Khamis, 14 Julai 2022

KEPERLUAN PENTADBIRAN TANAH UNTUK MENGUSULKAN KEPADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (MMK) BAGI MEWUJUDKAN ‘JAWATANKUASA TEKNIKAL HAKMILIK ‘INTERIM REGISTER’ (IR) PULAU PINANG’ UNTUK MENYELESAIKAN ISU BERKAITAN DOKUMEN HAKMILIK YANG TELAH SELESAI DAFTAR DI DALAM ‘INTERIM REGISTER’ (IR) DI BAWAH ‘NATIONAL LAND CODE (PENANG AND MALACCA TITLE) ACT 1963 [ACT 518], TETAPI BERMASALAH ATAUPUN BELUM SELESAI DAFTAR DI DALAM HAKMILIK DI BAWAH KANUN TANAH NEGARA 1965 [AKTA 56]

 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:

 

1. Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan:

 

Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-

Negeri dalam hal-hal tertentu.

 

76(4) Parlimen boleh, hanya bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar, membuat undang-undang mengenai pemegangan tanah, perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa, pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah, pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah, isemen dan hak dan kepentingan lain mengenai tanah, pengambilan tanah dengan paksa, perkadaran dan penilaian tanah, dan kerajaan tempatan; dan perenggan (b) Fasal (1) dan Fasal (3) tidaklah terpakai bagi mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan mana-mana perkara itu.

 

2. Seksyen 39. ‘National Land Code (Penang and Malacca Title) Act 1963 [Act 518]:

Replacement titles

39. The replacement title in respect of any holding to which a person has a right under section 36 shall be—

(a) a grant (first grade);

(b) a grant;

(c) a State lease; or

(d) any of the titles mentioned in the preceding paragraphs with a Mukim indication,

as may be appropriate in relation to such holding under this Chapter.

 

3. Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 14/1980; ‘Pembatalan Dokumen Hakmilik Yang Tidak Sempurna Oleh Mahkamah (Disemak 2007)’.

 

 

Perkara Berkaitan Dengan Pentadbiran Tanah:

 

1. Berdasarkan pemerhatian, didapati bahawa Pendaftar Hakmilik Daftar (PTG), Pendaftar Hakmilik Mukim dan Pentadbir Tanah (PDT) sukar untuk menyelesaikan isu berkaitan dokumen hakmilik yang telah selesai daftar di dalam ‘Interim Register’ (IR) di bawah ‘National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963’ [Act 518], tetapi bermasalah ataupun belum selesai daftar di dalam hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56].

 

2. Di antaranya terdapat masalah perhubungan dua (2) hala antara Pendaftar Hamilik Daftar (PTG) dengan Pendaftar Halmilik Mukim dan Pentadbir Tanah Daerah (PDT), serta jabatan-jabatan teknikal dan agensi-agensi kerajaan dari segi pemilikan atau penyelengara lot IR berkaitan.

 

3. Justeru itu, untuk menghapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik-hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) telah diperbuat dalam tahun 1963 dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1996.

 

4. Sehubungan itu, Kanun Tanah Negara 1965, Akta No. 56, tahun 1965, telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1966 di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Kanun ini telah digubal dengan berasaskan kepada Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk menyeragamkan sistem pentadbiran tanah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.

 

5. Penyelarasan hendaklah dibuat oleh jawatankuasa ini bagi mematuhi peruntukan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan semasa.

 

6. Walaubagaimanapun, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah boleh membuat siasatan dengan mengeluarkan Borang 2A (Notis Mengenai Siasatan) dibawah seksyen 27 Kanun Tanah Negara 1965 untuk menjalankan siasatan kepada sesiapa yang berkepentingan ke atas dokumen hakmilik yang tidak sempurna tersebut seperti di dalam ‘Interim Register’ (IR) dan individu yang berkenaan selaras mematuhi kehendak akta:

 

27. Notice of enquiry.

Before holding any enquiry, the Land Administrator shall-

(a) publish, in such manner as he may consider appropriate in the circumstances of the case, a notice thereof in Form 2A; and

(b) serve on every person or body who is to his knowledge interested in the subject-matter thereof a copy of that notice, to which shall be appended the additional notice set out in the supplement to that Form.

