Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:
1. Kanun
Tanah Negara (KTN) 1965.
2. Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985.
3. Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991; ‘PANDUAN MENGENAI MANUAL
PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA’
4. Pekeliling
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 4/2017; ‘Pelaksanaan
Penguatkuasaan Perlanggaran Syarat Nyata Dalam Skim Pembangunan Berstrata
Selaras Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 [Akta A1518]’.
5. Pekeliling
Pengarah Tanah dan Galian Bil. 2/2016; ‘Garis panduan tindakan Penguatkuasaan bagi
kesalahan pelanggaran syarat tanah di bawah Seksyen 127, 128 dan 129 Kanun
Tanah Negara 1965’, Pekeliling
Pengarah Tanah dan Galian Bil. 9/2020; ‘Garispanduan pelucuthakan bagi petak atau blok
sementara di bawah Seksyen 23E dan 23L Akta Hakmilik Strata 1985’.
Perkara Berkaitan Pentadbiran Tanah:
1. Tujuan manual
prosedur kerja ini dibuat untuk memudahkan Pentadbir Tanah melaksanakan
penguatkuasaan bagi perlanggaran syarat nyata dalam skim pembangunan berstrata.
Selaras dengan pindaan terkini kepada AHS melalui Akta A1518, dokumen hakmilik
strata dalam Jadual Pertama dan Jadual Keenam juga telah dipinda melalui
Perintah Hakmilik Strata (Pindaan Jadual dan Borang) 2016 [P.U.(A) 379/2016].
Melalui pindaan ini, syarat nyata dan sekatan kepentingan hendaklah dimasukkan
di dalam dokumen hakmilik strata untuk menetapkan kegunaan spesifik bagi setiap
petak.
2. Justeru itu, terdapat beberapa versi dokumen hakmilik strata
berdasarkan kepada pindaan-pindaan AHS dari aspek Syarat Nyata dan Sekatan
Kepentingan dalam Dokumen Hakmilik Strata, seperti berikut:
i.
Sebelum
pindaan AHS 2007 [A1290];
Ø Tiada ruangan bagi syarat nyata dan
sekatan kepentingan dalam Borang 4 dan Borang 4A.
Ø Syarat nyata disemak melalui hakmilik
tanah.
ii.
Pindaan
AHS 2007 [A1290];
Ø Syarat nyata dan sekatan kepentingan
adalah tertera pada Borang 4, Borang 4A, Borang 4(K) dan Borang 4A(K) namun
merujuk kepada hakmilik tanah
iii.
Pindaan
AHS 2013 [A1450];
Ø Syarat nyata dan sekatan kepentingan
dipotong dari Borang 4, Borang 4A, Borang 4(K), Borang 4A(K), Borang 4e dan
Borang 4Ae.
iv.
Pindaan
AHS 2016 [A1518];
Ø Syarat nyata dan sekatan kepentingan
tertera pada Borang 4, Borang 4A, Borang 4e dan Borang 4Ae secara
spesifik bagi
setiap petak.
3. Oleh demikian, penentuan pelanggaran Syarat Nyata
hendaklah ditentukan mengikut 4 cara:
i.
Bagi
hakmilik strata yang dikeluarkan selepas berkuatkuasanya pindaan AHS melalui
Akta A1518 dan Perintah Pindaan Borang yang berkaitan, penentuan bagi
pelanggaran syarat kegunaan terhadap hakmilik strata boleh dibuat melalui
semakan terhadap maklumat yang terkandung dalam dokumen hakmilik strata.
Pemilik petak adalah melakukan kesalahan sekiranya penggunaan petak bercanggah
dengan syarat nyata yang dinyatakan dalam dokumen hakmilik strata tersebut.
- Bagi
hakmilik strata yang dikeluarkan selepas kuatkuasa pindaan AHS melalui
Akta A1450 pada tahun 2013 dan sebelum berkuatkuasanya pindaan AHS melalui
Akta A1518, syarat nyata petak tidak dinyatakan dalam dokumen hakmilik
strata. Oleh yang demikian, tindakan penguatkuasaan berkenaan perlanggaran
syarat boleh diambil berdasarkan kepada syarat nyata yang terkandung di
dalam hakmilik tanah.
- Bagi
hakmilik strata yang dikeluarkan selepas kuatkuasa pindaan AHS melalui
Akta A1290 pada tahun 2007 dan sebelum berkuatkuasanya pindaan AHS melalui
Akta A1450, syarat nyata dinyatakan secara umum dalam dokumen hakmilik
strata iaitu tertakluk kepada syarat nyata pada hakmilik tanah. Oleh yang
demikian, penguatkuasaan berkenaan perlanggaran syarat boleh diambil berdasarkan
kepada syarat nyata yang terkandung di dalam hakmilik tanah.
- Bagi
hakmilik strata yang dikeluarkan sebelum berkuatkuasanya pindaan AHS
melalui Akta A1290 pada tahun 2007, syarat nyata tidak dinyatakan dalam
dokumen hakmilik strata. Oleh yang demikian, tindakan penguatkuasaan
berkenaan perlanggaran syarat boleh diambil berdasarkan kepada syarat nyata
yang terkandung di dalam hakmilik tanah.
4. Sehubungan itu, tindakan
penguatkuasaan menitik beratkan perkara-perkara berikut:
- Selaras
dengan seksyen 5(2) AHS 1985, tindakan penguatkuasaan bagi perlanggaran
syarat hakmilik strata adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang
terkandung di dalam Kanun Tanah Negara (KTN) selagi mana ia tidak
berlawanan dengan mana-mana peruntukan di bawah AHS 1985.
- Jika
berlaku perlanggaran syarat nyata berkenaan pengunaan sesuatu petak atau
blok sementara, Pentadbir Tanah boleh mengambil tindakan penguatkuasaan
berdasarkan kepada peruntukan di bawah KTN sama ada melalui seksyen 127
(untuk mengenakan denda) atau seksyen 128 (tindakan ringkas untuk remedi)
atau terus kepada seksyen 129 (pemilikan sementara untuk remedi).
iii.
Perlu
diambil perhatian bahawa selaras dengan seksyen 34 AHS 1985 (pindaan A1518),
pemilik adalah TIDAK DIBENARKAN untuk memohon bagi meminda syarat nyata
pada dokumen hakmilik stratanya. Oleh itu, Pentadbir Tanah tidak boleh membuat
perintah atau menerima permohonan untuk menukar syarat nyata dalam dokumen
hakmilik strata sebagai tindakan remedi.
5.
