Isnin, 20 Jun 2022

KEPERLUAN PENTADBIRAN TANAH UNTUK MENGUSULKAN KEPADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (MMK) BAGI MEWUJUDKAN ‘JAWATANKUASA PENYELESAIAN HAKMILIK ‘INTERIM REGISTER’ (IR) PULAU PINANG’ UNTUK MENYELESAIKAN ISU DOKUMEN HAKMILIK YANG TIDAK SEMPURNA

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Seksyen 419. Kanun Tanah Negara 1965:

419. Power of Registrar and Land Administrator to refer questions to the Court.

(1) The Registrar and, subject to sub-section (3), any Land Administrator may, if he considers it necessary or desirable to do so, refer to the Court any question arising in the exercise or performance of any power of duty conferred or imposed on him by or under this Act.

(2) Any such reference shall be made in accordance with the provisions of any written law for the time being in force relating to civil procedure; and the Court shall on any such reference either determine the question in issue or make such other order as it may consider appropriate in the particular circumstances of the case.

(3) No Collector shall refer any question to the Court pursuant to this section except with the prior approval in writing of the State Director.

 

4. Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 14/1980; ‘Pembatalan Dokumen Hakmilik Yang Tidak Sempurna Oleh Mahkamah (Disemak 2007)’.

 

 

Perkara Berkaitan Pentadbiran Tanah:

 

1. Berdasarkan pemerhatian, didapati bahawa Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah sukar untuk menyelesaikan isu dan permasalahan berbangkit terhadap dokumen hakmilik yang tidak sempurna seperti di dalam ‘Interim Register’ (IR) yang tidak dapat diselesaikan di bawah ‘National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963’ [Act 518], setelah akta ini telah tidak digunakan lagi.

 

2. Tindakan di atas perlulah mematuhi kehendak seksyen 419. Kanun Tanah Negara 1965 dan Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 14/1980; ‘Pembatalan Dokumen Hakmilik Yang Tidak Sempurna Oleh Mahkamah (Disemak 2007)’. Di mana wujudnya dokumen hakmilik yang tidak sempurna itu adalah disebabkan oleh kesilapan atau kelalaian Pendaftar ataupun Pentadbir Tanah. Undang-undang tidak memberi kuasa atau membolehkan Pendaftar atau Pentadbir Tanah untuk membatalkan dokumen hakmilik tersebut. Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas Pendaftar atau Pentadbir Tanah untuk mendapatkan keputusan Mahkamah mengenai sesuatu dokumen hakmilik yang tidak sempurna itu (seksyen 417 Kanun Tanah Negara 1965). Setiap dokumen hakmilik itu mewujudkan kepentingan dan hak mengenai sesebidang tanah (seksyen 92 atau subseksyen 176(2) Kanun Tanah Negara 1965) dan pemilik berdaftar adalah dianggap mempunyai hak dan kepentingan ke atasnya melainkan ada keputusan sebaliknya.

 

3. Justeru itu, Sesuatu dokumen hakmilik tidak boleh dibatalkan atau digantikan sebab ianya tidak sempurna. Dokumen hakmilik sedemikian hanyalah boleh dibatalkan selepas mendapat keputusan Mahkamah bahawa ianya tidak sah. Oleh itu tindakan yang perlu diambil ialah mendapatkan perintah Mahkamah yang sedemikian dengan membuat permohonan menurut seksyen 419 Kanun Tanah Negara 1965.

 

4. Sehubungan itu, permohonan kepada Mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa sesuatu dokumen hakmilik itu tidak sah mungkin menyebabkan orang yang terlibat itu menuntut pampasan kerana kehilangan hak dan kepentingannya. Oleh yang demikian, persetujuan Pihak Berkuasa Negeri adalah perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum rujukan dibuat ke Mahkamah.

 

5. Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah adalah dengan ini dinasihatkan bahawa sesuatu dokumen hakmilik yang tidak sempurna tidaklah boleh dibatalkan ataupun diperbetulkan dan tindakan yang patut diambil ialah membuat permohonan kepada Mahkamah menurut seksyen 419 Kanun Tanah Negara 1965 selepas mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.

