Isnin, 7 Mac 2022

KEPERLUAN PENTADBIRAN INI UNTUK MEWUJUDKAN ‘PRA JAWATANKUASA TANAH NEGERI’ UNTUK MENYELARAS DAN MENYEMAK SEMULA KERTAS MESYUARAT JAWATANKUASA TANAH NEGERI’ SEBELUM DIANGKAT KE JAWATANKUASA TANAH NEGERI (JKTN) SELARAS DI BAWAH SEKSYEN 15. KANUN TANAH NEGARA 1965

 

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 15. Kuasa am Pengarah Negeri, dll, Kanun Tanah Negara 1965:

 

15. General powers of State Director, etc.

(1) The State Director, the Registrar, and any Land Administrator, may for the purposes of this Act (and without prejudice to the exercise of any powers conferred upon him by any other written law)-

(a) at all reasonable times have free access to, and enter upon, any land in the State;

(b) conduct enquiries in accordance with the provisions of Chapter 4;

(c) administer oaths and affirmations, examine any witness on oath or affirmation, summon any person before him, take and record the evidence of any such person and award costs to any person appearing and giving evidence before him;

(d) with the approval of the State Secretary, inspect and take copies of any documents available in any public office in the State;

(e) by a notice in Form 2B, require any person or body-

(i) to produce for inspection any document of title, or other document relating to land, in his possession or control;

[Am. Act A1104]

(ii) to give him such information as that person or body may possess as to the whereabouts of any such document, and take copies of, or extracts from, any such document; or

[Am. Act A1104]

(iii) to produce the issue document of title for the purpose of standardization of the express conditions and restrictions in interest under section 381A:

[Ins. Act A1104]

Provided that no person or body shall be compelled by virtue of this paragraph to produce any document which he could not be compelled to produce on the trial of a suit;

(f) require any application made to him pursuant to the provisions of this Act to be supported by such affidavit or statutory declaration as he may consider necessary or proper;

 

(g) exercise all other powers conferred on him by this Act, and all such powers ancillary or incidental thereto as may be reasonably necessary to carry out the purposes of this Act.

 

(2) The Director of Survey and Mapping, the Deputy Director of Survey and Mapping and Mapping and any other Survey Officer may for the purposes of this Act (and without prejudice to the exercise of any powers conferred upon him by any other written law) exercise any of the powers referred to in paragraphs (a), (e) and (g) of sub-section (1).

 

(3) Any other officer appointed under sub-section (1) of section 12 and authorised by the State Director either generally or specially in that behalf may for the purposes of this Act exercise such of the powers referred to in paragraphs (a) to (f) of sub-section (1) as are specified in the authorisation.

  

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1. Tatacara proses penyediaan ‘Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri’ sering menghadapi masalah kelewatan kerana beberapa kelemahan dan ketidak akuran. Oleh itu, pihak yang memainkan peranan penting dalam isu ini adalah Pentadbir Tanah Daerah (PTD) kerana terlibat dalam kerja penyediaan kertas-kertas permohonan tanah, pelan dan untuk disemak oleh Pengarah PTG. Hasil daripada keperluan semasa, Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri telah dipertambah baikan bagi tujuan memperkemaskan penyediaan kertas. Diantara dengan memasukkan kronologi permohonan dalam Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri yang disediakan. Sekiranya terdapat jabatan teknikal yang tidak dapat mengemukakan ulasan mengikut tempoh yang telah ditetapkan, Kertas JKTN tersebut hendaklah dibentangkan juga dalam Mesyuarat JKTN. Jabatan teknikal tersebut akan dijemput untuk memberi ulasan dalam Mesyuarat JKTN (sekiranya perlu). Tujuan tindakan ini dibuat adalah Y.A.B. Pengerusi berharap tempoh masa penyediaan Kertas JKTN hendaklah tidak melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan.

 

2. Walaubagaimanapun, akibat tindakkan tergesa-gesa dalam penyediaan Kertas JKTN yang hendak disediakan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan. Pejabat Pentadbir Tanah Daerah (PTD) telah menyebabkan sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes yang tidak mengikut prosedur undang-undang. Penolong Pentadbir Tanah khasnya dipohon untuk berbincang secara dalaman di peringkat jabatan, sekiranya terdapat perkara-perkara baru perlulah diselaraskan di peringkat Pejabat Tanah terlebih dahulu dan jika dirasakan perlu bolehlah mendapat pandangan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan YB Penasihat Undang-undang Negeri (PUUN).

 

3. Justeru itu, sekiranya dengan mendapat pandangan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan YB Penasihat Undang-undang Negeri (PUUN) akan melewatkan kelulusan sesuatu permohonan adalah lebih baik kerana dapat mengelakkan kes-kes mahkamah. Di mana pada masa ini terdapat banyak kes mahkamah yang telah difailkan dan akan difailkan ke mahkamah.

 

4. Sehubungan itu, Pejabat PTG perlulah memainkan peranan merancang dan menggubal dasar pentadbiran tanah, menambah baik sistem, proses dan prosedur kerja tanah serta menyelia pelaksanaan operasi di pejabat-pejabat tanah. Oleh demikian, Pentadbiran PTG  hendaklah seiring dengan ajakan paradigma dan bersedia untuk mewujudkan ‘Pra Jawatankuasa Tanah Negeri’ untuk menyelaraskan dan menyemak semula ‘Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri’ sebelum diangkat ke Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau sebagai jawatankuasa semak semula dan tapisan oleh JKTN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) sekiranya dikehendakkan selaras di bawah seksyen 15. Kuasa am Pengarah Negeri, dll, Kanun Tanah Negara 1965, supaya lebih teratur di antara jabatan-jabatan teknikal dan agensi-agensi kerajaan berkaitan secara bersama serta harmorni.

