Khamis, 25 Mac 2021

KEPERLUAN PENTADBIRAN TANAH UNTUK MEWUJUDKAN ‘MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN PELANGGARAN SYARAT NYATA DALAM SKIM PEMBANGUNAN BERSTRATA SELARAS AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2016 [AKTA A1518]’

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

 

2. Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985.

 

3. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991; ‘PANDUAN MENGENAI MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA’

 

4. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 4/2017; ‘Pelaksanaan Penguatkuasaan Perlanggaran Syarat Nyata Dalam Skim Pembangunan Berstrata Selaras Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 [Akta A1518]’.

 

5. Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bil. 2/2016; ‘Garis panduan tindakan Penguatkuasaan bagi kesalahan pelanggaran syarat tanah di bawah Seksyen 127, 128 dan 129 Kanun Tanah Negara 1965’, Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bil. 9/2020; ‘Garispanduan pelucuthakan bagi petak atau blok sementara di bawah Seksyen 23E dan 23L Akta Hakmilik Strata 1985’.

 

 

Perkara Berkaitan Pentadbiran Tanah:

 

1. Tujuan manual prosedur kerja ini dibuat untuk memudahkan Pentadbir Tanah melaksanakan penguatkuasaan bagi perlanggaran syarat nyata dalam skim pembangunan berstrata. Selaras dengan pindaan terkini kepada AHS melalui Akta A1518, dokumen hakmilik strata dalam Jadual Pertama dan Jadual Keenam juga telah dipinda melalui Perintah Hakmilik Strata (Pindaan Jadual dan Borang) 2016 [P.U.(A) 379/2016]. Melalui pindaan ini, syarat nyata dan sekatan kepentingan hendaklah dimasukkan di dalam dokumen hakmilik strata untuk menetapkan kegunaan spesifik bagi setiap petak.

 

 

2. Justeru itu, terdapat beberapa versi dokumen hakmilik strata berdasarkan kepada pindaan-pindaan AHS dari aspek Syarat Nyata dan Sekatan Kepentingan dalam Dokumen Hakmilik Strata, seperti berikut:

 

     i.        Sebelum pindaan AHS 2007 [A1290];

Ø  Tiada ruangan bagi syarat nyata dan sekatan kepentingan dalam Borang 4 dan Borang 4A.

Ø  Syarat nyata disemak melalui hakmilik tanah.

 

   ii.        Pindaan AHS 2007 [A1290];

Ø  Syarat nyata dan sekatan kepentingan adalah tertera pada Borang 4, Borang 4A, Borang 4(K) dan Borang 4A(K) namun merujuk kepada hakmilik tanah

 

  iii.        Pindaan AHS 2013 [A1450];

Ø  Syarat nyata dan sekatan kepentingan dipotong dari Borang 4, Borang 4A, Borang 4(K), Borang 4A(K), Borang 4e dan Borang 4Ae.

 

  iv.        Pindaan AHS 2016 [A1518];

Ø  Syarat nyata dan sekatan kepentingan tertera pada Borang 4, Borang 4A, Borang 4e dan Borang 4Ae secara spesifik bagi setiap petak.

 

3. Oleh demikian, penentuan pelanggaran Syarat Nyata hendaklah ditentukan mengikut 4 cara:

 

     i.        Bagi hakmilik strata yang dikeluarkan selepas berkuatkuasanya pindaan AHS melalui Akta A1518 dan Perintah Pindaan Borang yang berkaitan, penentuan bagi pelanggaran syarat kegunaan terhadap hakmilik strata boleh dibuat melalui semakan terhadap maklumat yang terkandung dalam dokumen hakmilik strata. Pemilik petak adalah melakukan kesalahan sekiranya penggunaan petak bercanggah dengan syarat nyata yang dinyatakan dalam dokumen hakmilik strata tersebut.

 

  1. Bagi hakmilik strata yang dikeluarkan selepas kuatkuasa pindaan AHS melalui Akta A1450 pada tahun 2013 dan sebelum berkuatkuasanya pindaan AHS melalui Akta A1518, syarat nyata petak tidak dinyatakan dalam dokumen hakmilik strata. Oleh yang demikian, tindakan penguatkuasaan berkenaan perlanggaran syarat boleh diambil berdasarkan kepada syarat nyata yang terkandung di dalam hakmilik tanah.

 

  1. Bagi hakmilik strata yang dikeluarkan selepas kuatkuasa pindaan AHS melalui Akta A1290 pada tahun 2007 dan sebelum berkuatkuasanya pindaan AHS melalui Akta A1450, syarat nyata dinyatakan secara umum dalam dokumen hakmilik strata iaitu tertakluk kepada syarat nyata pada hakmilik tanah. Oleh yang demikian, penguatkuasaan berkenaan perlanggaran syarat boleh diambil berdasarkan kepada syarat nyata yang terkandung di dalam hakmilik tanah.

 

  1. Bagi hakmilik strata yang dikeluarkan sebelum berkuatkuasanya pindaan AHS melalui Akta A1290 pada tahun 2007, syarat nyata tidak dinyatakan dalam dokumen hakmilik strata. Oleh yang demikian, tindakan penguatkuasaan berkenaan perlanggaran syarat boleh diambil berdasarkan kepada syarat nyata yang terkandung di dalam hakmilik tanah.

 

4. Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan menitik beratkan perkara-perkara berikut:

  1. Selaras dengan seksyen 5(2) AHS 1985, tindakan penguatkuasaan bagi perlanggaran syarat hakmilik strata adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Kanun Tanah Negara (KTN) selagi mana ia tidak berlawanan dengan mana-mana peruntukan di bawah AHS 1985.

 

  1. Jika berlaku perlanggaran syarat nyata berkenaan pengunaan sesuatu petak atau blok sementara, Pentadbir Tanah boleh mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan kepada peruntukan di bawah KTN sama ada melalui seksyen 127 (untuk mengenakan denda) atau seksyen 128 (tindakan ringkas untuk remedi) atau terus kepada seksyen 129 (pemilikan sementara untuk remedi).

