Rabu, 13 Januari 2021

MEWUJUDKAN MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) BAGI PERMOHONAN JABATAN / AGENSI PENGGUNA UNTUK MENDAPATKAN SUATU TANAH MILIK DI BAWAH AKTA PENGAMBILAN TANAH, 1960

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Akta Pengambilan Balik Tanah, 1960.

 

2. Manual Pengambilan Tanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

 

3. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991; PANDUAN MENGENAI MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA’.

 

4. Pekeliling-pekeliling Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) berkenaan.

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1. Manual Prosedur Kerja (MPK) adalah sebuah dokumen rujukan bagi peringkat jabatan/pejabat, mengandungi fungsi dan objektif rasmi pejabat, prosedur-prosedur yang jelas serta pegawai dan staf yang bertanggungjawab bagi melaksanakan tiap-tiap aktiviti yang dipertanggungjawabkan. Dokumen ini adalah rujukan utama yang akan membantu jabatan/pejabat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Keterangan mengenai fungsi dan objektif rasmi yang sejelas-jelasnya dan diketahui secara dekat dan terperinci oleh setiap anggota jabatan/pejabat akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Prosedur kerja yang terperinci serta penentuan tanggungjawab yang jelas pula akan juga membantu pegawai dan staf menjalankan tugas masing-masing dengan lebih cekap dan teratur.

 

2. Berdasarkan pemerhatian, didapati bahawa MPK Permohonan Jabatan / Agensi Pengguna Untuk Mendapatkan Suatu Tanah Milik Di Bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960 di pentadbiran tanah tidak diurus dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta, Manual Pengambilan Tanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pekeliling-pekeliling Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) berkenaan. Di mana pekerja-pekerja dalam jabatan/pejabat melaksanakan tugas masing-masing berasaskan pengetahuan yang dipelajari dari pengalaman dan tunjuk ajar pekerja-pekerja lama. Seringkali pengetahuan tersebut tidak berasaskan kepada cara-cara bekerja yang seragam dan hanya berasaskan kepada kefahaman pegawai-pegawai lama. Dengan yang demikian terdapat pekerja-pekerja yang menjalankan tugas tanpa mengetahui cara-cara bekerja dengan betul dan tidak jelas dengan bidang kuasa masing-masing. Keadaan ini melambatkan penyelesaian ke atas sesuatu tugas

 

3. MPK mendokumentasikan secara sistematik susunan cara bekerja. Tiap-tiap kerja mempunyai proses dan peraturan yang tertentu. Kerja yang dijalankan dengan tidak mengikut proses dan peraturan yang telah ditetapkan boleh menimbulkan kelewatan, pembaziran masa dan ketidakcekapan. Bagi membolehkan kerja dibuat dengan tepat dan cekap, satu cara yang sistematik perlu diwujudkan. Adalah penting proses, peraturan, pegawai yang bertanggungjawab dan hubungan kerja di antara pegawai dikenalpasti, disusun dan dibukukan dengan jelas supaya ia dapat dijadikan sebagai bahan rujukan. Cara bekerja yang jelas dan teratur akan meningkatkan produktiviti jabatan/pejabat. Bagi menyenangkan rujukan, tiap-tiap Ketua Bahagian perlu dibekalkan dengan MPK.

 

4. Perkara yang perlu diberi penekanan ialah Manual Prosedur Kerja perlu dikaji semula bersama Fail Meja dari semasa ke semasa. Jabatan/pejabat hendaklah membuat kajian semula ke atas Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja mereka sekurang-kurangnya setahun sekali. Dokumen-dokumen ini juga perlu dikemaskinikan apabila timbul 2 keperluan. Misalnya, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja perlu dikemaskinikan apabila berlaku perubahan dalam dasar dan undang-undang kerajaan yang melibatkan jabatan/pejabat tersebut. Kedua-dua dokumen juga perlu dikemaskini apabila wujud proses-proses atau tugas-tugas baru dalam jabatan/ pejabat hasil daripada penyemakan semula proses yang ada, penyusunan semula tugas atau struktur jabatan/pejabat yang berkaitan.

 

5. Kajian semula dan pengemaskinian kedua-dua dokumen ini hendaklah dilakukan bagi memastikan ianya sesuai dijadikan dokumen rujukan utama bagi pegawai dan staf jabatan/pejabat pada setiap masa. Dokumen-dokumen yang kemaskini boleh membantu dengan berkesan pegawai dan staf yang baru melaporkan diri di jabatan/ pejabat berkenaan. Setiap pegawai dan staf jabatan/pejabat yang akan bertukar keluar daripada sesuatu jabatan/pejabat hendaklah menyerahkan Fail Meja berserta dengan nota serah tugasnya kepada penggantinya.

 

6. Walaubagaimanapun pengubahsuaian perlu dibuat ke atas cadangan MPK ini selaras kehendak 3 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan Bil. 5 hingga 7/2020 yang terkini, ia dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia sebagai panduan kepada Pentadbir Tanah berhubung tindakan yang perlu dilaksanakan dalam urusan pengambilan tanah bawah tanah, urusan pengambilan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, urusan pendudukan atau penggunaan sementara tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] selaras dengan Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 [Akta A1517].

 

7. Oleh demikian, berbincangan hendaklah dibuat di antara Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-Pentadbir Tanah dalam menjayakan dan menyelaraskan MPK ini diperingkat pentadbiran masing-masing dalam menyelesaikan isu berbangkit.

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbir Tanah untuk mewujudkan MPK Permohonan Jabatan / Agensi Pengguna Untuk Mendapatkan Suatu Tanah Milik Di Bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960.

Justeru itu, dengan MPK ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam mengurus permohonan di bawah pentadbiran tanah, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri.


PERMOHONAN JABATAN / AGENSI PENGGUNA

UNTUK MENDAPATKAN SUATU TANAH MILIK DI BAWAH

AKTA PENGAMBILAN TANAH, 1960

 

 

1.   Dua (2) tahun sebelum perlaksanaan projek, Jabatan / Agensi Pengguna (JAP) hendaklah mencari tapak yang sesuai dengan berunding dengan agensiagensi yang berkaitan serta memastikan peruntukan kewangan telah mencukupi.

 

2.   JAP boleh memohon pengambilan tanah sama ada melalui pengistiharan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) jika sekiranya tanah milik yang dicadang untuk dibuat pengambilan tersebut perlu dibuat kajian kesesuaian tapak terlebih dahulu ataupun boleh terus memohon untuk dibuat pengistiharan di bawah Seksyen 8, APT 1960 jika sekiranya tanah tersebut telah dipastikan kesesuaiannya untuk dibuat pengambilan. Bagi projek berbentuk jajaran, KJP diminta memohon pengistiharan pengambilan di bawah Seksyen 4, APT 1960 terlebih dahulu.