 

6. Walaubagaimanapun, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah boleh membuat siasatan dengan mengeluarkan Borang 2A (Notis Mengenai Siasatan) dibawah seksyen 27 Kanun Tanah Negara 1965 untuk menjalankan siasatan kepada sesiapa yang berkepentingan ke atas dokumen hakmilik yang tidak sempurna tersebut seperti di dalam ‘Interim Register’ (IR) dan individu yang berkenaan selaras mematuhi kehendak akta:

27. Notice of enquiry.

Before holding any enquiry, the Land Administrator shall-

(a) publish, in such manner as he may consider appropriate in the circumstances of the case, a notice thereof in Form 2A; and

(b) serve on every person or body who is to his knowledge interested in the subject-matter thereof a copy of that notice, to which shall be appended the additional notice set out in the supplement to that Form.

 

7. Oleh demikian, saya mencadangkan Satu Jawatankuasa Penyelesaian Hakmilik ‘Interim Register’ (IR) Negeri Pulau Pinang hendaklah ditubuhkan untuk menyelesaikan isu dokumen hakmilik yang tidak sempurna seperti di dalam ‘Interim Register’ (IR) yang tidak dapat diselesaikan di bawah ‘National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963’ [Act 518], setelah akta ini telah tidak digunakan lagi. Kaedah dicadangkan ialah dengan mengemukakan permohonan pengambilan tanah sama ada melalui pengistiharan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) jika sekiranya tanah milik yang dicadang untuk dibuat pengambilan tersebut perlu dibuat siasatan hakmilik dan tapak terlebih dahulu ataupun boleh terus menggemukakan permohonan untuk dibuat pengistiharan di bawah Seksyen 8, APT 1960 jika sekiranya hakmilik atau tanah tersebut telah dipastikan sesuai untuk dibuat pengambilan (seperti lampiran).

 

8.     Dana peruntukkan kos pengambilan tanah hendaklah disediakan Kerajaan Negeri terlebih dahulu, dan akan memperolehi semula perolehan dana kewangan melalui pelupusan semula melalui permohonan pemberimilikan, atau Lesen Pendudukan Sementara kepada pihak yang mengusaha tanah atau tapak tersebut kepada pihak berkepentingan.

 

9.     Bayaran saguhati (‘ex gratia’) tidak akan diberikan kepada pemilik-pemilik bangunan di atas tanah atau tapak ini kerana Pihak Berkuasa Negeri PBN akan memberi kelulusan serentak pengambilan tanah dan pelupusan semula melalui permohonan pemberimilikan, atau Lesen Pendudukan Sementara kepada mereka.

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran tanah:

 

Pentadbiran ini dapat membuat Kertas Cadangan Khas/khusus kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk mewujudkan penubuhan jawatankuasa di atas.

Justeru itu, dengan tubuhnya jawatankuasa ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam mengurus ‘Interim Register’ (IR) yang tidak dapat diselesaikan, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang.




GARIS PANDUAN

PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA PENYELESAIAN HAKMILIK ‘INTERIM REGISTER’ (IR) NEGERI PULAU PINANG



KANDUNGAN

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

6.0 PERTANYAAN



GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA PENYELESAIAN HAKMILIK ‘INTERIM REGISTER’ (IR) NEGERI PULAU PINANG

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

Satu Jawatankuasa Penyelesaian Hakmilik ‘Interim Register’ (IR) Negeri Pulau Pinang hendaklah ditubuhkan untuk menyelesaikan isu dokumen hakmilik yang tidak sempurna seperti di dalam ‘Interim Register’ (IR) yang tidak dapat diselesaikan di bawah ‘National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963’ [Act 518], setelah akta ini telah tidak digunakan lagi. Kaedah dicadangkan ialah dengan mengemukakan permohonan pengambilan tanah sama ada melalui pengistiharan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) jika sekiranya tanah milik yang dicadang untuk dibuat pengambilan tersebut perlu dibuat siasatan hakmilik dan tapak terlebih dahulu ataupun boleh terus menggemukakan permohonan untuk dibuat pengistiharan di bawah Seksyen 8, APT 1960 jika sekiranya hakmilik atau tanah tersebut telah dipastikan sesuai untuk dibuat pengambilan.