Manakala, pelucuthakan petak setelah tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen
129 KTN dilaksanakan dan sekiranya perlanggaran syarat masih berterusan,
prosedur pelucuthakan dan peletakhakkan petak seperti Bahagian IVB AHS 1985
(pindaan A1518) adalah terpakai (Rujuk Pekeliling KPTG Bil. 2/2017) dan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bil. 9/2020; ‘Garispanduan
pelucuthakan bagi petak atau blok sementara di bawah Seksyen 23E dan 23L Akta
Hakmilik Strata 1985’.
6. Kesimpulanya, Pindaan kepada AHS melalui Akta A1518 bertujuan untuk
menambahbaik sistem perundangan sedia ada selain memantapkan proses dan
prosedur penguatkuasaan perlanggaran syarat nyata. Secara ringkasnya,
pengenalan Bahagian baru dalam AHS 1985 berkenaan dengan pelucuthakan dan
peletakhakan petak atau blok sementara bagi perlanggaran syarat dapat
memperkukuhkan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap perlanggaran syarat.
Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:
Pentadbiran ini dapat membantu
Pentadbir Tanah untuk mewujudkan ‘Manual Prosedur Kerja (MPK)’ bagi ‘Pelaksanaan
Penguatkuasaan Perlanggaran Syarat Nyata Dalam Skim Pembangunan Berstrata
Selaras Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 [Akta A1518]’.
Sehubungan itu, saya sertakan MPK tersebut seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran Tanah bolehlah
merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN) kerana cadangan
MPK ini berkaitan dengan isu perundangan Kerajaan Negeri.
Justeru itu, dengan MPK ini akan
memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah (strata)
khususnya dalam mengurus tindakan penguatkuasaan di bawah pentadbiran tanah,
bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar
Kerajaan Negeri.
MANUAL PROSEDUR KERJA Pelaksanaan
Penguatkuasaan Perlanggaran Syarat Nyata Dalam Skim Pembangunan Berstrata
Selaras Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 [Akta A1518] |
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI TINDAKAN
PENGUATKUASAAN KE ATAS PELANGGARAN SYARAT DALAM SKIM PEMBANGUNAN BERSTRATA |
Bab 5 |
PENGUATKUASAAN SYARAT-SYARAT |
__________________________________________________________
Seksyen
5. AHS |
Tafsiran Akta |
||
|
|
(2) |
Kanun Tanah Negara dan
kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, setakat mana ia tidak berlawanan dengan
peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau
berkebolehan dipakai bagi petak, hendaklah dalam segala hal dipakai bagi
petak yang dipegang di bawah hakmilik strata: |
Seksyen 23L. AHS |
Perkembalian
kepada Pihak Berkuasa Negeri dan peletakhakan mula berkuat kuasa apabila
pemberitahuan disiarkan dalam Warta |
||
|
|
(1) |
Pentadbir Tanah hendaklah,
selepas membuat suatu perintah di bawah seksyen 23H Akta ini atau seksyen 129
Kanun Tanah Negara berhubung dengan mana-mana petak atau blok sementara,
menyiarkan di dalam Warta suatu pemberitahuan dalam Borang 12. |
|
|
(2) |
Pentadbir Tanah hendaklah,
dengan seberapa segera yang boleh, selepas penyiaran Borang 12 dalam Warta— |
|
|
(3) |
Pendaftar hendaklah,
selepas penyiaran dalam perenggan (2)(b), membuat suatu memorial yang
menyatakan petak atau blok sementara itu telah dilucut hak dan diletak hak
pada penerima pindahan pada dokumen hakmilik daftar dan dokumen hakmilik
keluaran. |
Seksyen 34. AHS |
Hak
pemilik dalam petaknya dan harta bersama |
||
|
|
(1) |
Tertakluk kepada seksyen ini
dan peruntukan lain dalam Akta ini, seorang pemilik hendaklah mempunyai― (a) berhubungan dengan petaknya
(dalam hal pemilik petak), kuasa yang diberi oleh Kanun Tanah Negara kepada
seorang pemilik berhubungan dengan tanahnya; dan |
|
|
(2) |
Tiada apa jua hak dalam
sesuatu petak aksesori boleh diurusniagakan atau dilupuskan dengan cara bebas
dari petak yang petak aksesori itu telah dihubungkaitkan |
|
|
(3) |
Tiada apa jua hak dalam
harta bersama boleh dilupuskan oleh seorang pemilik petak kecuali sebagai hak
yang berhubung kait dengan petak itu, dan mana-mana pelupusan petak oleh pemilik
petak hendaklah tanpa rujukan nyata termasuk pelupusan yang serupa bagi
hak-hak dalam harta bersama yang berhubung kait dengan petak itu. |
|
|
(4) |
Pemilik tidak dibenarkan
untuk memohon bagi meminda apa-apa syarat nyata ke atas dokumen hakmilik
stratanya. |
Seksyen
125. KTN |
Bila suatu pelanggaran syarat berbangkit. |
||||
|
|
(1) |
Suatu
pelanggaran syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan akan berbangkit
sebaik sahaja dan berterus selama, syarat itu tidak dipatuhi: |
||
|
|
(2) |
Pelanggaran
syarat yang tertakluk kepada suatu tempoh tetap akan berbangkit - |
||
|
|
|
a) |
dalam
kes suatu syarat yang menghendaki perlakuan apa-apa perbuatan dalam mana-mana
tempoh (iaitu tempoh yang dinyatakan di dalamnya atau tempoh tersebut yang dilanjutkan
di bawah seksyen 107),
setelah tamatnya tempoh itu tanpa perbuatan itu telah dilakukan; |
|
|
|
|
b) |
dalam
kes suatu syarat yang menghendaki apa-apa perbuatan ditinggalkan sehingga
suatu masa, setelah perlakuan perbuatan itu sebelum masa itu. |
|
Seksyen
126. KTN |
Pelanggaran syarat kompleks. |
||||
|
|
|
Jika
sekiranya apa-apa syarat mengandungi dua atau lebih obligasi atau tanggungan
yang berasingan, kegagalan untuk memenuhi mana-mana obligasi atau tanggungan
tersebut akan merupakan pelanggaran syarat itu. |
||
Seksyen
127. KTN |
Tanggungan untuk pelucuthakan kerana pelanggaran
syarat. |
||||
|
|
(1) |
Setelah
apa-apa pelanggaran berbangkit daripada apa-apa syarat yang kepadanya
mana-mana tanah berimilik buat masa itu tertakluk - |
||
|
|
|
a) |
maka
tanah itu hendaklah menjadi tertanggung untuk pelucuthakan kepada Pihak
Berkuasa Negeri, dan |
|
|
|
|
b) |
kecuali