 

3.   Sekiranya semasa permohonan pengambilan sedang diproses, jika JAP ingin membuat sebarang perubahan/pindaan ke atas pelan pengambilan atau lot tanah atau keluasan tanah yang hendak diambil, maka JAP hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan mengemukakan butir-butir tanah dan pelan pengambilan yang baru. Sekiranya melibatkan perubahan-perubahan yang besar, maka PTG dan PTD akan memproses semula permohonan tersebut sebagai satu permohonan yang baru.

 

4.   Jika sekiranya sesuatu permohonan ingin dibatalkan/ditarik balik/ ditangguhkan, maka JAP hendaklah memaklumkam kepada PTD secara bertulis dengan salinan kepada PTG hasrat tersebut dengan menyatakan sebab-sebab pembatalan/penarikan balik/penangguhan tersebut dipohon. JAP juga hendaklah menyediakan peruntukan untuk membayar sebarang kos kerosakan semasa kerja-kerja ukur, kajian tanah serta kerosakan lain akibat daripada proses pengambilan ini seperti yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah (PT). Sebarang permohonan pembatalan/penarikan  hanya boleh dipertimbangkan selagi Notis Borang ‘K’ belum diserahkan kepada tuan tanah. Walau bagaimanapun, bagi pengambilan tanah melalui Sijil Perakuan Segera (Borang I), JAP tidak boleh menarik balik permohonan.

 

5.   Bagi permohonan penangguhan, JAP diingatkan bahawa pengistiharan di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 8, APT 1960 akan masing-masing luput kuatkuasanya selepas satu (1) tahun dan dua (2) tahun dari tarikh pengistiharan. Sebarang permohonan yang tertangguh melebihi tempoh tersebut hendaklah dipohon semula sebagai satu permohonan baru jika cadangan pengambilan ingin diteruskan kelak.

 

6.   Bagi tanah yang terletak di dalam Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) ataupun di dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai Rancangan Tanah Pinggir, tindakan pengambilan tanah hanya boleh dilakukan setelah kawasan tersebut atau bahagian yang terlibat dengan pengambilan itu dibatalkan dahulu sebagai Kawasan Penempatan Berkelompok/Rancangan Tanah Pinggir. Sila rujuk Pekeliling KPTG Bil 4/1986.

 

7.   JAP juga boleh memohon pengambilan menduduki dan menggunakan tanah untuk kegunaan sementara seperti membina jalan lencongan, jambatan sementara awam dan sebagainya bagi tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun. Sila rujuk  Lampiran (6).

 

8.   Badan-Badan Berkanun di Pulau Pinang juga boleh memohon pengambilan tanah dengan syarat Badan-Badan Berkanun tersebut di bawah Akta penubuhan masing-masing ada memperuntukkan suatu peruntukan yang membolehkannya mengambil tanah secara paksa di bawah APT, 1960.

 

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

1. Cadangan Pengambilan

Tanah Untuk Diwartakan Di bawah Seksyen

4, APT 1960

 

(i)  JAP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

a)   JAP berbincang dengan PTG dan Pentadbir Tanah Daerah berhubung dengan cadangan untuk mendapatkan tanah yang mungkin akan diambil untuk diwartakan di bawah Seksyen 4, APT 1960 bagi membolehkan JAP memasuki tapak untuk mengkaji kesesuaian tanah (soil test)  serta lain-lain maklumat dan keperluan sebelum mengemukakan permohonan.

 

b)   Semasa menentukan kesesuaian tapak, JAP perlu mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:

 

i)    menentukan spesifikasi projek;

 

ii)   memastikan projek yang dicadangkan   bersesuaian dengan perancangan pembangunan;

 

iii)  memastikan tiada bantahan oleh masyarakat setempat (politik/orang awam/NGO);

 

iv) elakkan tapak yang mempunyai bebanan sosial yang rumit.

 

v)   menyediakan peruntukan yang mencukupi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 (ii) PTD

 

 

 

(iii) PTG

 

 

  

 (v) JAP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

c)   JAP mengemukakan permohonan kepada PTD perkara-perkara berikut:

 

i)    surat iringan beserta satu (1) salinan borang permohonan

 

ii)   salinan   pelan         pengambilan yang lengkap (mengikut skala) yang mengandungi ;

 

·         butir-butir tanah terkini seperti senarai No. lot/PT yang terlibat, nombor. hakmilik, Mukim dan Daerah di mana tanah tersebut berada; dan

·         bilangan salinan pelan yang mencukupi.

 

iii)  pengesahan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk membiayai kos pampasan kerosakan akibat kerja-kerja ukur dan kajian tanah.

 

d)   PTD menerima, menyemak dan seterusnya disalinkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

 

      e)   PTG akan memproses permohonan bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan diwartakan di bawah Seksyen 4, APT 1960.

 

f)    JAP boleh memasuki tanah dan membuat kerja-kerja ukur dan mengkaji kesesuaian tanah hanya setelah PTG mengeluarkan Borang ‘B’.

 

g)   Segala gantirugi kerosakan ke atas tanah akibat kerja-kerja ukur dan mengkaji kesesuaian tanah sebagaimana yang dinilai oleh PT akan dibayar oleh JAP kepada tuan tanah sekiranya tanah tersebut didapati tidak sesuai dan tidak jadi dibuat pengambilan.

PTG perlu mengeluarkan seperti

Pekeliling

Lampiran

(2)’

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

h)   Dalam tempoh setahun, jika JAP mendapati tanah tersebut sesuai dibuat pengambilan, maka JAP hendaklah memohon pengistiharan pengambilan tanah di bawah Seksyen 8, APT 1960.

 

i)    Jika sekiranya pada akhir tempoh sembilan (9) bulan, JAP merasakan kajian tidak dapat diselesaikan dalam tempoh satu (1) tahun, maka JAP perlu membuat permohonan baru untuk pengistiharan di bawah Seksyen 4, APT 1960

 

2. Permohonan Pengambilan

Tanah Untuk diwartakan Di Bawah Seksyen

8, APT 1960

 

(i) JAP

 

  

 

(ii) PT

 

 


 

(iii) JAP

 

 

 

 

 

 

 

a)   JAP berbincang dengan PTG dan PTD bagi memastikan tanah tersebut akan dibuat pengambilan untuk diwartakan di bawah Seksyen 8, APT 1960.

 

b)   PT akan membawa cadangan ini untuk dibincangkan dan mendapatkan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah. 

