Selasa, 5 Januari 2021

PENTADBIR TANAH MENOLAK TERUS / RINGKAS PERMOHONAN DALAM KEADAAN TERTENTU

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. ‘Penurunan kuasa Pihak Berkuasa Negeri kepada Pentadbir Tanah di bawah Seksyen 13. Kanun Tanah Negara untuk menolak permohonan-permohonan yang tidak layak dipertimbangan dan kuasa untuk melulus permohonan tertentu.

 13. Delegation of powers of State Authority to State Director, etc. The State Authority may by notification in the Gazette delegate to the State Director, or to the Registrar, or to any Land Administrator or other officer appointed under sub-section (1) of section 12, the exercise or performance (subject to such conditions and restrictions as may be prescribed in the notification) of any powers or duties conferred or imposed on the State Authority by or under this Act:

(1) Provided that-

(i) this section shall not apply to any power of the State Authority under this Act to make rules;

(ii) this section shall not apply to any power of the State Authority under this Act to dispose of any land-

(a) within fifty metres of the bank of any such river as may be declared by the State Authority by notification in the Gazette;

(b) within fifty metres from the edge of any such lake or spring as may be declared by the State Authority by notification in the Gazette, with the edge of any such lake or spring to be delineated therein; and

(c) within fifty metres of any shoreline.

(iii) the giving of a notification under this section with respect to any power or duty shall not prevent the State Authority from itself exercising that power or performing that duty in any case where it appears to the State Authority expedient to do so.

(2) For the purposes of paragraph (ii) of the proviso to subsection (1), "river" includes a reservoir of water resulting from the damming of a river.

2. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013; ‘Panduan Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah’, Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1973; Tanah Yang Diambil Balik untuk Kegunaan Persekutuan (Disemak 2007) dan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1973; Pelantikan Pegawai Untuk Mengawal Tanah Rizab Persekutuan (Disemak 2007). 

3. Strategi baru urusan pentadbiran tanah berdasarkan kajian pentadbiran daerah dan tanah dengan tumpuan kepada urusan tanah’ (Bahagian Perundingan Pengurusan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri).

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah: 

1.   Cadangan ini adalah bertujuan untuk pentadbiran ini untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai tata cara dan carta alir bagi memproses permohonan pemberimilikan tanah dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) menurut Bahagian Lima, Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”) berhubung pelupusan tanah Kerajaan atau tanah Rizab. Supaya dapat memantapkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pentadbiran Tanah bagi mempercepatkan urusan melibatkan permohonan pemberimilikan tanah dan Lesen Pendudukan Sementara bertujuan mengatasi tunggakan permohonan yang tinggi.

2.   Justeru itu, Pentadbir tanah boleh membuat penolakan ringkas/terus (summary rejection) pada peringkat awal terhadap apa-apa permohonan tanah yang tidak boleh dipertimbangkan untuk dilupuskan mengikut peruntukan undang-undang, dasar dan arahan Pentadbiran Tanah semasa. 

3.   Selepas Juruteris membuat penandaan kawasan yang dipohon ke dalam syit piawai dan menyediakan laporan status tanah berdasarkan maklumat di atas syit piawai dan rekod-rekod lain yang berkaitan serta menyediakan pelan kawasan yang dipohon mengikut keperluan jabatan-jabatan teknikal. Seterusnya, Pembantu Tadbir akan mengemukakan laporan status tanah untuk mendapatkan keputusan Pentadbir Tanah yang akan memutuskan sama ada untuk membuat penolakan terus/ringkas (summary rejection) atau menerima permohonan untuk diproses ke peringkat seterusnya berdasarkan laporan status tanah. Jika permohonan dibuat penolakan terus, surat penolakan yang ditandatangani oleh Pentadbir Tanah akan dikeluarkan kepada pemohon. Sebaliknya jika permohonan diterima untuk diproses, Pembantu Tadbir akan membuka fail permohonan berpandukan Panduan Sistem Pendaftaran Fail dan merekodkan permohonan tersebut dalam Buku Rekod Permohonan Tanah dan mengeluarkan surat-surat bersama-sama pelan tapak yang telah ditandatangani oleh Pentadbir Tanah kepada jabatan-jabatan teknikal yang berkenaan untuk mendapatkan ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari. Pada masa yang sama, Pentadbir Tanah akan mengarahkan Penolong Pegawai Tanah supaya menyediakan laporan tanah. 

4.   Selain itu juga, Pentadbir Tanah boleh membuat penolakan terus/ringkas Permohonan jika:

(a) permohonan tidak menggunakan borang yang ditetapkan;

(b) borang permohonan tidak mengandungi butiran yang mencukupi untuk mengenal pasti tanah yang dipohon; dan

(c) tidak memenuhi keperluan tertentu seperti yang dikehendaki dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri. 

5.   Oleh demikian, Bersama ini disertakan contoh ulasan awal Pentadbir Tanah di Pulau Pinang (laporan status tanah) seperti lampiran.

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah: 

Pentadbiran tanah dapat membuat usaha-usaha penambahbaikan yang menyeluruh dan berterusan untuk dilaksanakan ke atas sistem pentadbiran tanah. Penolakan ringkas/terus (summary rejection) pada peringkat awal oleh Pentadbir Tanah ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem urusan tanah kepada orang ramai amnya dan Pentadbiran Tanah khususnya.



