersebut menghadiri kursus. 

 

      Ketua Bahagian dan pegawai penyelia adalah bertanggunjawab untuk memantau kehadiran anggota bawahan ke kursus-kursus yang telah ditetapkan untuk mencapai kehadiran sekurangkurangnya tujuh hari setahun ke program latihan dan perbelanjaan peruntukan latihan sebanyak 1% daripada nilai emolumen tahunan.

 

3.6      Pelan Latihan

Pelan Latihan disediakan secara tahunan berdasarkan keputusan TNA. Program latihan adalah berbentuk peningkatan kompetensi yang khusus kepada skim-skim perkhidmatan dan bidang-bidang tugas setiap anggota dan juga melibatkan sikap dan kemahiran.

 

3.7 Peruntukan Latihan

Pejabat Tanah & Galian menetapkan sekurangnya sebanyak 1% daripada nilai emolumen tahunan untuk peruntukan latihan.

 

 

 

Bab 4:


 

Garis panduan ini bertujuan menerangkan kaedah  menghadiri programprogram latihan bagi anggota Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri.

 

 

                      TAKRIF

1. Bagi maksud pemakaian garis panduan ini, takrif bagi istilah-istilah khusus yang digunakan adalah seperti berikut :-

ISTILAH

TAKRIF

Ketua Jabatan

Pengarah Tanah dan Galian 

Penyelia

Pegawai atasan bagi seseorang penjawat awam yang menyelia tugas-tugas penjawat awam tersebut.

Pegawai atasan

bagi seseorang penjawat awam yang menyelia tugas-tugas penjawat awam tersebut

Anggota

Semua pegawai dan kakitangan lantikan tetap/ kontrak di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian 

Anggota Bawahan

Penjawat-penjawat awam yang berada di

bawah seliaan seseorang pegawai

 

LATAR BELAKANG           

                                                                               

2.   Dasar Kerajaan Negeri telah menetapkan matlamat    pembangunan negeri untuk menjadikan sebuah negeri maju. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri telah memberi penekanan kepada semua aspek pembangunan, termasuklah pembangunan sumber manusia sektor awam.

 

3.   Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mulai 01 November  2002 yang berteraskan kompetensi dan pembelajaran berterusan adalah bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri, penguasaan  pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi.  

 

4.   Dibawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun   2005: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, kerajaan telah memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia penjawat-penjawat awam dan mewajibkan sumber manusia penjawat-penjawat awam dan mewajibkan semua penjawat awam untuk menghadiri program-program latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun.

 

 

 

                   OBJEKTIF

 

5.   Menyedari pentingkan usaha-usaha pembangunan modal insan dilakukan secara berterusan,  terancang dan sistematik, Garis Panduan Menghadiri Program Latihan telah disediakan supaya setiap anggota Perkhidmatan

Awam di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dapat memahami tangggungjawab masing-masing dalam merancang keperluan kursus dan memainkan sikap  (attitude), kemahiran (skills), dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian melalui program latihan terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

 

6.   Garis panduan ini digubal  untuk mencapai objektif-objektif berikut:-

      Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi;

      Menerangkan tanggungjawab setiap anggota dalam membangunkan kompetensi diri;

      Menerangkan tanggungjawab Penyelia dalam membangunan pasukan kerja yang produktif

      Menyediakan kaedah  bagi menghadiri program latihan yang sistematik;

      Merekodkan kemajuan latihan setiap anggota bagi setiap tahun; dan  Menilai keberkasan kursus yang diikuti anggota

 

TANGGUNGJAWAB -  ANGGOTA

 

7. Setiap anggota adalah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:

      Merancang keperluan kursus yang bersesuaian dengan tugas, Objektif Jabatan dan pembangunan diri;

      Menghadiri dan mengikuti kursus yang diluluskan atau ditetapkan dengan jaya dan penuh komitmen

      Melengkapkan serta mengemukakan Borang Penialaian Kursus dan Log Latihan  kepada Penyelia masing-masing selepas menjalani kursus berkaitan; dan

      Mengemukakan Log Latihan yang telah dikemaskini dan salinan sijil/dokumen berkaitan kepada Penyelaras Latihan di Bahagian/Unit masing-masing.