 

c)   JAP mengemukakan permohonan kepada      PTD   perkara-perkara berikut:

 

i)    Surat iringan beserta satu (1) salinan borang permohonan;

 

ii)   Salinan pelan pengambilan yang lengkap (mengikut skala) yang mengandungi;

 

·         butir-butir tanah terkini seperti yang tercatat dalam kedua-dua syit litho di Pejabat Tanah dan Pelan Akui di Pejabat JUPEM yang berkenaan;

 

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

·         skala sama seperti dalam syit litho Pejabat Tanah;

 

·         menggunakan warna berlainan untuk menandakan kawasan dan status tanah yang terlibat dengan  pengambilan - warna merah (tanah berimilik), kuning (tanah kerajaan), hijau (tanah rizab hutan) oren (tanah milik Persekutuan), coklat (tanah rizab negeri) dan biru muda (tanah rizab Persekutuan);

·         jadual yang mempunyai maklumat tanah yang tepat, lengkap dan terkini mengenai Mukim, Daerah, nombor syitlitho, nombor lot dan nombor hakmilik

 

·         pelan pengambilan yang mempunyai jadual berasingan mengenai sebarang tanah milik/ rizab Persekutuan, tanah rizab Negeri dan tanah kosong/kerajaan, serta keluasan yang diperlukan untuk kegunaan projek (bagi projek berbentuk jajaran); dan

 

·         bilangan salinan pelan yang mencukupi,

 

iii)  Sijil Carian Rasmi yang terkini bagi lot-lot tanah yang terlibat;

 

iv) Ulasan Jabatan Teknikal dan Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) jika perlu

 

v)   Persetujuan Jawatankuasa Pembangunan Daerah/Jawatankuasa seumpamanya

 

 

 

 

 

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

(iv) PTD

 

  

 

(v) PTG

 

  

 

 

(vi) JAP

 

vi) Sijil Carian Rasmi yang terkini bagi lot-lot tanah yang terlibat;

 

vii)        Ulasan Jabatan Teknikal dan Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) jika perlu

 

viii)       Persetujuan Jawatankuasa Pembangunan Daerah/Jawatankuasa seumpamanya

 

ix) Pengesahan peruntukan yang mencukupi termasuk kos penandaan, pengukuran, bayaran ‘ex-gratia’, bayaran kenaikan ‘award’ Pentadbir Tanah, pelarasan permohonan ukur, pecah pisah (severence), kesan mudarat (injurious affection) dan lain-lain kos serta mengambil kira kos tambahan dari harga tanah asalsebanyak 15% - 30% ; dan

 

x)   Surat Perakuan Segera (Borang ‘I’). Jika tanah tersebut diperlukan segera. (Bayaran caj 8% setahun akan dikenakan mulai dari tarikh pengeluaran Borang K hingga tarikh bayaran pampasan dibuat).

 

d)   PTD menerima, menyemak dan seterusnya mengemukakan permohonan  dan disalinkan kepada Pejabat SUK.

 

e)   PTG akan memproses permohonan bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (MMK) untuk dibuat pengistiharan di bawah Seksyen 8, APT 1960. PTG akan mengeluarkan Borang ‘D’.

 

f)    JAP akan membuat penandaan kawasan pengambilan apabila dimaklumkan oleh PT. Manakala bagi projek-projek berbentuk jajaran, JAP hendaklah mengarahkan Jurukur Berlesen untuk membuat penandaan.

 

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

3. Hadir Siasatan

        

(i)  JAP

 

 

Setelah menerima Notis Perbicaraan dalam Borang ’E’ daripada Pentadbir Tanah, JAP hendaklah menghantar wakil yang mempunyai pengetahuan mengenai projek yang akan dilaksanakan bagi pengambilan tanah tersebut di dalam setiap siasatan yang dijalankan.

 

 

4. Pembayaran Pampasan Di

Bawah Seksyen

14, APT 1960

 

(i) JPA

 

 

 

 

 

a)   Setelah JPA menerima senarai bayaran pampasan dalam Borang ‘H’ daripada Pentadbir Tanah, maka tindakan-tindakan berikut hendaklah diambil dengan segera;

 

i)    Menguruskan penyediaan cekcek bayaran pampasan ataupun melalui Electronic Fund Transfer (EFT) terus ke akaun orang yang berkepentingan dan pembayaran ini hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir Tanah mengikut butir-butir yang dinyatakan dalam Borang ‘H’ serta bayaran lain-lain kos (Jika bayaran menggunakan cek, maka cek-cek tersebut hendaklah dihantar kepada PT untuk diserahkan kepada orang-orang yang berkepentingan);

 

ii)   Sekiranya pembayaran pampasan tidak dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penyerahan Borang ‘H’, maka caj bayaran lewat akan dikenakan kepada JAP dengan kadar 8% setahun daripada jumlah pampasan;

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Surat

Pekeliling

KPTG Bil.

2/2007

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rujuk Jadual

Caj Bayaran

Denda Lewat

(8%) dan

Kaedah Kiraan seperti

Lampiran (4)’

 

 

 

 

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

iii)  Jika JAP hendak membuat bantahan terhadap amaun pampasan bagi sesuatu lot tanah melebihi RM 15,000.00 maka JAP hendaklah membuat pembayaran sebanyak 75% sahaja daripada amaun pampasan dan menahan baki 25% sehingga enam (6) minggu dari tarikh Borang ‘H’ diserahkan kepada JAP. Jika JAP tiada bantahan, maka JAP hendaklah menjelaskan baki 25% tersebut selepas tamat tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya JAP mempunyai bantahan, maka baki 25% tersebut hendaklah disimpan sehingga mendapat perintah mahkamah.

 

 

 

5. Rayuan Atau Bantahan Di Bawah Seksyen 37(3)  dan Seksyen 49, APT 1960

 

(i)  JAP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

a)   JAP boleh membuat rayuan/bantahan ke Mahkamah Tinggi jika difikirkan award yang telah diberi dalam Borang ‘H’ terlalu tinggi. 

 

b)   Jika JAP memutuskan untuk membuat bantahan ke Mahkamah Tinggi, maka hendaklah disediakan Borang ‘N’ dan dihantar terus kepada Pentadbir Tanah dan hendaklah sampai  kepadanya dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh penyampaian Borang ‘G’ kepada JAP (jika wakil JAP tidak hadir semasa perbicaraan tempoh adalah enam (6) minggu daripada tarikh terima Borang ‘H’ atau enam bulan daripada tarikh Borang ‘G’ mana-mana yang terdahulu tamat. Borang ‘N’ yang diterima oleh Pentadbir Tanah selepas tempoh tersebut tidak boleh diambil apa-apa tindakan kecuali mendapat perintah Mahkamah Tinggi. JAP hendaklah mengemukakan Borang ‘N’ beserta bayaran deposit RM3,000.00 atas nama ‘Pentadbir Tanah’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

c)   Jika JAP tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi maka KJP boleh membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 49, APT 1960.

 

 

6. Keputusan Mahkamah

Mengenai 

Bantahan

Amaun

Pampasan

 

(i)  JAP

 

 

 

 

 

 

 

 

a)   JAP    akan menerima   daripada Pentadbir Tanah keputusan Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan mengenai bantahan daripada JAP atau orang yang berkepentingan sama ada terdapat pertambahan /pengurangan /kekal mengenai amaun pampasan. Satu salinan keputusan Mahkamah tersebut hendaklah dikemukakan kepada PTG untuk tujuan rekod.

