Rabu, 30 Disember 2020

Memorandum

 

Memorandum

 

Mewujudkan Skim Perkhidmatan Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48 Di Seluruh Pejabat Pentadbiran Tanah Malaysia

Kepada

 

Y.B. Dato’ Sri Douglass Uggah Embas

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

Daripada

 

Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Wilayah Persekutuan

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Johor

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Pahang

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Terengganu

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Kelantan

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Melaka

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Selangor

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Perak

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Kedah

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Perlis

 

 

 

 

 

Mewujudkan Skim Perkhidmatan Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48 Di Seluruh Pejabat Pentadbiran Tanah Malaysia

 (1) Pendahuluan

 

Keseluruhan Pentadbiran Tanah di Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Skim Perkhidmatan di peringkat Pengurusan dan Profesional dilakukan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah / Penolong Pegawai Daerah / Penolong Pengarah Tanah dan Galian / Pendaftar Hamilik Tanah. Ringkasan tugas mereka di atas ialah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat Pengurusan dan Profesional berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urusniaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa. Secara amnya fungsi perjawatan Penolong Pentadbir Tanah / Penolong Pegawai Daerah / Penolong Pengarah Tanah dan Galian adalah berkaitan dengan urusan tanah sahaja.

 

Walaubagaimanapun perjawatan ini telah dilantik daripada skim perkhidmatan yang bukan berasaskan urusan tanah iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang hanya berpengetahuan tentang pentadbiran am dan undang-undang Umum. Manakala urusan pentadbiran tanah lebih fokus kepada undang-undang berkaitan tanah seperti Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, Peraturan-peraturan Tanah Negeri, Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah/Pengarah Tanah dan Galian serta lain-lain undang-undang tanah berkaitan.

 

Oleh demikan kami dengan tulus ikhlasnya mengemukakan memorandum ini untuk rujukan dan pertimbangan Yang Berhormat Dato Sri agar kerajaan mewujudkan Skim Perkhidmatan Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48 Di Seluruh Pejabat Pentadbiran Tanah Malaysia. Bersama-sama ini, kami turut menyeru kerajaan untuk memantapkan fungsi pentadbiran tanah khususnya meningkatkan kecekapan sistem penyampaian pengurusan pentadbiran tanah di samping keperluan kemahiran penganalisisan, pengupayaan penguatkuasaan pentadbiran tanah, serta kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), maka skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41, M44, Dan M48 ditambah baik dengan mewujudkan satu skim perkhidmatan baharu Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48.

 

(2) Masalah Yang Ditimbulkan Oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

 

Akibat perlantikan Skim Perkhidmatan di peringkat Pengurusan dan Profesional dilakukan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah / Penolong Pegawai Daerah / Penolong Pengarah Tanah dan Galian / Pendaftar Hamilik Tanah yang bukan berpengetahuan tentang Pentadbiran Tanah. Urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urusniaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa menjadi tidak terurus dengan cekap dan sering terdapatnya salah urus tadbir Pentadbiran Tanah dari segi perundangan tanah dan pematuhan pekeliling berkaitan prosedur atau pengurusan tanah.

 

Diantara masalah-masalah yang timbul daripada perlantikan Skim Perkhidmatan di peringkat Pengurusan dan Profesional dilakukan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah / Penolong Pegawai Daerah / Penolong Pengarah Tanah dan Galian / Pendaftar Hamilik Tanah didalam berkaitan dengan urusan tanah:-

 

1)    Antara perkara yang sering dibangkitkan mengenai pentadbiran tanah ini ialah soal kelewatan, rasuah, tidak telus, red tape, sikap sambil lewa, tidak profesional, kurang pengetahuan, kemahiran dan kepakaran. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pelanggan yang terdiri daripada semua golongan dan lapisan masyarakat baik di bandar mahupun masyarakat di akar umbi, sama ada swasta mahupun individu. Ketidakpuasan hati pelanggan ini, telah menjejaskan kewibawaan dan keutuhan Perkhidmatan Awam secara umumnya.

2)    Melihat kepada Jadual 1 di bawah, jika dibuat perbandingan di antara tunggakan kerja tahunan 1992 dengan tahun 2002 iaitu dalam jarak 10 tahun ini, adalah didapati tidak ada kemajuan ketara dalam peningkatan pengurusan pentadbiran tanah.

 

Jadual 1 : Perbandingan Tunggakan Tahun 1992 dengan 2002

 

Bil.

Perkara

1992

2002

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Pemberimilikan Tanah


Lesen Pendudukan Sementara


Permit Bahan


Permit Ruang Udara


Penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik tetap


Cukai tanah

299,15

89,687

1,929

190

1,700,000

202 juta

280,82

25,896

1,201

47

2,940,075

677 juta

 

3)    Sementara itu sejak akhir-akhir ini banyak rungutan timbul di pelbagai forum dan peringkat mengenai kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran tanah. Semasa merasmikan Konvensyen Tanah Kebangsaan 2002 pada awal bulan Oktober 2002 yang lalu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah menekankan bahawa Kerajaan masih belum berpuas hati dengan prestasi pentadbiran tanah walaupun pelbagai usaha telah dibuat. Kerajaan masih menerima banyak rungutan dari orang ramai mengenai kelewatan dan kelemahan dalam pentadbiran tanah termasuk penguatkuasaan yang belum cukup berkesan. Oleh itu beliau menyarankan agar struktur pentadbiran tanah diperkemaskan semula.

