Isnin, 28 Mac 2022

AMALAN PEWARTAAN SUNGAI, TASIK ATAU MATA AIR DI BAWAH SUBSEKSYEN 13(1)(ii) KANUN TANAH NEGARA [AKTA 828]

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. ‘PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2 TAHUN 2010’ ialah ‘Garis Panduan Penetapan Lebar Rizab Sungai Yang Seragam Bagi Sungai-sungai Yang Tidak Diwartakan’ (seperti lampiran).

 

2. ‘SURAT EDARAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL.3/2021: AMALAN PEWARTAAN SUNGAI, TASIK ATAU MATA AIR DI BAWAH SUBSEKSYEN 13(1)(ii) KANUN TANAH NEGARA [AKTA 828] (seperti lampiran).

 

Perkara Berkaitan Pentadbiran Tanah

 

1.   Didapati Pihak Berkuasa Negeri (PBN) menggunakan subseksyen 13(1)(ii)(a) KTN untuk merizabkan sungai-sungai di sesebuah negeri untuk maksud awam sedangkan kuasa di bawah seksyen 13 KTN itu adalah merujuk kepada perwakilan kuasa PBN kepada Pengarah Negeri dan lain-lain pegawai serta syarat-syarat dan had perwakilan kuasa tersebut.

 

2.   Justeru itu, Seksyen 5 KTN mentafsirkan "tanah rizab" ertinya tanah yang buat masa itu dirizabkan untuk tujuan awam selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 62 KTN atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu dan sekiranya perizaban tersebut tidak melalui proses di bawah seksyen 62 KTN, maka tanah tersebut tidak boleh dikategorikan sebagai tanah rizab.

 

3. Oleh demikian, pentadbitan PTG adalah dimohon untuk menyelaraskan kembali perkara yang berkaitan dengan pewartaan sumber air antara Enakmen Air Negeri-Negeri dengan peruntukan seksyen 13 KTN supaya tidak berlaku kesilapan dalam tindakan pewartaan kerana tujuan atau maksud pewartaan adalah berbeza di bawah kedua-dua sumber perundangan tersebut. Sungai atau sumber-sumber air yang Iain boleh diwartakan mengikut peruntukan yang terkandung di dalam Enakmen-enakmen Air Negeri yang sedang berkuatkuasa dan pewartaan tersebut tidak menjadikan sungai atau sumber-sumber air itu sebagai tanah rizab di bawah KTN.

 

4.   Sehubungan itu, untuk maksud merizabkan tanah iaitu sungai atau aliran air yang terletak di atas tanah Kerajaan, Pihak Berkuasa Air, PTG atau Pentadbir Tanah boleh merujuk kepada Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2010 untuk panduan pelaksanaan seperti lampiran.

 

5.  Keperluan pengwartaan tanah Negeri yang berhampiran dengan sungai dijadikan sebagai rizab sungai di antara lainnya akan dapat mengurangkan beberapa masalah yang dihadapi. Sebagai contoh terdapat kesukaran dalam melaksanakan kerja-kerja operasi dan pemuliharaan sungai, kurangnya pengawalan terhadap penggunaan tanah di sepanjang jaluran sungai bagi tujuan pertanian atau pun tujuan lain dan juga pembinaan struktur tanpa kawalan yang rapi merentasi sungai dan di dalam sungai.


6.  Kebenaran undang-undang yang berkaitan dengan kuasa reservasi terhadap tanah negeri di dalam Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (Akta 56 tahun 1965). Menurut Kanun Tanah Negara, 'Rizab Tanah' bermaksud tanah yang disimpan pada masa berkenaan bagi tujuan kegunaan awam berdasarkan kepada undang-undang yang dibenarkan di dalam Seksyen 62 atau dari mana-mana undang-undang tanah yang terdahulu. Seksyen 62 dari Kanun Tanah Negara menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri iaitu yang dikenali sebagai Pemerintah atau Kerajaan bagi negeri boleh menyatakan mana-mana tanah Negeri sebagai tanah simpanan untuk sebarang kegunaan awam dengan pemberitahuan dalam pengwartaan. Pemberitahuan tersebut perlu menerangkan pengertian rizab tanah, menerangkan tujuan bagi merizabkan tanah tersebut, dan melantik pegawai yang mengawal tanah rizab tersebut. Pemberitahuan itu sendiri menjadi bukti yang pasti bahawa tanah yang diterangkan itu perlu dirizabkan bagi tujuan kegunaan awam.

 

7.  Pihak JPS perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mewartakan jaluran sungai sebagai rizab sungai dan dengan itu JPS mempunyai hak pengawalan terhadap rizab sungai. Kertas maklumat mengenai fungsi dan keperluan pengwartaan rizab sungai hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri melalui Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri.