 

  iii.        Perlu diambil perhatian bahawa selaras dengan seksyen 34 AHS 1985 (pindaan A1518), pemilik adalah TIDAK DIBENARKAN untuk memohon bagi meminda syarat nyata pada dokumen hakmilik stratanya. Oleh itu, Pentadbir Tanah tidak boleh membuat perintah atau menerima permohonan untuk menukar syarat nyata dalam dokumen hakmilik strata sebagai tindakan remedi.

 

5. Manakala, pelucuthakan petak setelah tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 129 KTN dilaksanakan dan sekiranya perlanggaran syarat masih berterusan, prosedur pelucuthakan dan peletakhakkan petak seperti Bahagian IVB AHS 1985 (pindaan A1518) adalah terpakai (Rujuk Pekeliling KPTG Bil. 2/2017) dan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bil. 9/2020; ‘Garispanduan pelucuthakan bagi petak atau blok sementara di bawah Seksyen 23E dan 23L Akta Hakmilik Strata 1985’.

 

6. Kesimpulanya, Pindaan kepada AHS melalui Akta A1518 bertujuan untuk menambahbaik sistem perundangan sedia ada selain memantapkan proses dan prosedur penguatkuasaan perlanggaran syarat nyata. Secara ringkasnya, pengenalan Bahagian baru dalam AHS 1985 berkenaan dengan pelucuthakan dan peletakhakan petak atau blok sementara bagi perlanggaran syarat dapat memperkukuhkan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap perlanggaran syarat.

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran ini dapat membantu Pentadbir Tanah untuk mewujudkan ‘Manual Prosedur Kerja (MPK)’ bagi ‘Pelaksanaan Penguatkuasaan Perlanggaran Syarat Nyata Dalam Skim Pembangunan Berstrata Selaras Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 [Akta A1518]’.

Sehubungan itu, saya sertakan MPK tersebut seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran Tanah bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN) kerana cadangan MPK ini berkaitan dengan isu perundangan Kerajaan Negeri.

Justeru itu, dengan MPK ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah (strata) khususnya dalam mengurus tindakan penguatkuasaan di bawah pentadbiran tanah, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri.


 

MANUAL PROSEDUR KERJA Pelaksanaan Penguatkuasaan Perlanggaran Syarat Nyata Dalam Skim Pembangunan Berstrata Selaras Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 [Akta A1518]

 

 


 (1)

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI TINDAKAN PENGUATKUASAAN KE ATAS PELANGGARAN SYARAT DALAM SKIM PEMBANGUNAN BERSTRATA



   

 

 


Bab 5

PENGUATKUASAAN SYARAT-SYARAT

                __________________________________________________________

 

Seksyen 5. AHS

Tafsiran Akta

 

 

(2)

Kanun Tanah Negara dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, setakat mana ia tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau berkebolehan dipakai bagi petak, hendaklah dalam segala hal dipakai bagi petak yang dipegang di bawah hakmilik strata:

           

Seksyen 23L. AHS

Perkembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri dan peletakhakan mula berkuat kuasa apabila pemberitahuan disiarkan dalam Warta

 

 

(1)

Pentadbir Tanah hendaklah, selepas membuat suatu perintah di bawah seksyen 23H Akta ini atau seksyen 129 Kanun Tanah Negara berhubung dengan mana-mana petak atau blok sementara, menyiarkan di dalam Warta suatu pemberitahuan dalam Borang 12.


 

 

(2)

Pentadbir Tanah hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, selepas penyiaran Borang 12 dalam Warta

 (a) menyebabkan suatu salinan pemberitahuan di bawah subseksyen (1) dihantar kepada perbadanan pengurusan; dan

 (b) menyiarkan pemberitahuan mengikut seksyen 433 Kanun Tanah Negara.

 

 

 

(3)

Pendaftar hendaklah, selepas penyiaran dalam perenggan (2)(b), membuat suatu memorial yang menyatakan petak atau blok sementara itu telah dilucut hak dan diletak hak pada penerima pindahan pada dokumen hakmilik daftar dan dokumen hakmilik keluaran.

 

Seksyen 34. AHS

Hak pemilik dalam petaknya dan harta bersama

 

 

(1)

Tertakluk kepada seksyen ini dan peruntukan lain dalam Akta ini, seorang pemilik hendaklah mempunyai―

(a) berhubungan dengan petaknya (dalam hal pemilik petak), kuasa yang diberi oleh Kanun Tanah Negara kepada seorang pemilik berhubungan dengan tanahnya; dan

 (b) berhubungan dengan harta bersama, hak penggunaan yang dia akan dapati sekiranya dia dan pemilik yang lain adalah pemilik bersama baginya.

 

 

(2)

Tiada apa jua hak dalam sesuatu petak aksesori boleh diurusniagakan atau dilupuskan dengan cara bebas dari petak yang petak aksesori itu telah dihubungkaitkan

 

 

(3)

Tiada apa jua hak dalam harta bersama boleh dilupuskan oleh seorang pemilik petak kecuali sebagai hak yang berhubung kait dengan petak itu, dan mana-mana pelupusan petak oleh pemilik petak hendaklah tanpa rujukan nyata termasuk pelupusan yang serupa bagi hak-hak dalam harta bersama yang berhubung kait dengan petak itu.

 

 

(4)

Pemilik tidak dibenarkan untuk memohon bagi meminda apa-apa syarat nyata ke atas dokumen hakmilik stratanya.

 

Seksyen 125. KTN

Bila suatu pelanggaran syarat berbangkit.

 

 

(1)

Suatu pelanggaran syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan akan berbangkit sebaik sahaja dan berterus selama, syarat itu tidak dipatuhi:

 

 

(2)

Pelanggaran syarat yang tertakluk kepada suatu tempoh tetap akan berbangkit -

 

 

 

a)

dalam kes suatu syarat yang menghendaki perlakuan apa-apa perbuatan dalam mana-mana tempoh (iaitu tempoh yang dinyatakan di dalamnya atau tempoh tersebut yang dilanjutkan                  di bawah seksyen 107), setelah tamatnya tempoh itu tanpa perbuatan itu telah dilakukan;

 

 

 

b)

dalam kes suatu syarat yang menghendaki apa-apa perbuatan ditinggalkan sehingga suatu masa, setelah perlakuan perbuatan itu sebelum masa itu.

Seksyen 126. KTN

Pelanggaran syarat kompleks.