 

b)   Sekiranya terdapat pertambahan amaun pampasan, bayaran yang perlu dibuat kepada orang yang berkepentingan adalah (tertakluk kepada keputusan Mahkamah):

 

i)    Bayaran pampasan tambahan;

 

ii)   faedah 8% setahun atas pampasan tambahan yang dikira daripada tarikh tanah diambil milik (tarikh Borang K) hingga tarikh pembayaran pampasan tambahan ke Mahkamah Tinggi atau kepada orang yang berkepentingan;

 

iii)  pampasan 25% yang telah ditahan pembayarannya di bawah Seksyen 29(A), APT 1960; dan

 

iv) faedah 8% setahun ke atas pampasan 25% yang telah ditahan pembayarannya di bawah Seksyen 29(A), APT 1960 yang dikira daripada tarikh pembayaran pampasan 75% sehingga tarikh pembayaran pampasan 25% tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

 

c)   KJP hendaklah dengan segera menguruskan penyediaan cek bayaran ataupun melalui EFT bayaran pampasan tambahan dan pampasan 25% kepada orang yang berkepentingan melalui Pentadbir Tanah yang berkenaan atau kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi (jika diperintah oleh Mahkamah).

 

       d)   Setelah dipastikan Tarikh penyampaian cek atau melalui EFT bayaran pampasan tambahan dan bayaran 25% kepada orang yang berkepentingan atau kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi, maka KJP hendaklah dengan segera menguruskan pembayaran faedah 8% setahun kepada orang yang berkepentingan.

 

 

 

7. Pengambilan Tanah  Secara

Rasmi Di Bawah

Seksyen 22, APT

1960

 

(i)  JAP

 

 

 

 

 

 

 

a)   Apabila JAP menerima daripada Pentadbir Tanah notis pengambilan milik tanah (taking possession) secara rasmi dalam Borang ‘K’ dan telah diendoskan dalam Dokumen Hakmilik Daftar, maka JAP bolehlah memasuki dan menggunakan tanah.

 

b)   Seterusnya JAP perlulah mengemukakan permohonan kepada PTD sama ada tanah tersebut hendak dipohon pemberimilikan ataupun perizapan.

 

c)   JAP juga perlu mengambil langkahlangkah penjagaan dan kawalan ke atas tanah yang telah dibuat pengambilan tersebut

 

Catatan;

Carta Aliran seperti di Lampiran (5)’.

 

 

 

 

 

 

 

Lampiran (2)

PEKELILING

PENGARAH TANAH DAN GALIAN

BILANGAN */20**

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH BAGI MAKSUD AWAM OLEH JABATAN DAN AGENSI NEGERI DI PULAU PINANG

 

 

1.  TUJUAN

 

Tujuan Pekeliling ini adalah sebagai garis panduan khas kepada semua Jabatan dan Agensi Negeri mengenai tatacara memohon pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Pulau Pinang.

 

2. PENGENALAN

 

2.1. Di Semenanjung Malaysia, Kementerian dan Jabatan  Persekutuan mempunyai 4 cara pilihan untuk memperoleh tapak projek.

a)   memohon tanah kosong Kerajaan;

 

b)   membeli tanah secara rundingan dari pemilik atau pemaju

hartanah

 

c)   memohon tukar guna tanah dengan Jabatan atau Agensi

lain mengikut prosedur yang ditetapkan; dan

 

d)   mengambil tanah secara paksa di bawah APT 1960. 

 

Oleh kerana  tanah kosong Kerajaan semakin berkurangan, (dan kalau pun ada mungkin tidak sesuai dari segi lokasi atau rupa bentuk fizikal) dan perolehan melalui pembelian pula kadangkala tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu, maka kaedah pengambilan tanah secara paksa merupakan alternatif yang boleh ditimbangkan oleh Jabatan dan Agensi Negeri.

 

2.2 Urusan pengambilan tanah walau bagaimanapun kadangkala tidak dapat dilaksanakan secara cepat mengikut tempoh keperluan tapak atas beberapa sebab. Antaranya ialah kelemahan dalam merancang dan memilih tapak oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan. Kelemahan ini malangnya hanya terserlah dan disedari kemudian, iaitu semasa permohonan diproses oleh Pentadbir Tanah. Akibatnya, Jabatan dan Agensi Negeri membazir masa dan tenaga kerana terpaksa mencari tapak-tapak baru.

 

2.3 Kelemahan-kelemahan perancangan yang sering dikenal pasti termasuklah:-

 

a)   tapak yang dipilih tidak sesuai dari segi fizikal seperti berbukit, curam, mudah ditenggelami air, tanah gambut, lokasi yang tidak mesra pelanggan dan sebagainya,

 

b)   tapak mempunyai bebanan sosial yang merumitkan seperti setinggan, keperluan pemindahan penduduk, pembangunan sedia ada, dan bantahan penduduk, 

 

c)    projek yang dicadangkan tidak sesuai dengan perancangan pembangunan persekitaran dan di bantah oleh pemimpin dan Jabatan teknikal peringkat tempatan, 

 

d)   butir-butir tanah tidak kemas kini, 

 

e)   spesifikasi projek berubah dan memerlukan tambahan atau pengurangan saiz tapak; dan 

 

f)    kesilapan dalam membuat anggaran kos pengambilan yang boleh menyebabkan urusan pengambilan ditangguhkan sementara mendapatkan peruntukan tambahan.

 

2.4 Sebagai langkah untuk mengatasi sebarang kelewatan, garis panduan ini menjelaskan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh Jabatan dan Agensi Negeri semasa memohon pengambilan tanah.

 

 

3. PROSEDUR  PEMILIHAN DAN KAJIAN KESESUAIAN TAPAK

 

3.1 Dua tahun sebelum perlaksanaan projek, pihak Jabatan/ Agensi Negeri yang memerlukan tanah  (selepas ini disebut agensi pemohon) hendaklah mencari dan menentukan tapak atau jajaran projek yang sesuai. Untuk maksud tersebut, agensi pemohon hendaklah berunding dengan Pegawai Daerah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PTG. Rundingan ini hendaklah meliputi kesesuaian lokasi dengan perancangan guna tanah sekitarnya, keadaan fizikal tanah, aksesibiliti serta mengambil kira isu-isu sosial dan ekonomi penduduk tempatan. Keputusan rundingan ini hendaklah diklasifikasikan sebagai dokumen terperingkat (sulit) sehinggalah pengambilan tanah yang berkenaan diwartakan di bawah seksyen 4 atau seksyen 8 APT 1960.

 

3.2 Setelah tapak projek dipilih, agensi pemohon hendaklah mendapatkan ulasan rasmi jabatan-jabatan teknikal mengenai kesesuaian tapak projek termasuk laporan kajian kesan alam sekitar (EIA), jika perlu. Jabatan-jabatan teknikal ini ialah JPBD/PBT, JKR dan JPS peringkat daerah. Agensi pemohon juga dikehendaki membuat semakan butir-butir tanah dengan rekod di pejabat tanah yang berkenaan.  Dengan mengambil kira butir-butir tanah dan ulasan-ulasan jabatan teknikal berkenaan, agensi pemohon hendaklah membentangkan cadangan pengambilan tersebut kepada Jawatankuasa Pembangunan Daerah atau apa-apa Jawatankuasa seumpamanya di peringkat daerah untuk persetujuan.