dalam kes di mana suatu denda dikenakan di bawah subseksyen (1A) atau di mana tindakan untuk maksud menyebabkan
pelanggaran itu diremedikan adalah pertamanya dikehendaki diambil di bawah
seksyen 128, Pentadbiran Tanah hendaklah meneruskan penguatkuasaan
pelucuthakan itu selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 129. |
|
|
|
(1A) |
a) |
setelah
berbangkit sesuatu pelanggaran sebagaimana yang dirujukan dalam subseksyen
(1), maka Pentadbiran Tanah boleh, selain dari mengambil tindakan di bawah
seksyen 128 atau 129, menyerahkan suatu notis dalam Borang 7E kepada tuanpunya, memerlukannya menunjukan
sebab mengapa suatu denda tidak dikenakan berkenaan dengan pelanggaran
tersebut. |
|
|
|
|
b) |
Setelah
tuanpunya gagal menunjukan sebab dengan memuaskan Pentadbir Tanah, maka
Pentadbir Tanah boleh membuat suatu perintah untuk bayaran denda tidak kurang
daripada lima ratus ringgit dan dalam kes pelanggaran berterusan, suatu denda
tambahan tidak kurang daripada seratus ringgit bagi tiap-tiap hari dalam
tempoh pelanggaran itu berterusan. |
|
|
|
(1B) |
Jika
sekiranya suatu denda dibayar atas suatu perintah yang dibuat di bawah
perenggan (b) subseksyen (1A),
tiada apa jua tindakan akan diambil di bawah seksyen 128 atau 129 berkenaan
dengan pelanggaran itu. |
||
|
|
(1C) |
Walau
apa pun subseksyen (1B),
jika Pentadbir Tanah selepas siasatan yang wajar, berpuashati bahawa
pelanggaran itu berterusan, dia boleh menyerahkan suatu notis dalam Borang 7F terhadap tuanpunya memberitahu kepadanya
tentang niatnya untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 128 atau
129 selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh penyampaian notis atau pada
bila-bila masa kemudiannya. |
||
|
|
(2) |
Penerimaan
bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa item hasil tanah yang genap
masa berkenaan dengan mana-mana tanah berimilik tidaklah beroperasi sebagai
satu penepian bagi mana-mana hak pelucuthakan yang pada masa itu wujud
berkenaan dengan tanah itu menurut kuasa seksyen ini. |
||
|
|
(3) |
Tanah
yang telah menjadi tertanggung untuk pelucuthakan di bawah seksyen ini kerana
pelanggaran mana-mana syarat hendaklah terhenti dari tertanggung sedemikian
jika- |
||
|
|
|
(a) |
pelanggaran
itu diremedikan kemudiannya, atau |
|
|
|
|
(b) |
dalam
kes satu syarat yang tertakluk kepada suatu tempoh tetap, tiada apa jua
tindakan telah diambil berkenaan dengan pelanggaran itu di bawah seksyen 128
atau 129 sebelum tamatnya tempoh dua belas tahun bermula dan tarikh bila mana
pelanggaran itu berbangkit. |
|
|
|
(4) |
Untuk
maksud-maksud seksyen ini, dan seksyen 128 dan 129, tiap-tiap pelanggaran
syarat hendaklah diambil kira sebagai boleh diremedikan; dan tindakan yang
dikehendaki untuk meremedikan apa-apa pelanggaran hendaklah diambil kira
sebagai terdiri dari - |
||
|
|
|
(a) |
dalam
kes satu syarat positif, perlakuan tiap-tiap perbuatan atau apa-apa jua yang
ketinggalan untuk membuatnya merupakan atau menjadi sebahagian daripada
pelanggaran itu; |
|
|
|
|
(b) |
dalam
kes satu syarat negatif, perlakuan semua perbuatan atau apa-apa jua yang
sedemikian sebagaimana yang perlu untuk meletakan tanah itu dalam keadaan di
mana ia akan berada jika pelanggaran itu tidak berlaku. |
|
Seksyen
128. |
Tindakan cepat untuk memastikan remedi
pelanggaran syarat. |
||||
|
|
(1) |
Jika
sekiranya - |
||
|
|
|
(a) |
mana-mana
tanah berimilik adalah tertanggung untuk pelucuthakan kepada Pihak Berkuasa
Negeri di bawah seksyen 127 kerana pelanggaran mana-mana syarat, dan |
|
|
|
|
(b) |
didapati
oleh Pentadbir Tanah bahawa pelanggaran itu boleh diremedikan oleh tuanpunya
dalam satu tempoh yang munasabah, |
|
|
|
|
Pentadbir
Tanah hendaklah menyampaikan, atau menyebabkan disampaikan, kepada tuanpunya
suatu notis dalam Borang 7A
yang menentukan tindakan yang dikehendaki untuk meremedikan pelanggaran itu,
dan memintanya supaya mengambil tindakan sedemikian dalam masa yang
dinyatakan di dalamnya. |
||
|
|
(2) |
Setelah
penyampaian apa-apa notis di bawah subseksyen (1), Pentadbir Tanah hendaklah
mengendorskan, atau menyebabkan diendorskan, di atas dokumen hakmilik daftaran
kepada tanah yang dipersoalkan suatu nota yang menyatakan bahawa tanah itu
adalah tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat. |
||
|
|
(3) |
Penyampaian
apa-apa notis di bawah subseksyen (1) hendaklah beroperasi sebagai satu
penepian oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan syarat segala
kehendak-kehendaknya betul-betul dipatuhi, mengenai hak pelucuthakan yang
sedia ada oleh sebab pelanggaran dengan mana ia ada kaitan; dan - |
||
|
|
|
(a) |
jika
notis itu dipatuhi, nota yang diendorskan di bawah subseksyen (2) hendaklah
dibatalkan dengan sewajarnya; |
|
|
|
|
(b) |
jika
notis itu tidak dipatuhi, Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan
selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 129. |
|
|
|
|
|
|
|
Seksyen
129. |
Tindakan untuk menguatkuasakan pelucuthakan
kerana pelanggaran syarat. |
||||
|
|
(1) |
Pentadbir
Tanah hendaklah mengambil tindakan di bawah seksyen ini di mana jua mana-mana tanah berimilik
adalah tertanggung untuk pelucuthakan di bawah seksyen 127 kerana pelanggaran
syarat dan - |
||
|
|
|
(a) |
dia
berpendapat bahawa pengambilan tindakan di bawah seksyen 128 tidaklah wajar,
atau |
|
|
|
|
(b) |
tuanpunya
tanah itu telah gagal mematuhi mana-mana notis yang disampaikan kepadanya di
bawah seksyen itu. |
|
|
|
(2) |
Dalam
salah satu keadaan yang disebut di atas, Pentadbir Tanah hendaklah - |
||
|
|
|
(a) |
menyebabkan
suatu notis dalam Borang 7B
disampaikan kepada tuanpunya tanah itu, dan |
|
|
|
|
(b) |
menyebabkan
suatu salinan notis itu, yang kepadanya hendaklah dilampirkan notis tambahan