 

 

 

Jika sekiranya apa-apa syarat mengandungi dua atau lebih obligasi atau tanggungan yang berasingan, kegagalan untuk memenuhi mana-mana obligasi atau tanggungan tersebut akan merupakan pelanggaran syarat itu.

Seksyen 127. KTN

Tanggungan untuk pelucuthakan kerana pelanggaran syarat.

 

 

(1)

Setelah apa-apa pelanggaran berbangkit daripada apa-apa syarat yang kepadanya mana-mana tanah berimilik buat masa itu tertakluk -

 

 

 

a)

maka tanah itu hendaklah menjadi tertanggung untuk pelucuthakan kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan

 

 

 

b)

kecuali dalam kes di mana suatu denda dikenakan di bawah subseksyen (1A) atau di mana tindakan untuk maksud menyebabkan pelanggaran itu diremedikan adalah pertamanya dikehendaki diambil di bawah seksyen 128, Pentadbiran Tanah hendaklah meneruskan penguatkuasaan pelucuthakan itu selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 129.

 

 

(1A)

a)

setelah berbangkit sesuatu pelanggaran sebagaimana yang dirujukan dalam subseksyen (1), maka Pentadbiran Tanah boleh, selain dari mengambil tindakan di bawah seksyen 128 atau 129, menyerahkan suatu notis dalam Borang 7E kepada tuanpunya, memerlukannya menunjukan sebab mengapa suatu denda tidak dikenakan berkenaan dengan pelanggaran tersebut.

 

 

 

b)

Setelah tuanpunya gagal menunjukan sebab dengan memuaskan Pentadbir Tanah, maka Pentadbir Tanah boleh membuat suatu perintah untuk bayaran denda tidak kurang daripada lima ratus ringgit dan dalam kes pelanggaran berterusan, suatu denda tambahan tidak kurang daripada seratus ringgit bagi tiap-tiap hari dalam tempoh pelanggaran itu berterusan.

 

 

(1B)

Jika sekiranya suatu denda dibayar atas suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (b) subseksyen (1A), tiada apa jua tindakan akan diambil di bawah seksyen 128 atau 129 berkenaan dengan pelanggaran itu.

 

 

(1C)

Walau apa pun subseksyen (1B), jika Pentadbir Tanah selepas siasatan yang wajar, berpuashati bahawa pelanggaran itu berterusan, dia boleh menyerahkan suatu notis dalam Borang 7F terhadap tuanpunya memberitahu kepadanya tentang niatnya untuk mengambil tindakan                    di bawah seksyen 128 atau 129 selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh penyampaian notis atau pada bila-bila masa kemudiannya.

 

 

(2)

Penerimaan bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa item hasil tanah yang genap masa berkenaan dengan mana-mana tanah berimilik tidaklah beroperasi sebagai satu penepian bagi mana-mana hak pelucuthakan yang pada masa itu wujud berkenaan dengan tanah itu menurut kuasa seksyen ini.

 

 

(3)

Tanah yang telah menjadi tertanggung untuk pelucuthakan di bawah seksyen ini kerana pelanggaran mana-mana syarat hendaklah terhenti dari tertanggung sedemikian jika-

 

 

 

(a)

pelanggaran itu diremedikan kemudiannya, atau

 

 

 

(b)

dalam kes satu syarat yang tertakluk kepada suatu tempoh tetap, tiada apa jua tindakan telah diambil berkenaan dengan pelanggaran itu di bawah seksyen 128 atau 129 sebelum tamatnya tempoh dua belas tahun bermula dan tarikh bila mana pelanggaran itu berbangkit.

 

 

(4)

Untuk maksud-maksud seksyen ini, dan seksyen 128 dan 129, tiap-tiap pelanggaran syarat hendaklah diambil kira sebagai boleh diremedikan; dan tindakan yang dikehendaki untuk meremedikan apa-apa pelanggaran hendaklah diambil kira sebagai terdiri dari -

 

 

 

(a)

dalam kes satu syarat positif, perlakuan tiap-tiap perbuatan atau apa-apa jua yang ketinggalan untuk membuatnya merupakan atau menjadi sebahagian daripada pelanggaran itu;

 

 

 

(b)

dalam kes satu syarat negatif, perlakuan semua perbuatan atau apa-apa jua yang sedemikian sebagaimana yang perlu untuk meletakan tanah itu dalam keadaan di mana ia akan berada jika pelanggaran itu tidak berlaku.

Seksyen 128.

Tindakan cepat untuk memastikan remedi pelanggaran syarat.

 

 

(1)

Jika sekiranya -

 

 

 

(a)

mana-mana tanah berimilik adalah tertanggung untuk pelucuthakan kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 127 kerana pelanggaran mana-mana syarat, dan

 

 

 

(b)

didapati oleh Pentadbir Tanah bahawa pelanggaran itu boleh diremedikan oleh tuanpunya dalam satu tempoh yang munasabah,

 

 

 

Pentadbir Tanah hendaklah menyampaikan, atau menyebabkan disampaikan, kepada tuanpunya suatu notis dalam Borang 7A yang menentukan tindakan yang dikehendaki untuk meremedikan pelanggaran itu, dan memintanya supaya mengambil tindakan sedemikian dalam masa yang dinyatakan di dalamnya.

 

 

(2)

Setelah penyampaian apa-apa notis di bawah subseksyen (1), Pentadbir Tanah hendaklah mengendorskan, atau menyebabkan diendorskan,       di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah yang dipersoalkan suatu nota yang menyatakan bahawa tanah itu adalah tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat.

 

 

(3)

Penyampaian apa-apa notis di bawah subseksyen (1) hendaklah beroperasi sebagai satu penepian oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan syarat segala kehendak-kehendaknya betul-betul dipatuhi, mengenai hak pelucuthakan yang sedia ada oleh sebab pelanggaran dengan mana ia ada kaitan; dan -

 

 

 

(a)

jika notis itu dipatuhi, nota yang diendorskan di bawah subseksyen (2) hendaklah dibatalkan dengan sewajarnya;

 

 

 

(b)

jika notis itu tidak dipatuhi, Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 129.

 

 

 

 

 

Seksyen 129.

Tindakan untuk menguatkuasakan pelucuthakan kerana pelanggaran syarat.

