Memorandum
Mewujudkan Skim
Perkhidmatan Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48 Di Seluruh Pejabat
Pentadbiran Tanah Malaysia
Kepada
Y.B. Dato’
Sri Douglass Uggah Embas
Menteri
Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Daripada
Kesatuan Penolong Pegawai
Tanah Semenanjung Malaysia
Persatuan Penolong
Pegawai Tanah Wilayah Persekutuan
Persatuan Penolong
Pegawai Tanah Johor
Persatuan Penolong
Pegawai Tanah Pahang
Persatuan Penolong
Pegawai Tanah Terengganu
Persatuan Penolong
Pegawai Tanah Kelantan
Persatuan Penolong Pegawai
Tanah Negeri Sembilan
Persatuan Penolong
Pegawai Tanah Melaka
Persatuan Penolong
Pegawai Tanah Selangor
Persatuan Penolong
Pegawai Tanah Perak
Persatuan Penolong
Pegawai Tanah Pulau Pinang
Persatuan Penolong
Pegawai Tanah Kedah
Persatuan Penolong Pegawai
Tanah Perlis
Mewujudkan
Skim Perkhidmatan Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48 Di Seluruh Pejabat
Pentadbiran Tanah Malaysia
(1)
Pendahuluan
Keseluruhan Pentadbiran
Tanah di Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Skim
Perkhidmatan di peringkat Pengurusan dan Profesional dilakukan oleh Pegawai
Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir
Tanah / Penolong Pegawai Daerah / Penolong Pengarah Tanah dan Galian /
Pendaftar Hamilik Tanah. Ringkasan tugas mereka di atas ialah bertanggungjawab menjalankan
tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat Pengurusan dan
Profesional berhubung urusan permohonan tanah,
penyiasatan tanah, urusniaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan
tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke
semasa. Secara amnya fungsi perjawatan Penolong Pentadbir
Tanah / Penolong Pegawai Daerah / Penolong Pengarah Tanah dan Galian
adalah berkaitan dengan urusan tanah sahaja.
Walaubagaimanapun
perjawatan ini telah dilantik daripada skim perkhidmatan yang bukan berasaskan urusan
tanah iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang hanya berpengetahuan
tentang pentadbiran am dan undang-undang Umum. Manakala urusan pentadbiran
tanah lebih fokus kepada undang-undang berkaitan tanah seperti Kanun Tanah
Negara 1965, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, Peraturan-peraturan Tanah
Negeri, Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah/Pengarah Tanah dan Galian serta
lain-lain undang-undang tanah berkaitan.
Oleh demikan kami
dengan tulus ikhlasnya mengemukakan memorandum ini untuk rujukan dan pertimbangan
Yang Berhormat Dato Sri agar kerajaan mewujudkan
Skim Perkhidmatan Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48 Di Seluruh Pejabat
Pentadbiran Tanah Malaysia. Bersama-sama ini, kami turut menyeru
kerajaan untuk memantapkan fungsi pentadbiran tanah khususnya meningkatkan
kecekapan sistem penyampaian pengurusan pentadbiran tanah di samping keperluan
kemahiran penganalisisan, pengupayaan penguatkuasaan pentadbiran tanah, serta kemahiran
dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), maka skim
perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41, M44, Dan M48 ditambah baik dengan mewujudkan satu skim
perkhidmatan baharu Pegawai Tanah Gred NT40/41,
NT44, Dan NT48.
(2) Masalah Yang
Ditimbulkan Oleh Pegawai
Tadbir dan Diplomatik (PTD)
Akibat perlantikan Skim
Perkhidmatan di peringkat Pengurusan dan Profesional dilakukan oleh Pegawai
Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir
Tanah / Penolong Pegawai Daerah / Penolong Pengarah Tanah dan Galian /
Pendaftar Hamilik Tanah yang bukan berpengetahuan tentang Pentadbiran Tanah. Urusan
permohonan tanah, penyiasatan tanah, urusniaga tanah, hasil tanah,
penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang
ditentukan dari semasa ke semasa menjadi tidak terurus dengan cekap dan sering terdapatnya
salah urus tadbir Pentadbiran Tanah dari segi perundangan tanah dan pematuhan
pekeliling berkaitan prosedur atau pengurusan tanah.