 

Dana peruntukkan kos pengambilan tanah hendaklah disediakan Kerajaan Negeri terlebih dahulu, dan akan memperolehi semula perolehan dana kewangan melalui pelupusan semula melalui permohonan pemberimilikan, atau Lesen Pendudukan Sementara kepada pihak yang mengusaha tanah atau tapak tersebut kepada pihak berkepentingan.

 

        Bayaran saguhati (‘ex gratia’) tidak akan diberikan kepada pemilik-pemilik bangunan di atas tanah atau tapak ini kerana Pihak Berkuasa Negeri PBN akan memberi kelulusan serentak pengambilan tanah dan pelupusan semula melalui permohonan pemberimilikan, atau Lesen Pendudukan Sementara kepada mereka.

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

2.1    Jawatankuasa ini, kecuali jawatan Setiausaha, hendaklah dianggotai oleh semua ketua/wakil jabatan Kerajaan Negeri yang berkenaan. Jawatankuasa ini terdiri dari:

 

(i) Pengerusi (Dicadangkan YB Setiausaha Kerajaan Negeri)

(ii) Timbalan Pengerusi (Dicadangkan YB Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri)

(iii) Setiausaha (Dicadangkan Setiausaha Bahagian Perancang

Ekonomi [BPN])

(iv) Ahli-Ahli (Dicadangkan):

- Wakil Pejabat PTG (Pendaftaran).

- Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik DBD.

- Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik DTL.

- Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik SPS.

- Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik SPT.

- Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik SPU.

- Lain-lain wakil ditentukan oleh Pengerusi.

 

2.2    Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah melantik dan memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa. Kehadiran ahli mesyuart khas hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

2.3    Pengerusi hendaklah melantik Setiausaha dari jabatan sendiri atau jabatan lain.

2.4    Jawatankuasa ini hendaklah dipilih mengikut keperluan semasa.

(i) Pengerusi

(ii) Timbalan Pengerusi

(iii) Setiausaha

(iv) Ahli-Ahli

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

Mesyaurat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya setahun empat (4) kali dan kehadiran ahli mesyarat hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

Laporan mesyuarat hendaklah dikemukakan dalam tahun semasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

5.1    Memantau dan mengawasi prestasi isu/perkara berbangkit berhubung penyelesaian Hakmilik ‘Interim Register’ (IR) melalui kaedah permohonan pengambilan tanah dan pelupusan semula melalui permohonan pemberimilikan, atau Lesen Pendudukan Sementara:

5.2    Bertindak sebagai pengantara perhubungan di antara Kerajaan Negeri dan pihak berkepentingan  Hakmilik ‘Interim Register’ (IR) dalam mencari penyelesaian bersama mengenai isu/perkara berbangkit melalui kaedah permohonan pengambilan tanah dan pelupusan semula melalui permohonan pemberimilikan, atau Lesen Pendudukan Sementara:

5.3  Menimbangkan dan menyelaras secara bersama isu/perkara berbangkit berhubung penyelesaian Hakmilik ‘Interim Register’ (IR) melalui kaedah permohonan pengambilan tanah dan pelupusan semula melalui permohonan pemberimilikan, atau Lesen Pendudukan Sementara.

5.4  Membantu agensi Kerajaan Negeri (Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik) berhubung isu/perkara berbangkit berhubung penyelesaian Hakmilik ‘Interim Register’ (IR) melalui kaedah permohonan pengambilan tanah dan pelupusan semula melalui permohonan pemberimilikan, atau Lesen Pendudukan Sementara.

5.5   Mengemukakan apa jua pandangan dan cadangan lain kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

5.6   Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik serta mencapai hasrat ‘Penang 2030’.

5.7    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat dasar-dasar kerajaan selaras peruntukkan undang-undang semasa dan tadbir urus teratur secara bersama serta adil kepada pihak berkepentingan  Hakmilik ‘Interim Register’ (IR).

 

 

 

6.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Jawatankuasa ini bolehlah menghubungi jabatan berikut:

 

(a)        Setiausaha,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tingkat 25,

KOMTAR, 10503 Pulau Pinang,

MALAYSIA.

(Telefon: 04-2621957/Fax: 04-2633010)

 

(b)        Pengarah,

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,

Tingkat 3, 21 & 22,

KOMTAR, 10503 Pulau Pinang,

MALAYSIA.

                (Telefon: 04-6505211/Fax: 04-261958

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...