 

 

 

 

 

TANGGUNGJAWAB PENYELIA

 

8. Setiap penyelia adalah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:

      Menetapkan kelulusan kepada anggota bawahan bagi mengikuti program latihan;

      Memberi peluang kepada semua anggota bawahan untuk mengikuti program latihan yang bersesuaian;

      Membantu anggota bawahan untuk merancang keperluan latihan masing-masing;

      Membuat penilaian selepas anggota menghadiri program latihan; dan

      Membuat pengesahan kehadiran kursus bagi anggota bawahan dalam Log Latihan 

 

 TANGGUNGJAWAB PENYELARAS LATIHAN

 

9.           Penyelaras Latihan di setiap Bahagian/Unit adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

      Memastikan setiap anggota di Bahagian/Unit masing-masing menghadiri program latihan/kursus sekurang-kurangnya sebanyak tujuh (7) hari setahun;

      Melaporkan prestasi kehadiran kursus bagi anggota kepada Bahagian Khidmat Pengurusan dari masa ke semasa;

      Menyelaraskan penyimpanan Log Latihan bagi setiap anggota;

      Memastikan setiap anggota mengemaskinikan Log Latihan masingmasing setiap kali menghadiri program latihan; dan

      Mengemukakan salinan sijil/dokumen kehadiran kursus anggota Bahagian Khidmat Pengurusan , Pejabat Tanah & Galian bagi direkodkan ke dalam Buku Rekod Perkidmatan.

 

 

PEMILIHAN PROGRAM LATIHAN 

 

10.        Anggota perlu mengambil inisiatif untuk mencari dan membuat pemilihan bagi program-program latihan yang  bersesuaian dengan tugas dan keperluan jabatan sama ada  kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang  atau agensi-agensi luar.

11.        Walaubagaimanapun, anggota adalah disarankan untuk  membuat perbincangan dengan  penyelia terlebih awal bagi  menentukan kesesuaian tarikh, tempat dan kandungan kursus yang dipilih.

 

PEMILIHAN PROGRAM LATIHAN         

 

12.    Pengelasan program latihan dipecahkan kepada tiga (3)  kumpulan utama seperti berikut:-

           (A)    Latihan 

§  Kursus

§  Seminar

§  Konvensyen

§  Bengkel/Workshop

§  Simposium/Kolokium

§  Lawatan Rasmi/Korporat/ Sambil  Belajar; dan

§  Klinik Kaunseling

 

            (B)  Sesi Pembelajaran 

Aktiviti bersemuka yang kurang enam (6) jam 

§  Ceramah 

§  Forum

§  Taklimat

§  Knowledge Sharing

§  Bicara 45

§  Bicara Eksekutif (Executive Talk)

§  Perhimpunan Bulanan SUK/Jabatan 

§  Majlis sambutan peristiwa khas yang mengandungi ucapan/ ceramah/ Forum

§  Pertemuan Mentor-Mentee

§  Sesi kaunseling Perkembangan; dan 

§  Menyampaikan ceramah dalam kursus/bengkel (hanya sekali sahaja diambilkira bagi tajuk yang sama)

 

            (C ) Pembelajaran Kendiri

§  E-pembelajaran (e-learning)

§  Pembacaan bahan-bahan ilmiah

 

 

SIJIL  DAN DOKUMEN PENGESAHAN KURSUS 

 

14.        Setiap anggota yang telah menghadiri program latihan perlu    mengemukakan salinan sijil yang telah diakui sah atau surat   pengesahan kehadiran kepada  penyelaras latihan untuk  dimajukan kepada Bahagian Khidmat pengurusan, Unit Perkhidmatan. Dokumen tersebut perlu direkodkan ke dalam  Buku Rekod Perkhidmatan anggota oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian.