 

3.3 Sekiranya PBN ada menentukan peraturan yang perlu dipatuhi semasa memilih dan menentukan kesesuaian tapak, termasuk sama ada perlu atau tidak permohonan di bentang kepada Jawatankuasa Pembangunan Daerah, pihak agensi pemohon hendaklah mematuhi peraturan tersebut.

 

 

4. PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH  

 

4.1 Setelah tapak projek dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah atau apa-apa jawatankuasa lain seumpamanya, agensi pemohon hendaklah memutuskan sama ada pemilihan tapak ini telah muktamad atau masih memerlukan kajian teknikal lanjut seperti kerja ukur atau kajian tanah (soil test) sebelum dapat di muktamadkan. Sekiranya telah muktamad, agensi pemohon boleh terus mengemukakan permohonan pengisytiharan pengambilan tanah di bawah seksyen 8 APT 1960.  Sekiranya masih memerlukan kajian, agensi pemohon hendaklah memohon pengisytiharan cadangan pengambilan tanah di bawah seksyen 4 terlebih dahulu. Pengisytiharan di bawah seksyen 4 bertujuan untuk memberi kuasa kepada agensi pemohon dan ejen-ejennya untuk memasuki tanah dan membuat kerja-kerja pengukuran dan kajian tanah. Selepas kajian tanah, agensi pemohon hendaklah membuat permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 8 jika cadangan pengambilan hendak diteruskan.  Bagi sebarang projek baru yang berupa jajaran, agensi pemohon di minta memohon pengisytiharan pengambilan di bawah seksyen 4 terlebih dahulu.

 

4.2 Apabila pengisytiharan dibuat  di bawah seksyen 4 APT 1960, agensi pemohon diberi tempoh selama 1 tahun selepas pewartaan untuk menyelesaikan kajian dan memutuskan sama ada hendak meneruskan pengambilan atau tidak. Agensi pemohon hendaklah memberitahu Pentadbir Tanah Daerah (PTD) perkembangan hasil kajian kesesuaian tapak dalam tempoh 9 bulan dari tarikh pewartaan itu. Jika pada akhir tempoh 9 bulan itu agensi pemohon merasakan kajian tidak akan dapat diselesaikan dalam tempoh satu tahun yang dibenarkan, agensi pemohon hendaklah membuat permohonan baru untuk pengisytiharan semula di bawah seksyen 4. Jika hasil kajian mendapati tapak yang dipilih adalah sesuai dan muktamad agensi pemohon hendaklah memohon kepada PTD untuk pengisytiharan dibuat di bawah seksyen 8.

 

4.3 Sekiranya tanah yang diisytiharkan di bawah seksyen 8 diperlukan segera, agensi pemohon boleh memohon supaya tanah itu diambil melalui Surat Perakuan Segera (Borang I) di bawah seksyen 19 APT 1960.  Namun demikian, walaupun APT 1960 membenarkan sebarang tanah termasuk yang mempunyai bangunan diambil melalui surat perakuan segera, agensi pemohon dinasihatkan supaya memohon surat perakuan segera hanya bagi lot-lot tanah yang tiada sebarang bangunan.  Agensi pemohon juga hendaklah menyediakan peruntukan secukupnya untuk membayar denda lewat atas kadar 8% setahun mulai tarikh tanah diambil milik secara rasmi.

 

4.4 Setelah memutuskan sama ada untuk memohon pengisytiharan di bawah seksyen 4 atau di bawah seksyen 8 APT 1960 dan sama ada pengambilan ini dibuat secara biasa atau melalui surat perakuan segera, agensi pemohon hendaklah mengemukakan permohonan pengambilan tanah melalui Ketua Jabatan masing-masing kepada PTD. PTD akan membuat permohonan rasmi kepada pihak Kerajaan. Format surat permohonan pengambilan tanah oleh agensi pemohon adalah seperti di Lampiran ‘A’ bagi permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 4, dan Lampiran ‘B’ bagi permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 8. Dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang perlu dikemukakan adalah seperti dalam senarai semak di Lampiran C bagi permohonan di bawah seksyen 4 dan Lampiran D bagi permohonan di bawah seksyen 8 iaitu: 

 

a)   Pelan pengambilan tanah yang lengkap mempunyai ciri-ciri berikut: 

 

i)     Butir-butir tanah terkini seperti yang tercatat dalam kedua-dua syitlitho di Pejabat Tanah dan Pelan Akui di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri berkenaan.

 

ii)   Menggunakan skala sama seperti skala dalam syitlitho di Pejabat Tanah;

 

iii)  Menggunakan warna yang berlainan untuk menandakan kawasan dan status tanah yang terlibat dengan cadangan pengambilan seperti warna merah untuk tanah beri milik, kuning untuk tanah Kerajaan, hijau untuk tanah rizab hutan dan biru untuk tanah rizab sungai.

 

iv)  Mengandungi jadual yang menyatakan butir-butir tanah yang tepat, lengkap dan kemas kini mengenai Mukim, Daerah, Nombor syitlitho, Nombor Lot dan Nombor Hak milik.

 

v)   Bagi projek berbentuk jajaran, pelan pengambilan juga perlu mempunyai jadual berasingan mengenai sebarang tanah milik/rizab Persekutuan, tanah rizab Negeri dan tanah kosong Kerajaan, serta keluasan yang diperlukan untuk kegunaan projek.

 

vi)  Bilangan salinan pelan pengambilan yang mencukupi.

 

b)   Sijil Carian Rasmi atau Sijil Carian Persendirian yang terkini  bagi lot-lot tanah yang terlibat dengan pengambilan.

 

c)    Ulasan jabatan teknikal dan laporan kajian kesan alam sekitar jika perlu, serta persetujuan Jawatankuasa Pembangunan Daerah atau Jawatankuasa seumpamanya.

 

d)   Bagi permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 8, pengesahan bahawa peruntukan yang mencukupi telah disediakan untuk membiayai kos-kos berikut: 

 

i)     Peruntukan yang mencukupi telah disediakan untuk membiayai kos pampasan, kos menanda kawasan, dan kos menjaga dan mengawal tanah selepas pengambilan seperti pembinaan pagar dan kawalan pencerobohan dan

 

ii)   Sijil Perakuan Segera (Borang I APT 1960) diperlukan atau tidak.

 

e)   Bagi permohonan pengisytiharan di bawah seksyen 4, pengesahan bahawa peruntukan yang mencukupi telah disediakan untuk membiayai kos pampasan kerosakan akibat kerja-kerja ukur dan kajian tanah.

 

4.5 Setelah menerima permohonan, Pentadbir Tanah Daerah (PTD) bertanggungjawab mengemukakan permohonan tersebut bersekali dengan dokumen-dokumen dan pelan pengambilan PTG dan menghantar salinan-salinan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Permohonan ini akan diproses seterusnya oleh PTD termasuk mendapatkan kelulusan MMK, pewartaan, menguruskan perbicaraan serta urusan pembayaran pampasan dan  mengambil milik tanah secara rasmi.