 

 

(1)

Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan di bawah seksyen ini       di mana jua mana-mana tanah berimilik adalah tertanggung untuk pelucuthakan di bawah seksyen 127 kerana pelanggaran syarat dan -

 

 

 

(a)

dia berpendapat bahawa pengambilan tindakan di bawah seksyen 128 tidaklah wajar, atau

 

 

 

(b)

tuanpunya tanah itu telah gagal mematuhi mana-mana notis yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen itu.

 

 

(2)

Dalam salah satu keadaan yang disebut di atas, Pentadbir Tanah hendaklah -

 

 

 

(a)

menyebabkan suatu notis dalam Borang 7B disampaikan kepada tuanpunya tanah itu, dan

 

 

 

(b)

menyebabkan suatu salinan notis itu, yang kepadanya hendaklah dilampirkan notis tambahan yang ditunjukan dalam sambungan kepada borang itu, disampaikan kepada orang dan badan yang serupa seperti orang dan badan yang kepadanya notis-notis yang berhubungan dengan sewa adalah dikehendaki untuk disampaikan oleh subseksyen (1) seksyen 98.


 

 

(3)

Setelah penyampaian apa-apa notis di bawah subseksyen (2), Pentadbiran Tanah hendaklah (melainkan satu nota sedemikian telah diendorskan di bawah seksyen 128), mengendorskan atau menyebabkan diendorskan, di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah yang dipersoalkan suatu nota yang menyatakan bahawa tanah itu adalah tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat.

 

 

(4)

Apabila tiba tarikh dan pada masa dan tempat, sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana notis sedemikian, Pentadbir Tanah hendaklah mengadakan suatu siasatan selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, dan, pada selesai siasatan itu -

 

 

 

(a)

jika didapati olehnya bahawa pelanggaran itu telah diremedikan, maka dia hendaklah mengisytiharkan mengenainya melalui perintah dan hendaklah membatal atau menyebabkan dibatalkan apa-apa nota yang diendorskan di bawah seksyen ini atau seksyen 128;

 

 

 

(b)

jika didapati olehnya saksama bahawa masa (atau di mana suatu notis di bawah seksyen 128 telah disampaikan berkenaan dengan pelanggaran itu, masa lanjutan) patut dibenarkan untuk meremedikan pelanggaran itu, maka dia hendaklah membuat satu perintah yang menentukan tindakan yang hendak diambil untuk maksud itu, dan masa dalam mana tindakan itu hendak diambil;

 

 

 

(c)

dalam mana-mana kes yang lain, akan mengambil pemilikan sementara tanah itu sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau dalam ketiadaan arahan tersebut, membuat suatu perintah yang mengisytiharkan tanah itu dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri.

 

 

(5)

Pembuatan satu perintah di bawah perenggan (b) subseksyen (4) hendaklah beroperasi sebagai satu penepian oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan syarat segala kehendak-kehendaknya betul-betul dipatuhi, mengenai hak pelucuthakan yang sedia ada oleh sebab pelanggaran dengan mana perintah itu ada kaitan; dan -

 

 

 

(a)

jika perintah itu dipatuhi, apa-apa nota yang diendorskan di bawah seksyen ini atau seksyen 128 hendaklah dibatalkan dengan sewajarnya;

 

 

 

(b)

jika perintah itu tidak dipatuhi, Pentadbir Tanah hendaklah, pada tamat tempoh yang dinyatakan di dalamnya, mengambil pemilikan sementara tanah itu sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau dalam ketiadaan arahan tersebut, membuat suatu perintah yang mengisytiharkan tanah itu dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri.

 

 

 

(6)

Jika sekiranya pemilikan sementara diambil oleh Pentadbir Tanah                         di bawah perenggan (c) subseksyen (4) atau perenggan (b) subseksyen (5), peruntukan-peruntukan berikut hendaklah terpakai -

 

 

 

(a)

Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana orang atau badan yang dilantik olehnya mempunyai kuasa untuk memperbetulkan pelanggaran atas perbelanjaan Pihak Berkuasa Negeri atau perbelanjaan sendiri orang atau badan itu dengan apa-apa cara atau bentuk yang difikirkan wajar oleh Pihak Berkuasa Negeri;

 

 

 

(b)

apabila selesai melaksanakan remedi atau dalam tempoh tertentu sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri fikirkan wajar selepas melaksanakan remedi tersebut, pemilikan akan dikembalikan kepada tuanpunya dengan kehendak bahawa tanah itu diselenggara dalam keadaan yang memuaskan memandangkan remedi itu dan bahawa Pihak Berkuasa Negeri, orang atau badan yang terbabit akan dibayar balik semua atau sebahagian dari perbelanjaan yang telah dialami dalam melaksanakan remedi itu samada dengan sekaligus atau secara ansuran; dan

 

 

 

(c)

jika mana-mana kehendak di bawah perenggan (b) didapati tidak dipatuhi, Pentadbir Tanah akan melaporkan kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan jika Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa tanah itu tidak diselenggara seperti yang dikehendaki, maka ia akan membuat suatu perintah yang mengisytiharkan tanah itu dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri.

 

 

 

(2)


HURAIAN RINGKAS MENGENAI PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

   

  



2.

HURAIAN RINGKAS MENGENAI PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI PELANGGARAN SYARAT.

_________________________________________________________________________________________________________

1.

Bila suatu pelangggaran syarat berbangkit.

 

(1)

Bila syarat tidak dipatuhi sebaik sahaja ditetapkan atau berterusan selamanya.

 

(2)

Pelanggaran syarat yang tertakluk kepada satu tempoh tetap akan berbangkitan jika:-

 

 

(i)

tidak melaksanakan syarat dalam tempoh yang ditetapkan contoh ditetapkan dalam 2 tahun kena bina bangunan tapi tidak dibina. Jika ada pelanjutan di bawah seksyen 107 KTN selepas tempoh itu juga tidak dibina.

 

 

(ii)

dalam kes suatu syarat yang menghendaki perbuatan itu ditinggalkan sehingga suatu masa tetapi perlakuan itu dibuat sebelum masa. Rujuk seksyen 125 KTN.