15.       Sebagai pengesahan bagi aktiviti-aktiviti yang tidak mempunyai  dokumen  kehadiran kursus seperti program lawatan,  menyampaikan ceramah, kehadiran  ke perhimpunan bulanan,  ceramah-ceramah agama dan sebagainya, anggota boleh melengkapkan Borang laporan menjalani latihan seperti di Lampiran  A dan disahkan oleh penyelia masing-masing. 

16.        Bagi pembacaan bahan-bahan ilmiah, anggota boleh menyediakan  laporan ulasan buku  secara bertulis dan dikemukakan kepada  ketua Bahagian/Unit atau menyampaikan satu sesi  pembentangan ulasan buku di peringkat bahagian. Pengesahan  boleh dilakukan dengan kaedah yang sama seperti di perkara 15.

 

          KADAR PENGIRAAN KEHADIRAN LATIHAN 

 

17.    Setiap anggota wajib menghadiri program latihan sekurang kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun iaitu dalam tempoh  genap 12 bulan. Bagi anggota yang baru, tempoh kehadiran kursus ini adalah berkadaran dengan tarikh anggota melaporkan diri dalam  tahun semasa.

18.    Kadar pengiraan bagi kehadiran ke program/aktiviti latihan boleh  dilakukan seperti brikut:-

             Latihan 

-              Aktiviti melebihi enam (6) jam 

-              Dikira berdasarkan hari sebenar program

Sesi pembelajaran 

-              Aktiviti kurang daripada enam (6) jam

-              Dikira berdasarkan jumlah jam sebenar program

             Pembelajaran Kendiri

-              Satu tajuk e-pembelajaran dikira sekurang-kurangnya sebagai satu hari berkursus atau  bilangan hari pembelajaran yang telah ditentukan oleh modul tersebut.

-              Satu judul buku dikira sebagai satu hari berkursus

-              Satu judul penulisan ilmiah dikira sebagai dua (2)  jam berkursus. 

 

 

BORANG PENILAIAN KURSUS     

 

19.        Borang penilaian kursus merupakan borang yang digunakan untuk  membuat penilaian keberksanan bagi program yang dihadiri/aktiviti  yang dijalankan oleh anggota.

20.        Penilaian dibuat berdasarkan perubahan prestasi dan nilai yang  ditunjukkan oleh setiap anggota selepas menjalani aktiviti latihan. 

21.        Kaedah penilaian kursus melalui penggunaan Borang Penilaian  kursus adalah seperti brikut:-

§  Selepas tamat mengikuti program latihan , peserta  kursus perlu melengkapkan maklumat-maklumat berikut:

a.           Maklumat peribadi

b.           Maklumat Program

c.            Penilaian peserta

§  Borang yang telah dilengkapkan oleh peserta kursus dikemukakan kepada Penyelaras latihan.

§  Penyelaras latihan perlu mnyimpan borang tersebut dan dikemukakan untuk penilaian penyelia bagi anggota berkenaan slepas tiga (3) bulan kursus dijalankan

§  Penilaian perlu dilakukan oleh penyelia yang sama  dalam tempoh sebelum dan selepas anggota menghadiri  kursus untuk memelihara konsistensi bagi penilaian   yang dilakukan, dan

§  Pengecualian daripada melengkapkan penilaian penyelia diberikan apabila pegawai yang menyelia sebelum  anggota menghadiri kursus tertentu tidak lagi menyelia tugas anggota tersebut daam tempoh satu setengah bulan selepas tarikhakhir anggota tersebut menghadiri kursus. Dalam keadaan ini  memadai ruangan Penilaian  peserta sahaja yang dilengkapkan .

         

22.        Tempoh tiga (3) bulan selepas kursus adalah satu tempoh yang sesuai untuk memerhatikan perubahan anggota selepas    menghadiri kursus dan memastikan supaya perubahan tersebut  dibudayakan    dengan konsisten.

23.     Format borang penilaian kursus adalah seperti di Lampiran B.  

24.        Log latihan merupakan rekod yang mencatatkan kehadiran setiap  anggota ke program- program latihan untuk dikira sebagai  sebilangan hari berkursus bagi tahun semasa.