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran tanah hendaklah akur terhadap ‘SURAT EDARAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL.3/2021: AMALAN PEWARTAAN SUNGAI, TASIK ATAU MATA AIR DI BAWAH SUBSEKSYEN 13(1)(ii) KANUN TANAH NEGARA [AKTA 828] dan ‘PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2 TAHUN 2010’ ialah ‘Garis Panduan Penetapan Lebar Rizab Sungai Yang Seragam Bagi Sungai-sungai Yang Tidak Diwartakan’ selaras kehendak Undang-undang serta Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Selasa, 22 Mac 2022

Majlis Pelancaran Perlis Inland Port (PIP) Dan “Bonded Road”

 

TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN PERLIS INLAND PORT (PIP) DAN “BONDED ROAD”
CHUPING, PERLIS

15 MAC 2022 | 10 pagi


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Perlis Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu Negeri Sejahtera Perlis Maju,
Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

Mengadap
Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,

dan

Mengadap
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,

Ampun Tuanku,

1. Terlebih dahulu dengan penuh hormat dan takzimnya, patik bagi pihak Kerajaan Persekutuan, mengucapkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, patik dan sekalian hadirin dapat meraikan keberangkatan Duli-Duli Tuanku ke majlis yang bersejarah dan penuh bermakna ini.

2. Patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku berangkat bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Perlis Inland Port (PIP) dan “Bonded Road”.

3. Sesungguhnya keberangkatan Duli-Duli Tuanku ke majlis ini mencerminkan keprihatinan yang tinggi Duli-Duli Tuanku terhadap program dan aktiviti peringkat akar umbi yang dilaksanakan untuk manfaat Keluarga Malaysia.

Ampun Tuanku,

4. Dengan penuh hormat dan takzimnya, patik memohon ampuni limpah perkenan Duli-Duli Tuanku untuk berucap kepada hadirin sekalian.

Ampun Tuanku,

I. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azlan Man
   Menteri Besar Perlis;

II. Yang Amat Berbahagia Dato’ Paduka Haji Mohamad Yaakob bin Dato’ Seri Azizul Hassan;

III. Yang Berhormat Dato’ Haji Hamdan bin Bahari
    Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis;

IV. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Zuki bin Ali
     Ketua Setiausaha Negara;

V. Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggung Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail;

VI. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis;

VII. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis;

VIII. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Ir. Dr. Ahmad Tajuddin bin Ali
      Anggota Lembaga Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara atau NCIA;

IX. Yang Berbahagia Dato’ Shabaruddin Ibrahim
     Pengerusi Mutiara Perlis Sdn. Bhd. (MPSB);

X. Yang Berusaha Encik Mohammad Haris Kader Sultan
    Ketua Eksekutif NCIA;

XI. Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri; XII.Anggota-anggota Majlis NCIA;

XIII. Rakan-rakan media;

XIV. Tuan-tuan dan Puan-puan, Keluarga Malaysia yang saya kasihi sekalian.

5. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama- sama berkumpul pada hari ini.

6. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perlis terutamanya Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Azlan Man dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) kerana sudi menjemput saya untuk hadir ke Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Perlis Inland Port (PIP) dan “Bonded Road”.

7. Kerajaan Persekutuan amat komited dengan pelaksanaan projek PIP ini melalui penyediaan tiga infrastruktur luaran yang akan menghubungkan PIP iaitu jajaran keretapi (spur line), jejambat (flyover) dan “bonded road” dengan peruntukan sebanyak RM340 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

8. Ini merupakan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan pembangunan rentas wilayah dan negeri serta kawasan luar bandar, bandar dan sempadan sekaligus memastikan pembangunan lebih seimbang dan keterangkuman lebih baik selaras dengan RMK-12.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

9. Projek PIP ialah salah satu projek strategik nasional dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan pelancarannya amat tepat ketika negara melalui proses pemulihan selepas terkesan akibat pandemik COVID-19.

10. NCER kini berdepan dengan prospek pertumbuhan yang cerah, yang mana unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Wilayah adalah antara 6.5 peratus dan 6.9 peratus dalam tempoh pemulihan 2022.

11. Di samping itu, pelaksanaan program-program modal insan oleh NCIA telah memberi manfaat kepada 67,935 Keluarga Malaysia dari 30 daerah dalam NCER daripada tahun 2019 sehingga tahun 2021.

12. Berdasarkan indikator ekonomi yang positif dan memastikan lebih ramai Keluarga Malaysia dalam Wilayah ini memperolehi manfaat, Kerajaan Perlis dan NCER perlu terus meningkatkan daya saing dalam era pasca COVID-19 bagi menarik lebih banyak pelaburan domestik dan antarabangsa.

13. Perkhidmatan logistik dan fasilitasi perdagangan yang cekap dan berkualiti tinggi amat penting bagi meningkatkan daya saing negara serta menjana peluang pekerjaan.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

14. Ketika lawatan rasmi pertama saya ke Thailand pada Februari lepas membuktikan komitmen kedua-dua negara dalam meningkatkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pertanian, pendidikan dan tenaga kerja.

15. Malaysia dan Thailand juga bersetuju untuk mensasarkan nilai perdagangan kepada USD30 bilion menjelang 2025. Kedudukan Perlis yang strategik dari segi geografi iaitu berdekatan sempadan Malaysia-Thailand memberi kelebihan untuk memanfaatkan pelbagai peluang ekonomi dan perniagaan dalam perniagaan rentas sempadan.

16. Sukacita saya umumkan nilai dagangan terkini (2021) Malaysia – Thailand adalah USD23.64 bilion dan daripada jumlah itu, USD10.5 bilion disumbangkan melalui perdagangan di sempadan (border trade). Penubuhan PIP amat tepat pada masanya bagi merancakkan perdagangan dengan Thailand dan mewujudkan nilai tambah kepada projek-projek strategik di NCER iaitu Chuping Valley Industrial Area (CVIA), Chuping Agro Valley (CAV), NCER Agribio Economic Zone (NAEZ), dan Perlis Super Fruits Valley.