 

 

 

Pentadbiran Tanah boleh mengambil salah satu tindakan samada terus merampas tanah di bawah seksyen 129 KTN atau memberi peluang kepada pemilik berdaftar untuk meremedi di bawah seksyen 128 KTN atau mengenakan denda kepada tuan tanah terlebih dahulu di bawah seksyen 127(1A) KTN.

2.

Pelanggaran syarat kompleks.

 

Jika sekiranya apa-apa syarat mengandungi dua atau lebih obligasi atau tanggungan yang berasingan kegagalan untuk memenuhinya adalah merupakan satu pelanggaran syarat. Rujukan seksyen 126 KTN.

 

Jika tiada tempoh yang jelas dinyatakan di dalam syarat nyata sesuatu petak, seksyen 114 – seksyen 117 KTN boleh dirujuk untuk ketetapan tempoh berkenaan. Ketetapan tempoh adalah diambil kira daripada tarikh hakmilik didaftarkan.

3.

Tanggungan untuk pelucuthakan kerana pelanggaran syarat.

 

(i)

Bila melanggar apa-apa syarat yang dikenakan ke atas petak hakmilik.

 

 

Petak itu menjadi tertanggung untuk perlucuthakan kepada Pihak Berkuasa Negeri kecuali denda dibayar atau pelanggaran itu diremedi. Rujuk seksyen 127(1) (a) & (b) KTN.

 

(ii)

Jika berbangkit suatu pelanggaran Pentadbir Tanah boleh mengambil tindakan di bawah seksyen 128 atau 129 KTN menyerah notis 7E kepada tuanpunya. Notis tunjuk sebab mengapa suatu denda tidak boleh dikenakan kerana melanggar syarat tersebut.

 

(iii)

Bila tuanpunya gagal merujuk sebab dengan memuaskan Pentadbir Tanah boleh membuat suatu perintah untuk bayaran denda tidak kurang daripada Lima Ratus Ringgit dan dalam kes pelanggaran syarat berterusan suatu denda tambahan tidak kurang daripada Seratus Ringgit bagi tiap-tiap hari dalam tempoh pelanggaran tersebut. Rujuk seksyen 1A(a) dan (b).

 

(iv)

Jika denda dibayar tiada tindakan di bawah seksyen 128 atau seksyen 129 diambil. Rujuk seksyen 127(1B) KTN.

 

(v)

Walau apa pun seksyen 127(1B), jika Pentadbir Tanah berpuashati bahawa pelanggaran berterusan Pentadbir Tanah boleh menyerahkan notis 7F kepada tuan tanah memberitahu tentang niat untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 128 atau 129 KTN selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh penyampaian notis atau pada bila-bila masa kemudian. Rujuk seksyen 127(1C) KTN.

 

(vi)

Penerimaan bagi Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa item hasil cukai petak yang genap masa berkenaan dengan mana-mana petak hakmilik tidaklah beroperasi sebagai satu penepian (operate as a waiver) bagi mana-mana hak pelucuthakan pada masa itu wujud berkenaan dengan petak itu menurut kuasa seksyen ini (yang difahamkan – walaupun cukai petak dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri. Jika ia melanggar syarat tindakan untuk pelucuthakan akan tetap boleh dibuat). Rujuk seksyen 127(2) KTN.

 

(vii)

Jika remedi telah dibuat atau dalam kes satu syarat yang tertakluk kepada tempoh tetap tiada apa jua tindakan diambil berkenaan dengan pelanggaran di bawah seksyen 128 atau 129 KTN. Sebelum tamatnya tempoh 12 tahun bermula dari tarikh pelanggaran berbangkit hendaklah hentikan tindakan Penguatkuasaan. Rujuk seksyen 127(3) (a) dan (b) KTN.

 

(viii)

Untuk maksud seksyen ini, seksyen 128 dan seksyen 129 tiap-tiap pelanggaran syarat hendaklah diambil kira sebagai boleh diremedikan, tindakan yang dikehendaki untuk meremedikan apa-apa pelanggaran hendaklah diambilkira sebagai terdiri dari:-

 

 

(a)

dalam kes satu syarat positif – perlakuan tiap-tiap perbuatan atau                   apa-apa jua yang ketinggalan untuk membuatnya merupakan atau menjadi sebahagian dari pelanggaran ini (tak buat apa-apa dan biarkan perlanggaran syarat berlaku).

 

 

(b)

dalam kes satu syarat negative – perlakuan semua perbuatan atau apa-apa jua yang sedemikian sebagaimana yang perlu untuk meletakan tanah itu dalam keadaan di mana ia akan ada jika pelanggaran itu tidak berlaku. Rujuk seksyen 127(4) (a) dan (b) KTN (buat sesuatu untuk cuba remedi).

4.

Tindakan cepat untuk memastikan remedi pelanggaran syarat – Seksyen 128 KTN (1) (2) (3)._____________________________________________________

 

(i)

Menyampaikan atau menyebabkan disampai notis 7A yang meminta tindakan meremedi diambil dalam tempoh yang dinyatakan bagi mana-mana petak hakmilik;

 

 

Jika sekiranya:-

 

 

(a)

mana-mana petak hakmilik strata adalah tertanggung untuk pelucuthakan kepada PBN di bawah seksyen 127 KTN kerana pelanggaran mana-mana syarat dan

 

 

(b)

didapati oleh Pentdbir Tanah bahawa pelanggaran itu boleh diremedikan oleh tuanpunya dalam satu tempoh yang munasabah.

 

 

(ii)

Bila notis disampaikan buat endorsan di dalam Dokumen Hakmilik Daftar dengan nota bahawa petak hakmilik strata itu tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat.

 

(iii)

Penyampaian notis di bawah seksyen 128(1) KTN hendaklah beroperasi sebagai satu penepian oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan syarat segala kehendaknya betul-betul dipatuhi, mengenai hak pelucuthakan yang sediada oleh sebab pelanggaran dengan mana ia ada kaitan dan:-

 

 

(a)

jika notis dipatuhi, batal nota yang diendors atas Dokumen Hakmilik Daftar.

 

 

(b)

jika notis tidak dipatuhi Pentadbir Tanah ambil tindakan selaras dengan seksyen 129 KTN.

 

 

(iv)

Walaubagaimanapun, PT TIDAK BOLEH mengeluarkan perintah untuk memulihkan perlanggaran dengan cara penukaran syarat nyata kepada hakmilik strata (Seksyen 34 AHS)

 

 

5.