Diantara
masalah-masalah yang timbul daripada perlantikan Skim Perkhidmatan di peringkat
Pengurusan dan Profesional dilakukan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
yang memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah / Penolong Pegawai
Daerah / Penolong Pengarah Tanah dan Galian / Pendaftar Hamilik Tanah didalam berkaitan
dengan urusan tanah:-
1)
Antara perkara yang sering dibangkitkan
mengenai pentadbiran tanah ini ialah soal kelewatan, rasuah, tidak telus, red
tape, sikap sambil lewa, tidak profesional, kurang pengetahuan, kemahiran
dan kepakaran. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pelanggan yang
terdiri daripada semua golongan dan lapisan masyarakat baik di bandar mahupun
masyarakat di akar umbi, sama ada swasta mahupun individu. Ketidakpuasan hati
pelanggan ini, telah menjejaskan kewibawaan dan keutuhan Perkhidmatan Awam
secara umumnya.
2)
Melihat kepada Jadual 1 di bawah, jika dibuat
perbandingan di antara tunggakan kerja tahunan 1992 dengan tahun 2002 iaitu
dalam jarak 10 tahun ini, adalah didapati tidak ada kemajuan ketara dalam
peningkatan pengurusan pentadbiran tanah.
Jadual
1 : Perbandingan Tunggakan Tahun 1992 dengan 2002
Bil. |
Perkara |
1992 |
2002 |
1. 2. 3. 4. 5. 6. |
Pemberimilikan
Tanah Lesen
Pendudukan Sementara Permit
Bahan Permit Ruang Udara Penukaran
hakmilik sementara kepada hakmilik tetap Cukai
tanah |
299,15 89,687 1,929 190 1,700,000 202 juta |
280,82 25,896 1,201 47 2,940,075 677 juta |
3)
Sementara itu sejak akhir-akhir ini banyak
rungutan timbul di pelbagai forum dan peringkat mengenai kelemahan-kelemahan
dalam pentadbiran tanah. Semasa merasmikan Konvensyen Tanah Kebangsaan 2002
pada awal bulan Oktober 2002 yang lalu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana
Menteri telah menekankan bahawa Kerajaan masih belum berpuas hati dengan
prestasi pentadbiran tanah walaupun pelbagai usaha telah dibuat. Kerajaan masih
menerima banyak rungutan dari orang ramai mengenai kelewatan dan kelemahan
dalam pentadbiran tanah termasuk penguatkuasaan yang belum cukup berkesan. Oleh
itu beliau menyarankan agar struktur pentadbiran tanah diperkemaskan semula.
4)
Laporan Biro Pengaduan Awam 2002 mencatatkan
bahawa aduan awam terhadap pentadbiran tanah masih tinggi. Bilangan aduan awam
terus meningkat dari 553 dalam tahun 2002 kepada 805 dalam tahun 2001. Manakala
dalam tahun 2002 (sehingga Jun) sebanyak 454 aduan telah diterima. Sebahagian
besar dari aduan-aduan awam yang diterima adalah berkaitan dengan kelewatan
mengambil tindakan ke atas pelbagai permohonan
yang di terima dan kelewatan membuat keputusan.
5)
Isu pentadbiran tanah juga telah dibincangkan
dengan hangat di dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 dan 31 Oktober 2002
yang lalu semasa membincangkan Belanjawan 2003 Kementerian Tanah dan
Pembangunan Koperasi (KTPK). Di antara isu yang ditimbulkan ialah kelewatan pengeluaran
hakmilik strata, kelemahan dalam penguatkuasaan, penerokaan haram di tanah
Kerajaan, struktur organisasi yang tidak lagi sesuai dan kelewatan dalam pelbagai
urusan pentadbiran tanah.
6)
Seterusnya akhbar-akhbar tempatan juga telah
banyak memaparkan artikel dan rungutan-rungutan mengenai pentadbiran tanah.