17. PIP mencerminkan momentum pertumbuhan dan kemajuan ekonomi Perlis yang dipacu oleh sektor pertanian moden dan pintar serta pembuatan bernilai tinggi.

18. Ini akan menarik pelaburan baharu dengan penyediaan kemudahan logistik yang lengkap dan kos pengangkutan yang berpatutan bagi pelabur-pelabur di CVIA.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

19. Ekoran daripada pelancaran PIP, CVIA dijangka bakal mentransformasikan Perlis dan ekonomi NCER menerusi peningkatan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dan ini dapat mengurangkan migrasi keluar rakyat tempatan.

20. Walaupun baru dilancarkan, CVIA telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM4.5 bilion yang bakal menjana hampir 12,000 peluang pekerjaan.

21. Sehubungan itu, NCIA akan terus meningkatkan sistem hubungan pengangkutan yang bersepadu dengan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang holistik, membolehkan PIP mempertingkatkan daya tarikan pelabur ke NCER.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

22. Perlis sedang berada di trajektori peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi pasca-pandemik. Ini dapat dilihat menerusi kenaikan jumlah dagangan melalui negeri Perlis pada tempoh Januari hingga Disember 2021 iaitu sebanyak RM7.9 billion berbanding RM5.4 billion pada tempoh yang sama tahun 2020.

23. Penyertaan tenaga kerja pula mencatatkan 64.5 peratus pada suku ke-4 tahun 2021 berbanding 63 peratus bagi tempoh yang sama pada 2020.

24. Setelah sekian lama dikenali sebagai negeri yang berteraskan pertanian, Perlis kini bersedia mengorak langkah ke arah transformasi menjadikannya negeri berasaskan perindustrian moden dengan projek-projek strategik berimpak tinggi seperti PIP dan CVIA.

25. Saya juga menghargai penglibatan syarikat Mutiara Perlis Sdn Bhd yang telah menyahut seruan kerajaan dalam meningkatkan kolaborasi sektor awam – swasta menerusi projek-projek nasional yang dapat membantu memulihkan ekonomi negara.

26. Projek strategik nasional berimpak tinggi seperti PIP ini dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan disamping memberi kesan limpahan ekonomi ke negeri-negeri lain ke dalam NCER, Insya- ALLAH.

Ampun Tuanku,
Demikianlah sembah ucapan patik.

27. Patik sekali lagi merafak sembah, menjunjung setinggi- tinggi kasih atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku berangkat ke majlis ini.

28. Patik sudahi ucapan ini dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Menjunjung kasih Tuanku,
Ampun Tuanku.

Isnin, 14 Mac 2022

Majlis Perasmian Hari Terbuka Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

 

TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB PERDANA MENTERI

SEMPENA HARI TERBUKA GLC

11 MAC 2022 | 3.00 PETANG

PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun pada petang yang bermakna ini.

2. Terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana mengundang saya untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Terbuka Syarikat Berkaitan Kerajaan, atau GLC Open Day.

3. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) amat penting dalam mencapai visi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2025.

4. Pembabitan GLC dalam perkhidmatan asas seperti bekalan tenaga, petrol, air, logistik, telekomunikasi telah membolehkan kita mempelbagaikan ekonomi daripada yang berasaskan pertanian dan sumber asli kepada sektor perindustrian dan berteraskan teknologi seperti semikonduktor.

5. Bahkan, ini menjadi benteng kita terhadap krisis kewangan Asia 1997-1998 dan krisis kewangan global pada tahun 2008.

6. GLC dan GLIC juga berperanan penting dalam membangun dan mempertahankan kemajuan sosioekonomi negara.

7. Entiti-entiti seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional dan PETRONAS telah banyak membantu negara membina infrastruktur kritikal dan mencapai aspirasinya.

8. Contohnya, GLC dan GLIC membantu membangunkan salah satu kumpulan operator lapangan terbang terbesar di dunia (iaitu Malaysia Airports), melahirkan syarikat yang menjadi juara serantau (regional champions) seperti Kumpulan Maybank, CIMB dan Axiata dan membangunkan koridor penting negara seperti Iskandar Malaysia.

9. GLC dan GLIC menyumbang kira-kira RM445 bilion atau 25 peratus permodalan pasaran Bursa Malaysia, memberi pekerjaan langsung kepada setengah juta Keluarga Malaysia dan penyumbang terpenting dalam rantaian bekalan negara.

10. Ia juga penting bagi mencapai aspirasi negara maju melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam pembangunan sosioekonomi negara serta keperluan menyusun semula (atau reform) dasar-dasar Kerajaan dalam meningkatkan daya tahan rakyat serta daya saing Malaysia di pentas dunia.

11. RMK-12 menggambarkan peranan GLC dan GLIC yang diperkukuh dalam usaha memperluas pasaran eksport, membantu komuniti perusahaan dan menceburi sektor strategik yang baharu seperti Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan penggunaan data raya dan analisis data.

12. Ini melibatkan pelan strategik termasuk:

i. Pelaksanaan program bimbingan oleh GLC kepada pengamal profesional kecil dan sederhana (PPKS) dalam sektor perkhidmatan;
ii. Perluasan model perniagaan inklusif yang menggalakkan penglibatan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam rantaian bekalan GLC; serta
iii. Pembiayaan dan pelaburan hijau untuk projek pembangunan mampan dan mesra iklim, termasuk melalui kerjasama awam swasta.