 

6. Oleh itu, seraca amnya bidang tugas ‘Pra Jawatankuasa Tanah Negeri’ adalah bertujuan berikut:

(i)     Memantau dan mengawasi prestasi ‘Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri’ dan ‘Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan’ untuk mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri:

(ii)    Bertindak sebagai pengantara perhubungan di antara Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dalam mencari penyelesaian bersama mengenai isu/perkara berbangkit perundangan tanah dan teknikal jabatan berkaitan:

(iii)    Menimbangkan dan menyelaras secara bersama isu/perkara berbangkit perundangan tanah dan teknikal jabatan berkaitan.

(iv)   Membantu agensi jabatan teknikal berkaitan berhubung isu/perkara berbangkit perundangan tanah dan teknikal jabatan berkaitan.

(v)    Mengemukakan apa jua pandangan dan cadangan lain kepada Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

(vi)   Membantu Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik serta mencapai hasrat Kerajaan Negeri.

(vii)   Membantu Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) membuat dasar-dasar kerajaan selaras peruntukkan undang-undang semasa dan tadbir urus teratur di antara agensi jabatan teknikal berkaitan secara bersama serta harmorni.

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran tanah dapat membuat Kertas Cadangan Khas/khusus kepada Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk mewujudkan penubuhan Pra Jawatankuasa di atas.

Sehubungan itu, saya sertakan draf ‘Garis Panduan Penubuhan dan Peranan Pra Jawatankuasa Tanah Negeri’ seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Setiausaha Kerajaan (SUK) dan YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN) kerana cadangan jawatankuasa ini berkaitan dengan isu pentadbiran dan perundangan semasa.

Justeru itu, dengan tubuhnya Pra Jawatankuasa ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam mengurus isu tanah, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri.


 

  

 

 

 

 

GARIS PANDUAN

PENUBUHAN DAN PERANAN

PRA JAWATANKUASA TANAH NEGERI




KANDUNGAN

 

1.0 PENUBUHAN PRA JAWATANKUASA

 

2.0 KEANGGOTAAN PRA JAWATANKUASA

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

5.0 BIDANG TUGAS PRA JAWATANKUASA

 

6.0 PERTANYAAN


GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PERANAN

PRA JAWATANKUASA TANAH NEGERI

 

1.0 PENUBUHAN PRA JAWATANKUASA

 

Satu Pra Jawatankuasa Tanah Negeri hendaklah ditubuhkan untuk menyelaraskan dan menyemak semula ‘Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri’ sebelum diangkat ke Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau sebagai jawatankuasa semak semula dan tapisan oleh JKTN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) sekiranya dikehendakkan selaras di bawah seksyen 15. Kuasa am Pengarah Negeri, dll, Kanun Tanah Negara 1965.

 

2.0 KEANGGOTAAN PRA JAWATANKUASA

 

2.1    Pra Jawatankuasa ini, kecuali jawatan Setiausaha, hendaklah dianggotai oleh semua ketua/wakil jabatan teknikal dan agensi Kerajaan yang berkenaan. Pra Jawatankuasa ini terdiri dari:

 

(i) Pengerusi (Dicadangkan Pengarah Tanah dan Galian)

(ii) Timbalan Pengerusi (Dicadangkan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian)

(iii) Setiausaha (Dicadangkan Ketua/Penolong Pengarah

Tanah dan Galian)

(iv) Ahli-Ahli (Dicadangkan):

- Pentadbir Tanah Daerah-Daerah.

- Wakil-wakil jabatan teknikal ditentukan oleh Pengerusi.

- Lain-lain wakil agensi Kerajaan ditentukan oleh Pengerusi.

 

2.2    Pengarah Tanah dan Galian hendaklah melantik dan memilih Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa. Kehadiran ahli mesyuarat khas hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

2.3    Pengerusi hendaklah melantik Setiausaha dari jabatan sendiri.

2.4    Pra Jawatankuasa ini hendaklah dipilih mengikut keperluan semasa.

(i) Timbalan Pengerusi

(ii) Setiausaha

(iii) Ahli-Ahli

 

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

Mesyaurat Jawatankuasa hendaklah diadakan mengikut keperluan pengerusi, JKTN atau MMK dan kehadiran ahli mesyarat hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

Laporan mesyuarat hendaklah dikemukakan dalam tahun semasa kepada Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

 

5.0 BIDANG TUGAS PRA JAWATANKUASA

 

5.1    Memantau dan mengawasi prestasi ‘Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri’ dan ‘Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan’ untuk mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri:

5.2    Bertindak sebagai pengantara perhubungan di antara Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dalam mencari penyelesaian bersama mengenai isu/perkara berbangkit perundangan tanah dan teknikal jabatan berkaitan:

5.3    Menimbangkan dan menyelaras secara bersama isu/perkara berbangkit perundangan tanah dan teknikal jabatan berkaitan.

5.4    Membantu agensi jabatan teknikal berkaitan berhubung isu/perkara berbangkit perundangan tanah dan teknikal jabatan berkaitan.

5.5    Mengemukakan apa jua pandangan dan cadangan lain kepada Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

5.6    Membantu Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik serta mencapai hasrat Kerajaan Negeri.

5.7    Membantu Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) membuat dasar-dasar kerajaan selaras peruntukkan undang-undang semasa dan tadbir urus teratur di antara agensi jabatan teknikal berkaitan secara bersama serta harmorni.

 

 

6.0 PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Jawatankuasa ini bolehlah menghubungi jabatan berikut:

 

(a)        Setiusaha,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

 

(b)        Pengarah,

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...