Khamis, 9 Jun 2022

Sempena Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci Musim Haji 1443H/2022M

 

TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA KE TANAH SUCI MUSIM HAJI 1443H/2022M

4 JUN 2022 (SABTU) | 9.30 PAGI DEWAN MENTARI
MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE KLIA, SEPANG


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan izin-Nya kita dapat bersama-sama pada pagi yang penuh keberkatan ini.

2. Terima kasih kepada Tabung Haji kerana menjemput saya ke majlis mengucap selamat jalan kepada Jemaah Haji Malaysia yang akan berangkat ke Tanah Suci Madinah Al- Munawwarah.

3. Tahniah kepada Keluarga Malaysia yang telah terpilih menjadi tetamu Allah SWT ke Baitullah pada tahun ini.

4. Alhamdulillah, selepas dua tahun ibadah haji tertangguh akibat pandemik COVID-19, tahun ini dengan izin-Nya kita dapat mengerjakan semula ibadah Haji.

5. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Kerajaan Arab Saudi kerana membenarkan jemaah haji kita menyertai jemaah hajicdari negara lain untuk menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu.

6. Saya dan Keluarga Malaysia mendoakan agar seluruh jemaah selamat tiba di Tanah Suci dan kembali dengan Haji yang mabrur. Insya-Allah.

7. Saya memohon jemaah haji kita turut mendoakan agar Malaysia terus berjaya, aman damai serta makmur dan sejahtera.

8. Ketika berada di Tanah Suci, tumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah. Jagalah nama baik Tabung Haji dan Malaysia serta jadilah jemaah Haji yang boleh diteladani oleh dunia Islam.

9. Akhir sekali, saya menyarankan supaya semua jemaah mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh Tabung Haji dan juga pihak berkuasa Arab Saudi.

Sekian,

Wabillahi Taufik Wal Hidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...