 

5. PENANDAAN KAWASAN PENGAMBILAN

 

Agensi pemohon hendaklah bersedia membuat penandaan kawasan pengambilan apabila dimaklumkan oleh Pentadbir Tanah. Bagi projekprojek berbentuk jajaran, agensi pemohon hendaklah mengarahkan jurukur projek  untuk membuat penandaan. 

 

6. KEHADIRAN SEMASA PERBICARAAN PENGAMBILAN TANAH

 

Apabila diberitahu oleh Pentadbir Tanah, agensi pemohon hendaklah menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil dalam setiap perbicaraan dan wakil ini hendaklah mempunyai pengetahuan mengenai permohonan pengambilan itu dan bersedia memberi keterangan dan keputusan.

 

7. BAYARAN PAMPASAN

 

Setelah selesai perbicaraan dan amaun pampasan ditetapkan, agensi pemohon perlulah berhubung dengan PTD untuk mendapatkan salinan Borang H yang telah disempurnakan. Agensi pemohon hendaklah dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan mengemukakan cek bayaran atas nama setiap pihak yang ditetapkan dalam Borang H tersebut kepada PTD. (Agensi pemohon akan dikenakan denda lewat atas kadar 8% setahun jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh 3 bulan ini). PTD menyerahkan cek kepada setiap orang yang berhak.  

 

8. MENGAMBIL MILIK TANAH SECARA RASMI

 

Semasa menyerahkan cek bayaran pampasan kepada setiap pihak yang berkepentingan, PTD bertanggungjawab menyampaikan sekali notis Borang K (Notis Tanah Telah Diambil Milik Secara Rasmi) kepada pemilik dan salinannya kepada PTG dan agensi pemohon untuk memasuki dan mengambil milik tapak.

 

 

9. PINDAAN KE ATAS PELAN PENGAMBILAN ATAU LOT TANAH

 

Sekiranya semasa permohonan sedang diproses, agensi pemohon ingin membuat sebarang perubahan ke atas pelan pengambilan atau lot tanah atau keluasan tanah yang hendak diambil, agensi pemohon hendaklah memaklumkan kepada PTG dan PTD dan mengemukakan butir-butir tanah dan pelan pengambilan yang baru. Kecuali bagi perubahanperubahan yang kecil, PTG dan PTD akan memproses semula permohonan ini sebagai satu permohonan baru.

 

 

10. PEMBATALAN, PENARIKAN BALIK DAN PENANGGUHAN

PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH                                           

 

10.1. Sekiranya sesuatu permohonan ingin dibatalkan atau ditarik balik atau ditangguhkan, agensi pemohon hendaklah memberitahu PTD secara bertulis dengan salinan kepada PTG hasrat tersebut dengan menyatakan sebab-sebab pembatalan/ penarikan balik/penangguhan dipohon. Agensi pemohon juga hendaklah menyediakan peruntukan untuk membayar sebarang kos kerosakan semasa kerja ukur, kajian tanah dan kerosakan dan pampasan lain akibat urusan pengambilan ini yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah. Sebarang permohonan pembatalan atau penarikan balik hanya boleh dipertimbangkan selagi  notis Borang K belum diserahkan kepada pemilik.

 

10.2. Bagi permohonan penangguhan, agensi pemohon diingatkan bahawa pengisytiharan di bawah seksyen 4 dan seksyen 8 akan masing-masing luput kuat kuasanya selepas 1 tahun dan 2 tahun dari tarikh pewartaan. Sebarang permohonan yang tertangguh melebihi tempoh tersebut hendaklah dipohon semula sebagai satu permohonan baru, jika cadangan pengambilan ingin diteruskan kelak.

 

 

 

 

 

 

 

11. RUJUKAN KE MAHKAMAH

 

Agensi pemohon yang tidak berpuas hati dan membantah keputusan perbicaraan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah berkaitan amaun pampasan, boleh memohon untuk merujuk ke mahkamah dengan mengemukakan Borang N (Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Mahkamah) APT 1960 yang lengkap kepada JKPTG Negeri. Tempoh masa bagi mengemukakan permohonan bantahan bagi agensi pemohon yang hadir semasa perbicaraan ialah enam minggu dari tarikh Pentadbir Tanah membuat award dalam Borang G (Award Pampasan Bertulis). Bagi agensi pemohon yang tidak hadir semasa perbicaraan ialah enam minggu dari terima notis Borang H (Notis Award Dan  Tawaran Pampasan) atau dalam masa enam bulan dari tarikh Pentadbir Tanah membuat award dalam Borang G, mengikut mana yang lebih dahulu tamat tempohnya, dan lainlain syarat permohonan yang diperuntukkan di bawah seksyen 37, 38 dan 39 APT 1960.

 

 

12. TINDAKAN-TINDAKAN SELEPAS PENGAMBILAN

 

Setelah tapak diambil milik secara rasmi, agensi pemohon hendaklah mengambil tindakan membuat permohonan untuk perizaban atau pemberimilikan tanah kepada PTG, dengan mematuhi Pekeliling KPTG/PTG dan mengambil langkah-langkah penjagaan dan pengawalan tanah mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2/1987 atau apa-apa Pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

 

 

13. PERKARA-PERKARA AM

 

13.1. Agensi-agensi pemohon dikehendaki memperuntukkan masa sekurang-kurangnya selama 1 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan kepada PTD untuk urusan pengambilan tanah di dalam jadual perlaksanaan projek masing-masing. Tempoh ini juga hendaklah diambil kira dalam menetapkan tarikh penyerahan tapak kepada kontraktor-kontraktor semasa menyediakan surat perjanjian kontrak.

 

13.2. Bagi projek-projek yang berbentuk jajaran, agensi-agensi pemohon juga dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat para perunding tanah (Land Consultants) untuk membantu dalam melicinkan urusan pengambilan tanah.

 

14. TARIKH BERKUAT KUASA

       

Tarikh berkuat kuasa Pekeliling ini mulai dari tarikh ianya dikeluarkan.

 

 

 

 

15. PENUTUP

 

Dengan adanya garis panduan ini, adalah diharapkan Kementeriankementerian dan Jabatan-jabatan Persekutuan dapat membuat perancangan lebih awal dan mengambil tindakan mengikut kaedahkaedah dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan apabila memerlukan tapak untuk kegunaan masing-masing.

 

 

 

(                                                  )

PENGARAH TANAH DAN GALIAN

Negeri .....................

 

Rujukan Fail :

Tarikh  :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN ‘A’

                                                                                                        (Seksyen 4)

Pentadbir Tanah Daerah,

Daerah…………………………..,

Pulau Pinang

 

Tuan,

 

Permohonan Pengisytiharan Di Bawah Seksyen 4, APT 1960 Untuk Pengambilan Tanah Bagi Maksud Awam.

 

Adalah dimaklumkan bahawa tanah yang dinyatakan dalam jadual di bawah mungkin perlu diambil di bawah APT 1960 untuk kegunaan Kementerian ini.