yang ditunjukan dalam sambungan kepada borang itu, disampaikan kepada orang
dan badan yang serupa seperti orang dan badan yang kepadanya notis-notis yang
berhubungan dengan sewa adalah dikehendaki untuk disampaikan oleh subseksyen
(1) seksyen 98. |
|
|
|
(3) |
Setelah
penyampaian apa-apa notis di bawah subseksyen (2), Pentadbiran Tanah
hendaklah (melainkan satu nota sedemikian telah diendorskan di bawah seksyen
128), mengendorskan atau menyebabkan diendorskan, di atas dokumen hakmilik
daftaran kepada tanah yang dipersoalkan suatu nota yang menyatakan bahawa
tanah itu adalah tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat. |
|
|
|
(4) |
Apabila
tiba tarikh dan pada masa dan tempat, sebagaimana yang dinyatakan dalam
mana-mana notis sedemikian, Pentadbir Tanah hendaklah mengadakan suatu
siasatan selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, dan, pada selesai
siasatan itu - |
|
|
|
|
(a) |
jika
didapati olehnya bahawa pelanggaran itu telah diremedikan, maka dia hendaklah
mengisytiharkan mengenainya melalui perintah dan hendaklah membatal atau
menyebabkan dibatalkan apa-apa nota yang diendorskan di bawah seksyen ini
atau seksyen 128; |
|
|
|
(b) |
jika
didapati olehnya saksama bahawa masa (atau di mana suatu notis di bawah
seksyen 128 telah disampaikan berkenaan dengan pelanggaran itu, masa
lanjutan) patut dibenarkan untuk meremedikan pelanggaran itu, maka dia
hendaklah membuat satu perintah yang menentukan tindakan yang hendak diambil
untuk maksud itu, dan masa dalam mana tindakan itu hendak diambil; |
|
|
|
(c) |
dalam
mana-mana kes yang lain, akan mengambil pemilikan sementara tanah itu
sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau dalam ketiadaan
arahan tersebut, membuat suatu perintah yang mengisytiharkan tanah itu
dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri. |
|
|
(5) |
Pembuatan
satu perintah di bawah perenggan (b)
subseksyen (4) hendaklah beroperasi sebagai satu penepian oleh Pihak Berkuasa
Negeri, dengan syarat segala kehendak-kehendaknya betul-betul dipatuhi,
mengenai hak pelucuthakan yang sedia ada oleh sebab pelanggaran dengan mana
perintah itu ada kaitan; dan - |
|
|
|
|
(a) |
jika
perintah itu dipatuhi, apa-apa nota yang diendorskan di bawah seksyen ini
atau seksyen 128 hendaklah dibatalkan dengan sewajarnya; |
|
|
|
(b) |
jika
perintah itu tidak dipatuhi, Pentadbir Tanah hendaklah, pada tamat tempoh
yang dinyatakan di dalamnya, mengambil pemilikan sementara tanah itu
sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau dalam ketiadaan
arahan tersebut, membuat suatu perintah yang mengisytiharkan tanah itu
dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri. |
|
|
(6) |
Jika
sekiranya pemilikan sementara diambil oleh Pentadbir Tanah di bawah perenggan (c) subseksyen (4) atau perenggan (b) subseksyen (5),
peruntukan-peruntukan berikut hendaklah terpakai - |
|
|
|
|
(a) |
Pihak
Berkuasa Negeri atau mana-mana orang atau badan yang dilantik olehnya
mempunyai kuasa untuk memperbetulkan pelanggaran atas perbelanjaan Pihak
Berkuasa Negeri atau perbelanjaan sendiri orang atau badan itu dengan apa-apa
cara atau bentuk yang difikirkan wajar oleh Pihak Berkuasa Negeri; |
|
|
|
(b) |
apabila
selesai melaksanakan remedi atau dalam tempoh tertentu sebagaimana Pihak
Berkuasa Negeri fikirkan wajar selepas melaksanakan remedi tersebut,
pemilikan akan dikembalikan kepada tuanpunya dengan kehendak bahawa tanah itu
diselenggara dalam keadaan yang memuaskan memandangkan remedi itu dan bahawa
Pihak Berkuasa Negeri, orang atau badan yang terbabit akan dibayar balik
semua atau sebahagian dari perbelanjaan yang telah dialami dalam melaksanakan
remedi itu samada dengan sekaligus atau secara ansuran; dan |
|
|
|
(c) |
jika
mana-mana kehendak di bawah perenggan (b)
didapati tidak dipatuhi, Pentadbir Tanah akan melaporkan kepada Pihak
Berkuasa Negeri, dan jika Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa tanah itu
tidak diselenggara seperti yang dikehendaki, maka ia akan membuat suatu
perintah yang mengisytiharkan tanah itu dilucuthak kepada Pihak Berkuasa
Negeri. |
(2)
HURAIAN RINGKAS MENGENAI PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG |
2. |
HURAIAN
RINGKAS MENGENAI PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI PELANGGARAN SYARAT. |
_________________________________________________________________________________________________________
1. |
Bila suatu pelangggaran
syarat berbangkit. |
||||
|
(1) |
Bila
syarat tidak dipatuhi sebaik sahaja ditetapkan atau berterusan selamanya. |
|||
|
(2) |
Pelanggaran
syarat yang tertakluk kepada satu tempoh tetap akan berbangkitan jika:- |
|||
|
|
(i) |
tidak
melaksanakan syarat dalam tempoh yang ditetapkan contoh ditetapkan dalam 2
tahun kena bina bangunan tapi tidak dibina. Jika ada pelanjutan di bawah
seksyen 107 KTN selepas tempoh itu juga tidak dibina. |
||
|
|
(ii) |
dalam
kes suatu syarat yang menghendaki perbuatan itu ditinggalkan sehingga suatu
masa tetapi perlakuan itu dibuat sebelum masa. Rujuk seksyen 125 KTN. |
||
|
|
|
Pentadbiran
Tanah boleh mengambil salah satu tindakan samada terus merampas tanah di
bawah seksyen 129 KTN atau memberi peluang kepada pemilik berdaftar untuk
meremedi di bawah seksyen 128 KTN atau mengenakan denda kepada tuan tanah
terlebih dahulu di bawah seksyen 127(1A) KTN. |
||
2. |
Pelanggaran syarat kompleks. |
||||
|
Jika
sekiranya apa-apa syarat mengandungi dua atau lebih obligasi atau tanggungan
yang berasingan kegagalan untuk memenuhinya adalah merupakan satu pelanggaran
syarat. Rujukan seksyen 126 KTN. |
||||
|
Jika
tiada tempoh yang jelas dinyatakan di dalam syarat nyata sesuatu petak,
seksyen 114 – seksyen 117 KTN boleh dirujuk untuk ketetapan tempoh berkenaan.