Rungutan-rungutan ini telah menyentuh keseluruhan aspek berkaitan pentadbiran
tanah, terutama sekali isu-isu kelewatan dan isu-isu tunggakan ke atas
permohonan pemberimilikan tanah dan pendaftaran hakmilik tanah. Daripada semua
yang di atas, isu-isu yang dapat dirumuskan adalah seperti berikut:
i.
kurang keberkesanan Delivery System;
ii.
kelemahan penguatkuasaan dalam Pentadbiran Tanah;
iii.
kekurangan kemahiran, ilmu pengetahuan dan latihan;
iv.
kekurangan pegawai dan kakitangan; dan
v. kekurangan peralatan moden.
7)
Adalah diperhatikan bahawa walaupun pelbagai
program pentadbiran tanah telah dilaksanakan, pada pandangan umum pentadbiran
tanah masih lagi di anggap mundur. Pandangan ini telah diasaskan kepada delivery
system yang masih tidak dapat memenuhi kehendak masyarakat. Ini kerana
cabaran utama masa kini ialah public expectations yang tinggi ke atas
pentadbiran Kerajaan. Jabatan-jabatan seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan
Pendaftaran Negara telah dapat mengeksploitasikan ICT untuk meningkatkan mutu
kerja, tetapi pentadbiran tanah masih ditakuk lama. Berhadapan dengan cabaran
ini, para Pentadbir Tanah wajarlah dapat menerimanya secara positif.
(3) Pandangan Dan
Cadangan Kami
SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TANAH
1. Skim perkhidmatan
Pegawai Tanah yang baharu ini memperuntuk perbekalan seperti berikut:
Gred Gaji/ Gred Jawatan:
(a)
gred gaji/ gred jawatan ialah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48.
Syarat Lantikan:
(a)
Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya;
(b) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kenaikan Pangkat Secara
Lantikan (KPSL):
skim perkhidmatan
Penolong Pegawai Tanah yang baharu ini memperuntuk perbekalan KPSL kepada skim
perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada memenuhi syarat yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
PELAKSANAAN
1. Pegawai Tadbir dan
Diplomatik (PTD) Gred M41, M44, Dan M48
di Semenanjung Malaysia yang dilantik secara tetap layak diberi opsyen untuk
ditukar lantik mengikut gred Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48;
2. Pegawai Tanah Gred
NT41 yang belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan akan dikekalkan di dalam
skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Gaji pegawai hanya akan dipindahkan ke matagaji baharu dalam skim perkhidmatan
Pegawai Tanah Gred NT41 sehari selepas memenuhi syarat seperti yang ditetapkan.
Tempoh perkhidmatan tetap yang disyaratkan adalah tidak termasuk tempoh cuti
tanpa gaji atau mana-mana tempoh yang tidak diambil kira berdasarkan peraturan
yang berkuat kuasa.
3. Dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan
ini, semua lantikan ke perkhidmatan Pegawai Tanah di Semenanjung Malaysia
hendaklah menggunakan skim perkhidmatan yang baharu ini. Ketua Jabatan
hendaklah menghubungi Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan
Awam untuk mewujudkan jawatan Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48 secara tukar ganti dengan memansuhkan jawatan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41, M44, Dan M48 atau untuk mewujudkan jawatan KUP bagi pegawai
yang belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan atau pegawai yang tidak
bersetuju menerima tawaran pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan baharu Pegawai
Tanah Gred NT40/41, NT44, Dan NT48,
yang mana berkenaan.
(4) Penutup
Kesimpulan,
dengan wujudnya Skim Perkhidmatan
Pegawai Tanah Gred NT40/41, NT44,Dan NT48 Di Seluruh Pejabat Pentadbiran Tanah
Malaysia ini boleh menambahbaik pentadbiran tanah ke tahap yang
cemerlang untuk memenuhi kehendak orang ramai dan memenuhi hasrat kerajaan
dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan negara ke arah pewujudan negara
membangun dalam tahun 2020. Penambahan kakitangan untuk mengatasi isu-isu
kelemahan pejabat tanah juga bukanlah satu tindakan yang boleh selesaikan
masalah ini. Apa yang dikehendaki dalam anjakan paradigma ke arah kecemerlangan
pentadbiran tanah adalah kelahiran kepimpinan yang berwibawa dalam pentadbiran
tanah. Kepimpinan ini hendaklah wujud di semua peringkat pentadbiran tanah sama
ada di peringkat Persekutuan, negeri dan juga daerah.
