Rabu, 17 Mac 2021

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN BIL. 7/81; ‘PENYELIAAN “OPEN SPACE” DAN PADANG PERMAINAN OLEH MAJLIS-MAJLIS PERBANDARAN’, SELARAS MEMATUHI PIAWAIAN PERANCANGAN, TANAH LAPANG DAN REKREASI (JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA–KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA), AKTA KERAJAAN TEMPATAN, UNDANG-UNDANG KECIL (TAMAN), (MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG) 1993, DAN PEKELILING JKPTG BERKAITAN

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 5 & 62. Kanun Tanah Negara 1965:

 

5. Interpretation.

In this Act, in all documents of title to alienated land, and in all leases, licences, permits, notices, agreements and other documents relating to land granted, issued or entered into by or on behalf of the State Authority (including documents existing at the commencement of this Act), unless the context otherwise requires-

"reserved land" means land for the time being reserved for a public purpose in accordance with the provisions of section 62 or of any previous land law;

 

62. Power of reservation of State land.

(1) The State Authority may by notification in the Gazette reserve any State land for any public purpose.

 

(2) Any notification gazetted under sub-section (1) shall-

(a) describe the reserved land;

(b) describe the purpose for which the land is reserved;

(c) designate the public officer for the time being having the control of the reserved land;

(d) be conclusive evidence that the land so described is reserved for a public purpose.

 

(3) Copies of any such notification shall be published in accordance with the provisions of section 433.

 

(4) Without prejudice to the provisions of any other written law for the time being in force, reserved land shall not be-

(a) disposed of by the State Authority except to the extent permitted by, and in accordance with the provisions of, section 63 and Chapters 2, 3 and 4 of this Part, or

(b) used for any purpose other than that for which it is reserved except in pursuance of a disposition made by virtue of any of those provisions.

2. Piawaian Perancangan, Tanah Lapang dan Rekreasi (JPBD Semenanjung Malaysia) dan seksyen 2. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976:

2. Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"tanah lapang" ertinya mana-mana tanah sama ada dikepung atau tidak yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang Kecil (Taman), (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) 1993.

2. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 5/2009; ‘Pelantikan Penjawat Awam Sebagai Pegawai Pengawal Tanah Rizab Kerajaan’, dan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 1/2010; ‘Penyerahan Umpukan Tanah bagi Maksud Awam Mengikut Perenggan 136(1)(ca) Kanun Tanah Negara Berikutan Kelulusan Permohonan Pecah Sempadan atau Permohonan Serentak Pecah Sempadan dan Pengubahan Syarat’.

 

3. Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bil. 7/81; ‘Penyeliaan “Open Space” dan Padang Permainan Oleh Majlis-majlis Perbandaran’.

 

 

Perkara Berkaitan Pentadbiran Tanah:

 

1. Merujuk kepada Seksyen 5, Kanun Tanah Negara 1965 yang memperuntukkan keperluan supaya tanah kerajaan (termasuk tanah lapang) dirizabkan untuk maksud awam. Iaitu ; “Tanah Rizab” ertinya tanah yang buat masa itu dirizabkan untuk tujuan awam selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 62 atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu.

 

2. Manakala, merujuk kepada subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), tanah lapang telah ditafsirkan sebagai: `mana-mana tanah sama ada yang dikepung atau yang tidak disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam’.

 

3. Justeru itu, berdasarkan tafsiran di atas, tanah lapang secara umumnya boleh didefinisikan sebagai suatu kawasan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan rekreasi aktif atau pasif. Secara terperinci ia meliputi dua (2) kategori berikut:

i. Tanah lapang di dalam skim-skim pembangunan yang diserahkan kepada PBN di peringkat kelulusan permohonan kebenaran merancang ataupun semasa kelulusan permohonan pecah sempadan; dan

ii. Tanah lapang dan kawasan rekreasi dalam hierarki tertentu iaitu daripada taman nasional sehingga hierarki lot permainan seperti padang bola sepak, gelanggang permainan dan sebagainya yang dibangunkan oleh PBT atau agensi-agensi yang berkenaan.