25.        Ia bertujuan merekodkan program-program latihan yang telah  dihadiri oleh setiap  anggota bagi membantu pemantauan yang  dilakukan oleh penyelia dan Ketua Bahagian serta memudahkan  setiap anggota untuk merancang penyertaan kursusnya bagi setiap tahun.

26.        Log latihan tidak menggantikan peranan buku rekod perkhidmatan  dalam merekodkan  kehadiran kursus bagi setiap anggota tetapi  lebih bertujuan sebagai instrumen untuk membantu pemantauan  dan perancangan pembangunan modal insan. Justeru itu, setiap  anggota perlu memastikan kehadirannya dalam program latihan  direkodkan juga dalam Buku Rekod Perkhidmatan.

27.        Log latihan disediakan oleh Unit Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan kepada setiap anggota Pejabat Tanah dan Galian dan menjadi tanggungjawab setiap anggota untuk memastikan  ianya sentiasa dikemaskini.

29.        Format log Latihan adalah seperti di Lampiran C.

30.        Prosedur menghadiri program latihan boleh dibahagikan kepada  tiga (3) peringkat seperti berikut:-



a.   Anggota yang ditawarkan untuk mengikuti program latihan perlu mendapatkan kelulusan penyelia untu mengikuti program tersebut.

b.   Penyelia boleh menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan atau tidak  membenarkan anggota bawahannya untuk mengikuti kursus berdasarkan keperluan perkhidmatan. Namun begitu, penyelia perlu mengambil maklum mengenai apa-apa bayaran yang tetap dikenakan oleh pihak penganjur ke atas jabatan, jika ada,  sekiranya  tiada peserta gantian hadir untuk menggantikan peserta tersebut.

c.   Bahagian tawaran untuk mengikuti kursus di luar negara dari mana-mana agensi,  anggota perlu mendapatkan kelulusan  Ketua Jabatan dan  memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pekeliling-pekeliling  yang sedang berkuatkuasa.

         

ii.        Tempoh Seminggu Selepas Kursus

      Terdapat tiga (3) keperluan utama yang perlu diberi perhatian bagi prosedur dalam tempoh seminggu selepas kursus seperti berikut:-

 


      Log Latihan 

a.           Anggota yang telah menghadiri program latihan perlu mengisikan Log Latihan masing-masing dengan maklumat program latihan yang telah dihadiri.

b.           Maklumat tersebut seterusnya dikemukakan kepada penyelia untuk tujuan pengesahan. Bagi tujuan mengesahkan kehadiran anggota ke program latihan yang dihadiri, penyelia perlu membuat semakan ke atas Sijil Penyertaan atau Surat Pengesahan Kehadiran ke program latihan.

c.            Log latihan yang telah disahkan oleh penyelia perlu dikemukakan kepada Penyelaras Latihan bagi tujuan rekod dan simpanan.

      Sijil Penyertaan/Dokumen Pengesahan Kehadiran Kursus

a.           Anggota yang telah menghadiri kursus perlu mengemukakan salinan Sijil Penyertaan yang telah diakui sah atau salinan asal Surat Pengesahan Kehadiran Kursus yang dikeluarkan oleh penganjur kursus kepada Bahagian  Khidmat Pengurusan untuk direkod  dalam Buku Rekod Perkhidmatan masingmasing.

b.           Sekiranya Sijil Penyertaan tidak diperolehi daripada penganjur kursus pada hari terakhir program, salinan sijil   boleh dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan,  (Unit Latihan) sebaik sahaja sijil tersebut diterima.

c.            Bagi program/aktiviti yang tidak disediakan Sijil Penyertaan/Surat Pengesahan Kehadiran Kursus seperti Perhimpunan Bulanan, bacaan bahan ilmiah, menyampaikan ceramah dan sebagainya, Borang Laporan Menjalani Latihan  seperti di Lampiran A boleh digunakan sebagai gantian.