 

7. Oleh demikian, saya mencadangkan Satu Jawatankuasa Teknikal Hakmilik ‘Interim Register’ (IR) Negeri Pulau Pinang hendaklah ditubuhkan untuk menyelesaikan isu dokumen hakmilik yang berkenaan (seperti lampiran).

 

8. Selain itu juga, dengan adanya jawatankuasa tersebut dapat menyelesaikan isu berbangkit berkaitan dokumen hakmilik yang telah selesai daftar di dalam ‘Interim Register’ (IR), seperti:

 

Bil.

Senario

Isu berbangkit

 

01.

 

-Lot A, Mukim 7, SPS.

 

-Lot A adalah lot lama telah menjadi lot B dan sekarang telah menjadi lot C, Bandar Nibong Tebal, SPS.

 

 Tindakan: Jawatankuasa hendaklah memutuskan lot lama A, B dan C, Mukim 7, SPS telah selesai pendaftaran hakmilik  ‘Interim Register’ [IR] dan menjadi lot C, Bandar Nibong Tebal, SPS serta perlu mengeluarkan hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56] selaras  mematuhi kehendak Seksyen 39. ‘National Land Code (Penang and Malacca Title) Act 1963 [Act 518].

 

Bil.

Senario

Isu berbangkit

 

02.

 

-Lot D, Mukim 8, SPS.

 

-Hakmilik ini telah tamat tempoh pajakan pada 1992, tetapi terdapat permohonan pelupusan semula melalui fail PTSPS/A/XXXX dan akan tamat tempoh pajakan pada tahun 2055 serta dikeluarkan hakmilik Pajakan Mukim AA (hakmilik di bawah KTN).

 

 Tindakan: Jawatankuasa hendaklah memutuskan Hakmilik ‘Interim Register’ [IR] lot D, Mukim 8, SPS telah selesai pendaftaran hakmilik  ‘Interim Register’ [IR] dan menjadi Pajakan Mukim AA hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56] selaras  mematuhi kehendak Seksyen 39. ‘National Land Code (Penang and Malacca Title) Act 1963 [Act 518]. Berhubung tempoh pajakan luput dibawah hakmilik IR, isu telah diselesaikan melalui permohonan pelupusan semula melalui fail PTSPS/A/XXXX dan akan tamat tempoh pajakan pada tahun 2055.

 

Bil.

Senario

Isu berbangkit

 

03.

 

-Lot E hingga H, Mukim 8, SPS.

 

-Hakmilik ini tiada rekod pemilikan kerana merupakan padang permainan (lot E, H, sebahagian F), bangunan dewan tertutup (sebahagian lot F) dan gelanggang bola keranjang berbumbung (lot G).

 

 Tindakan: Jawatankuasa hendaklah memutuskan Hakmilik ‘Interim Register’ [IR] lot E hingga H, Mukim 8, SPS akan selesai pendaftaran hakmilik  ‘Interim Register’ [IR] dan diwartakan sebagai Kawasan lapang di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56] selaras  mematuhi Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bil. 7/81; ‘Penyeliaan “Open Space” dan Padang Permainan Oleh Majlis-majlis Perbandaran’.

 

Bil.

Senario

Isu berbangkit

 

04.

 

-Lot I, Mukim 8, SPS.

 

-Hakmilik ini sebahagian telah menjadi lot J melalui permohonan pelupusan semula melalui fail PTSPS/A/XXXX dan tiada maklumat lanjut hakmilik di keluarkan di bawah KTN.