Tindakan untuk menguatkuasakan pelucuthakan kerana pelanggaran syarat  seksyen 129 KTN._________________________________________________

 

(i)

Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan di bawah seksyen ini di mana jua tanah berimilik adalah tertanggung untuk perlucuthakan di bawah seksyen 127 KTN kerana pelanggaran syarat dan:-

 

 

(a)

dia berpendapat bahawa pengambilan tindakan di bawah seksyen 128 tidaklah wajar atau

 

 

(b)

tuanpunya petak telah gagal mematuhi mana-mana notis yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen itu.

 

(ii)

Dalam salah satu keadaan di atas Pentadbir Tanah hendaklah menyebabkan notis dalam borang 7B disampaikan kepada tuanpunya tanah dan menyebabkan satu salinan notis yang kepadanya dilampirkan, notis tambahan yang ditunjukan dalam sambungan kepada borang itu disampaikan kepada orang-orang yang berkepentingan seperti kehendak seksyen 98(1) KTN.

 

 

Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hakmilik buat endorsan dalam Dokumen Hakmilik Daftar yang menyatakan bahawa tanah itu adalah tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat.

 

(iii)

Pentadbir Tanah buat siasatan, jika pelanggaran telah diremedi, buat satu perintah batalkan semua endorsan-endorsan yang dibuat di bawah seksyen 128 KTN. Masa lanjutan dibenarkan untuk remedi pelanggaran selepas tempoh lanjutan. Jika masih belum remedi buat kertas pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri untuk mengambil milik sementara atas arahan Pihak Berkuasa Negeri. Satu perintah dibuat petak itu dilucuthakan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

 

(iv)

Jika pemilikan sementara diambil peruntukan-peruntukan berikut terpakai:

 

 

(i)

Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana orang yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri betulkan pelanggaran atas perbelanjaan Pihak Berkuasa Negeri atau orang atau badan itu.

 

 

(ii)

lepas remedi Pihak Berkuasa Negeri akan kembalikan petak itu kepada tuanpunya dan bayaran remedi dibayar balik kepada Pihak Berkuasa Negeri.

 

 

(iii)

kalau masih tidak dipatuhi Pentadbir Tanah buat perintah dilucuthakan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

 

 

 

 

 

 

 (3)


PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN, PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN MENGENAI PENGUATKUASAAN            KE ATAS PELANGGARAN SYARAT TANAH

 

 


 


3.

PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN MENGENAI PELANGGARAN SYARAT TANAH.

                __________________________________________________________________________________________________

 

 

 

PEKELILING

TAJUK

1.

2/2016

Garis panduan tindakan Penguatkuasaan bagi kesalahan pelanggaran syarat tanah di bawah Seksyen 127, 128 dan 129 Kanun Tanah Negara 1965.

 

2.

9/2020

Garispanduan pelucuthakan bagi petak atau blok sementara di bawah Seksyen 23E dan 23L Akta Hakmilik Strata 1985

 

 

 

PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN MENGENAI PELANGGARAN SYARAT TANAH.

          ___________________________________________________________________________________________________

 

 

PEKELILING

TAJUK

1.

5/1985

Tindakan penguatkuasa apabila berlaku pelanggaran syarat penggunaan tanah (disemak 2007).

 

2.

7/1977

Perintah perampasan tanah (disemak 2007).

 

3.

36/1977

Perampasan tanah milik di bawah seksyen 130 KTN               (disemak 2007).

 

4.

2/2017

Pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara

5.

4/2017

Pelaksanaan penguatkuasaan perlanggaran syarat dalam skim pembangunan berstrata selaras Akta Hakmilik Strata (pindaan) 2016 [Akta A1516]

 

 

 

(4)

PROSES KERJA TINDAKAN PENGUATKUASAAN KE ATAS PELANGGARAN SYARAT

 

  


4.

PROSES KERJA

                                                                               _____________________________

 

 

Bidang

-

Khusus

Fungsi

-

Penguatkuasaan dan Teknikal (Strata)

Aktiviti

-

Penguatkuasaan Pelanggaran Syarat Nyata Petak Strata.

 

 

 

 

  

BIL.

PROSES KERJA

PEGAWAI YANG MELULUSKAN DIRUJUK

UNDANG-UNDANG PERATURAN

1.

Mengkaji hal perlanggaran yang dilaporkan atau aduan yang sampai ke pengetahuannya.

Pentadbir Tanah (PT)

 

2.

(i) Memutuskan untuk meminta pemilik petak untuk menunjukkan sebab mengapa denda tidak boleh dikenakan

 

(ii) Menyerahkan notis dalam Borang 7E kepada tuan punya memintanya menunjukkan sebab mengapa ia tidak boleh didenda.

Pentadbir Tanah (PT)

Sekyen 127 (1A)(a) KTN.

 

3.

(i) Membuat keputusan sama ada untuk mengenakan denda atau tidak.

 

(ii) Jika PT tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi berikutan dengan notis dalam Borang 7E, ia membuat perintah menghendaki tuan punya membayar denda.

Pentadbir Tanah (PT)

Sekyen 127 (1A)(b) KTN.

 

4.

(i) Menerima bayaran denda.

 

(ii) Jika denda tidak dibayar, PT akan mengambil tindakan seperti pada para 6 di bawah.

Pentadbir Tanah (PT)

Sekyen 127 (1B) KTN.

 

 

5.

(i) membuat siasatan sama ada perlanggaran berterusan.

 

(ii) Jika perlangaran berterusan, PT menyerahkan notis dalam Borang 7F kepada tuan punya memaklumkan bahawa ia akan mengambil tindakan seperti pada para 6 atau para 9 di bawah setelah habis tempoh enam bulan daripada tarikh penyerahan notis atau pada bila-bila masa selepas itu.

Pentadbir Tanah (PT)

Sekyen 127 (1B) KTN.

 

Pekeliling KPTG Bil. 5/1985 (Semakan 2007)

 

6.