 

 

4. Oleh demikian, kawasan-kawasan yang diumpukkan untuk maksud awam lazimnya ditunjukkan dalam pelan pra-pengiraan (pre-computation plan) yang disediakan berasaskan pelan tataatur (layout plan) yang diluluskan. Berdasarkan kelulusan pecah sempadan yang telah diberikan, hakmilik-hakmilik berasingan dikeluarkan kepada umpukan-umpukan tanah tersebut dan didaftarkan atas nama tuan punya tanah berimilik yang berkenaan. Keadaan ini telah menyebabkan tuanpunya tanah lebih cenderung untuk menggunakan tanah berkenaan bagi maksud persendirian yang seterusnya telah mengakibatkan keluasan tanah bagi maksud awam berkurangan. Keadaan ini berlawanan dengan kelulusan pecah sempadan atau kelulusan bagi permohonan serentak pecah sempadan dan pengubahan syarat tanah yang telah diberikan itu.

 

5.  Penyerahan Umpukan Tanah Bagi Maksud Awam Mengikut Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A 1333]: Perenggan 136(1)(ca) KTN memperuntukkan seperti berikut:–

136. (1) No subdivision shall be approved by the State Director or, as the case may

be, Land Administrator unless the following conditions are satisfied:–

(a) …

(b) …

(c) …

(ca) that the proprietor has agreed in his application that as a consequence of

the subdivision, the land described therein which has been approved by

any planning authority or body or authority specified in paragraph (c) to

be used for public purpose be surrendered for such purpose in accordance

with section 197;”.

 

6. Oleh itu, melalui pindaan ini, tuan punya tanah berkewajipan untuk menyerahkan mana-mana umpukan tanah yang telah ditandakan di dalam pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang atau pihak berkuasa berkenaan untuk digunakan bagi maksud awam dan penyerahan balik tersebut hendaklah dilaksanakan di bawah peruntukan seksyen 197 KTN. Bagi tujuan ini, tuan punya tanah hendaklah menyatakan persetujuan secara bertulis mengenainya sebelum sesuatu permohonan pecah sempadan atau permohonan serentak pecah sempadan dan pengubahan syarat boleh dipertimbangkan.

 

7. Selain itu, berikutan dengan pindaan kepada perenggan 62(2)(c) KTN melalui Akta A1333 (selepas ini dirujuk sebagai “Akta ini”), pelantikan pegawai pengawal bagi semua tanah rizab kerajaan sama ada tanah rizab kegunaan kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri hendaklah daripada kalangan penjawat awam sahaja. Pegawai-pegawai dari PBT, badan-badan berkanun, pertubuhan atau mana-mana agensi tidak dibenarkan lagi dilantik sebagai pegawai pengawal bagi tanah-tanah rizab kerajaan sama ada tanah rizab untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

 

5. Walau bagaimanapun, PBT atau badan-badan berkanun atau mana-mana agensi atau pertubuhan boleh dilantik sebagai pihak yang mengurus atau menyelenggarakan tanah-tanah rizab itu. Sebagai contoh, kawasan tanah lapang diwartakan sebagai tanah rizab kegunaan awam dengan dinamakan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Pegawai Daerah sebagai pegawai pengawalnya dan untuk tujuan pengurusan atau penyelenggaraan tanah rizab tersebut diserahkan kepada PBT.

 

6. Sehubungan itu, seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] mendefinisikan penjawat awam sebagai:–

“public officer” means a person lawfully holding, acting in or exercising the functions of a public office.

“public office” means an office in any of the public service.

“public services” means the public services mentioned in Article 132(1) of the Federal Constitution.

 

Justeru itu, penjawat-penjawat awam adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dari perkhidmatan-perkhidmatan awam selaras dengan perkara 132(1) Perlembagaan Persekutuan, termasuk perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri.

 

7. Oleh yang demikian, dengan mewartakan ‘Kawasan / Tanah Lapang’ di bawah seksyen 62. Kanun Tanah Negara 1965 mematuhi kehendak peruntukkan undang-undang dan pekeliling semasa di peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan.

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran ini dapat akur kehendak peruntukkan undang-undang dan pekeliling semasa di peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan.

Justeru itu, dengan pematuhan ini dapat membantu pentadbiran ini khususnya dan pentadbiran tanah amnya dalam membuat tindakan yang tepat, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Undang-undang Negara.

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...