 

      Borang Penilaian Kursus

Anggota yang telah menghadiri semua jenis program/ aktiviti latihan perlu melengkapkan Borang Penilaian Kursus di ruang Penilaian Peserta dan mengemukakannya kepada Penyelaras Latihan.

           iii Tiga (3) bulan Selepas Kursus


a.           Selepas tempoh tiga (3) bulan dari tarikh anggota tamat kursus, Penyelaras Latihan perlu mengemukakan Borang Penilaian Kursus  kepada penyelia yang berkenaan untuk dibuat penialain diruang  Penilaian Penyelia.

b.           Borang Penialaian Kursus yang telah dilengkapkan oleh penyelia perlu dikembalikan kepada Penyelaras Latihan untuk tujuan rekod dan penilaian keberkesanan kursus di peringkat Bahagian.

31.     Carta proses keseluruhan bagi Prosedur Menghadiri Program  Latihan adalah seperti berikut:

 


32.     Penyelarasan kehadiran semua pegawai dan anggota ke program program latihan perlu dilakukan dengan sistematik dan terancang  bagi memastikan pulangan yang optimum dapat dicapai. 

33.  Sebagai suatu bentuk pelaburan yang penting bagi meningkatkan  keupayaan organisasi, pembangunan modal insan diberikan  keutamaan.

34.  Pelaksanaannya juga perlu dilakukan secara seiringan merentasi  semua lapisan organisasi merangkumi Pihak Pengurusan,  Bahagian-Bahagian dan setiap anggota dalam organisasi.

 

 

 

 

                           Bab 5:

 


 

 

Pelan Operasi Latihan diharapkan dapat menjadi teras dan panduan bagi pelaksanaan program latihan di Pejabat Tanah & Galian di samping memberi manfaat kepada semua warga bagi mencapai objektif ke arah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam memastikan sistem penyampaian dan perkhidmatan yang berkualiti melalui pekerja yang mahir dan terlatih dalam berbagai bidang di samping meningkatkan kecekapan prestasi dan produktiviti organisasi.

 

 

 

 

 


 

LAMPIRAN A

BORANG LAPORAN MENJALANI LATIHAN

PEJABAT TANAH DAN GALIAN

MAKLUMAT PERIBADI

Nama

 

 

No. K/P

 

 

Jawatan/Gred

 

 

Bahagian

 

 

 

MAKLUMAT PERIBADI

Jenis Latihan

 

 

Nama Program/ Tajuk

 

 

Tarikh

 

 

Masa

 

 

Tempat

 

 

 

MAKLUMAT PENGISIAN

Pengetahuan baru yang diperolehi melalui latihan ini adalah seperti berikut : (Sila sediakan lampiran tambahan sekiranya perlu)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENGESAHAN PENYELIA

Dengan ini disahkan bahawa anggota di atas telah mengikuti latihan seperti yang dinyatakan.

 

Tandatangan

 

 

 

 

 

 

 

Nama/Jawatan/Bahagian                       

(Cop Rasmi)

 

 

 

 

 

 

Tarikh

 

 

 

 

 

 

KRITERIA PENILAIAN

NO.

SOALAN

PERKARA

YANG DINILAI

KRITERIA

      1.       

Reaksi peserta semasa kursus

(Level 1 :

Reaction)

 

Penilaian mengenai reaksi perasaan peserta semasa kursus.

Kursus yang baik dapat memberikan reaksi positif kepada peserta.

 

      2.       

Peningkatan kompetensi (Level 2 :

Learning)

Penilaian mengenai peningkatan pengetahuan mengenai bidang tugas selepas peserta menghadiri kursus.

 

      3.       

Aplikasi pembelajaran (Level 3 :

Behavior)

Penilaian bagi pengetahuan yang diperoleh oleh peserta semasa kursus dan dilaksanakan/ diamalkan di tempat kerja.

 

      4.       

Kesan terhadap prestasi kerja (Level 4 :

Results

Penilaian mengenai peningkatan prestas ikerja peserta kursus selepas menghadiri        latihan dalam   konteks             penambahbaikan kuantiti/kualiti/masa/kos.