4)    Laporan Biro Pengaduan Awam 2002 mencatatkan bahawa aduan awam terhadap pentadbiran tanah masih tinggi. Bilangan aduan awam terus meningkat dari 553 dalam tahun 2002 kepada 805 dalam tahun 2001. Manakala dalam tahun 2002 (sehingga Jun) sebanyak 454 aduan telah diterima. Sebahagian besar dari aduan-aduan awam yang diterima adalah berkaitan dengan kelewatan mengambil tindakan ke atas pelbagai  permohonan yang di terima dan kelewatan membuat keputusan.

5)    Isu pentadbiran tanah juga telah dibincangkan dengan hangat di dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 dan 31 Oktober 2002 yang lalu semasa membincangkan Belanjawan 2003 Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK). Di antara isu yang ditimbulkan ialah kelewatan pengeluaran hakmilik strata, kelemahan dalam penguatkuasaan, penerokaan haram di tanah Kerajaan, struktur organisasi yang tidak lagi sesuai dan kelewatan dalam pelbagai urusan pentadbiran tanah.

6)    Seterusnya akhbar-akhbar tempatan juga telah banyak memaparkan artikel dan rungutan-rungutan mengenai pentadbiran tanah. Rungutan-rungutan ini telah menyentuh keseluruhan aspek berkaitan pentadbiran tanah, terutama sekali isu-isu kelewatan dan isu-isu tunggakan ke atas permohonan pemberimilikan tanah dan pendaftaran hakmilik tanah. Daripada semua yang di atas, isu-isu yang dapat dirumuskan adalah seperti berikut:

i. kurang keberkesanan Delivery System;

ii. kelemahan penguatkuasaan dalam Pentadbiran Tanah;

iii. kekurangan kemahiran, ilmu pengetahuan dan latihan;

iv. kekurangan pegawai dan kakitangan; dan

v. kekurangan peralatan moden.

7)    Adalah diperhatikan bahawa walaupun pelbagai program pentadbiran tanah telah dilaksanakan, pada pandangan umum pentadbiran tanah masih lagi di anggap mundur. Pandangan ini telah diasaskan kepada delivery system yang masih tidak dapat memenuhi kehendak masyarakat. Ini kerana cabaran utama masa kini ialah public expectations yang tinggi ke atas pentadbiran Kerajaan. Jabatan-jabatan seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara telah dapat mengeksploitasikan ICT untuk meningkatkan mutu kerja, tetapi pentadbiran tanah masih ditakuk lama. Berhadapan dengan cabaran ini, para Pentadbir Tanah wajarlah dapat menerimanya secara positif.

 

(3) Pandangan Dan Cadangan Kami

 

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TANAH

 

1. Skim perkhidmatan Pegawai Tanah yang baharu ini memperuntuk perbekalan seperti berikut:

 

Gred Gaji/ Gred Jawatan:

 

(a)  gred gaji/ gred jawatan ialah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48.

 

 

 

Syarat Lantikan:

 

(a)   Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(b)  kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL):

 

skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah yang baharu ini memperuntuk perbekalan KPSL kepada skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

 


PELAKSANAAN

 

1. Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41, M44, Dan M48 di Semenanjung Malaysia yang dilantik secara tetap layak diberi opsyen untuk ditukar lantik mengikut gred Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48;

2. Pegawai Tanah Gred NT41 yang belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan akan dikekalkan di dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Gaji pegawai hanya akan dipindahkan ke matagaji baharu dalam skim perkhidmatan Pegawai Tanah Gred NT41 sehari selepas memenuhi syarat seperti yang ditetapkan. Tempoh perkhidmatan tetap yang disyaratkan adalah tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji atau mana-mana tempoh yang tidak diambil kira berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.

3. Dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan ini, semua lantikan ke perkhidmatan Pegawai Tanah di Semenanjung Malaysia hendaklah menggunakan skim perkhidmatan yang baharu ini. Ketua Jabatan hendaklah menghubungi Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mewujudkan jawatan Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48 secara tukar ganti dengan memansuhkan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41, M44, Dan M48 atau untuk mewujudkan jawatan KUP bagi pegawai yang belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan atau pegawai yang tidak bersetuju menerima tawaran pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan baharu Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48, yang mana berkenaan.

