Khamis, 16 Jun 2022

Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah Hendaklah Menjamin Ketepatan Pelan-pelan Untuk Hak Milik Sementara Akibat Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Dan Penyatuan Tanah

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 5, 186(1), 137(1)(b), 142(1)(b), 148(1)(b) Kanun Tanah Negara (KTN) 1965:

a)   Seksen 5 KTN; "pre-computation plan" means a plan of the layout of lots prepared by Director of Survey and Mapping or licensed land surveyor showing the intended new boundaries and areas of those lots which are based on computation from existing survey data and other relevant data, where the linear misclosure of the computation is not less than one part in four thousand;

b) 186. Contents of documents prepared on sub-division, partition of amalgamation. (1) Every document of qualified title prepared on the sub-division, partition or amalgamation of any alienated land or lands-

   (a) shall be prepared in the name of the person or body last registered as proprietor in the subsisting register document or documents (or, in cases of partition, in the name of such one of those persons or bodies as may be appropriate);

   (b) shall specify the date or dates on which the land or lands in question were first alienated, the title number or numbers originally allotted thereto and (if different) the number or numbers of the subsisting register document or documents; and

   (c) subject to the provisions of sub-sections (2) and (3), shall contain, except in so far as they relate to matters which have ceased to be effective, the like memorials, endorsements and other entries as are contained in the subsisting register document or documents.

c) 137. Applications for approval. (1) Any application by a proprietor for approval of the sub-division of any land shall be made in writing to the Land Administrator in Form 9A, and shall be accompanied by-

  (b) a pre-computation plan of the land showing the details of the sub-division, together with such number of copies thereof as may be prescribed or, in the absence of any such prescription, as the Land Administrator may require;

d) 142. Applications for approval. (1) Any application for approval of the partition of any land shall be made in writing to the Land Administrator in Form 9B, and shall be accompanied by-

   (b) a plan of the land on a scale sufficient to satisfy the Land Administrator of all details of the partition, together with such number of copies thereof as may be prescribed or, in the absence of any such prescription, as the Land Administrator may require;

e) 148. Applications for approval. (1) Any application for approval of the amalgamation of any lots shall be made in writing to the Land Administrator in Form 9C, and shall be accompanied by-

    (b) a plan showing the lots to be amalgamated, together with such number of copies thereof as may be prescribed or, in the absence of any such prescription, as the Land Administrator may require;

2. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/2022; 'Menjamin Ketepatan Pelan-pelan Untuk Hak Milik Sementara.'


Perkara Berkaitan Pentadbiran Tanah:

 

1. Merujuk Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 8/2022 di atas, ia dikeluarkan bertujuan sebagai panduan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan untuk menjamin mutu dan ketepatan pelan bagi hak milik sementara akibat permohonan pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan.

2.  Justeru itu, Mana-mana tanah yang dipegang dalam hak milik muktamad dan dipohon oleh tuan tanah kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah untuk mendapatkan umpukan hak milik sementara selepas kelulusan boleh berbuat demikian selaras dengan subseksyen 183(1) Kanun Tanah Negara [Akta 828] bagi permohonan pecah sempadan, seksyen 184 Akta 828 bagi permohonan pecah bahagi dan subseksyen 185(1) Akta 828 bagi penyatuan tanah.

3. Sehubungan itu, ianya selaras dengan subseksyen 186(1) Akta 828, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah perlu memastikan bahawa umpukan hak milik sementara perlulah mengandungi perkara-perkara berikut:-

(a) Disediakan atas nama orang atau badan yang terakhir didaftarkan sebagai pemilik berdaftar;

(b) Menyatakan tarikh tanah itü diberimilik dan nombor hak milik asalnya; dan 


(c) Mengandungi kesemua memorial, endorsan atau kemasukan yang masih berkuat kuasa dari dokumen hak milik asal.


4. Oleh demikian, hak milik-hak milik sementara yang akan didaftarkan bagi hasil umpukan permohonan pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan perlu  dipastikan ketepatannya oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah berasaskan pelan-pelan permohonan yang diterimanya seperti berikut:-

 

(a) Bagi permohonan pecah sempadan, pelan hak milik sementara perlulah disemak berasaskan pelan pra-pengiraan yang dikemukakan semasa permohonan selaras dengan subsekseyan 137(1)(b) Akta 828;

 

(b) Bagi permohonan pecah bahagian, pelan hak milik sementara sambungan perlulah disemak berasaskan pelan menurut satu skala yang cukup ("on a sca/e sufficient") yang dikemukakan semasa permohonan selaras dengan subseksyen 142(1)(b) Akta 828; dan


(c) Bagi permohonan penyatuan, pelan hak milik sementara disemak dengan pelan yang menunjukkan penyatuan semua lot-lot tanah terlibat selaras dengan subseksyen 148(1)(b) Akta 828. 

5. Seterusnya, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah adalah dinasihatkan untuk menyemak pelan-pelan yang disediakan oleh Juruukur Tanah Berlesen bagi penyediaan dokumen hak milik adalah tepat dan mempunyai tanda-tanda sempadan. Ini adalah kerana tanggungjawab mendaftarkan hak milik-hak milik tersebut adalah di bawah Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah dan ketepatan maklumat tanah adalah salah satu ciri jaminan ketidaksangkalan sesuatu dokumen hak milik. Jika wujud kesangsian dan perbezaan antara pelan yang disediakan oleh Juruukur Tanah Berlesen bagi penyediaan pelan dokumen hak milik sambungan dengan pelan prapengiraan dan pelan menurut satu skala yang cukup ("on a scale sufficient yang diluluskan") oleh Pihak Berkuasa Negeri, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah perlu memaklumkan kepincangan ini dengan kadar segera kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.


Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah hendaklah menjamin ketepatan pelan-pelan untuk hak milik sementara akibat Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Penyatuan Tanah yang tepat dan lengkap selaras mematuhi kehendak Kanun Tanah Negara 1965 dan Pekeliling-pekeliling berkaitan.

        Justeru itu, dengan adanya pelan hak milik sementara yang sempurna dapat membantu Pendaftar Hakmilik untuk menyediakan dan mendaftar hak milik sementara, serta dapat membantu Pentadbir Tanah khususnya atau pentadbiran tanah amnya dalam membuat penyediaan hak milik tanah di atas setiap hak milik sementara yang didaftarkan



Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...