Isnin, 7 Mac 2022

SIASATAN DAN PENGESAHAN TERHADAP DOKUMEN HAKMILIK YANG TIDAK SEMPURNA DI BAWAH SEKSYEN 419. KANUN TANAH NEGARA 1965

 

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 419. Kanun Tanah Negara 1965:

419. Power of Registrar and Land Administrator to refer questions to the Court.

(1) The Registrar and, subject to sub-section (3), any Land Administrator may, if he considers it necessary or desirable to do so, refer to the Court any question arising in the exercise or performance of any power of duty conferred or imposed on him by or under this Act.

(2) Any such reference shall be made in accordance with the provisions of any written law for the time being in force relating to civil procedure; and the Court shall on any such reference either determine the question in issue or make such other order as it may consider appropriate in the particular circumstances of the case.

(3) No Collector shall refer any question to the Court pursuant to this section except with the prior approval in writing of the State Director.

 

4. Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 14/1980; ‘Pembatalan Dokumen Hakmilik Yang Tidak Sempurna Oleh Mahkamah (Disemak 2007)’.

 

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1. Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah hendaklah membuat siasatan dan pengesahan terhadap dokumen hakmilik yang tidak sempurna contohnya seperti di dalam ‘Interim Register’ (IR) yang tidak dapat diselesaikan di bawah ‘National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963’ [Act 518], setelah akta ini telah tidak digunakan lagi.

 

2. Tindakan di atas tidak mematuhi kehendak seksyen 419. Kanun Tanah Negara 1965 dan Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 14/1980; ‘Pembatalan Dokumen Hakmilik Yang Tidak Sempurna Oleh Mahkamah (Disemak 2007)’. Di mana wujudnya dokumen hakmilik yang tidak sempurna itu adalah disebabkan oleh kesilapan atau kelalaian Pendaftar ataupun Pentadbir Tanah. Undang-undang tidak memberi kuasa atau membolehkan Pendaftar atau Pentadbir Tanah untuk membatalkan dokumen hakmilik tersebut. Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas Pendaftar atau Pentadbir Tanah untuk mendapatkan keputusan Mahkamah mengenai sesuatu dokumen hakmilik yang tidak sempurna itu (seksyen 417 Kanun Tanah Negara 1965). Setiap dokumen hakmilik itu mewujudkan kepentingan dan hak mengenai sesebidang tanah (seksyen 92 atau subseksyen 176(2) Kanun Tanah Negara 1965) dan pemilik berdaftar adalah dianggap mempunyai hak dan kepentingan ke atasnya melainkan ada keputusan sebaliknya.

 

3. Justeru itu, Sesuatu dokumen hakmilik tidak boleh dibatalkan atau digantikan sebab ianya tidak sempurna. Dokumen hakmilik sedemikian hanyalah boleh dibatalkan selepas mendapat keputusan Mahkamah bahawa ianya tidak sah. Oleh itu tindakan yang perlu diambil ialah mendapatkan perintah Mahkamah yang sedemikian dengan membuat permohonan menurut seksyen 419 Kanun Tanah Negara 1965.

 

4. Sehubungan itu, permohonan kepada Mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa sesuatu dokumen hakmilik itu tidak sah mungkin menyebabkan orang yang terlibat itu menuntut pampasan kerana kehilangan hak dan kepentingannya. Oleh yang demikian, persetujuan Pihak Berkuasa Negeri adalah perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum rujukan dibuat ke Mahkamah.

 

5. Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah adalah dengan ini dinasihatkan bahawa sesuatu dokumen hakmilik yang tidak sempurna tidaklah boleh dibatalkan ataupun diperbetulkan dan tindakan yang patut diambil ialah membuat permohonan kepada Mahkamah menurut seksyen 419 Kanun Tanah Negara 1965 selepas mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.

 

6. Walaubagaimanapun, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah boleh membuat siasatan dengan mengeluarkan Borang 2A (Notis Mengenai Siasatan) dibawah seksyen 27 Kanun Tanah Negara 1965 untuk menjalankan siasatan kepada sesiapa yang berkepentingan ke atas dokumen hakmilik yang tidak sempurna tersebut seperti di dalam ‘Interim Register’ (IR) dan individu yang berkenaan selaras mematuhi kehendak akta:

27. Notice of enquiry.

Before holding any enquiry, the Land Administrator shall-

(a) publish, in such manner as he may consider appropriate in the circumstances of the case, a notice thereof in Form 2A; and

(b) serve on every person or body who is to his knowledge interested in the subject-matter thereof a copy of that notice, to which shall be appended the additional notice set out in the supplement to that Form.

  

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik untuk membuat tindakan di bawah seksyen 419. Kanun Tanah Negara 1965 dengan tepat dan mematuhi kehendak Undang-undang dan Pekeliling-pekeliling berkaitan. Sekiranya perlu mengeluarkan suatu arahan Pengarah Tanah dan Galian Negeri terkini selaras mengikut seksyen 419.(3) Kanun Tanah Negara 1965.

Sehubungan itu, pentadbiran tanah hendaklah membuat kursus/bengkel/seminar dengan kerjasama Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang kepada Pentadbir-pentadbir Tanah dan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dalam memahami proses tindakan tersebut.

Justeru itu, dengan pematuhan tindakan di bawah seksyen 419. Kanun Tanah Negara 1965 dapat membantu Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik dalam membuat tindakan yang tepat, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...