Ketetapan tempoh adalah diambil kira daripada tarikh hakmilik didaftarkan. |
||||
3. |
Tanggungan untuk pelucuthakan
kerana pelanggaran syarat. |
||||
|
(i) |
Bila
melanggar apa-apa syarat yang dikenakan ke atas petak hakmilik. |
|||
|
|
Petak
itu menjadi tertanggung untuk perlucuthakan kepada Pihak Berkuasa Negeri kecuali
denda dibayar atau pelanggaran itu diremedi. Rujuk seksyen 127(1) (a) &
(b) KTN. |
|||
|
(ii) |
Jika
berbangkit suatu pelanggaran Pentadbir Tanah boleh mengambil tindakan di
bawah seksyen 128 atau 129 KTN menyerah notis 7E kepada tuanpunya. Notis tunjuk sebab mengapa
suatu denda tidak boleh dikenakan kerana melanggar syarat tersebut. |
|||
|
(iii) |
Bila
tuanpunya gagal merujuk sebab dengan memuaskan Pentadbir Tanah boleh membuat
suatu perintah untuk bayaran denda tidak kurang daripada Lima Ratus Ringgit
dan dalam kes pelanggaran syarat berterusan suatu denda tambahan tidak kurang
daripada Seratus Ringgit bagi tiap-tiap hari dalam tempoh pelanggaran
tersebut. Rujuk seksyen 1A(a)
dan (b). |
|||
|
(iv) |
Jika
denda dibayar tiada tindakan di bawah seksyen 128 atau seksyen 129 diambil.
Rujuk seksyen 127(1B)
KTN. |
|||
|
(v) |
Walau
apa pun seksyen 127(1B),
jika Pentadbir Tanah berpuashati bahawa pelanggaran berterusan Pentadbir
Tanah boleh menyerahkan notis 7F kepada tuan tanah memberitahu tentang niat untuk
mengambil tindakan di bawah seksyen 128 atau 129 KTN selepas habis tempoh
enam bulan dari tarikh penyampaian notis atau pada bila-bila masa kemudian.
Rujuk seksyen 127(1C)
KTN. |
|||
|
(vi) |
Penerimaan
bagi Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa item hasil cukai petak yang genap
masa berkenaan dengan mana-mana petak hakmilik tidaklah beroperasi sebagai
satu penepian (operate as a waiver)
bagi mana-mana hak pelucuthakan pada masa itu wujud berkenaan dengan petak
itu menurut kuasa seksyen ini (yang difahamkan – walaupun cukai petak dibayar
kepada Pihak Berkuasa Negeri. Jika ia melanggar syarat tindakan untuk
pelucuthakan akan tetap boleh dibuat). Rujuk seksyen 127(2) KTN. |
|||
|
(vii) |
Jika
remedi telah dibuat atau dalam kes satu syarat yang tertakluk kepada tempoh
tetap tiada apa jua tindakan diambil berkenaan dengan pelanggaran di bawah
seksyen 128 atau 129 KTN. Sebelum tamatnya tempoh 12 tahun bermula dari
tarikh pelanggaran berbangkit hendaklah hentikan tindakan Penguatkuasaan.
Rujuk seksyen 127(3) (a) dan (b) KTN. |
|||
|
(viii) |
Untuk
maksud seksyen ini, seksyen 128 dan seksyen 129 tiap-tiap pelanggaran syarat
hendaklah diambil kira sebagai boleh diremedikan, tindakan yang dikehendaki
untuk meremedikan apa-apa pelanggaran hendaklah diambilkira sebagai terdiri dari:- |
|||
|
|
(a) |
dalam
kes satu syarat positif – perlakuan tiap-tiap perbuatan atau apa-apa jua yang
ketinggalan untuk membuatnya merupakan atau menjadi sebahagian dari
pelanggaran ini (tak buat apa-apa dan biarkan perlanggaran syarat berlaku). |
||
|
|
(b) |
dalam
kes satu syarat negative – perlakuan semua perbuatan atau apa-apa jua yang
sedemikian sebagaimana yang perlu untuk meletakan tanah itu dalam keadaan di
mana ia akan ada jika pelanggaran itu tidak berlaku. Rujuk seksyen 127(4) (a)
dan (b) KTN (buat sesuatu untuk cuba remedi). |
||
4. |
Tindakan cepat untuk memastikan remedi
pelanggaran syarat – Seksyen 128 KTN (1) (2) (3)._____________________________________________________ |
||||
|
(i) |
Menyampaikan
atau menyebabkan disampai notis 7A
yang meminta tindakan meremedi diambil dalam tempoh yang dinyatakan bagi
mana-mana petak hakmilik; |
|||
|
|
Jika
sekiranya:- |
|||
|
|
(a) |
mana-mana
petak hakmilik strata adalah tertanggung untuk pelucuthakan kepada PBN di
bawah seksyen 127 KTN kerana pelanggaran mana-mana syarat dan |
||
|
|
(b) |
didapati
oleh Pentdbir Tanah bahawa pelanggaran itu boleh diremedikan oleh tuanpunya
dalam satu tempoh yang munasabah. |
||
|
(ii) |
Bila notis disampaikan buat
endorsan di dalam Dokumen Hakmilik Daftar dengan nota bahawa petak hakmilik strata
itu tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat. |
|||
|
(iii) |
Penyampaian notis di bawah
seksyen 128(1) KTN hendaklah beroperasi sebagai satu penepian oleh Pihak
Berkuasa Negeri dengan syarat segala kehendaknya betul-betul dipatuhi,
mengenai hak pelucuthakan yang sediada oleh sebab pelanggaran dengan mana ia
ada kaitan dan:- |
|||
|
|
(a) |
jika notis dipatuhi, batal
nota yang diendors atas Dokumen Hakmilik Daftar. |
||
|
|
(b) |
jika notis tidak dipatuhi Pentadbir
Tanah ambil tindakan selaras dengan seksyen 129 KTN. |
||
|
(iv) |
Walaubagaimanapun, PT TIDAK BOLEH
mengeluarkan perintah untuk memulihkan perlanggaran dengan cara penukaran
syarat nyata kepada hakmilik strata (Seksyen 34 AHS) |
|
||
5. |
Tindakan untuk menguatkuasakan pelucuthakan
kerana pelanggaran syarat seksyen
129 KTN._________________________________________________ |