Menyerahkan notis dalam Borang 7A

 

(i) Menyerahkan notis kepada pemilik petak dalam Borang 7A jika ia berpuas hati yang perlanggaran telah berlaku dan ia boleh dipulihkan dalam masa yang munasabah

 

(i) Ini juga perlu dilakukan jika denda tidak dibayar seperti yang dinyatakan pada para 4.(ii) di atas atau jika perlanggaran itu berterusan seperti pada para 5.(ii) di atas.

 

(iii) Jika perlanggaran tidak boleh dipulihkan sedemikian, PT hendaklah mengambil tindakan seperti pada para 8.(ii) di bawah.

 

(iv) Bagi maksud seksyen 128, tiap-tiap perlanggaran syarat hendaklah dianggap boleh dipulihkan.

 

(v) Walaubagaimanapun, PT TIDAK BOLEH mengeluarkan perintah untuk memulihkan perlanggaran dengan cara penukaran syarat nyata kepada hakmilik strata.

Pentadbir Tanah (PT)

 

 

Seksyen 128 (1) KTN.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seksyen 128(4) KTN.

 

 

 

Seksyen 34 AHS.

 

7.

Mengendors nota dalam DHD

 

(i) Nota yang diendors bermaksud petak itu tertakluk kepada tindakan bagi perlanggaran syarat.

 

(ii) Dalam hal hakmilik Pejabat Pendaftar, PT akan meminta PH untuk mengendors nota dalam DHD dan untuk tujuan ini, satu salinan notis dalam Borang 7A yang telah diserahkan hendaklah juga dikemukakan.

PT/Pendaftar Hakmilik (PH)

 

 

Seksyen 128(2) KTN

 

 

Seksyen 128(2) KTN

 

8.

membatalkan nota jika perlanggaran dipulihkan

 

(i) Dalam hal hakmilik Pejabat Pendaftar, PT akan meminta PH untuk membatalkan nota yang telah diendors jika perlanggaran telah dipulihkan.

 

(ii) Jika perlanggaran tidak dipulihkan, PT hendaklah mengambil tindakan seperti pada para 9 di bawah.

PT/Pendaftar Hakmilik (PH)

 

 

 

Seksyen 128(3) KTN

 

 

 

Seksyen 128(3) KTN

 

9.

Di mana perlanggaran tidak mungkin boleh dipulihkan dalam masa yang ditentukan, atau di mana perlanggaran tidak boleh dipulihkan selaras notis dalam Borang 7A, PT akan menyerahkan notis dalam Borang 7B.

 

(i) Notis dalam Borang 7A hendaklah diserahkan kepada pemilik petak.

 

(ii) Satu salinan notis dalam Borang 7B hendaklah juga diserahkan kepada sesiapa daripada mereka yang dinyatakan dalam seksyen 98(1).

 

(iii) Untuk maksud seksyen 129, tiap-tiap perlanggaran syarat akan dianggap boleh dipulihkan.

 

(iv) Walaubagaimanapun, PT TIDAK BOLEH mengeluarkan perintah untuk memulihkan perlanggaran dengan cara penukaran syarat nyata kepada hakmilik strata.

Pentadbir Tanah (PT)

 

 

 

 

 

 

Seksyen 129(1) dan 129(2)(a) KTN

10.

Akan mengendors nota dalam DHD

 

(i) Endorsan nota berikutan penyerahan notis dalam Borang 7B yang bermaksud petak itu tertakluk kepada tindakan bagi perlanggaran syarat hanya perlu dalam hal di mana Borang 7A tidak diserahkan atau di mana nota sedemikian seperti pada 7 di atas belum lagi diendorskan.

 

(ii) Dalam hal hakmilik Pejabat Pendaftar, PT akan meminta PH untuk mengendors nota dalam DHD dan untuk ini, satu salinan notis dalam Borang 7B yang telah pun diserahkan hendaklah juga dikemukakan.

PT/Pendaftar Hakmilik (PH)

 

 

Seksyen 129(3) KTN

11.

Menjalankan siasatan pada tarikh dan masa dan tempat yang ditentukan dalam Borang 7B.

 

(i) Siasatan hendaklah dijalankan selaras dengan Bab 4 Bahagian Dua KTN.

 

(ii) Pada penutupan siasatan, PT hendaklah membuat mana-mana arahan yang berikut :

 

(a)  mengisytiharkan perlanggaran telah dipulihkan;

 

(b)  menentukan tindakan yang perlu dibuat bagi memulihkan perlanggaran dalam masa yang ditetapkan;

 

(c)  mengambil milik sementara petak itu (untuk ini arahan daripada Pihak Berkuasa Negeri adalah perlu dan PT hendaklah mendapatkannya sebelum penutupan siasatan itu); dan

 

(d)  mengisytiharkan petak itu terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri.

 

(iii) Walaubagaimanapun, PT TIDAK BOLEH mengeluarkan perintah untuk memulihkan perlanggaran dengan cara penukaran syarat nyata kepada hakmilik strata

 

(iv) Apa-apa perintah yang telah dibuat hendaklah dimasukkan dalam fail yang berkenaan

PT/Pendaftar Hakmilik (PH)

 

 

 

 

Seksyen 129(4) KTN

 

Pekeliling KPTG Bil. 5/1985 (Semakan 2007)

Seksyen 129(4)(a) KTN

 

Seksyen 129(4)(b) KTN

 

 

Seksyen 129(4)(c) KTN

 

 

 

 

Seksyen 129(4)(c) KTN

 

Seksyen 34 AHS

 

12.

Hendaklah membatalkan endorsan jika perlanggaran telah dipulihkan.

 

(i) Jika arahan yang dibuat ialah dalam bentuk pengisytiharan bahawa perlanggaran telah dipulihkan, PT akan membatalkan atau dalam hal hakmilik Pejabat Pendaftar, meminta PH untuk membatalkan endorsan yang dibuat pada para 7 atau para 10 di atas.

PT/Pendaftar Hakmilik (PH)

 

 

 

Seksyen 129(4)(c) KTN

 

 

(ii) Jika arahan yang dibuat ialah bahawa suatu tindakan untuk memulihkan perlanggaran perlu diambil dalam masa tertentu, PT hendaklah membatalkan atau dalam hal hakmilik Pejabat Pendaftar, meminta PH untuk membatalkan endorsan yang dibuat pada para 7 atau para 10 di atas jika perlanggaran itu telah dipulihkan.

