Khamis, 9 Jun 2022

KEPERLUAN PENTADBIR TANAH UNTUK MENYEDIAKAN JALAN KELUAR MAŞUK BAGI PERMOHONAN PECAH SEMPADAN DAN BAHAGIAN SELARAS DENGAN KEHENDAK SUBSEKSYEN 136(1)(h) KANUN TANAH NEGARA [AKTA 828]

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 136(1)(h):

136. Conditions for approval of sub-division.

(1) No sub-division shall be approved by the State Director or, as the case may be, Land Administrator unless the following conditions are satisfied-

(h) that, except in the case of any sub-divisional portion from which there will be direct access thereto, a satisfactory means of access will be available as of right from each such portion either to a road, a river, a part of the foreshore or a railway station, or to a point within the land from which such a means of access will be available or be capable of being obtained by application to the Land Administrator under Part Twenty-eight 

2. Borang 9B (seksyen 142), para 3 dan 4:

3. *I/We hereby declare that, as shewn on the attached plan, a satisfactory means of access to each portion (other than any portion from which there will be direct access to a road, a river, a part of the foreshore or a railway station, or to a point within the land from which such a means of access is capable of being obtained by application for a Land Administrator's right-of- way) is to be provided - 

*(i) over land which is to be treated as surrendered to the State Authority. 

*(ii) by a right of way to be declared by the Land Administrator. 

*4. With respect to the land to be treated as surrendered in accordance with sub-paragraph (i) above I/we hereby undertake to make up a road to the standard specified by the State Authority.

3. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 9/2022; ‘Keperluan Menyediakan Jalan Keluar Masuk Selaras Dengan Kehendak Subseksyen 136(1)(h) Kanun Tanah Negara [Akta 828]’.

  

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1. Merujuk Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 9/2022 di atas, ia dikeluarkan bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam penyediaan jalan keluar masuk bagi permohonan pecah sempadan atau pecah bahagian tanah selaras dengan subseksyen 136(1)(h) Kanun Tanah Negara [Akta 828].

 

2. Ini adalah kerana, permohonan pecah sempadan dan pecah bahagian tanah akan mewujudkan petak-petak tanah baru yang akan dipegang di bawah hak milik-hak milik yang berasingan dan dengan itu selaras dengan subseksyen 136(1)(h) Akta 828 adalah perlu satu jalan keluar masuk diadakan bagi tiap-tiap petak itu menghubungi ke satu perhentian awam ('public terminal') sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 387 Akta 828 yang merujuk tepi pantai, suatu sungai, stesen kereta api atau jalan awam.

 

3. Justeru itu, bagi memenuhi keperluan subseksyen 136(1)(h) Akta 828, Pentadbir Tanah perlulah mengambil perhatian jika tanah-tanah yang terlibat dengan permohonan pecah sempadan atau pecah bahagian adalah tertakluk kepada kawasan yang telah diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk mempunyai ciri-ciri yang diperincikan dalam pengisytiharan tersebut, selaras dengan peruntukan sub seksyen 136(2)(a) Akta 828 adalah memenuhi kehendak subseksyen 136(1)(h) Akta 828 jika tuan tanah berdaftar bersetuju dalam permohonannya seperti berikut:-

(a) akan membina jalan keluar masuk ke petak-petak tanah tersebut mengikut piawaian yang dinyatakan di dalam pengisytiharan tersebut; dan

(b) kawasan yang dijadikan jalan keluar masuk ke petak-petak tanah tersebut adalah dianggap telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri..

 

4. Sehubungan itu, Pentadbir Tanah adalah dinasihatkan untuk menggunakan borang di (Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 9/2022) atau seumpamanya untuk melaksanakan pengisytiharan kawasan yang perlu mempunyai ciri-ciri jalan keluar masuk yang diperincikan.

5. Oleh demikian, bagi tanah-tanah yang tidak termasuk dalam kawasan yang diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri maka selaras dengan peruntukan subseksyen 136(2)(b) Akta 828 adalah memenuhi kehendak subseksyen 136(1)(h) Akta 828 jika tuan tanah berdaftar bersetuju dalam permohonannya seperti berikut:-

(a) bahawa tanah yang dikenalpasti untuk dijadikan jalan keluar maşuk ke petak-petak tanah adalah terserah kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk dibina jalan keluar maşuk atas tanah Kerajaan selepas itu; atau

(b) satu cadangan untuk menyediakan jalan persendirian ke petak-petak tanah sebagai jalan keluar maşuk dan hak milik berasingan dikeluarkan ke atas jalan persendirian tersebut; atau

(c) memberikan kebenaran untuk diwujudkan hak lalü lalang Pentadbir Tanah..

6. Kesimpulannya, dalam perkara penyediaan jalan keluar maşuk perlulah memenuhi kesemua peruntukan perundangan di bawah Akta 828 dan perlulah dipersetujui oleh tuan tanah berdaftar melalui perakuannya dalam permohonan pecah sempadan atau pecah bahagi. Syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Teknikal atau Pihak Berkuasa Tempatan tidak boleh mengenepikan perkara-perkara asas di bawah subseksyen 136(1)(h) dan 136(2)(a) dan (b) Akta 828.

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran Tanah dapat membuat semakan semula proses permohonan pecah sempadan atau pecah bahagian tanah selaras dengan subseksyen 136(1)(h) Kanun Tanah Negara [Akta 828] dan mematuhi kehendak Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 9/2022.

Justeru itu, dengan semakan semula dan pematuhan  Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian dengan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dapat membantu Pentadbir Tanah dalam membuat tindakan yang tepat, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Undang-undang Negara.

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...