||||
|
(i) |
Pentadbir
Tanah hendaklah mengambil tindakan di bawah seksyen ini di mana jua tanah
berimilik adalah tertanggung untuk perlucuthakan di bawah seksyen 127 KTN
kerana pelanggaran syarat dan:- |
|||
|
|
(a) |
dia
berpendapat bahawa pengambilan tindakan di bawah seksyen 128 tidaklah wajar
atau |
||
|
|
(b) |
tuanpunya
petak telah gagal mematuhi mana-mana notis yang disampaikan kepadanya di
bawah seksyen itu. |
||
|
(ii) |
Dalam
salah satu keadaan di atas Pentadbir Tanah hendaklah menyebabkan notis dalam
borang 7B disampaikan kepada tuanpunya tanah dan menyebabkan satu salinan
notis yang kepadanya dilampirkan, notis tambahan yang ditunjukan dalam sambungan
kepada borang itu disampaikan kepada orang-orang yang berkepentingan seperti
kehendak seksyen 98(1) KTN. |
|||
|
|
Pentadbir
Tanah atau Pendaftar Hakmilik buat endorsan dalam Dokumen Hakmilik Daftar
yang menyatakan bahawa tanah itu adalah tertakluk kepada tindakan kerana
pelanggaran syarat. |
|||
|
(iii) |
Pentadbir
Tanah buat siasatan, jika pelanggaran telah diremedi, buat satu perintah
batalkan semua endorsan-endorsan yang dibuat di bawah seksyen 128 KTN. Masa
lanjutan dibenarkan untuk remedi pelanggaran selepas tempoh lanjutan. Jika
masih belum remedi buat kertas pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri untuk
mengambil milik sementara atas arahan Pihak Berkuasa Negeri. Satu perintah
dibuat petak itu dilucuthakan kepada Pihak Berkuasa Negeri. |
|||
|
(iv) |
Jika
pemilikan sementara diambil peruntukan-peruntukan berikut terpakai: |
|||
|
|
(i) |
Pihak
Berkuasa Negeri atau mana-mana orang yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri
betulkan pelanggaran atas perbelanjaan Pihak Berkuasa Negeri atau orang atau
badan itu. |
||
|
|
(ii) |
lepas
remedi Pihak Berkuasa Negeri akan kembalikan petak itu kepada tuanpunya dan
bayaran remedi dibayar balik kepada Pihak Berkuasa Negeri. |
||
|
|
(iii) |
kalau
masih tidak dipatuhi Pentadbir Tanah buat perintah dilucuthakan kepada Pihak
Berkuasa Negeri. |
||
|
|
|
|
|
|
PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN, PEKELILING
KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN MENGENAI PENGUATKUASAAN KE ATAS PELANGGARAN SYARAT
TANAH |
3. |
PEKELILING PENGARAH TANAH
DAN GALIAN MENGENAI PELANGGARAN SYARAT TANAH. |
__________________________________________________________________________________________________
|
PEKELILING |
TAJUK |
1. |
2/2016 |
Garis panduan tindakan
Penguatkuasaan bagi kesalahan pelanggaran syarat tanah di bawah Seksyen 127,
128 dan 129 Kanun Tanah Negara 1965. |
2. |
9/2020 |
Garispanduan pelucuthakan
bagi petak atau blok sementara di bawah Seksyen 23E dan 23L Akta Hakmilik
Strata 1985 |
|
PEKELILING KETUA PENGARAH
TANAH DAN GALIAN MENGENAI PELANGGARAN SYARAT TANAH. |
___________________________________________________________________________________________________
|
PEKELILING |
TAJUK |
1. |
5/1985 |
Tindakan penguatkuasa
apabila berlaku pelanggaran syarat penggunaan tanah (disemak 2007). |
2. |
7/1977 |
Perintah perampasan tanah
(disemak 2007). |
3. |
36/1977 |
Perampasan tanah milik di
bawah seksyen 130 KTN
(disemak 2007). |
4. |
2/2017 |
Pelaksanaan cukai bagi
petak atau blok sementara |
5. |
4/2017 |
Pelaksanaan penguatkuasaan
perlanggaran syarat dalam skim pembangunan berstrata selaras Akta Hakmilik
Strata (pindaan) 2016 [Akta A1516] |
PROSES KERJA TINDAKAN PENGUATKUASAAN KE
ATAS PELANGGARAN SYARAT |
4. |
PROSES
KERJA |
_____________________________
Bidang |
- |
Khusus |
Fungsi |
- |
Penguatkuasaan
dan Teknikal (Strata) |
Aktiviti |
- |
Penguatkuasaan
Pelanggaran Syarat Nyata Petak Strata. |
BIL. |
PROSES KERJA |
PEGAWAI YANG MELULUSKAN DIRUJUK |
UNDANG-UNDANG PERATURAN |
1. |
Mengkaji hal perlanggaran
yang dilaporkan atau aduan yang sampai ke pengetahuannya. |
Pentadbir Tanah (PT) |
|
2. |
(i) Memutuskan untuk meminta pemilik petak untuk
menunjukkan sebab mengapa denda tidak boleh dikenakan (ii) Menyerahkan notis dalam
Borang 7E kepada tuan punya memintanya menunjukkan sebab mengapa ia tidak
boleh didenda. |
Pentadbir Tanah (PT) |
Sekyen 127 (1A)(a) KTN. |
3. |
(i) Membuat keputusan sama ada untuk
mengenakan denda atau tidak. (ii) Jika PT tidak berpuas hati dengan
penjelasan yang diberi berikutan dengan notis dalam Borang 7E, ia membuat
perintah menghendaki tuan punya membayar denda. |
Pentadbir Tanah (PT) |
Sekyen 127 (1A)(b) KTN. |
4. |
(i) Menerima bayaran denda. (ii) Jika denda tidak dibayar, PT akan
mengambil tindakan seperti pada para 6 di bawah. |
Pentadbir Tanah (PT) |
Sekyen 127 (1B) KTN. |
5. |
(i) membuat siasatan sama ada
perlanggaran berterusan. (ii) Jika perlangaran berterusan, PT
menyerahkan notis dalam Borang 7F kepada tuan punya memaklumkan bahawa ia
akan mengambil tindakan seperti pada para 6 atau para 9 di bawah setelah