 

Kementerian ini memohon supaya tanah-tanah tersebut diisytiharkan oleh PBN di bawah seksyen 4 APT 1960 dan dikeluarkan Borang B (Kuasa Untuk Membuat Kerja Ukur) untuk membolehkan ejen-ejen Kementerian ini memasuki dan membuat kajian dan kerja ukur.

 

Saya mengesahkan bahawa peruntukan telah disediakan untuk membayar pampasan ke atas sebarang kerosakan di atas tanah berkenaan akibat dari pelaksanaan kerja-kerja tersebut.

 

Saya juga mengesahkan bahawa  cadangan pengambilan ini telah dibentangkan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang berkenaan.

 

Sekian, terima kasih.

 

……………………….

b.p. Ketua Jabatan/Agensi

 

 

 

JADUAL

(Pengisytiharan Seksyen 4)

 

a     Tujuan Pengambilan:

b     Butiran Tanah:

  

Bilangan

Jenis/No. Hak milik

No.

Lot/No. P.T.

Mukim/Pekan/Bandar

Daerah/Jajahan

Keluasan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

c      Pelan Cadangan disertakan.

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN ‘B’

                                                                                                        (Seksyen 8)

Pentadbir Tanah Daerah,

Daerah…………………………..,

Pulau Pinang

 

Tuan,

 

Permohonan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 3(1) (a) Dan Pengisytiharan Di Bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah memutuskan supaya tanah yang dinyatakan dalam Jadual di bawah diambil oleh PBN di bawah seksyen 3(1) (a) APT 1960 dan diwartakan di bawah seksyen 8 APT 1960.

 

Saya mengesahkan bahawa:

 

1)   tanah telah disiasat dan didapati sesuai dari segi fizikal.

 

2)   segala bentuk bebanan dan pendudukan atas tanah telah diambil kira.

 

3)   rujukan telah dibuat dengan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan JPBD dan juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

 

4)   Butir-butir tanah dalam Jadual di bawah telah disemak dengan Pejabat Tanah.

 

5)   Keperluan jalan masuk dan perparitan telah diambil kira.

 

Saya juga mengesahkan bahawa:

 

1)   Peruntukan untuk kos pengambilan termasuk kos penandaan kawasan telah disediakan.

 

2)   *        Surat Perakuan Segera (Borang I) diperlukan.

 

Bersama-sama ini disertakan Pelan Pengambilan, sijil carian rasmi/persendirian dan ulasan-ulasan jabatan teknikal yang berkenaan.

 

Sekian, terima kasih.

 

………………………….

b.p. Ketua Setiausaha

 

*potong yang tidak berkenaan

 

JADUAL

(Pengisytiharan Seksyen 8)

a     Tujuan:

b     Butiran Tanah:

 

Bil

Jenis / No. Hak milik atau Kependudukan

No. Lot/ No. P.T.

Mukim/

Pekan/

Bandar

Daerah/ Jajahan

Tuan Punya

Berdaftar atau

Pendudukan yang direkodkan

Keluasan lot

Anggaran Luas yang Akan

Diambil

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

c      Tarikh Tanah Dikehendaki:

 

Pengesahan

 

Saya mengesahkan bahawa butir-butir tanah ini telah disemak dengan rekod Pejabat Tanah yang berkenaan dan disahkan benar.

 

 

                                                                       ………………………………………………                                                                                                                    (Tandatangan Pegawai Projek)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN ‘C’

 

SENARAI SEMAK 

PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH 

DI BAWAH SEKSYEN 4

 

 

       Nama Projek       : ………………………………………………………………

 

                                 ………………………………………………………………

 

BIL

TINDAKAN

TANDAKAN (√)

LENGKAP

TIDAK LENGKAP

 

1.

 

 

2.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelan Pengambilan Tanah yang lengkap.

 

 

Pengesahan peruntukan yang mencukupi untuk membiayai kos pampasan kerosakan akibat kerja-kerja ukur dan kajian tanah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN ‘D’

SENARAI SEMAK 

PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH

                   DI BAWAH SEKSYEN 8

 

 

       Nama Projek       : ………………………………………………………………

 

                                 ………………………………………………………………

 

 

BIL

TINDAKAN

TANDAKAN (√)

LENGKAP

TIDAK LENGKAP

 

1.

 

2.

 

3.

 

4.

 

5.

 

 

6.

 

 

7.

 

Pelan Pengambilan Tanah yang lengkap.

 

Sijil Carian Rasmi/Persendirian yang terkini.

 

Ulasan dari Jabatan-Jabatan Teknikal.

 

Ulasan dari Jabatan Alam Sekitar *

 

Persetujuan Jawatankuasa Pembangunan Daerah atau Jawatankuasa seumpamanya.

 

Pengesahan peruntukan yang mencukupi termasuk kos penandaan dan lain-lain kos.

 

Surat Perakuan segera (Borang I) .*

 

 

 

 

*Potong jika tidak perlu

 



 


         


 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lampiran (4)

CAJ BAYARAN LEWAT (8%)

AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960

 

BIL

PERKARA

JENIS

BAYARAN

TEMPOH

KIRAAN CAJ

SEKSYEN

 

1.

 

 

 

 

 

2.

 

 

 

 

 

 

 

 

3.

 

 

 

 

 

 

4.

 

 

 

 

 

 

5.

 

 

 

 

 

 

 

 

6.

 

Tidak membayar atau tidak mendeposit pampasan ke Mahkamah.

 

 

 

Tidak membayar atau tidak mendeposit pampasan ke Mahkamah.

 

 

 

 

 

 

Semasa membuat bayaran pampasan yang ditahan (25%) sama ada, ada pengurangan atau tidak oleh Mahkamah.

 

 

Semasa membuat bayaran pampasan yang ditahan (25%) sama ada, ada pengurangan atau tidak oleh Mahkamah.

 

 

Membayar bayaran penyelarasan selepas ukur halus.

 

 

 

 

 

 

Membayar bayaran pampasan selepas mendapat perintah Mahkamah.

 

 

Bayaran

Pampasan (100%).

 

 

 

Bayaran

Pampasan

(75%)         yang

tertakluk kepada seksyen 29A(1).

 

 

Bayaran pampasan 75% telah dibayar.

 

 

 

 

Bayaran pampasan 75% tidak dibayar.

 

 

 

 

Bayaran pampasan bagi kawasan yang lebih dan nilai bayaran             ikut nilaian   pada Borang G.

 

 

Bayaran

pampasan yang     lebih tinggi daripada

award Pentadbir Tanah.

 

 

 

Pada atau sebelum “due

date”

 

 

 

Pada atau sebelum “due

date”

 

 

 

 

 

 

Pada atau sebelum “due date”.

 

 

 

 

Pada atau sebelum “due date”.

 

 

 

 

-

 

 

 

 

 

 

 

 

-

 

Dari tarikh ‘due date’ hingga bayaran pampasan 100% atau deposit 100% dibuat.

 

 

Dari tarikh ‘due date’ hingga bayaran pampasan 75% atau deposit 75% dibuat.