 

 

13.

Jika arahan yang dibuat seperti pada para 11.(ii)(b) di atas tidak dipatuhi atau setelah petak itu dikembalikan kepada pemilik petak mengikut Seksyen 129(6)(b), petak itu tidak diselenggara seperti yang dikehendaki, PT hendaklah membuat perintah lanjutan mengisytiharkan petak itu terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Pentadbir Tanah (PT)

Seksyen 129(5)(b) dan 129(6)(c) KTN

14.

(i) Apabila membuat perintah pada para 11.(ii)(d) atau perintah lanjutan pada para 13 di atas, PT hendaklah menyiarkan dalam Warta pemberitahuan perlucuthakan dalam Borang 12

 

(ii) Notis yang diwartakan hendaklah disiarkan selaras dengan seksyen 23L AHS dan seksyen 433 KTN

Pentadbir Tanah (PT)

Seksyen 130 KTN

Seksyen 433 KTN

Seksyen 23L AHS

15.

Membuat ingatan perlucuthakan dalam DHD

 

(i) Dalam hal hakmilik Pejabat Pendaftar, PT hendaklah meminta PH untuk membuat ingatan dalam DHD dan untuk tujuan ini, satu salinan notis yang diwartakan hendaklah juga dikemukakan

 

(ii) Tarikh berkuat kuasa perlucuthakan dan butir-butir pemberitahuan warta hendaklah dimasukkan dalam peringatan

 

(iii) DHK, jika ianya ada pada PT, jangan dimusnahkan sehingga habis tempoh rayuan terhadap perlucuthakan boleh dibuat atau jika ada rayuan, sehingga rayuan itu diselesaikan.

Pentadbir Tanah (PT)

 

 

Seksyen 130(2) KTN

 

 

 

 

Seksyen 130(1) KTN

 

 

Seksyen 130(3) KTN

 

 

 (5)

CARTA ALIRAN KERJA TINDAKAN PENGUATKUASAAN KE ATAS PELANGGARAN SYARAT TANAH

 

 


 

 


 

 

(6)

SENARAI SEMAK TINDAKAN PENGUATKUASAAN KE ATAS PELANGGARAN SYARAT

 

 

 

 

 

 

 

  


6.

SENARAI SEMAK PENGUATKUASAAN PELANGGARAN SYARAT NYATA PETAK STRATA

 

Bil.

Perkara

Tandakan (X)

1.

Surat/maklumat aduan atau laporan mengenai pelanggaran syarat nyata petak strata.

 

2.

Salinan hakmilik petak strata no. ___________________

 

3.

Salinan bil cukai petak.

 

4.

Salinan maklumat syarikat (SSM) – jika berkaitan.

 

5.

Salinan pelan petak strata, tapak dan pelan lokasi (disediakan oleh pelukis pelan).

 

6.

Gambar-gambar berkaitan tapak dan kawasan sekeliling tapak (utara, selatan, timur dan barat).

 

 

i.

Gambar petak & tapak

:

No. Gambar

____________________

 

 

ii.

Gambar Utara

:

No. Gambar

____________________

 

 

iii.

Gambar Selatan

:

No. Gambar

____________________

 

 

iv.

Gambar Timur

:

No. Gambar

____________________

 

 

v.

Gambar Barat

:

No. Gambar

____________________

 

7.

Laporan Petak Strata oleh Penolong Pegawai Tanah Strata.

 

8.

Bukti penyampaian Notis Borang 7E KTN (tunjuk sebab mengenai denda).

 

Tarikh notis disampaikan    : ______________________________

Tarikh siasatan dijalankan  : ______________________________

 

9.

Bukti penyampaian perintah mengenai denda Borang 23 Kaedah Tanah Negeri.

 

Tarikh notis disampaikan    : ______________________________

 

10.

Salinan resit pembayaran perintah denda (Borang 23 Kaedah Tanah Negeri).

 

11.

Bukti penyampaian notis Borang 7A KTN (Tindakan cepat meremedi pelanggaran syarat).

 

Tarikh notis disampaikan    : ______________________________

 

12.

Bukti penyampaian notis Borang 7B KTN (Tindakan cepat meremedi pelanggaran syarat).

 

Tarikh notis disampaikan    : ______________________________

Tarikh siasatan dijalankan  : ______________________________

 

 

 

 (7)


SENARAI SEMAK DAN TINDAKAN KE ATAS ADUAN ATAU MAKLUMBALAS MENGENAI STATUS PETAK STRATA

 

 

 

 

 

 

 

 



7.

SENARAI SEMAK TINDAKAN KE ATAS ADUAN ATAU MAKLUMBALAS MENGENAI STATUS PETAK STRATA

 

Bil.

Perkara

Tandakan (X)

 

1.

Surat/maklumat aduan atau laporan mengenai hal pelanggaran petak strata.

 

2.

Salinan pelan petak strata, tapak dan pelan lokasi (disediakan oleh pelukis pelan).

 

3.

Salinan hakmilik strata no. _______________________________

 

4.

Salinan cukai petak.

 

5.

Salinan maklumat syarikat (SSM) – jika berkaitan.

 

6.

Gambar-gambar berkaitan tapak dan kawasan sekeliling tapak (utara, selatan, timur dan barat).

 

 

i.

Gambar petak & tapak

:

No. Gambar

____________________

 

 

ii.

Gambar Utara

:

No. Gambar

____________________

 

 

iii.

Gambar Selatan

:

No. Gambar

____________________

 

 

iv.

Gambar Timur

:

No. Gambar

____________________

 

 

v.

Gambar Barat

:

No. Gambar

____________________

 

7.

Laporan Petak Strata oleh Penolong Pegawai Tanah Strata.

 

8.

Surat jawapan/maklumbalas.

 

 

 


 (8)

 BAHAN-BAHAN RUJUKAN

 

 


BAHAN-BAHAN RUJUKAN

__________________________________

 

 

 

1.

Kanun Tanah Negara 1965 Akta 56/1965.

 

2.

Akta Hakmilik Strata 1985 Akta 318.


3.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian.

 

4.

Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian.

 

5.

Nota-nota khusus dari Ketua Pengarah Tanah dan Galian/ Pengarah Tanah dan Galian.

 

 


PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...