Isnin, 7 Mac 2022

PANDUAN BERHUBUNG PEMBETULAN KESILAPAN DALAM SURATCARA URUSNIAGA DAN DOKUMEN HAKMILIK DI BAWAH SEKSYEN 380 DAN TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 381 KANUN TANAH NEGARA

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 380.(1). Kanun Tanah Negara 1965:

380. Correction of errors in documents of title, etc.

(1) Where the Registrar is satisfied-

(a) that any document of title has been registered or issued in the wrong name, or contains any misdescription of land or boundaries, or other error or omission, or

(b) that any memorial or other entry has been made in error on any document of title or other instrument relating to land, or

(c) that any memorial or other entry made on any such document of title or instrument itself contains any error or omission,

he may, subject to sub-sections (2) and (3), make such correction on the document or interest in question as may be appropriate in the circumstances of the case.

 

2. Seksyen 380.(1). Kanun Tanah Negara 1965:

381. Cancellation of obsolete entries, and bringing of documents of title up to date.

(1) Where the Registrar is satisfied-

(a) that any condition or restriction in interest contained in any document of title has become obsolete, or

(b) that any memorial or entry on any document of title or other instrument relating to land relates to a matter which has ceased to be effective,

 

he may delete the said condition or restriction or, as the case may be, cancel the said memorial or entry:

Provided that the power conferred by paragraph (b) is a residual power only, and, where the circumstances in which any particular memorial or other entry may be cancelled are specified in any other provision of this Act, shall not be exercisable in respect of that memorial or entry.

 

3. ‘Peraturan / Kaedah Tanah Negeri’.

 

4. Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2015; ‘PANDUAN BERHUBUNG PEMBETULAN KESILAPAN DALAM SURATCARA URUSNIAGA DAN DOKUMEN HAKMILIK DI BAWAH SEKSYEN 380 DAN TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 381 KANUN TANAH NEGARA’.

 

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1. Berdasarkan pemerhatian, adalah dinasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan cara mengendalikan pembetulan kesilapan (errors) dalam suratcara urusniaga dan dokumen hakmilik yang dibenarkan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga atau oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah sendiri, seperti dalam proses kutipan data semasa pembangunan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer. Perkara ini juga bertujuan untuk menjelaskan tindakan yang boleh dibuat mengikut seksyen 381 Kanun Tanah Negara.

 

2. Berikut adalah kesilapan di bawah seksyen 380(1) Kanun Tanah Negara 1965 yang boleh dibetulkan:

 

Bil.

Kesilapan

Tindakan

 

01.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

02.

 

Dokumen Hakmilik:

i) Ejaan nama tuan punya dan nombor dokumen pengenalan dirinya;

ii) Perihal tanah itu atau sempadannya;

iii) Ingatan atau catatan;

iv) Kesilapan atau ketinggalan lain (bergantung setakat mana bentuk kesilapan atau ketinggalan tersebut).

 

Dokumen suratcara urusan iaitu ingatan atau catatan.

 

1. Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer melalui seksyen 5A(3)(a) dan Jadual Keempat Belas Kanun Tanah Negara, sistem akan menjana nombor perserahan urusan pembetulan ini. Alasan pembetulan yang terperinci hendaklah dinyatakan oleh kerani kemasukan dalam ruangan yang disediakan. Bagi pembetulan yang melibatkan hakmilik berkomputer, Pendaftar perlulah menyemak alasan pembetulan yang tertera dalam dokumen verifikasi dan hanya membuat keputusan mendaftarkan urusan pembetulan itu setelah beliau berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan.

2. Bagi hakmilik berbentuk manual, pembetulan kemudiannya dibuat dengan membatalkan ayat atau perkataan yang salah dan menggantikannya dengan ayat atau perkataan yang betul. Justeru itu dinyatakan dalam perenggan 12, seksyen 382(2) Kanun Tanah Negara melarang sesuatu pembetulan dibuat mengikut seksyen 380 dengan cara memadamkan perkataan atau angka atau cara lain sehingga menyebabkan perkataan atau angka itu tidak boleh dibaca

 

 Catatan: Penggunaan kuasa-kuasa di bawah seksyen 380(1) Kanun Tanah Negara bagi tanah di bawah hakmilik Pejabat Tanah mungkin tertakluk kepada suatu arahan Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengikut seksyen 380(2). Ini bermakna bahawa jika arahan sedemikian wujud, Pentadbir Tanah tidaklah boleh membuat pembetulan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri. Menurut seksyen 380(3), pembetulan yang melibatkan pelan tanah dalam sesuatu dokumen hakmilik hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Pengarah Tanah dan Galian Negeri. Namun begitu, kebenaran ini tidak perlu bagi apa-apa kemasukan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah ke atas hakmilik selaras dengan pembetulan yang dibuat ke atas pelan akui yang berhubungan dengannya oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri menurut seksyen 396A Kanun Tanah Negara.