 

 

 

 

 

Caj kepada amaun 25% di kira dari tarikh bayaran pampasan 75% hingga tarikh bayaran 25% dibuat.

 

 

 

Caj kepada amaun 25% di kira dari tarikh “dua date” hingga bayaran atau deposit 75% dibuat.

 

 

 

Caj kepada amaun yang lebih di kira dari tarikh “taking possession’ atau pampasan dibayar yang mana dahulu hingga tarikh bayaran lebih itu dibuat.

 

 

 

Caj kepada bayaran yang lebih itu di kira dari tarikh “taking possession’ hingga tarikh bayaran lebih dibuat kepada orang berkepentingan atau kepada Mahkamah.

 

 

32(1)

 

 

 

 

 

32(1A)

 

 

 

 

 

 

 

 

29A(5)

 

 

 

 

 

 

32(1B)

 

 

 

 

 

 

32(2)

 

 

 

 

 

 

 

 

48

 

 

 

 

 

KAEDAH KIRAAN CAJ BAYARAN LEWAT SEKSYEN 32(1) AKTA PENGAMBILAN TANAH

 

PROJEK : TAPAK PEJABAT IMIGRESEN TANJUNG, KOTA BHARU

MUKIM : PENDEK

         

         

 

LOT

 

PENERIMA

 

AWARD

BORANG ‘H’

 

 

TARIKH

TERIMA

BORANG ‘H’/

PENGELUARAN

BORANG ‘K’ (PERAKUAN

SEGERA)

 

 

GENAP

MASA

 

TARIKH

BAYARAN

 

JUMLAH

HARI

LEWAT

 

CARA 

PENGIRAAN

 CAJ

 

AMAUN 

CAJ LEWAT

 

Lot 123

PT 65

 

 

 

Lot 456

PT 84

 

 

 

 

Lot 787

PT 910

 

Roslan bin Daud

KP:650724045263

 

 

 

Nor Aini bt.

Sulaiman

KP:690904086263

 

 

 

Uwis Qorni bin

Abdullah

KP:680803066752

 

RM123,748.00

 

 

 

 

RM 61,874.00

 

 

 

 

 

RM 60,624.00

 

22.09.02

 

 

 

 

22.09.02

 

 

 

 

 

22.09.02

 

21.12.02

 

 

 

 

21.12.02

 

 

 

 

 

21.12.02

 

21.12.03

 

 

 

 

26.02.03

 

 

 

 

 

26.02.03

 

67 hari

 

 

 

 

67 hari

 

 

 

 

 

67 hari

 

123,748.00 x 8% x 67

---------------------------

365

 

 

61,874.00 x 8% x 67

---------------------------

365

 

 

 

60,624.00 x 8% x 67

---------------------------

365

 

 

RM1,817.23

 

 

 

 

RM 908.61

 

 

 

 

 

RM 890.25

 

 

 

 

 

 

 

 

JUMLAH

 

RM3,616.09

 

                              

 


 


 


Lampiran (6)

 

PERMOHONAN JABATAN / AGENSI PENGGUNA UNTUK PENGAMBILAN TANAH BAGI TUJUAN MENGGUNAKAN TANAH MILIK SECARA SEMENTARA

DI BAWAH (BAHAGIAN VII) AKTA PENGAMBILAN TANAH, 1960

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

1. Membuat Permohonan

 

(i)  JAP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(a)        JAP berunding dengan PTG / PTD bagi tujuan memohon penggunaan tanah secara sementara.

 

(b)        Tempoh kegunaan tanah hendaklah tidak lebih daripada tiga (3) tahun dan selepas itu tanah berkenaan akan dikembalikan semula kepada tuan tanah.

 

(c)        JAP perlu memastikan perkaraperkara yang berikut:

 

(i)               mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi untuk membayar pampasan dan kos pemulihan tanah (Jika perlu dapatkan ulasan Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH); dan

 

(ii)          tempoh jangkamasa tanah dikehendaki, tarikh yang dijangka untuk memasuki tanah dan   tarikh mengembalikannya kepada tuan tanah.

 

(d)        JAP mengemukakan kepada PTD permohonan rasmi pengambilan tanah di bawah Seksyen 57, APT 1960 beserta pelan  pengambilan yang lengkap (mengikut skala) yang mengandungi:

 

 

 

 

Seksyen 57,

APT 1960

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

(i)           butir-butir tanah terkini seperti senarai No. lot/PT yang terlibat, nombor hakmilik, Mukim dan Daerah di mana tanah tersebut berada;

 

(ii)          bilangan Salinan pelan yang mencukupi; dan menggunakan warna yang berlainan untuk menandakan kawasan dan

 

(iii)        status tanah yang terlibat dengan pengambilan iaitu warna merah (tanah berimilik), kuning (tanah kerajaan), hijau (tanah rizab hutan) dan biru (tanah rizab sungai).

 

 

 

2.   Menerima dan Mengemukakan Permohonan.

 

(j) PTD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PTD menerima, menyemak dan mengemukakan permohonan  kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan disalinkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

 

 

 

3.    Memproses Permohonan

 

      (j) PTD

 

 

 

 

 

(a)   PT memproses permohonan untuk menggunakan tanah milik secara sementara bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (MMK).

 

(b)  PT mengeluarkan Borang ’Q’ kepada tuan tanah (disalinkan kepada JAP dan PTG) yang menetapkan tempoh jangkamasa tanah dikehendakki, tarikh siasatan untuk merundingkan bayaran pampasan dengan tuan tanah.

 

 

 

LANGKAH UTAMA

PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL

PERHATIAN

RUJUKAN

 

(c)   PT akan mengadakan rundingan / siasatan berhubung bayaran pampasan kepada tuan tanah dan wakil KJP perlu hadir.

 

 

 

4.   JAP Memasuki Tanah.

 

(i)   JAP

 

 

 

 

(a)     Apabila JAP menerima perintah bayaran pampasan (sama ada secara pukal atau berkala) daripada PT, maka JAP hendaklah menguruskan penyediaan bayaran sama ada melalui EFT /Cek kepada Tuan Tanah  dan dihantar melalui Pentadbir Tanah.

 

(b)     JAP boleh memasuki tanah sebagaimana tarikh yang dinyatakan dalam Borang ‘Q’.

 

 

 

5.  Mengembalikan

Tanah Kepada

Tuan Tanah

 

(i)   JAP

 

 

 

 

 

Setelah selesai penggunaan tanah dan keadaan tanah telah dipulihkan seperti keadaan asal dengan perbelanjaan JAP, maka JAP hendaklah memaklumkan kepada PT cadangan tarikh untuk mengembalikan tanah tersebut kepada tuan tanah.

(Disalinkan kepada PTG)

 

 

Catatan;

 

Carta Aliran seperti di Lampiran (7)’.

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 


2 ulasan:

Zura berkata...

MK oh MK boleh copy paste yey... Malas nak buat.... Nak print saja...

izuafdie berkata...

ok boleh, benda baik kongsi2..

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...