 

 

 

ULASAN PENYELIA

PERKARA

KRITERIA

Nilai Tambah(Value Added)

Sebarang sikap, ciri-ciri, carakerja di luar bidang tugas yang ditunjukkan oleh pegawai selepas mengikuti kursus ini yang membawa kepada penambahbaikan mutu kerja.

 

Syor Penyelia

Sebarang cadangan daripada penyelia untuk meningkatkan kualiti program latihan.

LAMPIRAN B

BORANG PENILAIAN KEBERKESANAN KURSUS

BORANG PENILAIAN KEBERKESANAN KURSUS UNTUK DILENGKAPKAN OLEH ANGGOTA DAN PENYELIA

NAMA

JAWATAN/GRED

JABATAN/BAHAGIAN

TAJUK KURSUS

TARIKH KURSUS

TEMPAT KURSUS

 

 

SKALA PEMARKAHAN :

 

1-Sangat Tidak Setuju

2-Tidak Setuju

3-Biasa

4-Setuju

5-Sangat Setuju

 

BIL

PERKARA YANG DINILAI

PEMARKAHAN

 

PENILAIAN PESERTA

Untuk dilengkapkan oleh peserta kursus

1

2

3

4

5

1.

Andagembiramengikutikursusini.

 

 

 

 

 

2.

Anda mendapa pengetahuan yang diperlukan atau idea baru untuk menjalankan tugas.

  

 

 

 

 

 

Sila nyatakan pengetahuan/idea baru yang diperolehi (sila lampirkan helaian tambahan jika  perlu) :

 

…………………………………………………………………………………………………..................

 

TANDATANGAN PESERTA KURSUS :

…………………………………………………….

TARIKH :

…………………………………………………….

 

PENILAIAN PENYELIA

Untuk dilengkapkan oleh pegawai penyelia selepas tempoh tiga (3) bulan kursus

1

2

3

4

5

3.

Pegawai mempraktikan pengetahuan/idea baru yang dipelajari seperti di perkara 2 di tempat kerja.

 

 

 

 

 

 

4.

Pengetahuan dan idea yang dipraktikan oleh pegawai hasil penyertaan dalam kursus ini (sekiranya ada) meningkatkan keberkesanan tugas dan prestasi pegawai

 

 

 

 

 

 

TANDATANGAN PENYELIA KURSUS :

…………………………………………………….

TARIKH :

…………………………………………………….

* Sila tandakan () pada kotak yang berkenaan serta lihat muka surat belakang untuk huraian lanjut mengenai criteria penilaian dan ulasan penyelia.

Nilai tambah (sekiranya ada):

…………………………………………………………………………………………………...............................

SyorPenyelia:…………………………………………………………………………………………………...................

LAMPIRAN C

 


FORMAT BUKU LOG LATIHAN

 

BUKU LOG LATIHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN

NAMA

 

NO. K/P

 

JAWATAN/GRED

 

BAHAGIAN

 

 

BIL.

 

MAKLUMAT

KURSUS

 

PENGESAHAN

1.

Nama Kursus

 

 

 

Tandatangan Penyelia

 

Anjuran

 

 

 

Tandatangan Penyelaras

 

Tempat

 

 

 

Tarikh Mula

 

Tarikh Tamat

 

Bil.

Hari/

Jam

 

Tarikh Pengesahan

 

……../……../……..

2.

Nama Kursus

 

 

 

Tandatangan Penyelia

 

 

Anjuran

 

 

 

Tandatangan Penyelaras

 

Tempat

 

 

 

 

Tarikh Mula

 

Tarikh Tamat

 

Bil.

Hari/

Jam

 

Tarikh Pengesahan

  

……../……../……..

3.

Nama Kursus

 

 

 

Tandatangan Penyelia

 

Anjuran

 

 

 

Tandatangan Penyelaras

 

Tempat

 

 

 

Tarikh Mula

 

Tarikh Tamat

 

Bil.

Hari/

Jam

 

Tarikh Pengesahan

 

……../……../……..







Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...