 

(4) Penutup

 

Kesimpulan, dengan wujudnya Skim Perkhidmatan Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44,Dan NT48 Di Seluruh Pejabat Pentadbiran Tanah Malaysia ini boleh menambahbaik pentadbiran tanah ke tahap yang cemerlang untuk memenuhi kehendak orang ramai dan memenuhi hasrat kerajaan dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan negara ke arah pewujudan negara membangun dalam tahun 2020. Penambahan kakitangan untuk mengatasi isu-isu kelemahan pejabat tanah juga bukanlah satu tindakan yang boleh selesaikan masalah ini. Apa yang dikehendaki dalam anjakan paradigma ke arah kecemerlangan pentadbiran tanah adalah kelahiran kepimpinan yang berwibawa dalam pentadbiran tanah. Kepimpinan ini hendaklah wujud di semua peringkat pentadbiran tanah sama ada di peringkat Persekutuan, negeri dan juga daerah.

 

Kepimpinan dalam pentadbiran tanah adalah berkait rapat dengan pengetahuan dalam pengurusan dan pentadbiran tanah. Pemimpin yang efektif adalah pemimpin-pemimpin yang berpengetahuan yang dapat membimbing dengan menentukan arah tuju dan visi organisasinya. Ini bererti setiap pemimpin pentadbiran tanah perlu diberi pendedahan; latihan dan kemahiran yang secukupnya supaya mempunyai pengetahuan yang mendalam serta meluas dalam pentadbiran tanah dan seterusnya dapat mencorakkan perkhidmatan pentadbiran tanah yang unggul dan dihormati umum. Akhirnya, sikap yang positif di kalangan pentabir tanah amatlah penting dalam merealisasikan hasrat murni ini.

6 ulasan:

akqqdkqq berkata...

Suruhanjaya perkhidmatan awam (spa) kena naik taraf perkhidmatan penolong pegawai tanah dengan mewujudkan jawatan pegawai tanah dalam memperkasakan pentadbiran tanah dan memberi peluang penolong pegawai tanah untuk kenaikan pangkat ke lebih tinggi.. Pentadbiran tanah sabah & serawak kehadapan dengan ada penolong pegawai tadbir (tanah) hingga pegawai tadbir (tanah), di semenanjung malaysia bila pula..😕

sara berkata...

Sekadar pandangan .... PTD kurang sesuai untuk jabatan ni.... Mohon maaf kepada PTD .... Saya kagum dengan KPM yang melantik daripada kalangan guru sebagai pengurusan. .. kalau boleh untuk Jawatan ini biarlah dilantik berdasarkan pengalaman.... Kalau kita harap lulusan universiti saja sebenarnya tidak memadai untuk memikul tanggungjawab dan amanah tersebut.... Ketidakakuran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab akan berlaku..... Ilmu tanah perlu digali....

izuafdie berkata...

jpa, mampu & kementerian berkenaan kena main peranan memantapkan pentadbiran tanah semenanjung seiring sabah & sarawak..

Aku berkata...

Sabah Dan Sarawak tanah sangat luas boleh buat penanda aras.... Tapi kena mantapkan dulu pentadbiran tanah.... Pastikan pentadbir tanah adalah orang yang betul2 berkelayakan.... Kepada ketua2 Daerah mohon lah jangan ambil mudah..kalau boleh pelantikan sebagai pegawai Daerah pun meletakkan pengetahuan ilmu tanah sebagai syarat.... Jangan sampai terjadi situasi yang berlaku di sebuah Daerah semenanjung pegawai tertinggi memberikan salinan kad pengenalan yang dicatat Sudah meninggal.... Aduhai lemahnya pentadbiran INI.... Orang yang sudah meninggal dunia ada sijil kematian...minta lah Dari penuntut tu sijil kematian.. Tolonglah... Than puan INI bukan boleh buat lawak..... Bukan sesaat tuan puan menjadi pentadbir Daerah.....

Aku berkata...

Kepada penulis terima kasih .... Saya menulis komen ni atas pengalaman somebody... Saya bukan marah kepada tuan/puan... Tetapi tidak berpuas hati dengan tindakan pentadbir Daerah Tersebut... Bukan senang nak pergi ke pejabat Daerah....

Unknown berkata...

Alahai golongan professional kot.... Nak gelak kah nak nangis .... @Aku bertabahlah Dan bersangka baik... Saya sokong 100% memang sukar untuk ke PEJABAT daerah... Bila datang ke Sana... Sungguh menghampakan... Orang yang Kita cari xde... Dan macam2 lagi... Tapi x semua org macam tu .... Bila Ada org yg seperti itu menyebabkan staf lain pun terkena tempiasnya.... Mohon mudahkan org... InsyaAllah anda akan dimudahkan....X perlu bertangguh untuk mengharapkan sesuatu dari pelanggan anda.... Bila silap suka mengharap ni berleluasa sebenar nya menjerat anda ke lembah kehancuran...
Saya berdoa agar memorandum dipertimbangkan.,. Dengan Ada Iman Dan ILMU sahaja pentadbiran TANAH ni akan Indah Dan bertambah mudah

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...