 

 Tindakan: Jawatankuasa hendaklah memutuskan Hakmilik ‘Interim Register’ [IR] lot I, Mukim 8, SPS telah selesai pendaftaran hakmilik  ‘Interim Register’ [IR] dan menjadi sebahagian lot J melalui permohonan pelupusan semula melalui fail PTSPS/A/XXXX dan sebahagian lagi tiada lot no. (maklumat). Jawatankuasa hendaklah mengarahkan Pendaftar Hakmilik Mukim dan Pentadbir Tanah (PDT) membuat siasatan lanjut berhubung perkara ini serta memberi maklumbalas kepada jawatankuasa ini.

 

Bil.

Senario

Isu berbangkit

 

05.

 

-Lot K, Mukim 8, SPS.

 

-Hakmilik ini telah menjadi Pajakan Mukim BB (hakmilik di bawah KTN) melalui permohonan pelupusan semula melalui fail PTSPS/A/XXXX, tetapi telah tamat tempoh pajakan pada 31/12/2020.

 

 Tindakan: Jawatankuasa hendaklah memutuskan Hakmilik ‘Interim Register’ [IR] lot 477, Mukim 8, SPS telah selesai pendaftaran hakmilik  ‘Interim Register’ [IR] dan menjadi Pajakan Mukim BB hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56] selaras  mematuhi kehendak Seksyen 39. ‘National Land Code (Penang and Malacca Title) Act 1963 [Act 518]. Berhubung tempoh pajakan luput pada 31/12/2020 tindakan seterusnya hendaklah diambil oleh Pentadbir Tanah (PDT) di bawah peruntukkan Kanun Tanah Negara 1965 sediada.

 

 

 

Perkara Untuk Tindakan Pentadbiran Tanah:

 

Pentadbiran ini dapat membuat Kertas Cadangan Khas/khusus kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk mewujudkan penubuhan jawatankuasa di atas.

Sehubungan itu, saya sertakan draf ‘Garis Panduan Penubuhan dan Peranan Jawatankuasa Teknikal Hakmilik ‘Interim Register’ (IR) Pulau Pinang’ seperti dilampiran untuk tindakan selanjutnya. Pentadbiran ini bolehlah merujuk perkara ini kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN) kerana cadangan jawatankuasa ini berkaitan dengan isu perundangan kerajaan negeri.

Justeru itu, dengan tubuhnya jawatankuasa ini akan memudahkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri amnya dan pentadbiran tanah khususnya dalam mengurus ‘Interim Register’ (IR) yang tidak dapat diselesaikan, bagi mematuhi peruntukan Undang-undang sediada selaras mengikut kehendak Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


 

 

 

 

 

GARIS PANDUAN

PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA TEKNIKAL HAKMILIK ‘INTERIM REGISTER’ (IR) NEGERI PULAU PINANG



KANDUNGAN

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

6.0 PERTANYAAN

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PERANAN

JAWATANKUASA TEKNIKAL HAKMILIK ‘INTERIM REGISTER’ (IR) NEGERI PULAU PINANG

 

1.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

 

Satu Jawatankuasa Teknikal Hakmilik ‘Interim Register’ (IR) Negeri Pulau Pinang hendaklah ditubuhkan untuk menyelesaikan isu berkaitan dokumen hakmilik yang telah selesai daftar di dalam ‘Interim Register’ (IR) di bawah ‘National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963’ [Act 518], tetapi bermasalah ataupun belum selesai daftar di dalam hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56].

 

Di antaranya terdapat masalah perhubungan dua (2) hala antara Pendaftar Hamilik Daftar (PTG) dengan Pendaftar Halmilik Mukim dan Pentadbir Tanah Daerah (PDT), serta jabatan-jabatan teknikal dan agensi-agensi kerajaan dari segi pemilikan atau penyelengara lot IR berkaitan.

 

        Penyelarasan hendaklah dibuat oleh jawatankuasa ini bagi mematuhi peruntukan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan semasa.