habis tempoh enam bulan daripada tarikh penyerahan notis atau pada bila-bila
masa selepas itu. |
Pentadbir Tanah (PT) |
Sekyen 127 (1B) KTN. Pekeliling KPTG Bil. 5/1985
(Semakan 2007) |
6. |
Menyerahkan notis dalam Borang 7A (i) Menyerahkan notis kepada pemilik
petak dalam Borang 7A jika ia berpuas hati yang perlanggaran telah berlaku
dan ia boleh dipulihkan dalam masa yang munasabah (i) Ini juga perlu dilakukan jika
denda tidak dibayar seperti yang dinyatakan pada para 4.(ii) di atas atau
jika perlanggaran itu berterusan seperti pada para 5.(ii) di atas. (iii) Jika perlanggaran tidak boleh
dipulihkan sedemikian, PT hendaklah mengambil tindakan seperti pada para 8.(ii)
di bawah. (iv) Bagi maksud seksyen 128,
tiap-tiap perlanggaran syarat hendaklah dianggap boleh dipulihkan. (v) Walaubagaimanapun, PT TIDAK BOLEH
mengeluarkan perintah untuk memulihkan perlanggaran dengan cara penukaran syarat
nyata kepada hakmilik strata. |
Pentadbir Tanah (PT) |
Seksyen 128 (1) KTN. Seksyen 128(4) KTN. Seksyen 34 AHS. |
7. |
Mengendors nota dalam DHD (i) Nota yang diendors bermaksud petak
itu tertakluk kepada tindakan bagi perlanggaran syarat. (ii) Dalam hal hakmilik Pejabat
Pendaftar, PT akan meminta PH untuk mengendors nota dalam DHD dan untuk
tujuan ini, satu salinan notis dalam Borang 7A yang telah diserahkan
hendaklah juga dikemukakan. |
PT/Pendaftar Hakmilik
(PH) |
Seksyen 128(2) KTN Seksyen 128(2) KTN |
8. |
membatalkan nota jika perlanggaran dipulihkan (i) Dalam hal hakmilik Pejabat
Pendaftar, PT akan meminta PH untuk membatalkan nota yang telah diendors jika
perlanggaran telah dipulihkan. (ii) Jika perlanggaran tidak
dipulihkan, PT hendaklah mengambil tindakan seperti pada para 9 di bawah. |
PT/Pendaftar Hakmilik
(PH) |
Seksyen 128(3) KTN Seksyen 128(3) KTN |
9. |
Di mana perlanggaran tidak mungkin boleh dipulihkan
dalam masa yang ditentukan, atau di mana perlanggaran tidak boleh dipulihkan
selaras notis dalam Borang 7A, PT akan menyerahkan notis dalam Borang 7B. (i) Notis dalam Borang 7A hendaklah
diserahkan kepada pemilik petak. (ii) Satu salinan notis dalam Borang
7B hendaklah juga diserahkan kepada sesiapa daripada mereka yang dinyatakan
dalam seksyen 98(1). (iii) Untuk maksud seksyen 129,
tiap-tiap perlanggaran syarat akan dianggap boleh dipulihkan. (iv) Walaubagaimanapun, PT TIDAK BOLEH
mengeluarkan perintah untuk memulihkan perlanggaran dengan cara penukaran
syarat nyata kepada hakmilik strata. |
Pentadbir Tanah (PT) |
Seksyen 129(1) dan 129(2)(a)
KTN |
10. |
Akan mengendors nota dalam DHD (i) Endorsan nota berikutan penyerahan
notis dalam Borang 7B yang bermaksud petak itu tertakluk kepada tindakan bagi
perlanggaran syarat hanya perlu dalam hal di mana Borang 7A tidak diserahkan
atau di mana nota sedemikian seperti pada 7 di atas belum lagi diendorskan. (ii) Dalam hal hakmilik Pejabat Pendaftar,
PT akan meminta PH untuk mengendors nota dalam DHD dan untuk ini, satu
salinan notis dalam Borang 7B yang telah pun diserahkan hendaklah juga
dikemukakan. |
PT/Pendaftar Hakmilik (PH) |
Seksyen 129(3) KTN |
11. |
Menjalankan siasatan pada tarikh dan masa dan tempat
yang ditentukan dalam Borang 7B. (i) Siasatan hendaklah dijalankan
selaras dengan Bab 4 Bahagian Dua KTN. (ii) Pada penutupan siasatan, PT
hendaklah membuat mana-mana arahan yang berikut : (a)
mengisytiharkan perlanggaran telah dipulihkan; (b)
menentukan tindakan yang perlu dibuat bagi
memulihkan perlanggaran dalam masa yang ditetapkan; (c)
mengambil milik sementara petak itu (untuk ini
arahan daripada Pihak Berkuasa Negeri adalah perlu dan PT hendaklah mendapatkannya
sebelum penutupan siasatan itu); dan (d)
mengisytiharkan petak itu terlucuthak kepada
Pihak Berkuasa Negeri. (iii) Walaubagaimanapun, PT TIDAK
BOLEH mengeluarkan perintah untuk memulihkan perlanggaran dengan cara
penukaran syarat nyata kepada hakmilik strata (iv) Apa-apa perintah yang telah
dibuat hendaklah dimasukkan dalam fail yang berkenaan |
PT/Pendaftar Hakmilik (PH) |
Seksyen 129(4) KTN Pekeliling KPTG Bil. 5/1985
(Semakan 2007) Seksyen 129(4)(a) KTN Seksyen 129(4)(b) KTN Seksyen 129(4)(c) KTN Seksyen 129(4)(c) KTN Seksyen 34 AHS |
12. |
Hendaklah membatalkan endorsan jika perlanggaran
telah dipulihkan. (i) Jika arahan yang dibuat ialah
dalam bentuk pengisytiharan bahawa perlanggaran telah dipulihkan, PT akan membatalkan
atau dalam hal hakmilik Pejabat Pendaftar, meminta PH untuk membatalkan
endorsan yang dibuat pada para 7 atau para 10 di atas. |
PT/Pendaftar Hakmilik (PH) |
Seksyen 129(4)(c) KTN |
|
(ii) Jika arahan yang dibuat ialah
bahawa suatu tindakan untuk memulihkan perlanggaran perlu diambil dalam masa
tertentu, PT hendaklah membatalkan atau dalam hal hakmilik Pejabat Pendaftar,
meminta PH untuk membatalkan endorsan yang dibuat pada para 7 atau para 10 di
atas jika perlanggaran itu telah dipulihkan. |
|
|
13. |