13. GLC turut menjadi antara pemacu utama dalam menjayakan pelbagai inisiatif Kerajaan melalui Bajet 2022 seperti JaminKerja Keluarga Malaysia bernilai RM4.8 bilion dan program SemarakNiaga Keluarga Malaysia bernilai RM40 bilion.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

14. Pada tahun 2013, beberapa GLC dan GLIC telah bergabung usaha untuk menubuhkan Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC (GDRN) bertujuan menyelaraskan pemberian bantuan sosial dan pembinaan semula selepas bencana alam atau malapetaka.

15. Antara tahun 2013 dan 2016, rangkaian ini telah menyumbang kepada operasi pemulihan dan pembinaan semula, terutamanya untuk mangsa banjir di Kelantan, Pahang dan Johor.

16. Dalam tempoh dua tahun sejak tahun 2020, GDRN juga telah berjaya membantu lebih daripada 450,000 orang yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan banjir dengan pelbagai jenis bantuan bernilai RM 327 juta, termasuk geran padanan Kerajaan melebihi RM55 juta.

17. Kerajaan sedar perlunya potensi rangkaian GDRN ini ditambah baik supaya ia bersifat responsif dan lebih proaktif dalam membina keupayaan dan daya tahan Keluarga Malaysia.18. Sempena majlis ini, saya juga mengumumkan bahawa GDRN kini dikenali sebagai GLC Demi Rakyat dan Negara, dengan skop yang diperluaskan daripada Jalinan Kemanusiaan sedia ada kepada Jalinan Ilmu dan Jalinan Sejahtera.

19. Jalinan Ilmu merangkumi biasiswa, peluang dan akses pendidikan serta pembangunan kemahiran insan; manakala Jalinan Sejahtera mengutamakan pembinaan kehidupan dari segi menjana pendapatan, membina kemahiran vokasional dan ilmu pengurusan kewangan, serta memastikan kesejahteraan kesihatan dan alam sekitar.

20. Dengan skop baharu korporat ini, GDRN akan menerajui usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) secara lebih selaras dan teratur bagi mengoptimumkan sumber terkumpul GLC dan GLIC, sekali gus memanfaatkan lebih ramai B40 dan golongan tumpuan tertentu.

21. Justeru, pewujudan GLC dan sumbangannya kepada ekonomi negara serta komuniti ibarat benih cengal yang dijadikan logo Hari Terbuka GLC dan simbol keutuhan ekosistem GLC dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Malaysia.

22. Bagi tempoh jangka masa panjang, dapatlah kita menikmati manfaat benih ini yang bukan hanya menjadi sebatang pokok, tetapi juga sebuah hutan, yang boleh diumpamakan sebagai sebuah ekonomi yang “Makmur, Inklusif dan Mampan” bagi manfaat seluruh Keluarga Malaysia.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

23. Mendukung aspirasi ini, Hari Terbuka GLC 2022 bertujuan mendekatkan Keluarga Malaysia dengan GLC dan GLIC, terutamanya dalam membina semula kehidupan pasca pandemik COVID-19.

24. Bertemakan ‘Aspirasi Masyarakat, Inspirasi Negara’, Hari Terbuka GLC 2022 ini :

i. Menekankan usaha berterusan GLC dan GLIC dalam membina semula kehidupan Keluarga Malaysia pasca- pandemik; dan
ii. Mempamerkan konsep GLC dekat dengan rakyat, selaras dengan Aspirasi Keluarga Malaysia.

25. Sepanjang tiga hari ini, Keluarga Malaysia harus merebut peluang-peluang yang ditawarkan oleh GLC dan GLIC, termasuk:
i. Peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang;
ii. Sokongan perniagaan untuk PKS; dan
iii. Peluang kerjasama dengan GDRN oleh badan-badan bukan kerajaan bagi memenuhi tanggungjawab sosial kepada Keluarga Malaysia.

26. Adalah menjadi harapan saya agar platform seperti ini menjadi pemudah cara bagi Keluarga Malaysia dan GLC untuk mendekati dan menyumbang kepada satu sama lain.

27. Berdasarkan pencapaian masa lalu, sememangnya wajar untuk kita meletakkan harapan tinggi terhadap syarikat- syarikat GLC dan GLIC dalam membantu mempercepatkan proses pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

28. Sebelum saya mengakhiri ucapan, izinkan saya berkongsi beberapa pengumuman penting.

29. Pertama, Kerajaan prihatin atas cabaran kos sara hidup yang dihadapi rakyat. Dalam konteks ini, Kerajaan telahpun memastikan semua penjawat awam menerima jumlah gaji dan elaun sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

30. Tahap pendapatan minimum ini wajar diamalkan oleh sektor swasta bagi membantu pekerja menangani cabaran kos sara hidup, terutamanya bagi pekerja yang berpendapatan rendah.

31. Sehubungan itu, Kerajaan komited untuk memastikan pekerja tetap syarikat GLC dan GLIC dibayar sekurang- kurangnya RM1,500 sebulan. Diharap syarikat korporat lain akan turut meneladani usaha ini.

32. Kedua, dalam Bajet 2022, Kerajaan telah mengumumkan bahawa semua syarikat tersenarai diwajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita sebelum 1 Jun 2023.

