Jumaat, 17 Jun 2022

GM KLANG (MEMORY 2022)

 


BANDAR Diraja Klang, yang terletak di lokasi strategik di tebing Sungai Klang memiliki sejarah panjang sebagai pusat komersil penting dalam kalangan pedagang yang hadir mengikut jalan air dari Selat Melaka.

Kini, kawasan tersebut terus memainkan peranan sebagai pusat ekonomi rakyat tempatan dengan menempatkan pusat beli belah borong terbesar di Malaysia, GM Klang yang mempunyai lebih 2,500 kedai di bawah satu bumbung.

Selain menawarkan pelbagai rangkaian produk termasuk fesyen, penjagaan diri & kesihatan, dekorasi & keperluan rumah, aksesori & keperluan perkahwinan, hadiah & cenderamata, permainan serta barangan teknologi maklumat (IT), ia turut dilengkapi fasiliti selesa dengan penyediaan pelbagai restoran serta tarikan menarik untuk seisi keluarga.

Tidak hairanlah GM Klang berjaya menarik sekitar tujuh juta pengunjung setahun sebelum pandemik melanda.



Pelancaran kempen GM Love Klang pada 2018 telah menempatkan gedung tersebut di posisi unik untuk mempromosikan Klang sebagai lokasi pelancongan sehingga dilantik sebagai Duta Pelancongan Bandar Klang oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Kempen tersebut bermula dengan projek Photo Wall yang memperlihatkan lokasi menarik dan bersejarah di Klang, sebelum diperluaskan bagi mempamerkan keunikan budaya serta gaya hidup masyarakat setempat seperti di Pandamaran dan Pulau Ketam







Pengwujudan GM Heritage X-plore pada Julai 2019, terdiri daripada 16 tema mural tiga dimensi pula menambah daya tarikan GM Klang tidak sekadar sebagai lokasi membeli-belah pada harga borong, malah tempat untuk bersiar-siar, bergambar dan mencipta kenangan manis bersama rakan serta keluarga.

Inisiatif pelancongan GM Klang yang turut disokong oleh Tourism Malaysia dan Tourism Selangor bakal diteruskan dengan penciptaan seni pahat di Laman Seni Safari Jejak Warisan Klang di Jalan Tengku Kelana, Klang bagi meningkatkan nilai pelancongan di daerah tersebut.

Projek terbaharu itu diharapkan akan menarik lebih ramai pengunjung ke Klang, terutamanya selepas pandemik tamat.





Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...