 

2.0 KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

 

2.1    Jawatankuasa ini, kecuali jawatan Setiausaha, hendaklah dianggotai oleh semua ketua/wakil jabatan Kerajaan Negeri yang berkenaan. Jawatankuasa ini terdiri dari:

 

(i) Pengerusi (Dicadangkan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian [Pendaftaran dan Hasil])

(ii) Timbalan Pengerusi (Dicadangkan Ketua Penolong Pengarah [Pendaftaran Hakmilik])

(iii) Setiausaha (Dicadangkan Penolong Pengarah [Pendaftaran Hakmilik])

(iv) Ahli-Ahli (Dicadangkan):

- Wakil Pejabat PTG (Pendaftaran Hakmilik).

- Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik DBD.

- Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik DTL.

- Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik SPS.

- Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik SPT.

- Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik SPU.

- Lain-lain wakil ditentukan oleh Pengerusi.

 

2.2    Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah melantik dan memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa. Kehadiran ahli mesyuart khas hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

2.3    Pengerusi hendaklah melantik Setiausaha dari jabatan sendiri atau jabatan lain.

2.4    Jawatankuasa ini hendaklah dipilih mengikut keperluan semasa.

(i) Pengerusi

(ii) Timbalan Pengerusi

(iii) Setiausaha

(iv) Ahli-Ahli

 

3.0 KEKERAPAN MESYUARAT

 

Mesyaurat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya setahun empat (4) kali dan kehadiran ahli mesyarat hendaklah tidak kurang daripada dua per tiga (2/3).

 

4.0 LAPORAN MESYUARAT

 

Laporan mesyuarat hendaklah dikemukakan dalam tahun semasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

 

5.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 

5.1    Memantau dan mengawasi prestasi isu berkaitan dokumen hakmilik yang telah selesai daftar di dalam ‘Interim Register’ (IR) di bawah ‘National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963’ [Act 518], tetapi bermasalah ataupun belum selesai daftar di dalam hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56]:

5.2    Bertindak sebagai pengantara perhubungan di antara Kerajaan Negeri dan pihak berkepentingan  Hakmilik ‘Interim Register’ (IR) dalam mencari penyelesaian bersama mengenai isu berkaitan dokumen hakmilik yang telah selesai daftar di dalam ‘Interim Register’ (IR) di bawah ‘National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963’ [Act 518], tetapi bermasalah ataupun belum selesai daftar di dalam hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56]:

5.3    Menimbangkan dan menyelaras secara bersama isu berkaitan dokumen hakmilik yang telah selesai daftar di dalam ‘Interim Register’ (IR) di bawah ‘National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963’ [Act 518], tetapi bermasalah ataupun belum selesai daftar di dalam hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56].

5.4    Membantu agensi Kerajaan Negeri (Pentadbir Tanah & Pendaftar Hakmilik) berhubung isu berkaitan dokumen hakmilik yang telah selesai daftar di dalam ‘Interim Register’ (IR) di bawah ‘National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963’ [Act 518], tetapi bermasalah ataupun belum selesai daftar di dalam hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56].

5.5    Mengemukakan apa jua pandangan dan cadangan lain kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

5.6    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan ke arah pentadbiran baik, terurus dan dinamik serta mencapai hasrat ‘Penang 2030’.

5.7    Membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat dasar-dasar kerajaan selaras peruntukkan undang-undang semasa dan tadbir urus teratur secara bersama serta adil kepada pihak pengurusan  Hakmilik ‘Interim Register’ (IR).

 

 

 

6.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Jawatankuasa ini bolehlah menghubungi jabatan berikut:

 

(a)        Pengarah,

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,

Tingkat 3, 21 & 22,

KOMTAR, 10503 Pulau Pinang,

MALAYSIA.

(Telefon: 04-6505211/Fax: 04-2619588)

Tiada ulasan:

PENTADBIRAN TANAH HENDAKLAH AKUR KEHENDAK PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN BIL. 2/2023 TENTANG ‘TATACARA PENGGUNAAN TANAH KATEGORI BANGUNAN DAN INDUSTRI BAGI TUJUAN SELAIN KATEGORI ATAU SYARAT BANGUNAN DAN INDUSTRI’

  Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian:   1. Sub eksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] : 22. Layanan terhadap p...