 

3. Justeru itu, kuasa-kuasa pembetulan di bawah seksyen 380(1) itu tidaklah boleh digunakan bagi tujuan mengubah nama tuan punya yang sepatutnya dibuat di bawah seksyen 378. Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah hanya diberi kuasa di bawah seksyen 380(1) untuk membetulkan kesilapan sahaja dan sebarang pertukaran terhadap nama tuan punya yang telah dicatatkan dengan betulnya dalam dokumen hakmilik bukanlah satu kesilapan yang boleh dibuat pembetulan oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah.

 

4. Manakala, berhubung pemotongan syarat nyata dan sekatan yang tidak dipakai lagi atau ingatan dan catatan yang tidak berkuat kuasa lagi menurut seksyen 381 Kanun Tanah Negara. Berikut adalah tindakan yang boleh dibetulkan:

 

Bil.

Perkara

Tindakan

 

01.

 

Tindakan memotong syarat atau sekatan kepentingan yang tidak dipakai lagi atau membatalkan ingatan atau catatan yang tidak berkuatkuasa lagi yang melibatkan hakmilik berbentuk manual.

 

Kehendak-kehendak seksyen 382 Kanun Tanah Negara seperti di bawah ini hendaklah dipatuhi, iaitu:

i) Pembatalan sesuatu ingatan atau catatan janganlah dilakukan sehingga ianya tidak dapat dibaca lagi;

ii) Catatan mengenai alasan pembatalan hendaklah dibuat dalam dokumen hakmilik atau dalam suratcara itu dan ianya hendaklah disahkan dengan menandatangan, menurunkan meterai dan mencatatkan tarikh.

 

 Catatan: Tindakan membatalkan sesuatu ingatan atau catatan di dalam dokumen hakmilik dan suratcara yang berkaitan hendaklah juga dilakukan jika ingatan atau catatan itu tidak berkuat kuasa lagi. Buku rekod seperti ‘Buku Catatan Pembetulan’ tidak perlu diadakan bagi pemotongan atau pembatalan kerana sesuatu syarat, sekatan kepentingan atau ingatan yang tidak dipakai atau yang tidak berkuat kuasa lagi itu mempunyai penerangannya sendiri. Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer melalui seksyen 5A(3)(a) dan Jadual Keempat Belas Kanun Tanah Negara 1965, sistem akan menjana nombor perserahan urusan pembatalan ini. Bagi pembatalan yang melibatkan hakmilik berkomputer, Pendaftar perlulah menyemak alasan pembatalan yang tertera dalam dokumen verifikasi dan hanya membuat keputusan mendaftarkan urusan pembatalan itu setelah beliau berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan.

 

5. Sehubungan itu, perlu juga diingatkan bahawa sebagaimana dinyatakan dalam proviso kepada seksyen 381(1), penggunaan peruntukan seksyen 381 ini bagi pembatalan apa-apa ingatan atau catatan atas hakmilik atau suratcara lain berkaitan tanah hanyalah sebagai menjalankan kuasa baki (residual) sahaja dan sekiranya peruntukan tentang pembatalan ada diperuntukkan dalam seksyen lain, maka peruntukan seksyen tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan pembatalan dan bukannya berdasarkan peruntukan seksyen 381 ini, berikut adalah contoh;

 

Bil.

Endosan

Pembatalan Endosan

 

01.

 

Kaveat persendirian yang luput selepas 6 tahun.

 

Dibuat berdasarkan peruntukan seksyen 328. Kanun Tanah Negara 1965.

 

02.

 

‘Form / borang di bawah Peraturan / Kaedah Tanah Negeri’; Seksyen 97(2), 128(2), 129(3) Kanun Tanah Negara 1965.

 

‘Form / borang di bawah Peraturan / Kaedah Tanah Negeri; …‘comply with section 99 of the National Land Code’.

 

03.

 

‘Form / borang di bawah Peraturan / Kaedah Tanah Negeri; Seksyen 124A(3), 137(2), 142(2), 148(2), 197(3), 200(2), 203(3), 204A(3) Kanun Tanah Negara 1965.

 

‘Form / borang di bawah Peraturan / Kaedah Tanah Negeri; Seksyen 138(5), 143(5), 149(5), 198(5)(b), 201(5)(b), 204E(5)(b), 204F(2) Kanun Tanah Negara 1965.