PEJABAT DAERAH DAN TANAH,

DAERAH                     ,

PULAU PINANG.

Fail            :                              

Tarikh        :                      

 

LAPORAN STATUS TANAH UNTUK MEDAPATKAN KEPUTUSAN PENTADBIR TANAH MENGENAI PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN / LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA DI ATAS TANAH KERAJAAN / RIZAB                                                                                                                                                                                                                                                                                                               .

 

Tandakan

X

Pada kotak yang berkenaan

 

 

Menerima permohonan ini kerana:

 

(a) permohonan menggunakan borang yang ditetapkan;

(b) borang permohonan mengandungi butiran yang mencukupi untuk mengenal pasti tanah yang dipohon; dan

(c) memenuhi keperluan tertentu seperti yang dikehendaki dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri.

 

 

Menolak dan kembalikan kepada pemohon permohonan ini kerana:

 

(a) permohonan tidak menggunakan borang yang ditetapkan;

(b) borang permohonan tidak mengandungi butiran yang mencukupi untuk mengenal pasti tanah yang dipohon; dan

(c) tidak memenuhi keperluan tertentu seperti yang dikehendaki dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri.

 

 

Menolak permohonan ini;

 

Penurunan kuasa Pihak Berkuasa Negeri kepada Pentadbir Tanah di bawah Seksyen 13. Kanun Tanah Negara untuk menolak permohonan-permohonan yang tidak layak dipertimbangan (surat PTG/PP/S/45(4) bertarikh 14/10/1993, Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang Bil. 1/80; Permohonan Untuk Pemberian milik Tanah Yang Terletak Atas Simpanan Jalan/Parit, dan Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang No. 751 bertarikh 26 Jun 2019).

 

 

 

Di atas simpanan jalan di dalam Kawasan 66’ dan 40’ untuk

 

 

Jalan Kerajaan kecuali permohonan untuk papan iklan dan gerai buah-buahan bermusim.

 

 

Di atas rizab sungai dalam Kawasan 50’ kecuali untuk jeti dan

 

 

lain-lain kegunaan yang berkaitan dengan Industri Perikanan

 

 

Di atas tanah rizab di bawah Seksyen 62. Kanun Tanah Negara

 

 

yang belum digunakan untuk tujuan perizaban tersebut.

 

 

Menolak permohonan ini;

Tanah Rizab Persekutuan; Ketua Pengarah Tanah dan Galian akan bertanggungjawab terus kepada Pihak Berkuasa Negeri mengenai sesuatu cadangan untuk memberi pajakan ataupun mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (LMS) bagi mana-mana Rizab Persekutuan dan seterusnya akan mengambil tindakan untuk mendapatkan keputusan Pihak Berkuasa Persekutuan selepas mendapat ulasan daripada Kementerian dan Ketua Jabatan pengguna (Pekeliling JKPTG bil. 9/1973).

 

 

Menolak permohonan ini;

 

Perkara 83(5) Perlembagaan membenarkan Kerajaan Persekutuan mengambil tanah secara paksa yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri manakala pampasannya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Memandang kepada peraturan-peraturan yang demikian, Pentadbir-pentadbir Tanah adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan kuasakuasa di bawah seksyen 66(a) atau 71(a) Kanun Tanah Negara 1965 untuk mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (LMS) ataupun mengeluarkan permit bahan batuan dan lainlain (rock material) daripada tanah tersebut kepada mana-mana orang atau syarikat, kecuali dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan (Pekeliling JKPTG bil. 5/1973).

 

 

Menolak permohonan ini;

 

Perlembagaan Persekutuan Perkara 166.(3) Mana-mana tanah yang terletak hak pada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang yang sebaik sebelum Hari Merdeka telah diduduki atau digunakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Baginda Ratu atau oleh mana-mana pihak berkuasa awam bagi maksud yang mengikut peruntukan Perlembagaan ini menjadi maksud persekutuan hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka diduduki, digunakan, dikawal dan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh pihak berkuasa awam yang tersebut, selagi tanah itu dikehendaki bagi maksud persekutuan, dan—

(a) tidaklah boleh dilupuskan atau digunakan bagi apa-apa maksud selain maksud persekutuan tanpa persetujuan Kerajaan Persekutuan; dan

(b) tidaklah boleh digunakan bagi maksud persekutuan yang berlainan daripada maksud yang baginya tanah itu telah digunakan sebaik sebelum Hari Merdeka tanpa persetujuan Kerajaan Negeri itu.

 

Ulasan Pentadbir Tanah (jika perlu):

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

Tarikh :                      .

 

 

Disahkan oleh:                                   

(                                   )

Pentadbir Tanah

Pejabat Daerah dan Tanah

Daerah                 

Pulau Pinang

1 ulasan:

akqqdkqq berkata...

Sepatutnya pentadbir tidak menerima permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang untuk ditolak.. Kena bagi faham pemohon buat apa hantar dan bayar permohonan yang untuk ditolak, kepada anasir luar yang cuba mempengaruhi pemohon dengan tipu daya dan janji politikus.. Janganlah heret penjawat awam untuk berilmu rasuah, ingat dosa besar dan kesalahan besar kalau sabit kesalahan..😠

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...