33. Bukan sahaja sempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, kita sepatutnya mengiktiraf secara berterusan peranan wanita sebagai pemimpin dan penyumbang penting kepada kemajuan sosio-ekonomi dan kemakmuran negara.

34. Sehubungan itu, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, setiap GLC tersenarai hendaklah mencapai tahap penyertaan wanita sekurang- kurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada tahun 2023.

35. Ketiga, RMK-12 telah mengumumkan objektif negara untuk mencapai net zero carbon emissions pada tahun 2050. Dalam merealisasikan aspirasi ini, kesemua GLC dan GLIC disarankan supaya mempunyai sasaran jangka masa sederhana dan sasaran net zero carbon menjelang 2050 dalam merealisasikan objektif RMK-12 tersebut.

36. Kerajaan berharap agar pengumuman dasar-dasar ini akan memberi manfaat dan kesejahteraan berterusan kepada Keluarga Malaysia, InsyaAllah.

37. Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim, saya dengan besar hati dan dengan semangat Keluarga Malaysia, merasmikan Hari Terbuka GLC 2022.

Sekian,

Wabillahitaufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada Komuniti

 

TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB PERDANA MENTERI

SEMPENA
MAJLIS PENYERAHAN BENIH PADI IS21 KEPADA KOMUNITI

9 MAC 2022 | 3.45 PETANG BALAI RAYA KAMPUNG SEMALOI.
ENDAU, JOHOR

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan izinNya dapat kita bersama pada Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada Komuniti petani dan pesawah, sebagai Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Endau, Mersing pada petang ini.

2. Benih padi yang diberi nama IS21 ini merupakan benih padi baharu berteknologi tinggi yang telah dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia, iaitu sebuah agensi penyelidikan dalam bidang nuklear di bawah MOSTI.

3. Benih padi IS21 ini baru sahaja saya lancarkan pada 4 bulan lalu iaitu pada 20 November 2021 di Sekinchan, Selangor. Alhamdulillah, para pesawah dan petani yang telah menggunakan padi benih IS21 ini telah memberi maklum balas positif.

4. Lebih istimewa, kos pengurusan sawah juga telah dapat dikurangkan memandangkan penanaman padi jenis ini tidak memerlukan penggunaan baja yang banyak.

5. Berdasarkan maklum balas ini, saya percaya, jika dilebar luas penggunaan benih padi IS21 di Endau, para pesawah dan petani juga akan dapat menikmati manfaat daripada segi peningkatan pendapatan dan seterusnya taraf hidup mereka.

Keluarga Malaysia yang dikasihi,

6. Untuk makluman semua, benih padi IS21 ini mempunyai daya tahan tinggi terhadap cuaca ekstrem dan mempunyai daya rintang terhadap beberapa penyakit padi yang sering merugikan pesawah.

7. Selain itu, baka padi IS21 ini juga berpotensi menghasilkan padi sehingga 9 tan sehektar mengikut kawasan penanaman dan amalan kultura pesawah jika diurus dengan baik mengikut garis panduan yang disyorkan.

8. Saya yakin dengan bantuan benih padi daripada program CSR yang dianjurkan ini, pesawah juga akan mendapat pulangan yang lebih baik. insyaAllah.

Keluarga Malaysia yang dikasihi,

9. Seperti yang kita sedia maklum, benih padi yang berkualiti boleh membantu negara meningkatkan pengeluaran hasil padi dan membantu meningkatkan tahap sara diri negara.

10. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada beras import serta dapat menjamin sekuriti makanan negara dan menyokong Dasar Agromakanan Negara 2021 – 2030.

11. Bagi memastikan sumber makanan negara terjamin, selamat dan mencukupi, kerajaan sentiasa berusaha ke arah mencari kaedah-kaedah terbaik yang mampu meningkatkan penghasilan padi.

12. Sudah pasti golongan yang memainkan peranan paling penting dalam produktiviti industri padi negara adalah para pesawah serta petani dan kebajikan mereka adalah tanggungjawab kerajaan.

13. Membesar sebagai anak petani, saya memahami denyut nadi serta pahit jerih setiap petani di sini dan pada hari ini, saya memberi komitmen untuk memastikan tidak ada yang tercicir.

14. Kebajikan petani serta Keluarga Malaysia akan sentiasa mendapat perhatian khusus daripada saya. Insya-Allah.

Keluarga Malaysia yang dikasihi,

15. Kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan usaha mempertingkatkan produktiviti industri padi dilakukan secara proaktif termasuk memperkenalkan teknologi terkini bagi mendepani cabaran serta memperkasakan keupayaan.

16. Justeru, saya menyeru agar lebih ramai penyelidik tempatan dalam pelbagai bidang kepakaran tampil mengetengahkan penyelidikan dan pembangunan dan menggembleng tenaga bagi membangunkan inovasi agromakanan negara.

17. Saya juga telah dimaklumkan bahawa MOSTI telah memberikan dana penyelidikan kepada syarikat Pengeluar Padi Sah di Sekinchan dengan kerjasama Agensi Nuklear bagi membangunkan Loji Pengeluaran Benih Asas Padi IS21 mengikut piawaian SOP antarabangsa bagi menghasilkan benih sah yang berkualiti tinggi.

Keluarga Malaysia yang dikasihi,

18. Semasa saya di Kementerian Pertanian, terdapat beberapa cadangan untuk menghasilkan benih padi yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan pendapatan petani dan pesawah.

19. Saya melihat terdapat dua jenis benih padi. Pertama, jenis benih padi yang tahan jika ditenggelami air. Di beberapa negara seperti Filipina dan India sudah ada. Sekiranya berlaku banjir sekali pun, tanaman padi tidak akan rosak jika ditenggelami air.

20. Yang kedua, jenis benih padi yang tidak menggunakan air yang banyak. MARDI telah menjalankan kajian ini, di mana padi itu tidak memerlukan air yang banyak seperti penggunaan tali air. Ia hanya memerlukan sprinkler. Kajian dan ujian telah pun dijalankan, cuma ketika itu dari segi hasilnya agak rendah iaitu antara 3 hingga 4 tan sahaja.

21. Jadi apa yang perlu kita lakukan, MOSTI dan MARDI perlu bekerjasama menjalankan kajian supaya benih padi jenis berkenaan mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak. Jika ia dapat direalisasikan, hasilnya tentu lebih tinggi dan dapat memberi keuntungan kepada petani.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

Kuat padi kerana benihnya,
Kuat petani kerana tekadnya,
Kuat kerajaan kerana visinya,
Kuat pemimpin kerana rakyatnya.

22. Saya mengucapkan syabas kepada semua pihak yang terlibat di atas usaha berterusan dalam pembangunan benih padi berkualiti di negara ini.

23. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada Petani dan Pesawah di Daerah Endau, Mersing.

Sekian,

Wabillahitaufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Isnin, 7 Mac 2022

KEPERLUAN PENTADBIRAN TANAH MENYELARASKAN FORMAT LAPORAN TANAH PENOLONG PEGAWAI TANAH (PPT) DI PERINGKAT PEJABAT TANAH DAERAH (PTD) DAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN (PTG)

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Arahan Pengarah Tanah dan Galian berkaitan.

 

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1. Penggunaan Laporan Tanah dan Laporan Bergambar oleh PPT telah digunakan oleh Pentadbir Tanah dalam menilai keadaan semasa di atas tapak bagi membuat sebarang keputusan sebelum diangkat untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Pada masa kini, penggunaan Laporan Tanah oleh PPT hanya menggunakan format laporan tanah yang lama.

 

2. Oleh itu, bagi membolehkan Laporan Tanah diproses dengan lebih efektif dan lengkap, semua permohonan yang melibatkan penyediaan Laporan Tanah oleh PPT perlu mengguna pakai format Laporan Tanah yang baru. Penggunaan satu format Laporan Tanah untuk semua jenis permohonan seperti mana di Lampiran A. Jika melibatkan permohonan Pengambilan Tanah lebih dari satu (1) lot, Laporan Tanah perlu menggunakan format maklumat tambahan seperti di Lampiran E.

 

3. Justeru itu, PPT juga perlu menyediakan Laporan Bergambar berkenaan dengan tapak yang dipohon, keadaan di atas tapak serta lot-lot bersebelahan terutama di bahagian Utara, Selatan, Timur dan Barat bagi mendapatkan gambaran jelas di atas tapak yang dipohon supaya PBN dapat membuat keputusan dengan lebih tepat dan telus.

 

4. Sehubungan itu, Laporan Bergambar hendaklah dicetak di atas kertas putih bersaiz A3 serta gambar mestilah berwarna. Format Laporan Bergambar seperti di Lampiran B, Lampiran C, Lampiran D dan Lampiran F.

 

5. Oleh demikian, Ketua Penolong Pegawai Tanah yang ditugaskan untuk menyelia aktiviti PPT hendaklah memastikan Laporan Tanah dan Laporan Bergambar dapat disediakan dengan lengkap bagi memastikan ianya dapat dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan.

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran ini dapat semak dan membuat penambah baikan format Laporan Tanah Penolong Pegawai Tanah yang baru di peringkat PTD dan PTG.

Justeru itu, dengan ada format Laporan Tanah Penolong Pegawai Tanah baru yang lebih efektif dan lengkap akan memudahkan pengurusan pentadbiran tanah di peringkat PTD dan PTG dalam proses penyediaan Kertas JKTN / MMK di bawah seliaan pentadbiran ini, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri.


Lampiran A

PEJABAT DAERAH DAN TANAH

DAERAH……………………..

PULAU PINANG

ARAHAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI BILANGAN */2021

 

Format Laporan Tanah Dan Laporan Bergambar Penolong Pegawai Tanah di (Negeri)

1. Perihal Permohonan:

 

(a)

Perkara

 

(b)

No. Rujukan Fail

 

(c)

Tarikh Permohonan

 

(d)

Tarikh Terima Fail

 

2. Perihal Tanah:

 

2.1

Kedudukan Tanah:

(a)

Jalan

 

(b)

Kampung/ Tempat

 

(c)

Mercu Tanda

 

(d)

Jarak Dari Bandar/

Pekan

 

(e)

DUN

 

(f)

Parlimen

 

(g)

PBT

 

(h)

Zone

 

(i)

No. Tiang TNB

 

(j)

Koordinat

 

2.2

Butir-Butir Tanah:

(a)

No. Lot/ PT.