 

 

04.

 

Warta seksyen 4 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 yang luput selepas 12 bulan.

 

Dibuat berdasarkan peruntukan seksyen 4(3) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

 

05.

 

Warta seksyen 8 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 yang luput selepas 2 tahun.

 

Dibuat berdasarkan peruntukan seksyen 8(4) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

 

6. Walaubagaimanapun, terdapat endosan usang/lama di dalam hakmilik di bawah seksyen 97 (2) Kanun Tanah Negara 1965 rujuk jadual di atas bil. 02. yang dibiarkan oleh Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah serta tidak diambil tindakan sepatutnya. Merujuk seksyen 8. Akta Had Masa 1953 tindakan tersebut tidak boleh diambil selepas tamat tempoh satu tahun:

 

Had masa bagi tindakan tertentu mengenai perkara hasil

8. Sesuatu tindakan—

(a) untuk mengetepikan apa-apa jualan menurut perintah Pemungut atau mana-mana pegawai hasil lain;

(b) untuk mengetepikan apa-apa jualan bagi mendapatkan tunggakan hasil Kerajaan atau hasil Negeri atau bagi mendapatkan bayaran apa-apa tuntutan yang boleh didapatkan sebagai tunggakan sedemikian;

(c) untuk mengetepikan apa-apa penahanan, pajakan, atau pemindahan sesuatu harta tak alih oleh pihak berkuasa hasil bagi mendapatkan tunggakan hasil Kerajaan atau Negeri;

(d) terhadap Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri untuk mendapatkan kembali wang yang dibayar dengan protes bagi menyelesaikan sesuatu tuntutan yang dibuat oleh pihak berkuasa hasil oleh sebab tunggakan hasil atau oleh sebab tuntutan yang boleh didapatkan sebagai tunggakan sedemikian,

tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh satu tahun dari tarikh jualan itu disahkan atau selainnya telah menjadi terakhir atau muktamad sekiranya tindakan itu tidak dibawa atau apabila penahanan itu terhenti atau pemindahan atau bayaran dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

 

7. Sehubungan itu Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN). Sekiranya perlu bolehlah merujuk juga kepada Jabatan Audit Negara kerana Cukai Tanah / Cukai Petak adalah ‘wang awam’ merujuk seksyen 2(2) Akta Audit 1957, iaitu:

 

Tafsiran

2. (2) Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen 1(2), dalam pemakaiannya bagi Akta ini, ungkapan “wang awam” termasuklah wang yang diterima oleh atau untuk mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri dan ungkapan “simpanan awam” meliputi catel yang menjadi harta atau berada dalam milik atau di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa sedemikian.

 

8. Oleh demikian, had kuasa di bawah seksyen 380. dan 381. Kanun Tanah Negara 1965 adalah kuasa-kuasa pembetulan, pemotongan dan pembatalan yang dimaksudkan dalam perenggan-perenggan di atas tidaklah boleh digunakan untuk membatalkan sesuatu dokumen hakmilik atau mengisytiharkannya sebagai tidak sah. Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah juga tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu suratcara urusan yang telah didaftarkan atau mengisytiharkannya sebagai tidak sah. Bagi kesilapan-kesilapan seperti ini, tindakan di bawah seksyen 419 Kanun Tanah Negara hendaklah diambil iaitu merujuk perkara itu ke Mahkamah Tinggi supaya diisytiharkan dokumen hakmilik atau suratcara urusan itu sebagai tidak sah.

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran ini dapat menasihati Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik untuk membuat tindakan di bawah seksyen 380. dan 381. Kanun Tanah Negara 1965 dengan tepat dan mematuhi kehendak Undang-undang dan Pekeliling-pekeliling berkaitan. Sekiranya perlu mengeluarkan suatu arahan Pengarah Tanah dan Galian Negeri terkini selaras mengikut seksyen 380(2) Kanun Tanah Negara 1965.

Sehubungan itu, saya mencadangkan pentadbiran tanah untuk membuat kursus/bengkel/seminar dengan kerjasama Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) kepada Pentadbir-pentadbir Tanah dan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dalam memahami proses tindakan tersebut.

Justeru itu, dengan adanya ‘Panduan Berhubung Pembetulan Kesilapan Dalam Suratcara Urusniaga Dan Dokumen Hakmilik Di Bawah Seksyen 380 Dan Tindakan Di Bawah Seksyen 381 Kanun Tanah Negara 1965’ dapat membantu Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik dalam membuat tindakan yang tepat, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...