Kepimpinan dalam
pentadbiran tanah adalah berkait rapat dengan pengetahuan dalam pengurusan dan
pentadbiran tanah. Pemimpin yang efektif adalah pemimpin-pemimpin yang
berpengetahuan yang dapat membimbing dengan menentukan arah tuju dan visi
organisasinya. Ini bererti setiap pemimpin pentadbiran tanah perlu diberi
pendedahan; latihan dan kemahiran yang secukupnya supaya mempunyai pengetahuan
yang mendalam serta meluas dalam pentadbiran tanah dan seterusnya dapat
mencorakkan perkhidmatan pentadbiran tanah yang unggul dan dihormati umum.
Akhirnya, sikap yang positif di kalangan pentabir tanah amatlah penting dalam
merealisasikan hasrat murni ini.
6 ulasan:
Suruhanjaya perkhidmatan awam (spa) kena naik taraf perkhidmatan penolong pegawai tanah dengan mewujudkan jawatan pegawai tanah dalam memperkasakan pentadbiran tanah dan memberi peluang penolong pegawai tanah untuk kenaikan pangkat ke lebih tinggi.. Pentadbiran tanah sabah & serawak kehadapan dengan ada penolong pegawai tadbir (tanah) hingga pegawai tadbir (tanah), di semenanjung malaysia bila pula..😕
Sekadar pandangan .... PTD kurang sesuai untuk jabatan ni.... Mohon maaf kepada PTD .... Saya kagum dengan KPM yang melantik daripada kalangan guru sebagai pengurusan. .. kalau boleh untuk Jawatan ini biarlah dilantik berdasarkan pengalaman.... Kalau kita harap lulusan universiti saja sebenarnya tidak memadai untuk memikul tanggungjawab dan amanah tersebut.... Ketidakakuran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab akan berlaku..... Ilmu tanah perlu digali....
jpa, mampu & kementerian berkenaan kena main peranan memantapkan pentadbiran tanah semenanjung seiring sabah & sarawak..
Sabah Dan Sarawak tanah sangat luas boleh buat penanda aras.... Tapi kena mantapkan dulu pentadbiran tanah.... Pastikan pentadbir tanah adalah orang yang betul2 berkelayakan.... Kepada ketua2 Daerah mohon lah jangan ambil mudah..kalau boleh pelantikan sebagai pegawai Daerah pun meletakkan pengetahuan ilmu tanah sebagai syarat.... Jangan sampai terjadi situasi yang berlaku di sebuah Daerah semenanjung pegawai tertinggi memberikan salinan kad pengenalan yang dicatat Sudah meninggal.... Aduhai lemahnya pentadbiran INI.... Orang yang sudah meninggal dunia ada sijil kematian...minta lah Dari penuntut tu sijil kematian.. Tolonglah... Than puan INI bukan boleh buat lawak..... Bukan sesaat tuan puan menjadi pentadbir Daerah.....
Kepada penulis terima kasih .... Saya menulis komen ni atas pengalaman somebody... Saya bukan marah kepada tuan/puan... Tetapi tidak berpuas hati dengan tindakan pentadbir Daerah Tersebut... Bukan senang nak pergi ke pejabat Daerah....
Alahai golongan professional kot.... Nak gelak kah nak nangis .... @Aku bertabahlah Dan bersangka baik... Saya sokong 100% memang sukar untuk ke PEJABAT daerah... Bila datang ke Sana... Sungguh menghampakan... Orang yang Kita cari xde... Dan macam2 lagi... Tapi x semua org macam tu .... Bila Ada org yg seperti itu menyebabkan staf lain pun terkena tempiasnya.... Mohon mudahkan org... InsyaAllah anda akan dimudahkan....X perlu bertangguh untuk mengharapkan sesuatu dari pelanggan anda.... Bila silap suka mengharap ni berleluasa sebenar nya menjerat anda ke lembah kehancuran...
Saya berdoa agar memorandum dipertimbangkan.,. Dengan Ada Iman Dan ILMU sahaja pentadbiran TANAH ni akan Indah Dan bertambah mudah
Catat Ulasan