 

(b)

Luas

 

(c)

Mukim/ Pekan/ Bandar

 

(d)

Daerah

 

(e)

Lembar Piawai

 

(f)

Nombor Pelan Akui

 

 

 

2.3

Status Tanah:

(a)

Jika Tanah Kerajaan/ Tanah Lombong/ Tanah Rizab/ Tanah Rizab Hutan:

(i)

Jenis Tanah

 

(ii)

Tujuan

 

(iii)

No. Rujukan Fail

 

(iv)

No. Warta

 

(v)

Seksyen/ Akta

 

(vi)

No. Pelan Warta

 

(vii)

Pegawai Pengawal

 

(viii)

Status Pemilikan

 

 

 

(b)

Jika Tanah Milik:

 

(i)

No. Hakmilik

 

(ii)

Taraf Pegangan

 

(iii)

Tarikh Luput Pajakan

 

(iv)

Cukai Tanah

 

(v)

Kawasan Rizab

 

(vi)

Tarikh Daftar

 

(vii)

Kategori Kegunaan

 

(viii)

Syarat Nyata

 

(ix)

Sekatan Kepentingan

 

(x)

Tanggungan/ Bebanan

 

(xi)

Pemilikan dan Alamat

 

*Nota: Rujuk carian rasmi untuk lihat maklumat tanah (Jika Berkaitan).

 

 


2.4

Keadaan Semasa:

(a)

Tanah

Rata / Berbukit / Landai / Kering / Berpaya / Lembah / Berkolam / Gambut / Hutan

/ Belukar / Semak / Lalang / Dibersihkan

Dilintasi oleh:  Talian Penghantaran Elektrik / Talian Telefon / Paip Air / Paip Gas / Anak Sungai / Parit   

Kemudahan Asas Berhampiran: Bekalan Air / Bekalan Elektrik / Bekalan Telekomunikasi

(b)

Tanaman

 

(c)

Bangunan

 

 

 

2.5

Jalan keluar/ masuk:

Ada / Tiada : Simpanan Jalan / Rizab Jalan / Tanah Milik / Jalan PTD

Ada Keizinan / Tiada Keizinan

Jarak Tapak Dipohon Dari Jalan Utama:                      KM/ Meter

2.6

Lot-Lot

Bersempadanan:

 

Kedudukan

Lot/PT

Jenis Tanah        

(T.Milik/ T. Kerajaan)

Apa yang Terdapat Di atas Tanah

Utara

 

 

 

Selatan

 

 

 

Timur

 

 

 

Barat

 

 

 

 

3.

Perihal Permohonan Terdahulu/ Bertindih:

 

(i)

 Bilangan

 

(ii)

 Tarikh

 

(iii)

 No. Rujukan fail

 

(iv)

 Permohonan

 

 

 

 

 

4.

Perihal Pemohon

 

4.1

Jika Individu:

 

(a)

Nama Pemohon

 

(b)

No. K/P

 

(c)

Warna

 

(d)

Jantina

 

(e)

Umur

 

(f)

Bangsa

 

(g)

Alamat

 

(h)

No. Telefon

 

 

 

 

4.2

Jika Syarikat:

 

(a)

Nama Pemohon

 

(b)

Alamat

 

(c)

No. Pendaftaran

 

(d)

Nama & Alamat

Pengarah

 

(e)

No. Telefon/ Fax

 

*Nota: Rujuk Borang 49 untuk lihat maklumat syarikat (Jika Berkaitan)

 

5.

Rujukan kepada jabatan-jabatan teknikal berkaitan. (Tanda x yang berkenaan)

 

Jabatan Perancang Bandar Dan

Desa (JPBD)

 

Jabatan Kerja Raya (JKR)

 

Pihak Berkuasa Tempatan

(MBPP / MBSP)

 

Jabatan Parit Dan Salinan (JPS)

 

Badan Kawal Selia Air (BKSA)

 

Perbadanan Bekalan Air (PBA)

 

Jabatan Pertanian

 

Jabatan Perikanan

 

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

 

Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG)

 

Tenaga Nasional Berhad

 

Telekom Malaysia

 

Lain-Lain Jabatan (Sila Nyatakan)

 

6.

Lampiran Disediakan:

(a)          Lampiran B - Gambar Pelan Digital

(b)          Lampiran C - Gambar Imej Google

(c)          Lampiran D - Gambar Imej Drone (jika perlu)

(d)          Lampiran E - Laporan Tanah Bagi Permohonan Pengambilan Tanah Yang Melibatkan Lebih Dari 1                        

Lot                Lot

(e)          Lampiran F - Gambar Semasa Tanah (bagi Permohonan MCL & Lanjut Tempoh Pajakan)

7.

Syor/ Ulasan/ Kronologi/ Lain-Lain:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 

8.

Perakuan

(Nota: Huraian hendaklah memenuhi kehendak perundangan tanah seperti Kanun Tanah Negara, Akta-akta, Kaedah-kaedah, manual-manual, pekeliling-pekeliling, arahan-arahan, garis panduan dan lain-lain sumber rujukan berkaitan pentadbiran tanah untuk disertakan sesalinan di lampiran laporan)

 

 

 

8.1       Pemberimilikan/ Melanjut Tempoh Pajakan:

(i)         Jenis Hakmilik

(ii)        Tempoh

(iii)       Premium

(iv)      Hasil

(v)       Bayaran Ukur

(vi)      Penjenisan

(vii)      Syarat Nyata

(viii)     Sekatan Kepentingan

 

 

 

Laporan oleh:

…..……………………………….

XXXXXXXXXXXXXXXX

Penolong Pegawai Tanah,

Daerah…………………..


 

8.

Perakuan

(Nota: Huraian hendaklah memenuhi kehendak perundangan tanah seperti Kanun Tanah Negara, Akta-akta, Kaedah-kaedah, manual-manual, pekeliling-pekeliling, arahan-arahan, garis panduan dan lain-lain sumber rujukan berkaitan pentadbiran tanah untuk disertakan sesalinan di lampiran laporan)

 

 

8.1      Lesen Pendudukan Sementara:

(i)        Lesen

(ii)       Kegunaan

(iii)      Plot/PT/Lot

(iv)      Keluasan

(v)       Sewa Tahunan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laporan oleh:

…..……………………………….

XXXXXXXXXXXXXXXX

Penolong Pegawai Tanah,

Daerah…………………..



 

8.

Perakuan

(Nota: Huraian hendaklah memenuhi kehendak perundangan tanah seperti Kanun Tanah Negara, Akta-akta, Kaedah-kaedah, manual-manual, pekeliling-pekeliling, arahan-arahan, garis panduan dan lain-lain sumber rujukan berkaitan pentadbiran tanah untuk disertakan sesalinan di lampiran laporan)

 

8.1      Permit Ruang Udara:

(i)        Permit

(ii)       Kegunaan

(iii)      Isipadu

(iv)      Tempoh

(v)       Sewa Tahunan

 

 

Laporan oleh:

…..……………………………….

XXXXXXXXXXXXXXXX

Penolong Pegawai Tanah,

Daerah…………………..

8.

Perakuan

(Nota: Huraian hendaklah memenuhi kehendak perundangan tanah seperti Kanun Tanah Negara, Akta-akta, Kaedah-kaedah, manual-manual, pekeliling-pekeliling, arahan-arahan, garis panduan dan lain-lain sumber rujukan berkaitan pentadbiran tanah untuk disertakan sesalinan di lampiran laporan)

 

 

8.1      Pajakan Tanah Rizab:

(i)        Keluasan yang diluluskan (pelan yang diluluskan hendaklah juga dihantar)

(ii)       Bayaran Tahunan

(iii)      Tempoh Pajakan

(iv)      Kegunaan Tanah

(v)       Syarat-Syarat Pajakan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laporan oleh:

…..……………………………….

XXXXXXXXXXXXXXXX

Penolong Pegawai Tanah,

Daerah…………………..



 

8.

Perakuan

(Nota: Huraian hendaklah memenuhi kehendak perundangan tanah seperti Kanun Tanah Negara, Akta-akta, Kaedah-kaedah, manual-manual, pekeliling-pekeliling, arahan-arahan, garis panduan dan lain-lain sumber rujukan berkaitan pentadbiran tanah untuk disertakan sesalinan di lampiran laporan)

 

8.1      Perizaban:

(i)        Tujuan Perizaban

(ii)       Pegawai Pengawal

(vi)      Pengurusan/ Penyelenggaraan

 

 

Laporan oleh:

…..……………………………….

XXXXXXXXXXXXXXXX

Penolong Pegawai Tanah,

Daerah…………………..


8.

Perakuan

(Nota: Huraian hendaklah memenuhi kehendak perundangan tanah seperti Kanun Tanah Negara, Akta-akta, Kaedah-kaedah, manual-manual, pekeliling-pekeliling, arahan-arahan, garis panduan dan lain-lain sumber rujukan berkaitan pentadbiran tanah untuk disertakan sesalinan di lampiran laporan)

 

 

8.1      Permit Bahan Batuan:

(vi)      Kuantiti

(vii)     Tempoh

(viii)    Kadar Royalti

(ix)      Bayaran Royalti Dikenakan

(x)       Wang Cagaran

(xi)      Jumlah Perlu Dibayar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laporan oleh:

…..……………………………….

XXXXXXXXXXXXXXXX

Penolong Pegawai Tanah,

Daerah…………………..



 

8.

Perakuan

(Nota: Huraian hendaklah memenuhi kehendak perundangan tanah seperti Kanun Tanah Negara, Akta-akta, Kaedah-kaedah, manual-manual, pekeliling-pekeliling, arahan-arahan, garis panduan dan lain-lain sumber rujukan berkaitan pentadbiran tanah untuk disertakan sesalinan di lampiran laporan)

 

 

8.1

Tukar Syarat / Pecah Sempadan / Pecah Bahagian / Penyatuan Tanah / Serah Keseluruhan Tanah / Serah Sebahagian Tanah / Serah dan Berimilik Semula / Pecah Sempadan dan Tukar Syarat

(i)        Premium Tambahan

(ii)       Premium Denda

(iii)      Hasil (RM)

(iv)      Syarat Lama / Sekatan Milik Lama dihapuskan dan digantikan dengan;

a)  Syarat Baru

b)  Sekatan Baru

 

            (v)      Dikenakan Penjenisan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laporan oleh:

…..……………………………….

XXXXXXXXXXXXXXXX

Penolong Pegawai Tanah,

Daerah…………………..

 

 

 

9.

PPT(K) Syor/ Ulasan/ Lain-Lain:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disemak oleh:

 

 

 

…..……………………………….

XXXXXXXXXXXXXXXX

Penolong Pegawai Tanah Kanan,

Daerah…………………..

 

 







PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...