Jika arahan yang dibuat seperti pada para 11.(ii)(b)
di atas tidak dipatuhi atau setelah petak itu dikembalikan kepada pemilik
petak mengikut Seksyen 129(6)(b), petak itu tidak diselenggara seperti yang
dikehendaki, PT hendaklah membuat perintah lanjutan mengisytiharkan petak itu
terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri. |
Pentadbir Tanah (PT) |
Seksyen 129(5)(b) dan
129(6)(c) KTN |
14. |
(i) Apabila membuat perintah pada para
11.(ii)(d) atau perintah lanjutan pada para 13 di atas, PT hendaklah
menyiarkan dalam Warta pemberitahuan perlucuthakan dalam Borang 12 (ii) Notis yang diwartakan hendaklah
disiarkan selaras dengan seksyen 23L AHS dan seksyen 433 KTN |
Pentadbir Tanah (PT) |
Seksyen 130 KTN Seksyen 433 KTN Seksyen 23L AHS |
15. |
Membuat ingatan perlucuthakan dalam DHD (i) Dalam hal hakmilik Pejabat
Pendaftar, PT hendaklah meminta PH untuk membuat ingatan dalam DHD dan untuk
tujuan ini, satu salinan notis yang diwartakan hendaklah juga dikemukakan (ii) Tarikh berkuat kuasa
perlucuthakan dan butir-butir pemberitahuan warta hendaklah dimasukkan dalam
peringatan (iii) DHK, jika ianya ada pada PT,
jangan dimusnahkan sehingga habis tempoh rayuan terhadap perlucuthakan boleh
dibuat atau jika ada rayuan, sehingga rayuan itu diselesaikan. |
Pentadbir Tanah (PT) |
Seksyen 130(2) KTN Seksyen 130(1) KTN Seksyen 130(3) KTN |
CARTA ALIRAN KERJA TINDAKAN PENGUATKUASAAN
KE ATAS PELANGGARAN SYARAT TANAH |
SENARAI SEMAK TINDAKAN PENGUATKUASAAN KE ATAS
PELANGGARAN SYARAT |
6. |
SENARAI
SEMAK PENGUATKUASAAN PELANGGARAN SYARAT NYATA PETAK STRATA |
Bil. |
Perkara |
Tandakan (X) |
||||
1. |
Surat/maklumat
aduan atau laporan mengenai pelanggaran syarat nyata petak strata. |
|
||||
2. |
Salinan
hakmilik petak strata no. ___________________ |
|
||||
3. |
Salinan
bil cukai petak. |
|
||||
4. |
Salinan
maklumat syarikat (SSM) – jika berkaitan. |
|
||||
5. |
Salinan
pelan petak strata, tapak dan pelan lokasi (disediakan oleh pelukis pelan). |
|
||||
6. |
Gambar-gambar
berkaitan tapak dan kawasan sekeliling tapak (utara, selatan, timur dan
barat). |
|
||||
|
i. |
Gambar petak & tapak |
: |
No. Gambar |
____________________ |
|
|
ii. |
Gambar Utara |
: |
No. Gambar |
____________________ |
|
|
iii. |
Gambar Selatan |
: |
No. Gambar |
____________________ |
|
|
iv. |
Gambar Timur |
: |
No. Gambar |
____________________ |
|
|
v. |
Gambar Barat |
: |
No. Gambar |
____________________ |
|
7. |
Laporan Petak Strata oleh Penolong Pegawai Tanah
Strata. |
|
||||
8. |
Bukti
penyampaian Notis Borang 7E KTN (tunjuk sebab mengenai denda). Tarikh
notis disampaikan :
______________________________ Tarikh
siasatan dijalankan :
______________________________ |
|
||||
9. |
Bukti
penyampaian perintah mengenai denda Borang 23 Kaedah Tanah Negeri. Tarikh
notis disampaikan :
______________________________ |
|
||||
10. |
Salinan
resit pembayaran perintah denda (Borang 23 Kaedah Tanah Negeri). |
|
||||
11. |
Bukti
penyampaian notis Borang 7A KTN (Tindakan cepat meremedi pelanggaran syarat). Tarikh
notis disampaikan : ______________________________ |
|
||||
12. |
Bukti
penyampaian notis Borang 7B KTN (Tindakan cepat meremedi pelanggaran syarat). Tarikh
notis disampaikan :
______________________________ Tarikh
siasatan dijalankan :
______________________________ |
|
SENARAI SEMAK DAN TINDAKAN KE ATAS ADUAN ATAU
MAKLUMBALAS MENGENAI STATUS PETAK STRATA |
7. |
SENARAI
SEMAK TINDAKAN KE ATAS ADUAN ATAU MAKLUMBALAS MENGENAI STATUS PETAK STRATA |
Bil. |
Perkara |
Tandakan (X) |
||||
1. |
Surat/maklumat
aduan atau laporan mengenai hal pelanggaran petak strata. |
|
||||
2. |
Salinan
pelan petak strata, tapak dan pelan lokasi (disediakan oleh pelukis pelan). |
|
||||
3. |
Salinan
hakmilik strata no. _______________________________ |
|
||||
4. |
Salinan
cukai petak. |
|
||||
5. |
Salinan
maklumat syarikat (SSM) – jika berkaitan. |
|
||||
6. |
Gambar-gambar
berkaitan tapak dan kawasan sekeliling tapak (utara, selatan, timur dan
barat). |
|
||||
|
i. |
Gambar petak & tapak |
: |
No. Gambar |
____________________ |
|
|
ii. |
Gambar Utara |
: |
No. Gambar |
____________________ |
|
|
iii. |
Gambar Selatan |
: |
No. Gambar |
____________________ |
|
|
iv. |
Gambar Timur |
: |
No. Gambar |
____________________ |
|
|
v. |
Gambar Barat |
: |
No. Gambar |
____________________ |
|
7. |
Laporan Petak Strata oleh Penolong Pegawai Tanah
Strata. |
|
||||
8. |
Surat
jawapan/maklumbalas. |
|
BAHAN-BAHAN
RUJUKAN
__________________________________
1. |
Kanun Tanah Negara 1965 Akta 56/1965. |
2. |
Akta Hakmilik Strata 1985 Akta 318. |
3. |
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian. |
4. |
Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian. |
5. |
Nota-nota khusus dari Ketua Pengarah Tanah dan
Galian/ Pengarah Tanah dan Galian. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan